Thursday, December 16, 2010

KELAS 12. PROSEDUR PENGISLAMAN (MENGUCAP SYAHADAH)

Syahadah sebagai tunjang keislaman yang perlu dilafazkan, diimani, dihayati dan diamalkan dalam melayari kehidupan di dunia sebagai khalifah Allah. Syahadah adalah pengakuan seseorang terhadap terhadap keesaan Allah dan utusanNya. Kalimah syahadah terdiri daripada "Lailaha Illallahu" iaitu penafian segala kepercayaan, akidah dan penyembahan bahawa hanya Allah Tuhan sekalian alam dan "Muhammadar Rasulullah" iaitu pengakuan kerasulan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul dan utusan Allah. Syahadah hendaklah diucapkan dalam bahasa Arab ataupun bahasa sendiri. Lafaz syahadah merupakan pemaparan tentang keimanan dan keyakinan yang tersirat dalam hati. Keimanan sentiasa harus diperbaharui oleh setiap muslim sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Rasulullah saw bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Sahabat bertanya: Bagaimana kami memperbaharui iman? Rasulullah menjawab: melafazkan kalimah "La ila haillallah" Iaitu tiada tuhan melainkan Allah."

Syahadah atau pengislaman adalah proses yang mudah, tetapi kerana adat dan kebudayaan tempatan sesuatu negara menyebabkan proses syahadah menjadi susah. Kurangnya pergaulan dengan muslim dan kurangnya maklumat yang diperolehi oleh sesiapa yang berminat memeluk Islam secara lengkap dan jelas sehingga menyebabkan proses pengislaman bertangguh. Kadang kala muslim sendiri tidak memberikan maklumat yang tepat apabila seseorang ingin mendapatkan penjelasan prosedur memeluk Islam.

Sekiranya tidak mengetahui maklumat lengkap dan jelas maka rujuklah jabatan agama atau Pertubuhan bukan kerajaan yang menerima khidmat pengislaman. Jabatan agama yang dapat dihubungi adalah Jabatan Agama Islam Negeri ataupun Jabatan Kebajikan Islam Malayasia, manakala Pertubuhan bukan kerajaan Yang dapat dihubungi adalah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Hidayah Center, Darul Fitrah, Islamic Information Services dan IPSI.

Adapun persiapan yang perlu disediakan oleh orang yang ingin memeluk Islam adalah Gambar Paspot, dua orang saksi yang beragama islam beserta salinan kad pengenalan (Jika saudara muslim yang telah memeluk Islam minimum 5 tahun) dan Salinan Kad Pengenalan diri (IC). Sekiranya pengislaman dilakukan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan maka semasa pendaftaran di Jabatan Agama perlu dilampirkan surat pengesahan memeluk Islam.

Pada asasnya pengislaman dapat dilakukan oleh muslim dan di mana sahaja tetapi untuk pengesahan oleh kerajaan maka perlu mendaftrakan di jabatan agama. Proses pengislaman diawali dengan sedikit tazkirah ataupun pengenalan asas tentang Islam, syahadah akan dipimpin oleh seorang Ustaz atau muslim yang disaksikan oleh dua orang saksi yang beragama Islam. Lafaz syahadah adalah:

"Asyhadu an lailaha illallahu wa asyha du anna Muhammadar Rasulullah" iaitu Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad utusan Allah.
Orang yang melakukan syahadah akan menanyakan kepada saudara muslim adakah akan mengekalkan nama atau menukar nama kepada bahasa Arab, apapun ustaz tidak boleh memaksa saudara muslim untuk menukar nama. Untuk memudahkan proses syahadah maka ustaz dapatlah menyediakan dua kalimah syahadah yang ditulis dalam tulisan rumi ataupun hanya sekadar menyebut maknanya sahaja. Jangan bebankan saudara muslim dengan menuntut mereka supaya mengucapkan kalimath tersebut dengan tajwid dan makruj huruf yang sempurna.

Selepas pengislaman maka sebahagian jabatan agama akan mengeluarkan pengesahan Islam dalam masa satu jam dan sebahagian jabatan agama memerlukan masa beberapa hari bergantung kepada negeri masing-masing. Kemudian saudara muslim perlu menukarkan kad pengenalan diri kepada agama Islam tetapi muslim tidak boleh memaksa saudara muslim sekiranya belum bersedia atas alasan tertentu.

Muslim yang hadir digalakkan untuk mengucapkan tahniah kepada saudara muslim kerana telah kembali menjadi fitrah dan digalakkan untuk menjadikan saudara muslim menjadi keluarga angkat supaya ada tempat bergantung harap sekiarang keluarga memulaukan mereka. Selain itu keluarga angkat dapat menjaga kebajikan saudara baru dan membimbing mereka menjaid muslim yang baik.

Bagi saudara muslim lelaki digalakkan untuk melakukan khatan kerana Rasulullah menggalakkan berkhatan. Abu Hurairah melaporkan:

"Rasulullah bersabda: "Ibrahim berkhatan selepas berumur 80 tahun, dan ia berkahtan dengan alqadum" (Sahih Bukhari).

Khatan adalah amalan sunat tetapi bagu sdilakukan untuk memudahkan menjaga kebersihan dan kesihatan. Adapun kelebihan khatan adalah memudahkan untuk menjaga kebersihan diri dan kulup yang tidak dibuang akan menutupi zakar sehingga dapat menyebabkan infeksi. Selain itu khatan dapat menghalang daripada iritasi kulit semasa zakar tegang. Sungguhpun demikian muslim tidak boleh memaksa mereka untuk berkhatan sekiaranya belum bersedia kerana kahtan bukan amalan wajib tetapi hanya amalan sunat.Dalam menerangkan tentang sunat harus diterangkan secara jelas bahagian mana yang akan dipotong supaya tidka menakutkan saudara muslim.

KELAS TAMBAHAN KE 3: ISLAM DI CHINA

Ramai yang menuduh kalau orang masuk Islam di Asia Tenggara dianggap masuk Melayu begitupun di negara Barat ataupun Eropah apabila masuk Islam dianggap sebagai masuk Arab. Anggapan masuk Islam  masuk melayu adalah salah kerana bangsa lain selain Melayu banyak juga yang beragama Islam bahkan lebih awal terima Islam berbanding Melayu. Mengikut ahli sejarah Islam diramalkan sampai ke Nusantara pertama kali ke Pasai, Aceh dibawa oleh pedagang dari Arab, ada juga yang mengatakan dari Cina atupun India. Sampai sekarang masih terdapat perbezaan pendapat tentang kedatangan Islam ke Nusantara. 

Mengikut catatan sejarah, Islam lebih dulu sampai ke Cina berbanding ke Nusantara, sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah, Nabi Muhammad telah mengutus Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uththan dan abu Qais bin al-Harist untuk menyebarkan Islam ke China. Mengikut catatan sejarah Dinasti Tang pada tahun 618 M Islam telah sampai ke Cina pada awal abad ke tujuh. Hasil usaha dakwah tersebut berjaya melahirkan 136 juta muslim di Cina, 7 kali ganda lebih ramai daripada Rakyat Malaysia. Islam majoriti tersebar di Xinjiang, Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan yang etrdiri daripada suku etnik Hui, Uyghur, Kazak, Tatar, Salar Dongxiang, Tajik, Uzbek dan Bao'an serta suku Han. Suku-suku etnik ini tinggal di kawsan barat laut Cina dan mempunyai hubungan pertalian darah dengan orang Arab, Turki, Afganistan, Uzbeskistan, Tibet, Mongolia dan Indo Eropah.

Mengikut catatan Dinasti Tang, hubungan diplomatik telah terjalin antara pemerintahan Cina dengan Pemerintahan Khalifah Islam iaitu Usman bin Affan. Catatan sejarah tersebut juga menyebutkan bahawa ramai peniaga dari Madinah, Annam, dan Kemboja sampai ke Cina yang dibuktikan dengan tiga orang yang sampai dari Madinah melakukan shalat di dalam Masjid. Mereka tidak minum arak, tidak makan babi dan menyembelih haiwan sebelum dimakan. Mereka menetap di Canton dengan ciri-ciri khas mereka adalah berniaga dan taat kepada pemimpin.

Kemudian mereka hidup di bawah pemerintahan Dinasti Song dan mendirikan masjid di Guang Zhou (Selatan Cina). Masjid yang tertua dan masih digunakan di Cina adalah masjid Nujie yang dibina pada tahun 996 Masehi. Muslim di sana menjadi orang-orang penting semasa pemerintahan Kublai Khan pada 1924 dan menubuhkan pemenrintahan Dinasti Ming pada tahun 1368M. Salah seorang utusan Dinasti Ming yang cukup terkenal adalah Laksamana Cheng Ho atau Zheng He dan nama islam yang terkenal adalah Ma Sanbao.

Umat Islam mendapat layanan baik daripada pemerintah Cina khasnya Dinasti Yuan dan Ming. Umat Islam mendapatkan kemakmuran dan kedudukan sosial yang tinggi semasa pemerintahan Mongol mentadbir Cina. Ramai umat Islam yang dilantik menjadi pentadbir dan pegawai kerajaan. Hubungan baik antara umat Islam dengan pemerintah Mongol dibuktikan oleh catatan sejarah oleh Marco Polo semasa berada di negara Cina antara tahun 1275-1292 di mana kawasan yang didiami umat Islam seperti Yunnan mengalami perkembangan yang cukup pesat. Selepas kejatuhan pemerintahan Mongol digantikan oleh Dinasti Ming, Dinasti Ming merupakan zaman emas dan kegemilangan umat Islam di Cina. Dinasti Ming juga menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Maharaja Hung-wu menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam India iaitu raja Syah Rukh Bahadur.

Seorang pengembara Arab, Syed Ali Akbar melawat Beijing pada akhir abad ke 15 melaporkan terdapat 30 ribu keluarga muslim menetap di China. Mereka bebas bergerak dan disenangi oleh raja sehingga tidak dipungut cukai. Muslim hidup damai bersama masyarakat cina yang lain dan juga dihormati oleh pemerintah dan rakyat biasa. Bahkan pemerintah Ming membiayai pembinaan 100 masjid di Cina pada masa tersebut. Agama Islam boleh disebarkan dengan bebas sedangkan perkembangan agama lain disekat. Keadaan ini mula berubah apabila Cina diambil alih oleh Dinasti Ching, muslim yang mendapat layanan istimewa dari Dinasti Ming ditindas oleh Dinasti Ching dengan peraturan yang tidak adil.

Sungguhpun demikian terdapat beberapa maharaja Dinasti Ching yang berlembut dengan muslim seperti Yun chen yang mengeluarkan deklarasi diraja pada tahun 1731 iaitu muslim di'iktiraf sebagai rakyat Cina dan agama islam tidak boleh diganggu gugat serta pakaian, bahasa arab dan tempat ibadat muslim dianggap sebagai adat resam yang perlu dihormati. Kemudian pada tahun 1763 semasa pemerintahan Kien Lung dianugerahkan tanah kepada dua orang Islam untuk membina rumah dan masjdi kerana membantu Dinasti Ching menumpaskan pemberontakan di Kasygar dan pemberontakan di Timur Laut.

Layanan baik yang diberikan kepada umat Islam menyebabkan perasaan cemburu pihak lain sehingga mereka telah menfitnah bahawa muslim membantu pemberontakan sehingga pemerintahan Dinasti Ching menindas muslim kembali. Penindasan tersebut telah menyebabkan umat Islam menentang kerajaan dan melarikan diri ke asia tenggara seperti ke Tanah Melayu, Patani, Kemboja dan Pulau Jawa. Kedatangan mereka bukan semata-mata untuk memulakan hidup baru tetapi juga menyampaikan Islam kepada penduduk tempatan. Sebetulnya apabila bangsa China masuk Islam bukan berarti masuk agama baru tetapi kembali kepada agama nenek moyang mereka yang telah membawa islam ke Nusantara. Wahai bangsa China di  Malaysia dan Nusantara marilah bersama-sama dalam Islam untuk memajukan negara Malaysia. Amiiin.    

Wednesday, December 15, 2010

KELAS 11. AL-QUR'AN SELARI DENGAN SAINS MODEN

Sambungan...
Secara umum orang beranggapan bahawa agama dianuti dan diamalkan secara membuta tuli (Blind faith) dan agama dianggap bercanggah dengan sains moden kerana agama diterima secara membuta tuli tanpa perlu bukti sedangkan sains moden berdasarkan pada kajian dan bukti. Sehingga agama dan sains bercanggah, sesiapa yang mengikuti sains moden akan mencapai kejayaan sedangkan sesiapa yang mengikuti dan mengamalkan agama akan mundur.

Merujuk tamadun, kedatangan Islam telah mengangkat maruah bangsa Arab dan membawa kejayaan kepada Bangsa Arab di Mekah dan Medinah yang sebelumnya dianggap sebagai bangsa yang tidak bertamadun. Selepas meenerima Islam bangsa Arab telah mencapai kejayaan sehingga berjaya memimpin 2/3 dunia pada masa tersebut. Manakala negara sekular/orientalist yang mengutamakan sains semata-mata dan meninggalkan agama telah berjaya mencapai kejayaan teknologi tetapi telah menyebabkan maruah manusia berada pada tahap yang paling rendah sehingga perempuan hanya dijadikan simbul seks semata-mata. Gejala sosial berlaku secara melampau di merata tempat, kejayaan teknologi yang dicapai tidak dapat menghalang jenayah yang melampau. 

Negara-negara tersebut kelihatan maju secara fizikal tetapi sistem kekeluargaan telah runtuh, gejala sosial berleluasa dan jenayah cukup tinggi. Amerika Syarikat adalah negara maju, tetapi purata kes rogol yang direkodkan cukup tinggi iaitu 30 saat adalah satu kes, berapa ramai ibu tunggal yang terpaksa bekerja syif siang dan malam semata-mata untuk menyara anak-anak mereka yang tidak mempunyai ayah? Kejayaan teknologi telah menyebabkan pihak lemah ditindas oleh pihak yang berkuasa.

Sains Moden membuktikan bahawa Allah wujud
General Theory Relativiti membuktikan alam semesta ini berkembang dengan pesat dan sekiranya kembali semula ke masa silam maka alam semesta akan mengecut menjadi satu titik.
Analogi
Sebuah balon kalau ditiup akan mengembang dan kalau dikeluarkan angin akan mengecut semula sehingga ke tahap yang paling kecil. Maka sama juga dengan alam kalau kembali ke asal hanya wujud satu titik kecil sahaja. Maka adakah titik kecil tersebut terbentuk dengan sendirinya?Titik tersebut bukan jadi dengan sendirinya tetapi ada yang menciptakan. Ini menunjukkan kejadian alam bukan secara kebetulan sebab alam adalah kejadian yang rumit sehingga perlu dicipta bukan tercipta sendirinya. Kalau dicipta maka ada pencipta, siapakah pencipta? Jawapan adalah Allah.

ISLAM DAN SAINS MODEN
Islam sangat menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan, kejayaan yang dimaksudkan dalam Islam bukan hanya kejayaan dalam material semata-mata tetapi juga kejayaan pribadi dengan akhlak mulia. Bukti Islam menggalakkan kejayaan umatnya adalah setiap hari ada lima kali panggilan untuk mencapai kejayaan. Setiap kali shalat lima waktu akan dimulakan dengan bacaan “Hayyalalfalah iaitu mari menuju kejayaan”, kejayaan akan tercapai melalui pengusaan ilmu baik ilmu agama mahupun ilmu sains.

Merujuk tamadun, Islam telah melahirkan pakar-pakar sains hebat yang telah menyumbang kepada perkembangan sains moden, sedangkan pada masa itu Eropah dan Barat berada dalam fasa kegelapan kerana ketergantungan kepada agama oleh itu mereka meninggalkan agama untuk mencapai kejeyaan. Pada masa tersebut agama di Barat dan Eropah melarang pengikutnya untuk belajar sains kerana takut mereka tinggalkan agama sebab percanggahan dengan sains.  

Adakah Islam dan sains moden serasi?
Islam telah menyumbang terhadap perkembangan sains moden hari ini. Ini dibuktikan dengan lahirnya pakar Sains yang beragama Islam yang telah menyumbang terhadap perkembangan sains moden seperti Al-Khawarizmi/Algorism [750-850], Avicenna [981-1037], Geber (738-813], Ibn Khaldun [1332], Averosa [1128-1198] dan Albucasisi [936-1013]. Berlandaskan teori-teori yang mereka temukan kemudian dikembangkan sehingga tercapai sains moden hari ini, tanpa mereka mungkin sains hari ini tidak sampai ke tahap kemuncak seperti hari ini.

Sumbangan Islam terhadap sain moden
1. Astronomi dan Geologi
a. Big Bang
Teori big bang menerangkan tentang kejadian bumi yang bermula dengan letupan dasyat yang menghasilakn demu tebal sehingga akhirnya terbentuk bumi. Teori tersebut baru ditemukan pada abad ke 20 sedangkan Islam telah menerangkan dalam Al-Qur'an tentang kejadian alam ini sejak 1400 tahun yang lepas. Firman Allah: 

Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya (Al-Anbiyaa' 21;30).

Ayat di atas menerangkan bahawa terjadi suatu letupan kuat sebelum terbentuk dunia seperti dilaporkan dalam Teori Big Bang. Pada zaman tersebut belum ada teknologi secanggih teknologi moden seperti sekarang tetapi Islam telah menerangkannya. Ini membuktikan Al-Qur’an bukan tulisan Muhammad tetapi firman daripada Allah.

b. Permulaan alam dipenuhi asap tebal
Selepas berlaku letupan kuat maka alam dipenuhi oleh asap tebal,  tindak balas yang berlaku akhirnya membentuk alam. Firman Allah:
Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".(Al-Fushsilat 41;11).

Ayat di atas menerangkan permulaan kejadian bumi adalah melalui gumpalan asap tebal dan ini bersesuai dengan teori kejadian bumi mengikut sain moden. Sebelum alam wujud terdapat asap tebal yang memenuhi ruang angkasa lepas. Kemudian asap tersebut berubah menjadi alam semesta.

c. Alam semesta berkembang pesat
Mengikut kajian sain moden membuktikan bumi sentiasa berkembang, ini dibuktikan dengan jarak antara bumi dengan matahari semakin lama semakin jauh, begitu juga jarak antara objek-objek yang terdapt di langit sentiasa bertambah jauh. Ini selaras dengan penjelasan dalam ayat di bawah ini:

Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya (Az-Zhariyaat 51;47).

Ayat meluaskannya bermaksud adalah bumi ini sentiasa berkembang pesat mengikut perputaran masa. Mengikut ramalan sains bahawa suatu masa apabila alam semesta telah mencapai had maksimum maka akan meletup. Ini bersesuaian dengan ayat di bawah ini:

Hari kiamat, apakah hari kiamat itu? tahukah kamu apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, dan gunung-gunung seperti bulu-bulu yang dihamburkan (Al-Qari'ah 101;1-5)
Pada hari tersebut akan berlaku letupan semula sehingga bumi gunung ganang dan bumi beserta kandungan akan dimuntahkan dan bertebaran. Kehancuran pada hari tersebut terlampau dasyat sehingga ibu yang sedang menyusukan anaknya akan melepaskan anaknya tanpa disedari untuk menyelamatkan diri masing-masing. 
d. Bentuk bumi
Sebelum sains moden berkembang, pakar sains mengatakan bahawa bumi berbentu datar sehingga pelaut masa tersebut tidak berani pergi jauh takut sampai ke penghujung bumi dan jatuh ke dalam curam. Sains moden telah menemukan bahawa bumi adalah berbentuk bulat oval. Firman Allah:

Dia menjadikan malam melingkari siang dan mejadikan siang melingakrari malam (Az-Zumar 39;5).

Ayat ini menunjukkan bumi berbentuk bulat, bulat yang dimaksudkan di sini bukan bulat sempurna tetapi bulat seperti telur burung unta. Telur unta mempunyai bentuk tidak sama seperti telur-telur lain, telur burung lain antara pangkal dan hujungnya mempunyai saiz yang berbeza tetapi telur burung unta mempunyai saiz pangkal dan hujung yang sama dan di tengah besar, ini bersesuaian dengan penemuan sains moden yang mengatakan bahawa bumi berbentuk bulat oval.

Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya (An-Naziyaat 79;30)

e. Gunung ganang sebagai pasak
Gunung ganang merupakan pasak yang akan menstabilkan bumi ini, oleh sebab itu apabila hutan yang terdapat di dalam gunung ganang dirosak maka alam semesta tidak akan stabil sehingga berlaku gempa bumi dan bencana alam lainnya. Firman Allah:

 Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? dan gunung-gunung sebagai pasak? (An-Naba' 78;6-7)

Oleh itu lestarikan hutan dan jangan rosakkan gunung ganang untuk anak cucu kita sebagai penerus kehidupan di dunia ini. 

f. Orbit Matahari dan Bulan
sebelum penemuan sains moden, manusia beranggapan bahawa bumi mengelingin matahari. penemuan sains moden telah membuktina bahawa bulan dan matahari beredar pada orbit masing-masing. Firman Allah:
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya (Yaasin 36;40)

g. Matahari berputar pada paksinya
Matahari akan beredar pada paksinya, firman Allah:
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya (Al-Anbiyaa 21;33)

2. Fizik (Atom)
Atom merupakan partikel terkecil yangterdapat di alam semesta yang tidak dapat dihuraikan lagi menjadi partikel yang lebih kecil. ini bersesuaian dengan ayat di bawah ini:

Tidak tersembunyi daripada-Nya seberat zarrah pun yang ada di langit dan bumi serta tidak ada pula yang lebih kecil dan lebih besar daripada itu, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata (Lohmahfuz)",(As-Saba' 34;3)

Atom dalam bahasa Al-Qur'an disebut sebagai zarrah, maka tidak ada sesuatupun yang terdapat di bumi atau langit yang etrlepas daripada pantauan Allah.

3. Botani dan Perubatan
Sains moden menerangkan bahawa terciptanya makhluk baru dengan adanya percampuran sel jantan (sperma) dan sel betina (ovum). Ini menunjukkan dengan adanya pasangan maka akan lahirlah organisma baru, ini sesuai dengan penjelasan dalam Al-Qur’an tentang pasangan:

Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang (Ar-Ra'd 13;3)
Allah menjadikan semua organisma berpasang-pasangan, oleh itu tidak akan wujud mikroorganisma baru tanpa adanya persenyawaan sel jantan dan sel betina.

Allah menjadikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Allah menciptakan pelbagai herba yang mengandungi kasiat ubat, begitupun Allah menciptakan haiwan-haiwan untuk dijadikan sumber penyembuh bagi manusia. Madu lebah mempunyai kasiat yang baik untuk kesihatan manusia, madu mengandungi gula ringkas yang tinggi sehingga mudah diserap oleh tubuh manusia. Madu telah banyak diolah menjadi produk kesihatan dan juga perisa bagi makanan dan minuman. Sila rujuk ayat di bawah tentang keistimewaan manu:

Daripada perut lebah keluar madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia (An-Nahl 16;69)

Sains moden telah membuktikan bahawa madu mempunyai khasiat yang cukup baik untuk kesihatan sekiranya diambil secara berterusan dalam kadar yang sesuai.

4. Embriologi
Sains moden telah menemukan tahap-tahap perkembangan bayi secara terperinci. Seorang profesor dari Thailand telah membuat kajian tentang tahap perkembangan bayi dalam kandungan selama 17 tahun. Pada suatu hari seorang pelajar beliau telah menunjukkan fasa-fasa perkembangan bayi di dalam kandungan ibu dalam ayat Al-Qur’an. Beliau telah mendapati apa yang diterangkan dalam Al-Qur'an selari dengan hasil kajain beliau sehingga akhirnya beliau masuk Islam kerana kebenaran Al-Qur'an. Tidak mungkin Rasulullah dapat mengetahui tahap-tahap perkembangan bayi dalam kandungan ibu pada 1400 tahun yang lepas dengan ketiadaan teknologi canggi. Firman Allah:

Kemudian Kami jadikan air mani yang disimpan dalam rahim. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik (Al-Mukminun 23;13-14).

Di ayat yang lain, Allah juga menjelaskan tentang penciptaan manusia.

Ketahuilah sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi (Al-Hajj 22;5).

Ilmu embrio moden mengiktiraf penjelasan Al-Qur’an tentang kejadian manusia paling detail, sungguhpun sains masa itu belum dapat memahaminya.

Jantina Bayi
Pada zaman dahulu apabila sebuah keluarga menginginkan anak lelaki tetapi lahir anak perempuan maka yang disalahkan adalah ibunya. Penemuan sain moden membuktikan jantina bayi dipengaruhi oleh kromosom yang dibawa oleh sperma daripada bapa. Ovarium yang dihasilkan oleh ibu hanya membawa kromosom xx dan bapa membawa kromosom xx atau xy. Sekiranya sperma yang dipancarkan oleh bapa membawa kromosom xy maka bayi yang dilahirkan adalah lelaki dan sekiranya kromosom yang dipancarkan oleh bapa adalah xx maka bayi yang dilahirkan adalah perempuan. Jadi yang mempengaruhi jantina bayi bukan salah ibu yang mengandung tetapi salah bapa yang memancarkan maksudnya sel telur daripada ibu tidak mempengaruhi jantina bayi tetapi air mani yang dipancarkan oleh bapa yang akan menentukan jantina bayi. Islam telah membela perempuan yang selama ini disalahkan apabila mendapatkan anak perempuan. Dalam Islam tidak ada beza anak lelaki ataupun perempuan selagi mereka taat kepada Allah kerana Islam tidak membeza-bezakan jantina.  

Bahwasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan, dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita (An-Najm 53;44-45).

KELAS 10. MUKJIZAT AL-QUR'AN

AL-QUR’AN ADALAH FIRMAN ALLAH
Al-Qur’an adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibrail untuk dijadikan sebagai panduan manusia dalam mentadbir dunia ini. Islam yang menggunakan Al-Qur’an sebagai sumber rujukan hukum utama sangat mementingkan tentang ketulenan Al-Qur’an. Ramai yang menuduh bahawa Al-Qur’an bukan berasal daripada Allah, Al-Qur’an sendiri telah membuktikan bahawa Al-Qur’an berasal daripada Allah seperti tersebut dalam ayat di bayah ini:
Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan Al-Qur'an kepadamu dengan lengkap? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka mengetahui bahwa Al-Qur'an diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. Telah sempurnalah Al-Qur'an, sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah ayat-ayat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Al-An'am 6;114-115)

Ayat di atas menunjukkan pengakuan daripada Allah bahawa Al-Qur'an adalah wahyu Allah yang diturunkan melalui Malaikat Jibrail. Cuba rujuk mana-mana kitab agama lain yang terdapat pengakuan daripada Allah bahawa kitab tersebut diturunkan oleh Allah? Bagi Muslim kesahihan Al-Qur’an sangat penting kerana kepercayaan kepada Al-Qur’an merupakan salah satu rukun iman dalam Islam. Muslim dapat membuktikan bahawa Al-Qur’an yang ada sekarang sama dengan Al-Qur’an yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad 1400 tahun lepas. Tidak ada tokok tambah kandungan dalam Al-Qur'an seperti kitab-kitab lain sungguhpun zaman berubah kerana Allah selari dengan perkembangan sain moden. Bahkan dalam menterjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa lain pun cukup berhati-hati supaya tidak membawa perubahan makna daripada yang assl sekiranya terdapat kekeliruan maka rujuk kepada Al-Qur'an sebagai rujukan utama.

Kebanyakan orang percaya kepada agama secara butatuli (blind faith), mereka tidak membuat kajian terhadap agama dan hanya ikut apa yang diajarkan oleh tokoh agama mereka tanpa mengkaji sama ada kata-kata itu daripada kitab atau pandangan peribadi tokoh tersebut. adakah umat islam harus terima dan beriman kepada setiap kata-kata ustaz tanpa mengkaji? Muslim tidak boleh percaya sesuatu perkara tanpa bukti yang sahih sebab Islam adalah agama fakta yang perlu dibuktikan secara saintifik bukan iman membuta tuli.

1. PEMBUKTIAN AL-QUR'AN MASIH TULEN
1. Sejarah
Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad pada 612-635 CE, dalam bahasa Arab, dalam masa 23 tahun melalui Malaikat Jibrael. Ayat yang diturunkan kadang kala ayat pendek dan kadang kala satu surah panjang, setiap kali Nabi Muhammad terima wahyu daripada Allah maka akan segera disampaikan kepada para pengikutnya 100% sama seperti yang diterima daripada Allah melalui Jibrail.

Kemudian Sahabat Nabi Muhammad akan mencatat dan menghafal setiap wahyu tersebut, antara sahabat Rasulullah yang mencatat wahyu adalah Zaid ibn Tsabit, Ubay ibn Kalb, Mu’adh ibn Jabal dan Abu Zaid. Wahyu tersebut ditulis pada kulit kayu, kulit haiwan dan tulang haiwan, setiap kali mereka tulis akan terus disemak oleh Rasulullah supaya tidak terjadi kesilapan dan sekiranya berlaku kesilapan dalam catatan, beliau akan terus memperbaikinya pada masa itu juga, sehingga tidak ada peluang untuk berlaku kesilapan terhadap wahyu yang ditulis dan disimpan. Jadi dengan cara ini dapat dipastikan bahawa ayat yang ditulis adalah sama dengan ayat yang diturunkan kepada beliau, dengan cara ini tidak ada peluang untuk berlaku kesilapan seperti ayat tertinggal atau terlebih tulis.

Selain mencatat, sahabat Rasulullah juga menghafal wahyu tersebut, dan mereka mengulanginya setiap kali solat 5 waktu. Setiap rakaat dibaca surah Al-Fatihah, 2 rakaat yang pertama dibaca surah-surah pendek secara rawak, solat Mahgrib, Isyak dan Subuh imam akan membacakan ayat Al-Qur'an dengan suara nyaring, sekiranya berlaku kesilapan maka jemaah akan terus menegurnya, dengan cara ini sesiapa yg salah hafal samada imam atau makmum boleh ditegur dengan segera, secara umum semua jamaah shalat tahu bacaan yang betul sungguhpun bukan hafaz Al-Qur'an.

Selain itu, setiap bulan puasa (Ramadan) setiap tahun disunatkan melaksanakan shalat Terawih secara berjamaah di surau atau masjdi. Surau atau Masjid akan melantik penghafal Al-Qur’an sebagai imam shalat tarawih dan setiap malam akan dibaca satu juzuk sehingga menghabiskan 30 juzuk Al-Qur'an (Al-Qur'an penuh) selama bulan Ramadhan. Amalan ini telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang. Selepas shalat tarawih digalakkan untuk membaca Al-Qur'an secara bersama-sama, sekiranya terdapat kesilapan dalam membacanya maka akan terus ditegur dan dibetulkan.

Sampai sekarang berjuta muslim menghafal Al-Qur'an secara penuh (30 juzuk), bahkan terdapat budak-budak umur 5 tahun atau 7 tahun yang sudah menghafal keselurahan Al-Qur'an seperti di Iran dan Pakistan serta negara Islam lainnya, bahkan juga negara Malaysia. Setiap bulan Ramadhan, Rasulullah akan membaca semula Al-Qur'an yang telah diwahyukan di hadapan malaikat Jibrael dan Malaikat Jibrail akan menyimaknya supaya tidak terdapat ayat yang tercecer. Sahabat Rasulullah juga akan membaca di hadapan Rasulullah supaya disemak sendiri oleh beliau.

Selepas Rasulullah wafat, terjadi peperangan dan ramai penghafal Al-Qur'an yang syahid dalam medan perang. Oleh itu usman bin Affan telah menyarankan Abu Bakar supaya mengumpulkan dan membukukan Al-Qur'an tersebut. Pada mulanya Abu Bakar menolak cadangan tersebut kerena amalan tersebut tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah pada zaman beliau masih hidup. Akhirnya Abu Bakar menerima cadangan tersebut kerana semakin hari semakin ramai penghafal Al-Qur'an yang syahid sehingga dikuatirkan Al-Qur'an akan hilang begitu sahaja. Maka Abu bakar telah mengumpulkan semua penghafal dan manuskrip Al-Qur'an.
Kemudian dikumpulkan di bawah seliaan Zaid bin Tasbit dan disemak semula oleh penghafal Al-Qur'an serta disesuaikan dengan manuskrip yang terdapat pada batu, kayu, kulit dan tulang haiwan. Al-Qur'an yang telah dibukukan disimpan di rumah Hafsah selepas Abu Bakar meninggal. Proses pengumpulan Al-Qur'an diteruskan oleh Khalifah Uthman bin Affan dan beliau telah menghasilkan teks rasmi pada tahun 30 Hijriah. Manuskrip asal dimusnahkan dan hanya disimpan 5 buah mushaf yang dibukukan masa itu sahaja, mushaf tersebut disimpan oleh:
1. Osman Ibn Affan,
2. Habsah (Isteri Nabi Muhammad)
3. Zaid Ibn Tsabit,
4. Abdullah Ibn Zubayer
5. Sa'ad Ibn As 'As.

Samapi sekrang manuskrip Al-Qur'an yang asal masih disimpan di:
1. Museum of Tashkent, Uzbekista
2. Topkapi Museum, Istanbul, Turkey
3. Library of Congress, Washington
4. Chester Beatty Museum, Dubli
5. London Museum, England
6. Institute of Munich – 42,000 Manuscripts

2. Pengarang
Pengarang Al-Qur’an adalah Allah, Al-Qur'an telah mencabar orang yang menuduh Al-Qur'an bukan daripada Allah. Sekiranya Al-Qur'an bukan daripada Allah maka akan terdapat banyak percanggahan di dalamnay seperti kitab-kitab yang lain. Firman Allah:

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an? Kalau kiranya Al-Qur'an itu bukan daripada sisi Allah, tentulah mereka akan mendapatkan percanggahan yang banyak di dalamnya (An-Nisa' 4;82).

Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan bahawa Al-Qur’an diturunkan oleh Allah:

Kitab ini diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Jaatsiyah 45;2)

Sesungguhnya Al-Qur'an adalah kitab suci yang mulia; Ia kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuzd); tidak akan ada yang menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang suci; Ia diturunkan oleh Tuhan semesta Alam (Al-Waqi'ah 56; 77-80).

Sesungguhnya Al-Qur'an benar-benar diturunkan oleh Tuhan Semesta alam, dibawa turun oleh Roh kebenaran (Jibril) ke dalam hati Muhammad agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas (Asy-Syu'araa' 26;192-195).

2. PROSES PENYINGKIRAN PENULIS YANG TIDAK LAYAK
1. Nabi Muhammad
a. Nabi Muhammad tidak dapat menulis Al-Qur'an sebab beliau adalah ummi (tidak dapat membaca dan menulis). Ini dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

Dan kamu tidak pernah membaca sesuatu Kitab pun sebelum Al-Qur'an dan kamu tidak pernah menulis suatu kitab dengan tangan kananmu; andai kata kamu pernah membaca dan menulisnya, benar-benar ragulah orang yang mengingkarimu (Al-'Ankabut 29;48).

b. Nabi Muhammad diberikan gelaran Al-Ameen maksudnya orang yang dipercaya oleh orang Arab Quraish, beliau tidak pernah berdusta sehingga orang Arab Qurais yang tidak mahu menerima ajaran Islam sekalipun tetap mempercayai beliau. Ini terbukti semasa berlaku peperangan, orang-orang Yahudi dan Nasrani di Mekah akan menyimpan barang mereka kepada beliau, selepas peperangan mereka akan menuntutnya semula dan Nabi Muhammad mengembalikan semua barang tersebut tanpa sedikitpun cacat cela.

c. Secara fitrah penulis biografi tokoh adalah orang lain sehingga mudah untuk menegurnya, penulis tidak akan menegur diri sendiri sednagkan Al-Qur'an banyak kali menegur Rasulullah ini membuktikan beliau bukan penulis Al-Qur'an.

Teguran tentang Rasulullah tidak menyandarkan sesuatu apabila berkata. Firman Allah:

Jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi (Al-Kahfi 18;23).

Teguran tentang keinginan Rasulullah untuk berkahwin dengan isteri anak angkat beliau Zaid. Firman Allah:
Dan ingatlah, ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu juga telah memberi nikmat kepadanya: "Tahanlah terus istrimu dan bertakwalah kepada Allah", sedangkan kamu menyembunyikan dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedangkan Allah-lah yang lebih patut kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah menceraikan isterinya, Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk mengahwini bekas isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu telah menceraikannya (Al-Ahzab 33;37).

Teguran kepada Rasulullah apabila rasulullah bermasam muka semasa didatangi oleh seorang miskin yang mahu belajar Islam. Bahkan Rasulullah telah melayan tetamu-tetamu pembesar tanpa menghiraukan tetamu miskin tersebut sehingga Allah menegur beliau secara langsung. Firman Allah:
Muhammad bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya ('Abasa 80;1-2).

2. Adakah Al-Qur'an ditiru daripada Al-Kitab?
a. Gaya bahasa Al-Qur'an dengan Al-Ktab tidak menunjukkan kesamaan, ini membuktikan bahawa Al-Qur’an tidak ditiru dari Al-Kitab sebab kalau ditiru mesti gaya bahasanya sama.

b. Al-Kitab bahagian Perjanjian lama dalam bahasa Arab baru dituliskan pada tahun 900 CE, manakala perjanjian baru dalam bahasa Arab dituliskan pada tahun 1616 CE. Sedangkan Al-Qur'an telah wujud dulu mana mungkin Al-Qur'an ditiru daripada Al-Kitab yang ditulis dalam bahasa Arab selepas kewujudan Al-Qur'an.

c. Tidak ada satupun ayat dalam Al-Qur'an yang mempunyai kandungan yang sama dengan ayat dalam Al-Kitab berbahasa Arab, kalau ditiru mesti akan mempunyai kandungan ayat yang sama.

d. Kesilapan yang terdapat dalam Perjanjian Lama dan perjanjian Baru tidak terdapat dalam Al-Qur'an. Sangat tidak logik kalau pelajar yang pandai meniru daripada pelajar yang bodoh, maknanya dalam perjanjian Lama dan Baru terdapat banyak ayat yang bercanggah dan terdapat kesilapan, mungkinkan Al-Qur’an ditiru daripada ayat-ayat yang bercanggah dan terdapat kesilapan tersebut? kalau ia kenapa dalam Al-Qur'an tidak terdapat percanggahan seperti dalam Al-Kitab.

e. Terdapat persamaan mesej menunjukkan sumber asal yang sama iaitu daripada Allah. Ini tidak bermakna Al-Qur'an ditiru daripada Al-Kitab kerana tidak mungkin hasil tiruan lebih baik daripada asal, pasti hasil tiruan mempunyai kesamaan dengan yang ditiru.

f. Terdapat percanggahan fakta tentang nabi-nabi yang disebut dalam Al-Qur'an dengan Al-Kitab. Sebagai contoh dalam Al-Qur'an disebutkan bahawa selepas Adam berbuat dosa, beliau bertaubat dan Allah mengampunkan dosa Adam sedangkan dalam Al-Kitab disebutkan bahawa dosa Adam tidak pernah dihapuskan, kerana Adam melakukan dosa maka dosa tersebut telah diwariskan kepada keturunannya.

3. Adakah Al-Qur’an ditulis oleh Syaitan?
Penulis sesuatu manuskrip tidak akan mengkritik atau menunjukkan kelemahan serta mengutuk diri sendiri. Al-Qur’an banyak menerangkan tentang kelemahan dan mengutuk syaitan, ini menunjukkan Al-Qur’an bukan ditulis oleh syaitan. Kalau Al-Qur'an ditulis oleh syaitan mungkinkah syaitan akan memberitahu kepada manusia akan keburukannya? Rujuk ayat di bawah ini:

Sesungguhnya setan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh mu, kerana setan-setan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Al-Fathir 35;6).

Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku. Dan setan itu tidak mau menolong manusia (Al-Furqan 25;29).

Sekiranya Al-Qur’an ditulis oleh syaitan, maka sangat tidak masuk akal syaitan akan mengajarkan manusia supaya membaca doa ini: “Aku berlindung daripada syaitan yang direjam” seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:

Apabila kamu membaca Al-Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari setan yang direjam (An-Nahl 16;98).

Dan di antara haiwan ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu,(Al-An'am 6;142).

Al-Qur’an sendiri membuat pengakuan bukan diturunkan oleh Syaitan. Sila rujuk ayat di bawah:

Al-Qur'an bukanlah diturunkan oleh syaitan; dan tidak lah patut syaitan menurunkan Al-Qur'an, dan merekapun tidak ada kuasa menurunkannya; Sesungguhnya syaitan dijauhkan daripada mendengar ayat-ayat Al-Qur'an (Asy-Su'araa' 26;210-212).

Sekali lagi Al-Qur'an menafikan ditulis oleh syaitan, bahkan untuk mendengar ayat-ayat Al-Qur'an pun syaitan tidak ada kuasa apatah lagi menuliskannya. Di ayat yang lain Al-Qur'an juga mengajarkan manusia untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan.

Dan jika kami ditimpa dugaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui (Al-'Araaf 7;200).

Syaitan adalah musuh manusia.
Penulis tidak akan mengisytiharkan dirinya musuh kepada pembacanya. Al-Qur’an menerangkan bahawa syaitan adalah musuh manusia. Sila rujuk ayat di bawah:

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu (Al-Baqarah 2;168).

Al-Qur'an juga menghalang manusia daripada menyembah syaitan atau menjadi pengikutnya. Rujuk ayat di bawah :

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai keturunan Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu (Yasin 36;60).

Syaitan memang bijak dalam menipu manusia oleh sebab itu Allah awal-awal lagi telah menerangkan tentang kelemahan syaitan sehingga syaitan tidak dapat menipu orang-orang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Al-Qur'an menceritakan tentang kejahatan syaitan.
Sekiranya Al-Qur’an ditulis oleh syaitan tidak mungkin syaitan akan membuka aib sendiri. Sila rujuk ayat di bawah:

... Sesiapa yang mengambil syaitan menjadi kawannya, maka syaitan adalah seburuk-bruknya kawan (An-Nisa 4;38).

Ayat yang lain juga menceritakan tentang kejahatan syaitan, rujuk ayat di bawah:
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan sebelum kamu. Mereka hendak berhakim kepada taghut padahal mereka telah diperintahkan untuk ingkar kepada taghut. Dan syaitan akan menyesatkan mereka dengan kesesatan yang nyata (An-Nisa 4;60).
Bersambung....