Tuesday, August 24, 2010

CLASS 4. RUKUN ISLAM (Sambungan)

3. Zakat

Zakat adalah hak Allah yang dikeluarkan oleh seseorang kepada fakir miskin. Zakat akan membersihkan jiwa dan memupuk pelbagai kebajikan. Ini selaras dengan Firman Allah dalam ayat di bawah ini:

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (At-Taubah 9;103)

Hadith menyebutkan tentang zakat seperti berikut:

"Allah mewajibkan zakat pada harta orang-orang kaya daripada muslim sejumlah yang dapat meringankan orang-orang miskin di antara mereka. Fakir miskin tidak akan menderita kelaparan dan masalah makanan, kecuali kerana perbuatan orang kaya. Ingatlah Allah akan mengadili mereka secara tegas dan menyiksa mereka dengan pedih (Tabrani).

Kewajipan zakat di Mekah pada masa awal perkembangan Islam adalah mutlak tanpa ada had harta yang wajib dikeluarkan zakat dan peratusan yang harus dikeluarkan bergantung kepada kesedaran dan kemurahan muslim pada masa itu. Kemudian pada tahun kedua Hijrah ditetapkan besar dan jumlah setiap jenis harta secara detail.

Zakat dapat membersihkan manusia daripada sifat kedekut dan tamak, sifat kejam terhadap fakir miskin dan orang-orang susah serta sifat buruk lainnya. Zakat juga dapat membersihkan jiwa mereka, menumbuhkan dan mengangkat derajatnya dengan berkat dan kebajikan, baik moral ataupun amal sehingga akan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman surga dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik; Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (Az-Dzariyat 15;15-19).

Zakat diwajibkan kepada semua muslim yang merdeka dan mempunyai satu nisab daripada salah satu jenis harta yang diwajibkan zakat. adapaun syarat nisab adalah:

1. Kelebihan daripada keperluan asas bagi seseorang seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan keperluan untuk mencari rezeki

2. Berlansung selama satu tahun hijrah, permulaan dikira semasa mencukupi nisab dan cukup selama satu tahun penuh. Sekiranya terjadi kekurangan di seperuh tahun maka dikira semla semasa mencukupi nisab.

Harta yang diwajibkan zakat adalah emas, perak, hasil tanaman, buah-buahan, barang perdagangan, haiwan ternak, barang tambang dan harta karun serta gaji (dimasukkan oleh ulama kemudian).

Ancaman tidak membayar zakat seperti tersebut dalam ayat di bawah:

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi manusia dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, bahwa mereka akan mendapat siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahanam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang akibat dari apa yang kamu simpan itu". (At-Taubah 9;34-35).

4. Puasa
Puasa bermakna menahan daripada segala apa yang membatalkan puasa, semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari, dengan disertai niat. Firman Allah dalam ayat di bawah ini:

Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang Manusia pun pada hari ini". (Maryam 19;26)

Puasa diwajibkan kepada muslim pada bulan ramadhan selama satu bulan penuh, ini berdasarkan ayat di bawah ini:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah 2;183).

Dan juga disebutkan dalam ayat yang lain:

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan yang batil. Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir di negeri tempat tinggalnya di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka, maka wajiblah baginya berpuasa, sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2;185)

Rukun Puasa ada dua iaitu

1. Menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa, sejak terbit fajar sehingga terbenam matahari. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat di bawah ini:

Yang dimaksudkan dengan garis putih adn hitam adalah:

Sabda Nabi Muhammad SAW. "Maksudnya ialah gelapnya malam dan terangnya siang".

2. Niat adalah bersahaja suatu perbuatan demi mentaati perintah Allah dalam mengharapkan keridhaan-Nya, tidak perlu dilafazkan secara lisan. Sesiapa yang makan sahur dengan tujuan berpuasa dan menahan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah bermakna sudah niat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat di bawah ini:

Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agaam dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (Al-Baiyinah 98;5)

Disebutkan dalam Hadith Rasulullah:

Nabi Saw. bersabda: "Setiap perbuatan itu hanyalah dengan niat, dan setiap manusia akan mendapatkan apa yang diniatkannya."

Niat harus dilakukan sebelum fajar, pada setiap malam bulan ramadhan seperti tersebut dalam Hadith di bawah:

"Barangsiapa yang tidak membulatkan niatnya untuk berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya (Ahmad dan Ash-Habus Sunan)"

Orang yang diwajibkan berpuasa adalah: Islam, berakal dan baligh (lelaki bermimpi basah dan perempuan sudah datang haid), sihat dan menetap, suci daripada haid dan nifas (bagi perempuan).

Orang-orang yang diberi kemudahan dan wajib membayar fidyah (denda):

1. Orang tua bangka lelaki dan perempuan
2. Orang sakit yang tidak mempunyai peluang sembuh
3. Orang-orang yang mempunyai pekerjaan berat dan tidak ada kerja lain selain itu.

...Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka, maka wajiblah baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya jika mereka tidak berpuasa membayar fidyah, iaitu: memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2;184)

Orang sihat yang risau akan menyebabkan sakit disebabkan berpuasa maka dibenarkan berbuka seperti orang sakit, demikian juga orang yang terlampau lapar atau haus sehingga membahayakan dirinya, hendaklah berbuka dan menggantinya (qadha) sungguhpun sihat dan bukan musafir. Ini berdasarkan firman Allah:

... Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (An-Nisa' 4;29)

... Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan... (Al-Hajj 22;78)

Ini sesuai dengan Hadith Rasulullah:

Aslami bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, saya merasa kuat untuk berpuasa dalam perjalanan. Salahkan saya melakukannya?" Rasulullah menjawab: "Itu adalah kemudahan daripada Allah. Maka siapa yang menerimanya, itu adalah baik, dan siapa yang ingin berpuasa, maka tidak ada salahnya." (sahih Muslim)

Hari-hari yang dilarang berpuasa:

1. Hari raya aidil Fitri (selepas bulan ramadhan) dan aidil adha (Raya Qurban) ini sesuai dengan Hadith di bawah:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa pada kedua hari ini. Mengenai hari raya Fitri, kerana ia merupakan saat berbuka daripada puasa Ramadhan sedangkan hari raya Adh-ha agak kamu memakan hasil kurban (Ahmad)"

2. Hari Tasyrik (tiga hari berturut-turut selepas hari raya Adh-ha seperti dilaporkan dalam Hadith di bawah:

Bahwa rasulullah s.a.w mengutus Abdullah bin Hudzafah ke Mina untuk menyampaikan: "Janganlah kamu berpuasa pada hari ini, kerana ia merupakan hari makan minum dan mengingat Allah "Azza wajalla" (Ahmad).

"Bahawa Rasulullah s.a.w mengutus seseorang untuk menyerukan: "Janganlah kamu berpuasa pada hari-hari ini, kerana ia merupakan hari makan minum dan bersama isteri" (Tabrani).

Perkara yang membatalkan puasa:

1. Makan dan minum dengan sengaja, sekiranya makan dan minum dalam keadaan terlupa, tersalah atau terpaksa maka tidak batal puasa, ini sesuai dengan Hadith:

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Barangsiapa lupa, padah ia berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah diteruskan puasanya, kerana hanya sanya diberi makan dan minum oleh Allah (Jemaah)

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak membebankan umatku mengenai hal-hal yang tersilap. yang dilakukan dalam keadaan lupa dan terpaksa (Ibnu Majah, Thabrani dan Hakim)

2. Muntah dengan Sengaja

"Barangsiapa didesak oleh muntah, ia tidak wajib mengkadha, tetapi sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah ia mengkadha (Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibba dan Daruquthni serta Hakim).

3. Haid (Menstruasi) dan Nifas (Darah selepas bersalin)

4. Mengeluarkan sperma atau mani
Keluar mani kerana mencium atau memeluk isterinya atau melancap. Manakala Madzi tidak membatalkan puasa adakah sedikit atau banyaknya.

5. Menelan bahan bukan makanan seperti garam

6. Meniatkan berbuka, sungguhpun tidak berbuka tetapi tetap batal kerana niat adalah salah satu rukun puasa maka dengan meniatkan berbuka maka batallah pausanya.

7. Makan dan minum atau bersama isteri kerana mengingat terbenamnya matahari sedangkan sangkaannya salah maka wajib mengkadhanya. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat di bawah:

...Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi yang berdosa apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Ahzab 33;5).

5. Haji
Haji adalah mengunjungi mekah untuk mengerjakan ibadah thawaf, sa'i, wukuf di 'Arafah dan ibadah-ibadah lain untuk memenuhi tuntutan Allah dan mengharap keridahaan-Nya. 

Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk beribadah manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, di antaranya maqam Ibrahim; barang siapa memasuki Baitullah amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barang siapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam (Ali-Imran 3;96-97).



Haji diwajibkan pada tahun ke enam hijrah seperti dilaporkan dalam hadith di bawah ini:

"Hendaklah kamu sempurnakan haji dan umrah kerana Allah (Tabrani)

Haji adalah amal yang utama seperti dilaporkan dalam Hadith di bawah:

"Rasulullah saw. ditanya orang mengenai amal yang paling utama. Maka jawabnya: Iaitu beriman kepada Allah dan rasul-Nya". Tanya orang itu lagi: "Kemudian apa?" Jawabnya: kemudian berjuang di jalan Allah" Ditanya pula: Selepas itu apa? Jawabnya: Selepas itu haji yang mabrur"

Haji mabrur maksudnya Haji yang tidak dinodai oleh dosa dan selepas kembali daripada haji mencintai akhirat dan tidak mengikut duniawi.

Haji dapat menghapuskan dosa seperti dilaporkan dalam Hadith di bawah:

"Barangsiapa mengerjakan Haji dan ia tidak bercampur bersama isteri pada masa terlarang serta tidak berbuat maksiat, maka ia akan kembali fitrah seperti masa dilahirkan oleh ibunya (Sahih Bukhari dan Muslim)

Syarat-syarat wajib haji:
1. Beragama Islam
2. baligh
3. berakal
4. Merdeka dan
5. Kemampuan

Dan menjadi kewajipan bagi manusia terhadap Allah mengerjakan haji ke Ka'bah itu, iaitu orang yang mampu mengunjunginya di antara mereka (Ali-Imran 3;97)

Mampu yang dimaksudkan dalam ayat diatas adalah:
1. Sihat badan
2. Jalan yang dilaluinya selamat
3. Mempunyai bekal dan kenderaan yang melebihi keperluan asas bermula keberangkatan sampai kembali semula.

No comments:

Post a Comment