Sunday, September 5, 2010

CLASS 5. BERSUCI

Medium bersuci yang lazim digunakan adalah air dan tanah. Air dibahagikan kepada empat iaitu:
1. Air Mutlak, iaitu air yang suci dan dapat menyucikan bagi lainnya.
a. Air hujan, salji, dan air embun.
Firman Allah: "Dan diturunkan-Nya padamu hujan daripada langit untuk menyucikan kamu." (Al-Anfaal 11)

"Dan Kami turunkan daripada langit air yang suci lagi mensucikan (Al-Furqan 48)

Rasulullah bersabda: "Saya membaca: "Ya Allah, jauhkanlah daku daripada dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah bersihkanlah aku seperti dibersihakn kain yang putih daripada kotoran. Ya Allah, sucikanlah aku daripada kesalahan-kesalahanku dengan salji, air dan embun." (Jamaah kecuali Turmidzi)

b. Air laut

Rasulullah saw bersabda: "Air laut suci lagi menyucikan, dan bangkainya halal dimakan (Berlima).

c. Air perigi

Ali berkata: "Rasulullah saw meminta sebaldi air zamzam, lalu diminum sedikit dan digunakan untuk berwudhuk (Ahmad).

Air yang berubah kerana tergenang lama dan tidak mengalir ataupun bercampur dengan benda lain yang plazim seperti daun kayu maka dianggap sebagai air mutlak dan boleh digunakan untuk bersuci. Firman Allah:

"Jika kamu tidak memperolehi air, maka bertayammumlah kamu!" (Al-Maidah 6)

2. Air Mustakmal, iaitu air yang dipakai untuk wudhuk dan mandi, maka hukumnya seperti air mutlah iaitu suci dan dapat digunakan untuk menyucikan.

Rubaiyi' binti Mu'awwid melaporkan bahawa semasa Rasulullah menerangkan tentang cara berwudhuk katanya: "Dan disapunya kepala dengan air baki wudhuk yang terdapat pada kedua tanganny."
 
3. Air Yang bercampur dengan barang suci seperti sabun, kapur barus,  dan tepung serta barang lain yang mengendap apabila dicampur tetap dapat digunakan untuk bersuci selagi sifat asalnya masih kekal sekiranya telah berubah maka air tetap suci tetepi tidak dapat digunakan untuk bersuci.

Rasulullah saw bersabda: "Telah masuk Rasulullah saw. ketika puteri beliau Zainab wafat, Rasulullah berkata: "Mandikanlah ia tiga tau lima kali atau lebih banyak lagi, dengan air dan daun bidara, dan campurlah yang terakhir dengan sedikit kapur barus. Jika telah siap maka maklumkanlah padaku." Maka selepas siap, kami maklumkan kepada Nabi. Beliau memberikan kami kainnya serta katanya; "Balutkanlah kain tersebut pada rambutnya." (Jamaah) 

4. Air mutlak yang bercampur najis dan menyebabkan perubahan rasa, atau warna ataupun bahu maka tidak boleh digunakan untuk bersuci, sekiranya bercampur dengan najis tetapi tidak terjadi perebuhan tersebut maka boleh digunakan untuk bersuci.

Abu Hurairah berkata: "Seorang Badui berdiri dan kencing dalam masjid. Sahabat mahu menangkapnya. Maka rasulullah bersabda: " Biarkanlah dia, tuangkan pada kencingnya sebaldi air! Kamu dibangkitkan adalah untuk memberi kemudahan, bukan untuk menyusahkannya." (Jamaah kecuali Muslim)

Abu Sa'ad al-Khudri berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah kita berwudhuk menggunakan air dari telaga Budha'ah? Rasulullah bersabda: " Air itu suci dan dapat digunakan untuk bersuci, tidak ada satupun dapat menajiskannya (Ahmad, Syafi'i, Abu Daud, Nasa'i dan Turmidzi)
 
NAJIS
Najis adalah kotoran yang wajid disucikannya dan bahagian yang terkena nais tersebut. Firman Allah:

"Mengenai pakaian kamu. hendaklah kamu membersihkannya." (Al-Muddatstsi; 4)

Najis dibahagi empat iaitu:
1. Bangkai, haiwan yang mati tanpa disembelih termasuk bahagian badan haiwan yang dipotong semasa haiwan tersebut masih hidup. Rasulullah bersabda:

"Rasulullah bersabda: "bahagian yang dipotong daripada haiwan ternak semasa ia masih hidup adalah bangkai." (Abu Daud dan Turmidzi)

Bangkai yang tidak dianggap najis adalah:
a. Bangkai ikan dan belalang adalah suci.

Rasulullah saw bersabda: "dihalalkan bagi kita bangkai ikan dan belalang, sedangkan darah yang dihalalkan adalah hati dan limpa." (Ahmad, Syafi'i, Ibnu Majah, Baihaqi dan Daruquthni)

b. Bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir seperti semut, lebah dan lainnya adalah suci.

c. Tulang bangkai, tanduk, bulu, rambut, kuku dan kulit dan sejenis dengannya adalah suci.

Ibnu Abbas berkata: "majikan Maimunah menyedekahkan kepadaku seekor biri-biri, kemudian ia mati. Rasulullah lalu dan sabdanya: " kenaap tidak tuan-tuan ambil kulitnya untuk disamak?" Mereka berkata: "Bukankah itu bangkai?" Rasulullah menjawab: "Yang diharamkan memakannya." (Jemaah kecuali Ibnu Majah)

2. Darah, baik darah yang mengalir (darah haiwan yang disembelih) ataupun darah yang tertumpah (darah haid) kecuali sedikit sahaja.

3. Daging babi, firman Allah:

Katakanlah: "Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampau, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Al-An’aam 6:145).

Maklumat lengkap tentang daging bagi layari blog: http://israelu09.blogspot.com/2009/08/kenapa-islam-haramkan-makan-babi.html

4. Muntah, kencing dan najis manusia,
Rasulullah bersabda: "Kencing bayi lelaki direnjis air, sedangkan kencing bayi perempuanhendaklah dicuci'" Berkata Qatadah: "Selama bayi tersebut belum diberi makan kecuali susu ibu, jika sudah diberi makan maka kencing mereka perlu dicuci (Ahmad dan Ashabus Sunan kecuali Nasa'i).

5. Wadi, Madzi dan Mani, rujuk blog 

6. Kencing dan najis haiwan yang tidak dimakan dagingnya
Rasulullah bersabda: rasulullah mahu membuang air besar, beliau menyuruh aku mengambil tiga batu. Aku dapatkan dua batu dan kucari satu lagi tapi tidak dijumpai, maka kuambillah tahi kering lalu kuberikan kepada beliau, kedua batu diterima tetapi tahi tersebut dibuangnya, katanya: "Ini najis." (Bukhari, Ibnu Majah, dan Ibnu Khuzaimah)


7. Arak
Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (An-Nahl 16;67).
 
Maklumat lengkap layari blog: http://israelu09.blogspot.com/2009/10/kenapa-islam-haramkan-arak.html


8. Anjing
Telah berpesan Rasulullah: Mensucikan bekas yang dijilat oleh anjing dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, mula-mula dengan tanah (dilaporkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi).

Maklumat lengkap layari blog: http://teaching4muallaf.blogspot.com/2010/12/adakah-bekas-memasak-babi-perlu-disamak.html

Apabila pakaian atau badan terkena najis maka basuhlah dengan air sampai hilang, jika masih terdapat bekas yang susah dihilangkan selepas dibasuh maka dimaafkan. Asma' binti Abu Bakar melaporkan:

"Salah seorang kain daripada kami kena darah haid, salah seorang wanita bertanya kepada nabi: Apa yang harus dilakukan?" Rasulullah berkata: "Hendaklah dikoreknya kemudian dibilas dengan air, lalu dibasuh, kemudian boleh dipakai untuk shalat" (Ahli-ahli Hadis).


WUDHUK
Wudhuk adalah bersuci dengan menggunakan air untuk membasuh muka, kedua tangan, kepala dan ke dua kaki. Secacra luaran wudhuk adalah membasuh anggota wudhuk tetapi pada hakikatnya adalah menghapuskan semua dosa dan juga satu persediaan secara mental untuk menghadap Allah swt. Setiap kali mengambil wudhuk maka Allah menghapuskan semua doa yang dilakukan antara waktu shalat dengan waktu shalat lainnya. Rasulullah saw. bersabda:


"Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Mahukah saya tunjukkan padamu hal-hal yang dapat menghapuskan dosa-dosamu oleh Allah serta mengangkat derajatnya?" "Mauh ya Rasulullah", jawab mereka. "Menyempurnakan wudhuk menghadapi segala kesusahan, dan mengunjungi masjid, serta menunggu shalat demi shalat. Nah itulah perjuangan, perjuangan sekali lagi perjuangan." (Malik, Muslim, Turmudzi dan nasa'i).

Hadis di atas menerangkan bahawa menyempurnakan wudhuk dapat menghapuskan dosa dan mengangkat derajat manusia di sisi Allah. Maka berwudhuklah sebelum melakukan shalat, Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu hendak melakukan shalat, basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, lalu sapulah kepalamu dan basuh kakimu sehingga dua mata kaki!" (Al-Maidah 6).

Syarat sebelum melakukan shalat adalah membersihkan diri daripada hadas kecil dengan melakukan wudhuk. Rasulullah saw. bersabda:

"Allah tidak menerima shalat seorang di antaramu apabila ia berhadats, sampai ia berwuhuk lebih dahulu" (Sahih Bukhari dan Muslim, Abu Daud dan Turmudzi).

Fardhu wudhuk:

1. Niat. Iaitu kemahuan yang tertumpu terhadap perbuatan, untuk mengharapkan keridhaan Allah dan mematuhi peraturannya. Ia merupakan perbuatan hati semata-mata, tidak ada kaitan dengan lisan, sungguhpun demikian untuk memudahkan dalam niat ulama telah menuliskan lafaz niat .  Ini tidak bermakna bahawa niat harus dilafazkan dengan suara nyaring hanya sekadar meniatkan dalam hati, lafaz miat tersebut sebagai salah satu contoh untuk memudahkan sekiranya tidak mengikuti seeprti lafaz tersebut juga sah. 


Bagi sesiapa yang tidak menggunakan lafaz tersebut dalam berniat jangan menyalahkan mereka yang menggunakan lafaz tersebut untuk memudahkan mereka dalam berniat. Niat wudhu dilakukana semasa membasuh muka, Rasulullah saw bersabda:

"Rasulullah saw. bersabda: "Semua perbuatan itu adalah niat, dan setiap niat akan mendapat kan bergantung apa yang diniatkannya ...." (Jamaah)

2. Membasuh muka satu kali, mengalirkan air ke muka dengan batasannya puncak kening sampai dagu, lebarnya dari tepi telinga kiri sampai ke telinga kanan. Bagi lelaki yang mempunyai janggut tebal maka sunat membasuh sampai bahagian yang di tumbuhi janggut manakala lelaki yang mempunyai janggut nipis dan jarang wajib membasuh sampai bahagian di bawah janggut.

3. Membasuh kedua tangan sampai kedua siku. Siku adalah engsel yang menghubungkan tangan dengan lengan. Disunatkan  membasuh sela-sela jari semasa membasuh tangan.

4. Menyapu kepala, maksudnya menyapu air ke atas kepala atau menyentuh panggkal rambut, minima 3 pangkal rambut akan basa semasa membasuh kepala. Disunatkan untuk menyapu kepada daripada depan dan dialihkan dan kembali semula ke bahagian depan dengan menggunakan tangan kanan. 

"Bahawa nabi saw. menyapu kepalanya dengan kedua tangannya, maka ditariknya dari muka kemudian ke belakang, dimulainya dari bagian depan kepalanya lalu ditariknya kedua tangannya itu ke arah pundak, kemudian dibawanya kembali ketempat ia bermula tadi" (Jama'ah).


5. Membasuh kedua kaki daripada kedua mata kaki sehingga ke jari-jari kaki. Disunatkan untuk memasukkan jari-jari tangan kanan ke sela-sela jari kaki sebelah kanan dan jari kaki sebelah kiri. Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman! bila kamu hendak shalat, basuhlah mukamu dan tanganmu sampai kesiku, dan sapulah kepalamu serta basuh kakimu hingga mata-kaki!" (Al-Maidah 6).

Semua amalan tersebut disuntakan untuk mengulangi sebanyak tiga kali, membasuh yang pertama hukumnya wajib manakala yang kedua dan ketiga hukumnya sunat. Sungguhpun demikian digalakkan untuk membasuh tiga kali sekiranya basuhan pertama tidak rata maka basuhan  kedua dan ketiga akan mensempurnakannya.

Perkara-perkara yang dapat membatalkan wudhuk:

1. Keluar salah satu daripada satu dubur atau alat sulit

a. Keluar kencing ataupun membuang air besar. Rasulullah saw. bersabda:

Atau apabila salah seorang di antara kamu, membuang air kecil ataupun membuang air besar maka batallah wudhuk kamu.

b. Angin yang keluar daripada dubur iaitu kentut. Rasulullah saw. bersabda:

"Telah bersabda Rasulullah saw.: "Jika salah seorang di antaramu merasakan sesuatu di dalam perut, kemudian ia risau keluar sesuatu atau pun tidak, maka janganlah ia keluar dari masjid, sampai ia mendengar bunyinya atau mencium baunya (Sahih Muslim)

c. Keluar mani, madzi dan wadi.
1. Mani adalah cecair putih pekat yang keluar daripada alat sulit lelaki ataupun perempuan apabila mencapai kemuncak syahwat (klimak) , mani tidak akan keluar tanpa diberi ransangan pada alat sulit. Baik melalui hubungan seks ataupun onani. Kadang kala  mani juga keluar semasa bermimpi melakukan hubungan seks sehingga apabila bangun tidur terdapat cecair di bahagian alat kelamin. Mani dikenal juga sebagai sperma. Mani adalah hadas bukan najis maka apabila  seseorang keluar mani maka perlu mandi wajib atau mandi junub. Pakaian yang terkena air mani boleh digunakan dalam shalat kerana ia bukan najis tetapi hadas. Hadis yang dilaporkan oleh Aisyah:

Diriwayatkan daripada Alqamah katanya: Pada suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu  Aisyah berkata: Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja. Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut. Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah s.a.w kemudian Rasulullah menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan shalat.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:

"Nabi saw. disoal sahabat mengenai mani yang terkena pada kain. Maka jawabnya: "Ia seperti ingus dan kahak, maka cukuplah bagi kamu menyapu menggunakan kain ataupun daun-daun". (Daruquthni, Baihaqi dan Thahawi).
 
2. Madzi adalah cecair jernih yang keluar daripada alat sulit lelaki ataupun perempuan disebabkan ransangan ketika mukaddimah syahwat ataupun awal ransangan. Madzi adalah najis tidak perlu mandi wajib hanya membasuh alat sulit dan pakaian yang terkena madzi mencukupi dnegan merenjis air sebelum mengerjakan shalat. Rasulullah bersabda:

"Aku mendapatkan kesusahan dan kepayahan disebabkan madzi dan sering mandi kerananya. Maka kutanyakan perkara tersebut kepada Rasulullah, beliau berkata: "Cukuplah kamu berwudhuk kerana itu." Lalu kukatakan pula: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan kain yang terkenanya?" Rasulullah berkata: "Cukup apabila kamu ambil sedikit air, lalu renjis ke kain kamu sehingga jelas oleh kamu mengenainya" (Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmidzi).

Selain daripada pandangan yang memberangsangkan madzi juga boleh keluar ketika membuang air besar atau kecil. Madzi dihasilkan apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila ketika meneran. Kadang kala cecair daripada pundi prostat juga akan keluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair  akan teluar melalui saluran kencing. Madzi berwarna jernih atau kelabu kekuningan. Madzi juga boleh dihasilkan semasa seseorang bermimpi sehingga terdapat cecair semasa terjaga daripada tidur.  Apabila terkena Rasulullah bersabda:

Bahawa Ali berkata: Aku dalah seoarang lelaki yang banyak madzi, maka aku minta seorang kawan menanyakan kepada Rasulullah saw kerana aku adalah suami puterinya. Rasulullah mengatakan "berwudhuklah dan basuhlah alat sulit kamu!" (Sahih Bukhari).


3. Wadi adalah cecair putih pekat yang keluar daripada alat sulit daripada alat sulit lelaki ataupun perempuan selepas kencing. Wadi sama seperti air madzi, untuk membersihkannya ialah membasuh alat sulit dan bahagian yang terkena sebelum mengambil wuduk  sebelum mengerjakan shalat. Kadangkala wadi dapat dihasilkan apabila keletihan seperti jogging, bersukan atau mengangkat barang yang berat dan bekerja di dalam terik matahari. Rasulullah saw bersabda:

Berkata Aisyah: "Adapun wadi adalah keluar selepas kencing, maka basuhlah alat sulit dan berwudhuklah serta tidak perlu mandi". (Ibnu Mundzir)

Dalam Hadis yang lain Rasulullah bersabda:

"Kerananya harus berwudhuk", dan berkata Ibnu Abbas: mengenai mani, itulah yang yang mewajibkan mandi kerananya. Adapun madzi dan wadi, maka hendaklah kamu membasuh alat sulit kamu atau sekitarnya, kemudian berwudhuklah untuk shalat." (Baihaqi).

2. Tidur dalam nyenyak sehingga tidak sedarkan diri dan pinggul telah beralih daripada lantai. Apabila badan ataupun pinggul telah beralih kepada tempat lain maka kentut akan keluar. Rasulullah saw bersabda:

"Rasulullah saw. memerintahkan apabila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka khuf (kasut) selama tiga hari tiga malam, kecuali apabila junub, tetapi  Rasulullah memerintahkan kami membukanya semasa buang air besar ataupun kecil dan jika tidur (Ahmad, Nasa'i dan Turmudzi).

3. Hilang akal iaitu gila, pingsan, mabuk. Orang yang gila ataupun pingsan dan mabuk akan melakukan sesuatu tanpa disedari. Apapun yang berlaku terhadap dirinya tidak dapat diingat oleh itu perlu mengambil wudhuk semula sekiranya ingin melakukan shalat.  

4. Menyentuh alat sulit tanpa berlapik, Rasulullah saw bersabda:

"Bahawa Nabi saw. bersabda: "Siapa yang menyentuh alat sulitnya, maka janganlah ia shalat sebelum ia wudhuk semula (Turmidzi).

Terdapat sebahagian muslim yang menganggap amalan-amalan tertentu dapat membatalkannya wudhuk padahal amalan tersebut tidak membatalkan wudhuk. Adapun amalan tersebut adalah:

 1. Menyentuh perempuan atau lelaki tanpa berlapik, tedapat perbezaan ulama tentang bersentuh  kulit lelaki dan perempuan. Sebahagian ulama mengatakan bahawa bersentuh kulit lelaki dan perempuan akan membatalkan wudhuk, manakala ulama lain mengatakan tidak membatalkan wudhuk kecuali sentuhan tersebut dilengkapi oleh perasaan berahi. Adapun ulama yang berpendapat tidak batal wudhuk apabila bersentuh lelaki dan perempuan menggunakan hadis Rasulullah saw:

Daripada Aisyah: "Bahawa Rasulullah mencium beliau sedangkan Rasulullah berpuasa." Kemudian Rasulullah berkata: "Ciuman ini tidaklah merosakkan wudhuk dan tidak pula membatalkan puasa." (Ishak Bin Rahawaih & Bazar).

Dalam Hadis yang lain Rasulullah bersabda:

Juga daripada Aisyah: "Pada suatu malam aku kehilangan Rasulullah saw. daripada tempat tidur, kebetulan tanganku meraba telapak kaki Rasulullah yang sedang sujud dan membaca: "Allahumma inni a'udzu biridlika min sukhthika wa a'udzu bimu 'afatika min 'uqubatika, wa a'udzu bika minka, la ushhitnaan 'alaika, anta kama atsnaita 'ala nafsik." Ya Allah, aku berlindung dengan ridha-Mu dari murka-Mu, berlindung di bawah naungan-Mu daripada siksa-Mu, pendeknya aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu, tiada terkira puji-pujianku kepada-Mu, Keadaan-Mu adalah sebagaimana Engkau pujianku sendiri." (Sahih Muslim dan Turmudzi).

2. Keluar Darah daripada bahagian yang tidak lazim kerana luka bekam dan darah hidung.

Berkata Hasan: "Kaum muslimin tetap meneruskan shalat dengan luka-luka mereka (Sahih Bukhari)

3. Muntah, adakah disengaja ataupun tidak, sungguhpun dalam jumlah yang banyak sekalipun tidak membatalkan wudhuk keran tidak dalil daripada Al-Qur'an ataupun Hadis Rasulullah saw. 

4. Kerisauan terbatalnya wudhuk kerana hadas. Maka wudhuk tidak terbatal selagi ia yakin 100% telah berhadas. Rasulullah bersabda:

"Seorang lelaki mengadukan kepada Rasulullah bahawa ia merasa mengalami sesuatu semasa shalat. Rasulullah berkata: "Janganlah ia berpaling sebelum mendengar bunyi atau etrcium baunya (Jamaah kecuali Turmidzi). 

Hadis yang lain Rasulullah bersabda:

"Apabila slah seorang daripada kamu merasakan sesuatu dalam perutnya dan ia risau, apakah keluar sesuatu ataupun tidak, mka janganlah ia tinggalkan masjid sebelum mendengar suara atau mencium baunya." ( Muslim, Abu Daud dan Turmudzi).

5. Ketawa terbahak-bahak semasa shalat tidak membatalkan wudhuk kerana tidak ada dalil yang mengatakannya.

6. Memandikan manyat tidak membatalkan wudhuk kerana tidak ada dalil yang mengatakan batalnya wudhuk kerana memandikan manyat.

No comments:

Post a Comment