Tuesday, August 24, 2010

CLASS 4. RUKUN ISLAM (Sambungan)

3. Zakat

Zakat adalah hak Allah yang dikeluarkan oleh seseorang kepada fakir miskin. Zakat akan membersihkan jiwa dan memupuk pelbagai kebajikan. Ini selaras dengan Firman Allah dalam ayat di bawah ini:

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (At-Taubah 9;103)

Hadith menyebutkan tentang zakat seperti berikut:

"Allah mewajibkan zakat pada harta orang-orang kaya daripada muslim sejumlah yang dapat meringankan orang-orang miskin di antara mereka. Fakir miskin tidak akan menderita kelaparan dan masalah makanan, kecuali kerana perbuatan orang kaya. Ingatlah Allah akan mengadili mereka secara tegas dan menyiksa mereka dengan pedih (Tabrani).

Kewajipan zakat di Mekah pada masa awal perkembangan Islam adalah mutlak tanpa ada had harta yang wajib dikeluarkan zakat dan peratusan yang harus dikeluarkan bergantung kepada kesedaran dan kemurahan muslim pada masa itu. Kemudian pada tahun kedua Hijrah ditetapkan besar dan jumlah setiap jenis harta secara detail.

Zakat dapat membersihkan manusia daripada sifat kedekut dan tamak, sifat kejam terhadap fakir miskin dan orang-orang susah serta sifat buruk lainnya. Zakat juga dapat membersihkan jiwa mereka, menumbuhkan dan mengangkat derajatnya dengan berkat dan kebajikan, baik moral ataupun amal sehingga akan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman surga dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik; Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (Az-Dzariyat 15;15-19).

Zakat diwajibkan kepada semua muslim yang merdeka dan mempunyai satu nisab daripada salah satu jenis harta yang diwajibkan zakat. adapaun syarat nisab adalah:

1. Kelebihan daripada keperluan asas bagi seseorang seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan keperluan untuk mencari rezeki

2. Berlansung selama satu tahun hijrah, permulaan dikira semasa mencukupi nisab dan cukup selama satu tahun penuh. Sekiranya terjadi kekurangan di seperuh tahun maka dikira semla semasa mencukupi nisab.

Harta yang diwajibkan zakat adalah emas, perak, hasil tanaman, buah-buahan, barang perdagangan, haiwan ternak, barang tambang dan harta karun serta gaji (dimasukkan oleh ulama kemudian).

Ancaman tidak membayar zakat seperti tersebut dalam ayat di bawah:

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi manusia dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, bahwa mereka akan mendapat siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahanam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang akibat dari apa yang kamu simpan itu". (At-Taubah 9;34-35).

4. Puasa
Puasa bermakna menahan daripada segala apa yang membatalkan puasa, semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari, dengan disertai niat. Firman Allah dalam ayat di bawah ini:

Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang Manusia pun pada hari ini". (Maryam 19;26)

Puasa diwajibkan kepada muslim pada bulan ramadhan selama satu bulan penuh, ini berdasarkan ayat di bawah ini:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah 2;183).

Dan juga disebutkan dalam ayat yang lain:

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan yang batil. Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir di negeri tempat tinggalnya di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka, maka wajiblah baginya berpuasa, sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2;185)

Rukun Puasa ada dua iaitu

1. Menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa, sejak terbit fajar sehingga terbenam matahari. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat di bawah ini:

Yang dimaksudkan dengan garis putih adn hitam adalah:

Sabda Nabi Muhammad SAW. "Maksudnya ialah gelapnya malam dan terangnya siang".

2. Niat adalah bersahaja suatu perbuatan demi mentaati perintah Allah dalam mengharapkan keridhaan-Nya, tidak perlu dilafazkan secara lisan. Sesiapa yang makan sahur dengan tujuan berpuasa dan menahan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah bermakna sudah niat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat di bawah ini:

Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agaam dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (Al-Baiyinah 98;5)

Disebutkan dalam Hadith Rasulullah:

Nabi Saw. bersabda: "Setiap perbuatan itu hanyalah dengan niat, dan setiap manusia akan mendapatkan apa yang diniatkannya."

Niat harus dilakukan sebelum fajar, pada setiap malam bulan ramadhan seperti tersebut dalam Hadith di bawah:

"Barangsiapa yang tidak membulatkan niatnya untuk berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya (Ahmad dan Ash-Habus Sunan)"

Orang yang diwajibkan berpuasa adalah: Islam, berakal dan baligh (lelaki bermimpi basah dan perempuan sudah datang haid), sihat dan menetap, suci daripada haid dan nifas (bagi perempuan).

Orang-orang yang diberi kemudahan dan wajib membayar fidyah (denda):

1. Orang tua bangka lelaki dan perempuan
2. Orang sakit yang tidak mempunyai peluang sembuh
3. Orang-orang yang mempunyai pekerjaan berat dan tidak ada kerja lain selain itu.

...Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka, maka wajiblah baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya jika mereka tidak berpuasa membayar fidyah, iaitu: memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2;184)

Orang sihat yang risau akan menyebabkan sakit disebabkan berpuasa maka dibenarkan berbuka seperti orang sakit, demikian juga orang yang terlampau lapar atau haus sehingga membahayakan dirinya, hendaklah berbuka dan menggantinya (qadha) sungguhpun sihat dan bukan musafir. Ini berdasarkan firman Allah:

... Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (An-Nisa' 4;29)

... Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan... (Al-Hajj 22;78)

Ini sesuai dengan Hadith Rasulullah:

Aslami bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, saya merasa kuat untuk berpuasa dalam perjalanan. Salahkan saya melakukannya?" Rasulullah menjawab: "Itu adalah kemudahan daripada Allah. Maka siapa yang menerimanya, itu adalah baik, dan siapa yang ingin berpuasa, maka tidak ada salahnya." (sahih Muslim)

Hari-hari yang dilarang berpuasa:

1. Hari raya aidil Fitri (selepas bulan ramadhan) dan aidil adha (Raya Qurban) ini sesuai dengan Hadith di bawah:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa pada kedua hari ini. Mengenai hari raya Fitri, kerana ia merupakan saat berbuka daripada puasa Ramadhan sedangkan hari raya Adh-ha agak kamu memakan hasil kurban (Ahmad)"

2. Hari Tasyrik (tiga hari berturut-turut selepas hari raya Adh-ha seperti dilaporkan dalam Hadith di bawah:

Bahwa rasulullah s.a.w mengutus Abdullah bin Hudzafah ke Mina untuk menyampaikan: "Janganlah kamu berpuasa pada hari ini, kerana ia merupakan hari makan minum dan mengingat Allah "Azza wajalla" (Ahmad).

"Bahawa Rasulullah s.a.w mengutus seseorang untuk menyerukan: "Janganlah kamu berpuasa pada hari-hari ini, kerana ia merupakan hari makan minum dan bersama isteri" (Tabrani).

Perkara yang membatalkan puasa:

1. Makan dan minum dengan sengaja, sekiranya makan dan minum dalam keadaan terlupa, tersalah atau terpaksa maka tidak batal puasa, ini sesuai dengan Hadith:

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Barangsiapa lupa, padah ia berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah diteruskan puasanya, kerana hanya sanya diberi makan dan minum oleh Allah (Jemaah)

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak membebankan umatku mengenai hal-hal yang tersilap. yang dilakukan dalam keadaan lupa dan terpaksa (Ibnu Majah, Thabrani dan Hakim)

2. Muntah dengan Sengaja

"Barangsiapa didesak oleh muntah, ia tidak wajib mengkadha, tetapi sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah ia mengkadha (Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibba dan Daruquthni serta Hakim).

3. Haid (Menstruasi) dan Nifas (Darah selepas bersalin)

4. Mengeluarkan sperma atau mani
Keluar mani kerana mencium atau memeluk isterinya atau melancap. Manakala Madzi tidak membatalkan puasa adakah sedikit atau banyaknya.

5. Menelan bahan bukan makanan seperti garam

6. Meniatkan berbuka, sungguhpun tidak berbuka tetapi tetap batal kerana niat adalah salah satu rukun puasa maka dengan meniatkan berbuka maka batallah pausanya.

7. Makan dan minum atau bersama isteri kerana mengingat terbenamnya matahari sedangkan sangkaannya salah maka wajib mengkadhanya. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat di bawah:

...Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi yang berdosa apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Ahzab 33;5).

5. Haji
Haji adalah mengunjungi mekah untuk mengerjakan ibadah thawaf, sa'i, wukuf di 'Arafah dan ibadah-ibadah lain untuk memenuhi tuntutan Allah dan mengharap keridahaan-Nya. 

Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk beribadah manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, di antaranya maqam Ibrahim; barang siapa memasuki Baitullah amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barang siapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam (Ali-Imran 3;96-97).



Haji diwajibkan pada tahun ke enam hijrah seperti dilaporkan dalam hadith di bawah ini:

"Hendaklah kamu sempurnakan haji dan umrah kerana Allah (Tabrani)

Haji adalah amal yang utama seperti dilaporkan dalam Hadith di bawah:

"Rasulullah saw. ditanya orang mengenai amal yang paling utama. Maka jawabnya: Iaitu beriman kepada Allah dan rasul-Nya". Tanya orang itu lagi: "Kemudian apa?" Jawabnya: kemudian berjuang di jalan Allah" Ditanya pula: Selepas itu apa? Jawabnya: Selepas itu haji yang mabrur"

Haji mabrur maksudnya Haji yang tidak dinodai oleh dosa dan selepas kembali daripada haji mencintai akhirat dan tidak mengikut duniawi.

Haji dapat menghapuskan dosa seperti dilaporkan dalam Hadith di bawah:

"Barangsiapa mengerjakan Haji dan ia tidak bercampur bersama isteri pada masa terlarang serta tidak berbuat maksiat, maka ia akan kembali fitrah seperti masa dilahirkan oleh ibunya (Sahih Bukhari dan Muslim)

Syarat-syarat wajib haji:
1. Beragama Islam
2. baligh
3. berakal
4. Merdeka dan
5. Kemampuan

Dan menjadi kewajipan bagi manusia terhadap Allah mengerjakan haji ke Ka'bah itu, iaitu orang yang mampu mengunjunginya di antara mereka (Ali-Imran 3;97)

Mampu yang dimaksudkan dalam ayat diatas adalah:
1. Sihat badan
2. Jalan yang dilaluinya selamat
3. Mempunyai bekal dan kenderaan yang melebihi keperluan asas bermula keberangkatan sampai kembali semula.

CLASS 3. RUKUN ISLAM

1. Syahadah

iaitu pengakuan hanya ada satu Tuhan iaitu Allah SWT dan Muhammad adalah utusannya. Syahadah adalah pembeza antara muslim dengan penganut agama lainnya. Sesiapa yang membuat pengakuan tersebut tanpa paksaan maka dipanggil sebagai muslim. Islam tidak boleh memaksakan seseorang untuk memeluk Islam. Firman Allah:


Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kuat dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui (Al-Baqarah 2;256).

Kenapa perlu mengucap Syahadah?
Sebab syahadah adalah kontrak antara hamba dengan Allah, ini bermakna sesiapa yang bersyahadah maka wajib taat kepada perintah Allah baik yang disuruh atau dilarang.

Kenapa setiap kali shalat perlu mengucap syahadah?
Untuk memperbaiki kontrak kita kepada Allah, maka syahadah tersebut akan membimbing kita untuk menjadi muslim yang lebih baik. Setiap kali habis shalat maka perasaan kita akan semakin tenang akan berusaha menunaikan tanggung jawab sebaik mungkin

Sekiranya seseorang sangat mencintai Yesus tetapi beriman kepada Allah dan Muhammad, boleh ke mengucap syhadah dengan menambahkan Isa dibelakangnya (Lailah haillallah Muhammadar rasulullah, Isa rasulullah)? Boleh mengikut Hadith Sahih.

2. Shalat
Adakah perbezaan shalat dengan sembahyang?
Shalat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Shalat mempunyai arah kiblat, masa, bahasa, bacaan dan pergerakan yang telah ditetapkan manakala sembahyang berasal daripada bahasa sanskrit bermakna semai atau sembah.

Apa beza shalat dengan doa? Shalat adalah mempunyai bacaan yang tetap, diawali dengan wudhuk, mempunyai masa dan mempunyai gerakan yang tetapa serta menghadap kiblat. Shalat adalah hubungan langsung antara ciptaan dengan pencipta. Manakala doa adalah tidak mempunyai ketetapan tertentu seperti bacaan, masa dan arah semasa berdoa. Bahkan doa juga dapat dilakukan ketika kita dalam keadaan darurat dan kecemasan sambil berdiri, berlari dan berbaring.

Shalat merupakan tiang agama, ini sesuai dengan sabda Rasulullah:

"Pokok urusan ialah islam, sedang tiangnya ialah shalat, dan puncaknya berjuang di jalan Allah"

Shalat adalah ibadat pertama yang mula pertama diwajibkan oleh Allahsecara langsung, dengan berdialog dengan Rasulnya pada malam Mi'raj seperti dilaporkan dalam hadith di bawah:

"Shalat itu difardhukan atas nabi s.a.w pada malam ia diisra'-kan sebanyak lima puluh kali, kemiudian dikurangi sehingga lima kali, lalu ia dipanggil: "Hai Muhammad! ketetapanKu tidak dapat diubah lagi, dan dengan shalat lima waktu ini, kau tetap mendapat ganjaran lima-puluh kali." (Ahmad, Nasa'i dan Turmudzi)

Shalat adalah amalan yang mula-mula dihisab pada hari kiamat seperti dilaporkan dalam hadith di bawah ini:

"Amalan yang mula-mula dihisab daripada seorang hamba pada hari kiamat adalah shalat. Sekiranya ia baik,maka baiklah semua amalannya, sebaliknya jika buruk,maka buruklah pula semua amalannya" (Thabrani)

Kenapa perlu shalat? Ramai yang tidak shalat berjaya juga
Shalat adalah komunikasi secara langsung antara manusia dengan Allah sebagai pencipta, adalah sangat bertuah apabila kita dapat berhubung secara langsung dengan Allah. Umpamakan anda dijemput untuk berjumpa dengan Sultan Agong, sungguhpun agong tidak memberikan apa-apa kepada anda tetapi anda adalah termasuk orang yang bertuah dapat bertemu dengan beliau. Apatah lagi Allah yang mencipta anda dan memberikan nikmat kehidupan kepada anda, adakah anda tidak merasa bertuah dapat berhubung dengan-Nya?

Shalat juga dapat mencegah daripada berbuat kejahatan, ini dilaporkan dalam ayat di bawah ini:

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Qur'an dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya salat lebih besar keutamaannya daripada ibadah-ibadah yang lain. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut 29;45)

Siapa sahaja yang diwajibkan shalat?
1. Beragama Islam dan berakal baligh (Lelaki bermimipi melakukan hubungan sex sehingga keluar mani dan perempuan mengeluarkan haid). Ini dilaporkan dalam Hadith di bawah ini:

"Bahawa Nabi saw bersabda: "Diangkatkan kalam daripada tiga kumpulan iaitu orang tidur sampai ia bangun, anak-anak sampai ia bermimpi dan orang gila sampai ia sedarkan diri" (Sahih Bukhari dan Muslim).

Bagaimana dengan orang sakit? Adakah perlu shalat juga?
Shalat tetap perlu dilakukan walaupun dalam keadaan bagaimana pun selagi sedar, orang sakit boleh shal;at sambil dudku, baring, dan isyarat mengikut kemampuan yang anda boleh buat. Shalat untuk berhubung dengan Allah dalam keadaan sihat ataupun sakit.

Kenapa perlu berwudhuk sebelum shalat?
Wudhuk adalah membasuh anggota wajib sebelum shalat secara lahir tetapi menghapuskan segala dosa secara batin sebelum menghadap Allah sebagai pencipta. Bayangkan setiap hari anda akan membasuh dosa-dosa kita setiap hari sebanyak lima kali, adakah masih ada dosa yang tersisa dalam diri anda? Tentu tidak.

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai siku, dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu sampai kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali daripada toilet atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperolehi air, maka bertayamumlah dengan tanah yang bersih; sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak akan menyusahkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikamt-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur (Al-Maidah 5;6).



Kenapa shalat mesti dalam bahasa? Kenapa tidak dalam pelbagai bahasa seperti agama-agama lain? Bukankah bahasa ibunda senang faham sehingga lebih kusyuk?

- Perintah Allah
- Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab Quraisy
- Bahasa Arab mempunyai makna yang kaya seperti iqra bermakna bacalah, ulangi dan juga fahamkan.

Bilangan Shalat wajib:

"Bahawa lima shalat yang diwajibkan Allah atas hamba-hamba-Nya. Maka siapa yang menetapinya dan tidak menyia-nyiakan suatu pun di antaranya disebabkan menganggap ringan. Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. Dan siapa yang tidak melakukannya, maka tidak ada janji apa-apa dari Allah, jika dikehendaki-Nya akan disiksa-Nya, dan jika dikehendaki-Nya akan diampuni-Nya. (Ahmad, Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Waktu-waktu Shalat Wajib

"Bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Waktu zuhur ialah apabila matahari telah tergelincir sampai bayang-bayang seseorang sama panjang dengan badannya iaitu sebelum datang waktu ashar; Dan waktu ashar ialah sampai matahri belum lagi kuning cahayanya waktu shalat magrib selama syafak atau awan merah belum lagi hilang; waktu shalat isya sampai tengah malam kedua, sedangkan waktu shalat shubuh mulai terbit fajar sampai terbit matahari. Jika matahari telah terbit, maka hentikanlah shalat, kerana ia terbit di antara kedua tanduk syaitan (Sahih Muslim)

1. Shalat zuhur
Berdasarkan Hadith di atas maka waktu zuhur bermula tergelincir matahari daripada tengah-tengah langit sampai bayangan sesuatu sama panjang dengan selain bayangan semasa tergelincir. Ini bersesuaian dengan Hadith di bawah:

"Suatu masa kami berada bersama Nabi saw. dalam satu perjalanan. Maka muazdin mahu azan untuk shalat zuhur, lalu Rasulullah berkata: "tunggu dulu!" Kemudian semasa mahu diazan semula, Nabi mengatakan lagi: Tunggu dulu!" Demikianlah sampai dua atau tiga kali, sehingga tampaklah oleh kami bayang-bayang burung gagak selepas matahari tergelincir. Kemudian Nabi bersabda: "Sesungguhnya panas yang cukup kuat itu adalah lambaian neraka jahannam. Maka apabila hari terlampau panas, undurkanlah melakukan shalat (Sahih Bukhari dan Muslim).

2. Shalat Ashar
Waktu shalat ashar bermula apabila bayang-bayang sesuatu sama panjang dengan asalnya sehingga tergelincir matahari. Ini sesuai dengan hadith di bawah ini:

"Bahawa nabi saw. bersabda: "Barangsiapa telah melakukan satu raka'at ashar sebelum matahari terbenam, kemudian melanjutkannya sisa shalatnya setelah ia terbenam, mak bermakna waktu asharnya belum lagi habis (Baihaqi)

3. Waktu Magrib
Waktu magrib bermula apabila matahari telah terbenam dan tersembunyi di sebalik tirai sehingga hilang awan merah. Ini sesuai dengan Hadith di bawah:

"Bahawa Nabi saw. telah bersabda: "Waktu shalat magrib; ialah apabila matahri terbenam dan syafak belum lagi hilang" (Muslim).

4. Waktu Isya
Waktu isya bermula apabila hilangnya syafak merah sehingga seperdua malam. Ini sesuai dengan Hadith Nabi saw.

"Telah bersabda Rasulullah saw: Kalau tidaklah akan memberatkan umatku, tentu akan kusuruh mereka melambatkan Isya sampai sepertiga atau seperdua malam (Ahmad, Ibnu Majah dan Turmudzi).

5. Waktu Subuh
Waktu shalat subuh bermula daripada terbit fajar sadik sampai terbit matahari.

Saturday, August 21, 2010

CLASS 2. IMAN

Apa itu iman?
Iman adalah berasal daripada bahasa Arab (amina) iaitu aman dan tentram maka makna iman adalah membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah swt. yang dibawakan oleh Nabi Muhammad. Ini sesuai dengan Hadith di bawah:

Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan; tetapi ialah apa yang terdapat dalam hati dan dibuktikan dengan amalan (Al-Tarmizi)
Jadi iman adalah mengakui hanya Allah Tuhan segala sesuatu yang menguasai dan menciptakkannya serta Dialah yang layak disembah. Beriman kepada Allah meliputi tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asmaul husna.
Rububiyah
Allah merupakan Tuhan seluruh alam dan tidak ada Tuhan selain Dia. Maka Rububiyah Allah adalah mengesakan Allah sebagai pencipta, menguasai dan mengatur semesta alam. Firman Allah:
Ingatlah, yang menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, Tuhan semesta alam (Al-A'raf:54)
Contoh-contoh tauhid Rububiyah adalah
  1. Makam pujian hanyalah untuk Allah, setiap muslim wajib memuji Allah pada setiap rakaat shalatnya semasa membaca alfatihah ayat ke dua iaitu: "Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam." Dalam ayat yang lain Allah berfirman: "Bagi Allah lah segala pujian, Tuhan langit dan Tuhan bumi, Tuhan semesta alam." (Al-Jathiyah:36).
  2. Semua ibadah hanya kepada Allah, Firman Allah: "Katakanlah: "Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (Al-An'am:162)
  3. Keimanan dan ketaatan hanya kepada Allah, Firman Allah: Katanlah sesungguhnya petunjuk Allah yang sebenarnya petunjuk dan kita disuruh menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam." (Al-An'am;71).
  4. Hanya Allah yang mempunyai sifat-sifat agung dan Asmaul Husna
Tauhid Uluhiyah
Tauhid uluhiayah bermakna hanya Allah sahaja yang berhak disembah dan tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Tauhid uluhiyah dibina di atas ibadah secara ikhlas kepada Allah, baik secara batin ataupun zahir. Maka beriman kepada Allah hendaklah diwujudkan dengan menyerah diri kepada Allah dan tidak menyembah selain Allah, cinta hanya kepada Allah, takut kepadaNya, berharap dan berdoa kepadaNya, tawakkal kepadaNya. Oleh itu tauhid uluhiyah menyangkut tauhid rububiyah dan asma ul sifat.
Mengikut Ibnu Taimiyah bahawa tauhid uluhiyah merupakan pembeza orang-orang yang beriman dangan orang-orang msuyrik. Perkara-perkara yang digolongkan kepada tauhid uluhiyah:
  1. Keikhlasan untuk menyerah diri kepada Allah, seorang hamba tidak boleh menyekutukan Allah dengan ciptaanNya sehingga cinta kepada Allah sama dengan cinta kepada ciptaanNya, bahkan lebih mengutamakan cinta kepada mahkluk berbanding Allah. Orang-orang yang mencintai Allah sama dengan mencintai makhlukNya maka mereka termasuk orang-orang msuyrik. Firman Allah: "Di antara manusia terdapat orang-orang yang menyembah sekutu Allah, mereka mencintainya seperti mencintai Allah. Orang-orang beriman sangat kuat cintaNya kepada Allah....(Al-Baqarah 2: 165).
  2. Tumpuan doa dan harapan hanya kepada Allah, firman Allah: "Dan janganlah kamu menyeru apa-apa yang tidak dapat memberi manfaat dan mudarat kepadamu selain Allah, sebab jika kamu berbuat demikian, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim (Yunus: 106). Dalam ayat yang lain Allah berfirman: "Hanya kepada Allah kamu berserah jika kamu orang yang beriman. (Al-Maidah: 23). Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah kerana mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah: 218)
  3. Tumpuan dan matlamat hanya kepada Allah dan takut akan azabNya, firman Allah: "Jika Allah menimpkan kemudaratan kepada kamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolaknya. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia yang maha pengampun lagi maha mengasihani." (Yunus:107)
Tauhid Asma ul sifat
Keyakinan bahawa hanya Allah yang patut memiliki sifat yang sempurna. Asas-asas tauhid asma ul sifat adalah
  1. Mensucikan dan meninggikan nama Allah daripada menyamai sifat-sifat makhluk. Firman Allah: "Tidak ada sesuatupun yang sama denganNya. Dia mendengar lagi Maha Melihat." (al-Syura:11)
  2. Beriman kepada nama-nama dan sifat-sifat yang telah ditetapkan dalam al-Qur'an dan sunah Rasulullah
  3. Menghilangkan khayalan yang berlebihan untuk menggambarkan sifat-sifat tersebut
Rukum Iman
Rukun iman diterangkan dalam ayat di bawah ini:
"Wahai orang-orang yang beriman, Allah turunkan kitab kepada rasul-Nya dan sebelumnya. Sesiapa yang engkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kiamat, maka sesuangguhnya orang itu dalam kesesatan yang nyata (An-Nisa':136)
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat suatu kebaikan, namun kebaikan ialah kebaikan orang yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim dan orang-orang miskin (Al-Baqarah: 177).
Suatu masa Jibrail menyerupai orang Arab dan menjumpai Rasulullah dan bertanya tentang islam, iman dan ihsan. Rasulullah menjawab: "Iman adalah percaya kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan Qadha dan Qadhar yang baik dan buruk daripada Allah swt (Sahih Muslim dan Umar bin Khattab)

1. Beriman kepada Allah
Apa beza Allah dengan God?
Allah adalah nama khas yang merujuk kepada pencipta yang mempunyai sifat seperti dijelaskan dalam ayat di bawah ini:

Katakanlah: "Dialah Allah, Yang maha Esa; Allah adalah Tuhan yang tidak bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan anak; Tidak ada sesuatupun yang setara dengan-Nya (Al-Ikhlas 112;1-4).

Dalam ayat-ayat lain juga diterangkan tentang sifat-sifat Allah:

Sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Allah, yang tidak ada Tuhan yang patut disembah selain Dia. Pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu (Thaha 20;98)

Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya (Al-Israa' 17;111).

Dialah Allah Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Dial-lah Allah yang Tiada Tuhan yang Berhak disembah selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihar, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagunngan, Maha Suci, Allah daripada apa Yang Meraka Persekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbihlah Kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana (Al-Hasyr 59;22-24).

Yang demikian sifat-sifat dan kekuasaan-Nya ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, yang menjadikan segala sesuatu. Oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Nya, dan ingatlah, Dialah yang mentadbir tiap-tiap sesuatu (Al-An'am 6;102)

Engkaulah wahai Tuhan yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang. waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidu daripada benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati daripada benda yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya (Ali-Imran 3;27).

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan segala alam. Yang amat pemurah, lagi amat mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari kiamat (Al-Fatihah 1;1-3).

Patutkah selepas mengakui perjanjian itu mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nyalah taat sekalian makhluk yang ada dilangit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun dengan paksaan, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan (Ali-Imran 3;83).

Allah tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-sebenarnya melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhluknya (Al-Baqarah 2;255)

Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu smeua mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa (Al-Baqarah 2;22).

Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (Al-Fatihah 1;4)

Katakanlah wahai Muhammad "Bahawa shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah swt." (Al-An'am)

2. Beriman Kepada Malaikat
Beriman kepada Malaikat adalah perkara ghaib sebab malaikat tidak dapat disaksikan dengan mata kepala dan tidak dapat dikesan oleh deria serta sangat susah difahami oleh akal manusia semata-mata. Sila rujuk ayat di bawah:

Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul rasul-Nya" ... (Al-Baqarah 2;285).

Siapa Malaikat?

Dijadikan malaikat daripada cahaya dan dijadikan jin daripada percikan api (Sahih Muslim)

Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun. (Al-Ma'araj 4)Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan salat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang putramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh." (Ali-Imran 3;39).

Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan juga para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan kepada mereka. (An-Nahl 16;49-50)

Tugas Malaikat
1. Mencabut nyawa
Iaitu orang-orang yang dmatikan oleh para malaikat dalam keadaan zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri sambil berkata: "Kmai seklai-kali tidak mengerjakan sesuatu kejahatan pun". Malaikat menjawab: "Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan (An-Nahl 16;28)

Iaitu orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan kepada mereka: "Salamalaikum" masuklah kamu ke dalam syurga itu, disebabkan apa yang telah kamu kerjakan (An-Nahl 16;32)

Padahal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat-malaikat yang mengawasi pekerjaanmu, yang mulia di sisi Allah dan mencatat pekerjaan-pekerjaanmu itu, yang mulia di sisi Allah dan yang mencatat pekerjaan-pekerjaanmu itu, mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan (In-Fithaar 82;10-12).

Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan malaikat menjunjung arasy Tuhanmu di atas kepada mereka (Al-Haqqah 69;16-17).

Menjaga Neraka
Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada semua yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka, dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan (Al-Tahrin 66;6)

Sentiasa bersujud kepada Allah

Dan Dialah juga, yang guruh dan malaikat bertasbih memuji-Nya kerana takut kepada-Nya (Ar-R'ad 13)

3. Beriman kepada Kitab-kitab Allah
Kitab Allah mengandungi segala pengajaran yang disampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul berupa perintah, larangan, panduan kepada umatnya. Oleh itu muslim wajib beriman kepada Al-Qur'an dan kitab-kitab yang terdahulu seperti suhuf Ibrahim, Al-Zabur, al-taurat dan al-Injil yang diturunkan kepada umat-umat etrdahulu untuk membimbing mereka kepada jalan yang diridhai oleh Allah.

Kitab-kitab terdahulu telah ditokok tambah oleh ahli agama masing-amsing sehingga telah lari daripada ajaran asal. Wahyu-wahyu selain al-Qur'an hanyalah untuk bangsa tertentu dan masa tertentu juga, manakala al-Qur'an kepada semua bangsa dan sehingga akhir zaman. Wahyu-wahyu tersebut mengalami evolusi dan al-quran adalah akhir daripada evolusi tersebut.

Manusia itu adalah umat yang satu. Selepas timbul salah faham, maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi kabar gembira dan peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara mereka tentang perkara yang mereka selisih faham. Tidaklah berselisih faham tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana hasad dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan allah sentiasa memberi petunjuk orang-orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Al-Baqarah 2;213)

Kenangkanlah ketika Kami turunkan kepada Musa kitab Taurat dan keterangan-keterangan yang terdapat di dalamnya, yang membezakan yang benar dengan yang salah, supaya kamu mendapat petunjuk (Al-Baqarah 2;53)

Sesungguhnya kami telahpun memberikan kepada keluarga Ibrahim kitab dan hikmat, dan kami telah memberikan kepada mereka kerajaan yang besar (An-Nisa' 54).

Kitab Al-Qur'an ini tidak ada sebarang syak tentang datangnya daripada Allah dan sempurnanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang hendak bertakwa (Al-Baqarah 2;2)

Hubungan manusia dengan Kitab Allah
Allah akan menghisab setiap amalan manusia dengan adil, hisab tersebut tidak dibebankan kepada bangsa yang tidak mengetahuinya. Maka Allah telah mengutus rasul-rasul kepada setiap bangsa yang dilengkapi dengan kitab-kitab-Nya. Oleh itu muslim harus mengamalkan semua ajaran yang diterangkan dalam kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk.

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal (Al-Baqarah 2;44)

Beriman kepada kitab Allah harus secara kafah tidak boleh mimilah sebahagian hukum2 tertentu sahaja, ini dilaporkan dalam ayat di bawah:

Sesudah itu maka patutkah kamu percaya kepada sebahagian daripada kandungan kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu, selian daripada kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan ingatlah Allah tidak sekali-sekali lalai akan apa yang kamu lakukan (Al-Baqarah 2;85).

Al-Qur'an diturunkan untuk menerangkan kebenaran Agama tauhid yang tulen yang dibawa oleh para nabi dan rasul seperti Adam, Nuh, Ibrahim, Ishak, Yaakub, Daud, Zulkifli, Musa, Isa. Firman Allah swt:

Demi Allah! Sesungguhnya Kami juga telah mengutus rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dialah menjadi pemimpin dan penolong mereka pada hari ini; dan akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (An-Nahl 63).

Mukjizat Al-Qur'an
Al-Qur'an dari segi bahasa adalah bacaan manakala mengikut syarak bermakna mukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad. Al-Qur'an mempunyai 114 surah dan 6666 ayat yang dibahagikan kepada 30 juz. Keagungan Al-Qur'an diiktiraf oleh tokoh-tokoh islam dan barat. Antara keagungan atau mukjizat al-Qur'an adalah:
  1. Keindahan susunan dan gaya bahasa, ilmuan barat mengakui bahawa tidak ada karya satera di dunia ini yang menyamai keagungan al-Qur'an berkaitan kebenaran maklumat dan keindahan gaya bahasanya

  2. Kebenaran dan ketepatan al-Qur'an dalam menceritakan kronologi kejadian yang berlaku berabad-abad silam

  3. Kebenaran ramalan al-Qur'an kejadian yang akan berlaku pada masa yang akan datang, ramalan tentang kejatuhan empayar Rom seperti diceritakan dalam al-Qur'an

  4. Al-Qur'an menjadi pengubat roh dan fizikal manusia, ini dibuktikan dengan kesan ayat al-Qur'an yang dibacakan ke atas air. Kajian yang dilakukan oleh saintis dari jepun, apabila air dibacakan ayat al-Qur'an maka molekul air menjadi kristal berangkai seperti permata yang sangat cantik.
  5. Al-Qur'an merupakan sumber pelbagai ilmu yang sesuai dengan sain modern seperti penciptaan manusia, turun hujan, peredaran matahari dan fakta ilmiah lainnya.

Pandangan Al-Qur'an tentang Taurat dan Injil

Perkataan Taurat telah diubah ke dalam bahasa arab daripada Torah bahasa Ibrani. Torah bermakna syariat yang berisi kumpulan wahyu Allah yang diturunkan kepada nabi Musa untuk menyeru Firaun dan pengikutnya kepada agaam Allah yang sebenar, serta mengubah cara hidup mereka yang diwahyukan Allah dalam kitab Taurat. Manakala kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa untuk menyeru Bani Israel kepada agama Allah yang sebenar. Allah telah menurunkan Taurat dan Injil sebelum Alqur'an sebagai petunjuk ke jalan yang lurus. Firman-Nya:

Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Ia, yang tetap hidup-Nya, yang kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhluk-Nya. Ia menurunkan kepadamu wahai Muhammad Al-Qur'an yang mengandungi kebenaran, yang mengesahkan kandungan kitab-kitab suci yang ada di hadapan-Nya yang diturunkan sebelumnya atau Ia juga menurunkan Taurat dan Injil (Al-Imran 3;2-3).

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah kalam Allah (Taurat) dari tempat dan maksudnya yang sebenar (An-Nisa' 46).
Tidakkah engkau wahai Muhammad merasa pelik memikirkan sikpa orang-oarang yahudi yang telah diberikan saebahagian daripada kitab Taurat, mereka diseru kepada kitab supaya kitab itu dijadikan hakim mengenai perkara-perkara yang timbul di antara mereka (Ali-Imran 3;23).

Yahudi menyembunyikan kandungan kitab mereka seperti dilaporkan dalam Firman di bawah:

Wahai ahli kitab! Sesungguhnya telah datang kepada rasul kami Muhammad saw. dengan menerangkan kepada kamu tentang keterangan-keterangan dan hukum-hukum yang telah kamu sembunyikan daripada kitab suci, dan Ia memaafkan kamu dengan tidak mendedahkan banyak perkara yang banyak kamu sembunyikan (Al-Maidah 15)

Mereka telah sembunyikan tentang sifat-sifat nabi Muhammad dan berita kedatangan beliau dengan mengubah perkataan-perkataan asal. Mereka juga melupuskan tentang penghisaban amalan manusia di padang masyar dan pembalasan di akhirat kelak sungguhpun ini adalah asa kepercayaan agama yang bersumberkan Allah. Al-Qur'an juga menyebutkan bahawa Nasrani juga telah melupakan sebahagian daripada asal kitab Allah. Firman-Nya:

Dan di antara orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini orang Nasara" Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga meninggalkan sebahagian yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai ke hari Kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan (Al-Maidah 14).

4. Beriman kepada Rasul Allah
I. Hikmat Pengutusan Rasul dan Tugasnya
Orang yang menerima wahyu daripada Allah disebut sebagai Nabi. Nabi yang ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu kepada umatnya disebut rasul. Oleh itu seorang rasul sudah tentu nabi tetapi seorang nabi belum tentu rasul. Jumlah rasul yang disebut dalam Al-Qur'an sebanyak 25 orang manakala jumlah nabi yang disebut dalam Hadith nabi adalah berjumlah 124,000 (Abu Zar).

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (mengikut agam Allah yang satu, tetepi selepas mereka berselisih faham), maka Allah menutus nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga, dan pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan neraka, dan Allah menurunkan bersama-sama nabi itu kitab-kitab suci yang mengandungi keterangan-keterangan yang benar (Al-Baqarah 2;213).

Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu, samalah seperti nikmat Kami mengutuskan kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu iaitu Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu daripada amalan-amalan syirik dan maksiat, dan yang mengajarkan kamu kandungan Al-Qur'an serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum ketahui (Al-Baqarah 2;151).

II. Wajib beriman kepada Rasul Allah
Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Qur'an), dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, Ishak dan Yaakub dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa (Taurat) dan Isa (Injil), dan apa yang diberikan kepada nabi-nabi daripada Tuhan mereka, kami tidak membeza-bezakan seorangpun di antara mereka dan kami semua adalah berserah diri kepada Allah (muslim) (Al-Baqarah 2;136).

Sesungguhnya orang-orang kafir kepada Allah dan rasul-rasulnya, dan orang-orang yang membezakan di antara Allah dan rasul-rasul itu dan orang-orang yang berkata: "Kami beriman kepada sebahagian rasul-rasul itu dan kami ingkar kepada sebahagian yang lain," serta hendak mengambil jalan lain di antara itu (An-Nisa 150)

Semua para rasul mengikuti perintah Allah dalam semua tingkah laku dan kegiatan-kegiatannya. Firman-Nya:

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada para rasul Allah selain daripada menyampaikan perintah-perintah Allah sahaja, dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan (Al-Maidah 99).

Rasul-rasul mempunyai mukjizat yang diberikan oleh Allah. Firman-Nya:
Dan tidak ada sebarang kuasa bagi seorang rasul untuk mendatangkan suatu mukjizat melainkan dengan izin Allh (Al-R'ad 38).

iii. Setiap Umat diutus rasulnya
Allah telah mengutus rasul kepada setiap umat di kalangan mereka sendiri untuk mengajarkan tentang ke-Esaan Allah dan panduan hidup manusia supaya mencapai keamanan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan setiap umat seorang rasul yang menyeru: "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut (An-Nahl 36).

Dan tidak ada satu umatpun melainkan telah ada di kalangan-Nya dahulu seorang rasul pemberi peringatan dan amaran (Al-Fathir 24)

Dan Kami telah mengutuskan beberapa rasul yang telah Kami ceritakan mereka kepadamu dahulu sebelum ini, dan rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Musa secara langsung, tidak ada perantaraan (An-Nisa 164).

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan dan ada pula yang tidak kami ceritakan kepadamu (Al-Mukminun 40;78)

iv. Hubungan manusia dengan rasul-rasul Allah
Seorang muslim hendaknya menghormati rasul-rasul Allah yang sesuai dengan tabiat dan tugasnya, jangan sampai mengagungkan rasul ke tahap yang melampau seperti menganggap sebagai Tuhan ataupun anak Tuhan kerana mereka juga manusia yang dipilih oleh Allah untuk menyampaikan risalah daripada Allah. Firman-Nya:

Tidaklah patut bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya kitab, dan hikmah, serta pangkat nabi, kemudian ia mengatakan kepada khalayak ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembah-Ku dengan meninggalkan menyembah Allah (Ali-Imran 3;79).

Sungguhpun demikian hendahklah kita menghormati rasul-rasul seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa bercakap kepada sebahagian yang lain. Larangan yang demikian supaya amal-amal kamu tidak terpadam pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya (Al-Hujurat 2).

Kesesatan Yahudi dan Nasrani yang menganggap nabi-nabi mereka ke tahap Tuhan seperti dilaporkan dalam ayat di bawah:

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair adalah anak Alla" dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, mereka menyamai perkataan orang-orang kafir terdahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka brepaling daripada kebenaran (At-Taubah 30)

v. Nabi Muhammad adalah nabi terakhir
Nabi Muhammad adalah penutup nabi-nabi sebelumnya dan ajaran beliau adalah ajaran terakhir yang membatalkan semua ajaran-ajaran sebelumnya. Firman Allah:

Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada kalian, tetapi ia adalah rasul Allah dan penutup segala nabi-nabi (Al-Ahzab 40).

Dan tidaklah Kami mengutusmu wahai Muhammad melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai rasul pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman, dan pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar, akan tetapi kebanyakan manusia tidka mengetahuinya (Saba 28).

Semua Nabi-nabi menyampaikan konsep ketuhanan yang sama iaitu Ke-Esaan Allah. Sheikh Muhammad Abduh berkata: "Peranan nabi-nabi di kalangan bangsa-bangsanya seperti peranan akal bagi setiap manusia".

5. Beriman kepada Hari Akhirat
Ada dua bukti tentang kewujudan hari kiamat, yang pertama bukti daripada Allah berupa wahyu yang menerangkan tentang adanya kehidupan selepas mati untuk menghisab amalan setiap individu yang dilakukan semasa hidup di dunia da nhari kiamat, bukti yang kedua ialah perasaan semulajadi tentang adanya kehidupan selepas mati. Firman Allah:

Tidakkah kamu perhatikan air mani yang kamu tumpahkan? Kamukah yang menciptakannya atau Kami? Kami telah menentukan kematian bagi kamu dan Kami tidak dapat dikalahkan untuk menghalang Kami mengubahsuai siaft-sifat kamu dan mengubah kamu kepada bentuk yang tidak kamu ketahui (56;58-61).

Daripada setitis air mani akan berubah menjadi embrio, bayi, kanak-kanak, dewasa dan tua serta mati. Mati adalah perubahan terakhir daripada kehidupan di dunia dan awal daripada kehidupan alam ghaib.

i. Hakikat Roh dalam Al-Qur'an
Roh adalah perkara yang paling rumit dalam bidang ilmu dan falsafah, kerana roh tidak dapat diberi penjelasan yang wajar oleh akal fikiran manusia sungguhpun ianya perkara metafizik. Firman Allah:

Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah: roh itu daripada urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan pengetahuan melainkan sedikit sahaja! (Al-Isra' 85)

Ini sesuai dengan kata-kata Charles Rieshee (Perancis): Kenapakah kita tidak mengatakan dengan suara yang lantang bahawa ilmu yang kita berikan dengannya sampai kini pada hakikatnya hanya sedikit dari segi lahiriah sahaja, tetapi hakikatnya tidka diketahui serta tidak termasuk di bawah deria kita".

Firman Allah:
Kemudian apabila Alku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya Roh daripada ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya (Al-Hajr 29).

Maka alangkah eloknya kalau semasa roh salah seorang kamu yang hampir mati sampai kepada kerongkongnya. Sedang kamu pada masa itu berada di sisinya menyaksikan keadaannya (Al-Waqiah 83-84).

Antara kehidupan dunia dengan akhirat dibatasi oleh alam barzakh iaitu had antara sejak mati sampai kebangkitan semula. Alam barzakh merupakan tempat perhentian roh sebelum dibangkitkan oleh Allah dalam bentuk baru.

ii. Manusia dibangkitkan semula
Allah menjadikan dunia selepas mati supaya manusia berusaha berbuat baik di dunia untuk mendapatkan balasan kesejahteraan di akhirat. Ini menitik bertakan kehidupan di akhirat untuk memberi galakkan kepada manusia supaya sentiasa berbuat kebajikan dan memperbaiki tingkah laku manusia di dunia ini. Sekiranya semua manusia mempercayai hari kebangkitan maka dunia ini akan aman dan damai sebab manusia akan sentiasa berusaha berbuat baik sebagai bekal di akhirat nanti. Firman Allah:

Untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang membuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya (An-Najm 31).

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sahaja dengan tidak ada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu menyangka tidak akan dikembalikan kepada Kami (Al-Mukminun 115).

Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia hidup semula, sedang pelaksanaan yang demikian cukup mudah bagi-Nya (Al-Rum 27)

iii. Huru-hara Hari Kiamat
Apabila matahari dileingkari cahayanya dan lenyap. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila gunung-ganang menjadi debu berterbangan ke angkasa. Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar. Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan. Dan apabila lautan meluap-luap bercampur baur. Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya. Dan apabila anak-anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya. Dengan dosa apakah dibunuh? Dan apabila catatan amal dibentangkan: Dan apabila langit dicabut daripada tempatnya. Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; dan apabila syurga didekatkan, maka diketahuilah tiap-tiap diri akan amal yang telah dikerjakannya (Al-Takwir 1-14).

Ayat di atas menerangkan tentang dasyatnya hari akhirat. Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat peristiwa mengerikan itu, tiap-tiap ibu yang menyusui akan lupakan anak yang disusuinya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk. pada hal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah cukuplah mengerikan (Al-Haj 1-2).

iii. Nikmat dan Azab Akhirat
Kenikmatan dalam syurga digambarkan oleh Allah dalam Firman:

Sifat syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak habis-habis (Al-Ra'ad 35).

Mereka yang bertakwa diberi penghormatan serta diseru diseru oleh Allah swt dengan firman-Nya: Wahai hamba-hambaKu! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu tidka pula berdukacita." Mereka itu ialah orang-orang yang beriman akan ayat-ayat Kami, serta mereka menjadi orang-orang yang menyerah diri. Mereka diberikan sebalik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu yang beriman, dengan menikmati kegembiraan dan kesenangan sepuas-puasnya. Dibahagikan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala daripada emas; Dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diinginkan oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; Dan dikatakan kepada mereka: "Kamu adalah kekal di dalamnya." Dan dikatakan kepada mereka: Inilah syurga yang diwariskan kepada kamu. disebabkan apa yang telah kamu kerjakan. "Kamu memperolehi di dalamnya pelbagai buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya (Al-Zukhruf 68-73).

Manakala azab nereka diterangakn oelh Allah dalam firman-Nya:

Mereka disiksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak, serta naungan daripada asap hitam yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan (Al-Waqiyah 42-44).

Tidak! Sesungguhnya Dia akan dicampakkan ke dalam "al-Hutamah". Dan apa jalannya engkau dapat tahu apa dia al-Hutamah itu? Ialah api Allah yang dinyalakan, yang naik menjulang ke hati (Al-Hamzah 4-7).

Maka orang-orang kafir akan dipotongkan untuk mereka pakaian daripada api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak, yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan kulit badan mereka. Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. Tioap-tiap kali mereka hendak keluar daripada neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasakanlah azab seksa yang membakar!" (Al-Haj 19-22)

6. Beriman kepada Qadha' dan Qadhar
Takdir adalah ketentuan daripada Allah samada baik ataupun buruk. Sungguhpun demikian manusia harus berusaha untuk mencapai keadaan yang lebih baik. Kepercayaan terhadap Qadha dan Qadhar akan menguatkan manusia untuk menghadapi dugaan dan kesulitan hidup. Firman Allah:
"Sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan yang telah ditetapkan Allah swat kepada kita, Dialah pelindung bagi kami dan hanya kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakkal." (At-Taubah;51).
Beriman kepada Qadha' dan Qadhar maknanya beriman kepada segala sesuatu yang berlaku adalah mengikut ketentuan dan ketetapan Allah. Firman Allah:

Dan ingatlah sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim terhadap hamba-hamba-Nya (Fussilat 46).

Sungguhpun demikian semua itu harus diusahakan oleh manusia bukan bergantung harap seratus peratus tanpa berusaha. Apabila baik yang diusahakan maka hasil yang didapat akan baik dan sebaliknya sekiranya buruk yang diusahakan maka buruk juga hasilnya. Firman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka (Al-Ra'ad 11).

Maknanya percaya kepada Qadha' dan Qadhar percaya kepada ketentuan Allah, Allah sudahpun tahu setiap hasil atau keputusan sesuatu terhadap kaumnya tetapi terpulang kepada manusia untuk mencapainya. Sekiranya manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya maka Allah akan mewujudkannya dan sekiranya manusia tidak berusaha dengan sunguh-sungguh maka setakat itu sahaja hasilnya.

Kekeliruan tentang Qadha' dan Qadhar
Kepercayaan kepada Qadha' dan Qadhar akan menghalang kemajuan. Ramai yang menganggap bahawa Allah telah menetapkan bahawa apa yang dialami adalah ketentuan Allah tanpa berusaha. Ini adalah anggapan yang salah sebab Allah tetap tidak menetapkan nasib seseorang tetapi Allah memberi peluang kepada setiap manusia untuk berubah sesuai dengan usaha masing-masing. Jangan jadikan Qadha' dan Qadhar sebagai alasan untuk berusaha sehingga tidak dapat mencapai kemajuan. Sungguhpun Allah yang menetapkan semua hasil yang kita dapat tetapi ketentuan tersebut berpandukan kepada usaha yang dilakukan bukan hanya berserah diri seratus peratus tanpa berusaha untuk mencapai kejayan. Sebagai contoh ramai yang menganggap bahawa Allah telah menetapkan nasibnya miskin jadi tidak ada gunanya berusaha, sedangkan Qadha' dan Qadhar yang dimakasudkan dalam Islam adalah selepas berusaha bukan sebelum berusaha.

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah. Tuhan yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (At-Takwir 29).

Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang mahu ingkar biarlah dia mengingkarinya (Al-Kahf 29).

Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir (Yusuf 87).

Tuesday, August 17, 2010

KELAS 1: MAKNA ISLAM

1. Definisi Islam

Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu salam dan aslama, Salam bermakna Selamat, Sejahtera, Harmoni dan aman damai manakala Aslama bermakna tunduk dan patuh kepada perintah Allah dengan keridhaan Hati atau menyerah diri hanya kepada Allah semata-mata. Muslim pula bermakna sesiapa yang tunduk dan patuh kepada perintah Alla.

Semua makhluk hidup adalah muslim termasuk juga matahari, bulan, bintang, haiwan dan juga tumbuhan bukan hanya manusia selagi tunduk dan patuh kepada perintah Allah maka digelar sebagai muslim. Matahari patuh kepada perintah Allah dengan memberikan cahaya kepada bumi begitu juga bulan mengeluarkan cahaya pada malam hari. Apa akan berlaku sekiranya matahari dan bulan tidak mahu memberikan cahaya kepada bumi? Dunia ini akan jadi gelap gulita dan tidak stabil sehingga berlaku kekacauan. Begitu juga dengan makhluk Allah yang lain selagi mengikut perintah Allah maka digelar sebagai muslim dan yang ingkar kepada perintah Allah disebut sebagai kafir. Sekiranya semua makhluk ciptaan patuh dan ta'at kepada perintah Allah maka aman dan tenteramlah dunia ini.
Muslim dibahagi kepada dua iaitu muslim yang patuh kepada perintah Allah dengan mengamalkannya disebut sebagai mukmin dan juga yang ingkar kepada perintah Allah dengan sengaja dan kejahilannya.

2. Islam adalah agama sempurna yang diredhai oleh Allah:
Firman Allah:
... Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Maidah 5;3).

Maka jika manusia mencari agama yang lain selain Islam maka akan mendaptkan kerugian, Ini dilaporkan oleh Allah dalam ayat di bawah ini:

Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi (Ali-Imran 3;85)


3. Islam adalah agama yang mudah

Islam adalah agama mudah tetapi budaya tempatan yang menyebabkan Islam kelihatan susah.

Mudah-mudahkan jangan susah-susahkan, beri berita gembira jangan takut-takutkan (Sahih Bukhari)

Hadith di atas menunjukkan Islam adalah yang mudah tetapi budaya yang menyebabkan Islam menjadi susah. Memang Islam mempunyai sedikit hukum hakam untuk memudahkan manusia menjalani kehidupan ini. Tujuan hukum hakam tersebut bukan untuk menyusahkan tetapi memudahkan seperti diadakan undang-undang jalan raya untuk memudahkan pengguna jalan raya. Bayangkan apa akan berlaku di jalan raya sekiranya semua lampu isyarat dipadamkan, maka akan berlaku kesesakan lalu lintas yang cukup lama dan langgar lari berleluasa sebab tidak ada undang-undang jalan raya, maka dengan adanya undang-undang jalan raya maka pengguna dapat memandu dengan selesa dan selamat. Begitu juga hukum hakam dalam Islam untuk memudahkan manusia menjalani kehidupan di dunia sebagai pemimpin yang telah dilantik oleh Allah.  

4. Soalan-soalan lazim yang berkenaan dengan Islam

a. Betul ke Allah itu wujud? Kalau betul Allah wujud ada dimana? Adakah anda pernah melihatnya?

Jawapan 1. Wujudnya alam semesta membuktikan ada pencipta
Kita tidak pernah melihat pokok membelah dirinya sendiri dan mencari paku ke hulu dan ke hilir lalu memaku badannya sendiri dan menjadi kerusi. Begitu juga sekiranya anda tersesat dalam hutan dan menjumpai satu rumah tanpa penghuni di dalamnya terdapat perabot tersusun rapi, lantainya tersapu bersih dan tingkapnya terbuka serta tersedia makanan di atas meja. Adakah anda berfikir semua yang tersedia dalam rumah itu tersedia dengan sendirinya? Adakah kita dapat terima kalau ada orang mendakwa, semua yang ada dalam rumah itu wujud secara kebetulan? Kita susah menerima dakwaan rumah yang tersusun rapi tidak ada penyusunnya. Kita juga susah percaya sebatang pokok mampu mengubah dirinya menjadi kerusi. Oleh itu, lebih sukar diterima dunia yang rapi ini tidak ada pencipta dan pentadbirnya sedangkan semuanya berjalan lancar.

Jawapan 2. Manusia tidak ada kuasa menghalang kehendak pencipta
Ada sebahagian manusia suka akan hujan dan sebahagian lagi suka akan matahari. Sungguhpun demikian tidak ada satupun yang dapat mengawal hujan atau matahari, hanya menerima apa yang Pencipta tetapkan. Manusia hanya dapat meramal keadaan cuaca tanpa dapat mengawalnya, hanya bergantung kepada pencipta yang menetapkannya.

Jawapan 3. Kepada siapa kita hendak berdoa dan mengadu?
Pada masa manusia mengahdapi masalah dan kesedihan, semua usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil. Pada masa itu manusia tidak lagi berharap kepada kenalan atau saudara mara, manusia terus berdoa dan meminta kepada Allah. Firman Allah:

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan serta menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain? Amat sedikitlah kamu mengingati-Nya (An-Namlu 27;62).

Tidak nampak tidak semestinya tidak ada, buktinya udara tidak nampak adakah udara itu tak wujud? Buktinya udara itu ada untuk kita bernafas dan saintifik membuktikan bahawa udara itu wujud sungguhpun tak nampak. Begitu juga dengan Allah tidak nampak bukan bermakna tidak wujud. Kita tidak nampak Allah sebab Allah tidka menciptakan deria kita untuk dapat melihat Allah. Manusia berada dalam Ruang, masa dan jisim sedangkan Allah berada di luar daripada masa, tempat dan jisim. Oleh sebab itu kita tidak nampak Allah.

b. Siapa Allah? Siapa cipta Allah 

Allah menerangkan tentang diri-Nya dalam ayat di bawah ini:

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia". (Al-Ikhlas 112;1-4)


Allah pencipta bukan dicipta

c. Bolehkah Allah berubah wujud menjadi manusia?
Allah terkeluar daripada masa, tempat dan jisim sehingga terkeluar daripada awal dan akhir serta tidak wujud dalam dunia manusia.

d. Bolehkah Allah melakukan segala-segalanya?
Allah hanya melakukan apa yang dikehendakinya semata-mata dan sesuai dengan sifatnya sebagai pencipta

e. Adakah boleh memaksa orang lain memeluk Islam?
(La ikraha fiddin) rujuk ayat di bawah:

f. Kenapa kita tidak boleh lihat Allah?
Allah tidak jadikan manusia deria untuk dapat melihat Allah, seperti sebuah pen yang tidak dapat melihat pembuatnya

g. Kenapa Allah hanya satu?
Sekiranya pencipta ada lebih dari satu maka akan terjadi huru hara sebab apabila terdapat perbezaan pandangan dan masing-msing berkeras mahu melaksanakan pandangan masing-masing maka hancurlah dunia. Ini dilaporkan dalam ayat di bawah:

Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. (Al-Anbiyaa 21;22)

Cuba anda bayangkan sekiranya satu kapal terbang dipandu oleh dua orang pilot, apa yang akan berlaku? mesti kapal tersebut akan jatuh dan penumpangnya akan mati begitu juga perumpamaan sekiranya pencipta lebih daripada satu mesti akan berlaku perbezaan pandangan.

i. Kenapa dalam Al-Qur'an Allah menggunakan kami adakah Allah lebih daripada satu?
Kami yang dimaksudkan dalam ayat Al-Qur'an bukan bermaksud ramai (Jamak) tetapi merujuk kepada kekuasaan. Sebagai contoh Permaisuri Elizabeth apabila berucap sentiasa menggunakan We, adakah beliau ramai? Tidak tetapi We tersebut mewakili keagungan kerajaan Inggeris Raya, begitu juga Allah menggunakan Kami bukan bermakna Allah lebih daripada satu tetapi menunjukkan keagungan Allah sebagai pencipta Allah semesta ini.

j. Kenapa dalam Islam tidak boleh ada perantaraan seperti agama-agama lain?
Perantraan dalam agama adalah perbuatan syirik kerana menyekutukan Allah dengan ciptaan-Nya. Syirik adalah termasuk dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain daripada syirik itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (An-Nisaa' 4;48;116).

k. Betul ke Allah maha pengasih dan penyayang? Kalau maha pengasih dan penyayang kenapa tidak ampunkan sahaja semua dosa manusia? 
Allah tidak mengampunkan semua kesilapan manusia kecuali bertaubat, ini membuktikan Allah adil kepada semua hambanya. Sekiranya mengampun sahaja semua kesilapan manusia tanpe perlu bertaubat maka di mana keadilan dan kasih sayang Allah kepada orang-orang yang beriman dan bertungkus lumus berusaha  untuk berbuat baik. Adanya galakan dengan disediakan syurga maka akan memberi semangat kepada manusia untuk berlumba-lumba berbuat baik dan taat kepada perintah Allah. Sama juga adanya ujian untuk memilih yang terbaik. Sama juga seperti peperiksaan, guru mengadakan peperiksaan adalah untuk memilih pelajar yang terbaik. Sekiranya tidak diadakan peperiksaan maka pelajar tidak belajar dengan serius sebab tidak ada tanggung jawab dengan adanya peperiksaan maka pelajar akan berlajar dengan lebih bersungguh-sungguh lebih lagi selepas diberi imbalan dengan keputusan peperiksaan.

Monday, August 16, 2010

PANDUAN KEPADA YANG MEMBIIMBING MUALLAF

Bagi sesiapa yang berminat untuk membimbing muallaf maka perlu memahami muallaf. pendekatan yang salah akan menyebabkan muallaf tertekan dan tidak bersemangat untuk terus belajar dan amalkan Islam. Ini yang banyak berlaku bahkan sampai yang akhirnya keluar daripada Islam. Adapun perkara yang perlu diingat dalam membimbing muallaf adalah:

1. Ingatlah muallaf umpama bayi baru dilahirkan

Umpamakan muallaf seperti bayi yang baru dilahirkan. Muallaf adalah belajar bermula daripada kosong jadi tidak boleh kita mengajar mereka perkara yang berat-berat, kita harus bermula daripada asas. Bayangkan bagaimana seorang ibu menjaga bayi yang baru dilahirkan? Mula-mula diberikan susu ibu, selepas beberapa bulan mula diberikan bubur nasi dan seterusnya. Begitu juga muallaf kita harus betul-betul mengajar daripada perkara asas tanpa paksaan. Sungguhpun perkara tersebut hanya kecil bagi muslim yang dilahirkan dalam keluarga muslim tetapi sesuatu yang besar bagi muallaf. Janganlah paksa muallaf untuk mengamalkan Islam serta merta, ajarkan yang mudah dan ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri.

2. Mereka seperti Tarzan diberikan peperiksaan SPM? 

Bayangkan Tarzan keluar daripada hutan, apakah tahap pendidikan yang sesuai kita berikan? Adakah terus masuk SPM atau Tadika? Dari segi umur tarzan layak untuk mengambil SPM tetapi segi pengetahuannya layak di tadika terlebih dahulu. Maka begitu jadikan juga muallaf lebih sesuai untuknua sungguhpun sudah dewasa tetapi harus ingat mereka baru mengenal Islam jadi mulakan daripada perkara asas dan beri penghargaan kepadanya supaya memberi semangat untuk terus belajar islam dan mengamalkannya.

3. Umpamakan Muhajirin dengan Anshar

Umpamakan muallaf sebagai Muhajirin dan muslim sejak lahir sebagai Anshar. Bagaimana Rasulullah menyatukan Muhajirin dan Anshar di Madinah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara mereka sehingga Anshar sanggup memberikan apa sahaja kepada Muhajirin yang memerlukannya termasuk mempelawa Muhajirin untuk mengambil isterinya sekiranya berminat. Jadi kita satukan muallaf dengan muslim sejak lahir sehingga muallaf merasa bahawa muslim lain adalah saudaranya dan tempatnya berkongsi masalah. Ciptakan hubungan harmoni diantara mereka sehingga tidak ada jurang dan sempadan di antara mereka.

4. Fokuskan kepada Tauhid atau Akidah

Rasulullah menyampaikan dakwah selama 23 tahun, Rasulullah menyampaikan dakwah di Mekah selama 13 tahun berkaitan tauhid semata-mata. Selama 13 tahun tersebut ayat-ayat yang turun hanya berkaitan akidah dan Tauhid semata-mata kemudian baru turunnya ayat berkenaan fikah.

Sampaikan Aisyah pernah berkata: Sekiranya awal-awal ayat yang diturunkan berkanaan hukum hakam maka tidak ada orang yang berminat kepada Islam.

5. Ajarkan secara perlahan-lahan

Al-Qur'an diturunkan secara berangsur-angsur, Ini menunjukkan dalam membimbing muallafpun kita harus mencontohi pendekatan Al-Qur'an diturunkan iaitu perlahan-lahan. Jangan terlampau semangat dan berharap lebih sehingga akan memaksa muallaf mengamalkan terlampau ke hadapan sehingga akan membuat mereka tertekan dan tidak bersemangat untuk belajar Islam. Harapan yang terlampau akan membuat pengajar lupa bahawa muallaf baru mengenal Islam, ini akan menyebabkan muallaf hilang kepercayaan kepada pengajar.

6. Utamakan perkara wajib berbanding sunat

Materi yang diajarkan pula harus difokuskan kepada perkara-perkara waijib terlebih dahulu jangan tekankan kepada perkara sunat pada peringkat awal sehingga akidah dan tauhid sudah mantap. Perkara sunat akan memberatkan muallaf, ada kes yang mengajar muallaf supaya shalat tahajud (shalat malam) dan puasa sunat, sedangkan perkara wajib belum diamalkan secara penuh takkan mahu tekankan amalan sunat.

7. Permudahkan

Dalam mengajar muallaf maka permudahkan dalam semua perkara jangan susahkan mereka sehingga mereka merasa begitu susah untuk mengamalkannya. Ini sesuai dengan Hadith Nabi:

Mudah-mudahkan jangan susahkan, beri berita gembira jangan takut-takutkan (Sahih Bukhari)

Daripada hadith di atas menunjukkan bahawa Rasulullah menggalakkan kita untuk memudahkannya dalam amalan Islam jangan susahkan, sedangkan islam itu sendiri adalah agama yang mudah. 

8. Jadikan sebagai adik angkat.

Jadikan muallaf sebagai keluarga angkat sehingga mereka selesa bersama pengajar. Ini akan membina kepercayaan muallaf kepada pengajar sehingga muallaf merasa ada tempat untuk berlindung dan berkongsi masalah. Ingat jangan sekali pun membuat perkara yang dapat menghilangkan kepercayaan muallaf.

BEBERAPA PERSOALAN LAZIM TENTANG MUALLAF

SOALAN-SOALAN LAZIM BAGI MUALLAF

1. Keluarga tidak tahu pengislaman, bagaimana mahu memberitahu mereka? 

Ini adalah soalan yang sentiasa bermain di fikiran muallaf. Mereka tahu respon keluarga sekiranya mengetahui pengislaman sehingga takut untuk memberi tahu keluarga pasal pengislaman. Janganlah kita memaksa muallaf untuk memberitahu keluarga tentang pengislaman, biarkan sampai mereka betul-betul berdikari dan bersedia untuk memberitahu keluarga.  Hanya muallaf sendiri yang tahu masa yang sesuai untuk memberitahu keluarganya. Jangan paksa muallaf untuk tidak balek ke rumah keluarga yang belum Islam, muallaf tahu merahsiakan pengislaman daripada keluarga. 

2. Bagaimana dengan orang yang masuk Islam kerana mahu kahwin?
 
Masuk Islam kerana berkahwin bukan suatu kesalahan sungguhpun ramai muslim yang menganggap rendah muallaf kerana masuk Islam sebab kahwin dengan perempuan muslim. Sepatutnya berikan ucapan tahniah kepada mereka sebab masuk Islam apapun alasan sebab membuat keputusan masuk Islam bukan perkara mudah. Yang penting gunakan peluang tersebut untuk membimbing muallaf tersebut menjadi muslim yang baik. Ramai juga muallaf yang masuk Islam sebab mahu kahwin akhirnya menjadi muslim yang baik dan berjaya. Bahkan menjadi pendakwah yang cukup aktif berbanding muslim yang lahir dalam keluarga Islam.

3. Adakah masuk islam itu masuk Melayu?
 
Ramai menganggap masuk Islam adalah masuk melayu, ini adalah salah tanggapan di kalangan bukan Islam kerana amalam di Malaysia, apabila seseorang masuk islam maka tukar nama kepada Arab atau Melayu. Ditambah lagi apabila masuk Islam lelaki suka memakai baju melayu dan kain pelikat seolah-olah mengesahkan bahawa masuk Islam adalah masuk melayu. Sungguhpun tidak dinafikan ada sebahagian masuk Islam sebab ingin mendapatkan status Melayu atau bumu putera untuk mendapatkan kemudahan seperti bumi putera. Sekarang anggapan ini semakin menipis seiring perkembangan teknologi dan usaha daripada muallaf sendiri untuk mengekalkan nama dan budaya hanya agama yang berbeza tetapi muallaf masih tetap orang yang sama.

4. Mana yang harus diutamakan budaya atau syariat?
 
Muallaf mengamalkan islam berdasarkan ilmu yang dipelajari manakala muslim yang dilahirkan dalam keluarga muslim kebanyakan mengamalkan Islam berdasarkan budaya sehingga muallaf keliru. Yang sedihnya apabila muallaf mengamalkan Islam berdasarkan Ilmu akan ditegur oleh muslim bahawa itu salah, sungguhpun perkara tersebut benar. Sedangkan perkara tersebut berbeza dengan budaya yang telah diamalkan turun temurun oleh muslim di Malaysia tanpa unsur mengkaji hanya ikut membuta tuli.

5. Beberapa persoalan fiqah (hukum)

a. Bolehkah tinggal bersama keluarga yang belum masuk Islam?

Ramai yang mengatakan kepada muallaf selepas masuk Islam tidak boleh balek ke rumah ibubapa kerena mereka berbeza agama dan makan makanan haram. Sungguh ini telah mengelirukan muallaf sehingga terdapat kes muallaf yang tidak dibenarkan balek ke rumah, ketika perasaan rindu kepada keluarga maka akan kembali dan bersiar-siar di depan rumah untuk melihat wajah ibubapa sekadar melepaskan perasaan rindu kemudian beredar meninggalkan rumahnya. Bayangkan betapa sedihnya mualalf dan juga ibubapa yang dipisahkan dengan anaknya hanya kerana memilih Islam namun semua itu hanya ajaran orang melayu yang tidak faham Islam. Islam tidak pernah memutuskan hubungan keluarga walaupun berbeza agama.

b. Bolehkah makan bersama dengan keluarga?
 
Ada juga yang mangajarkan kepada muallaf bahawa tidak boleh makan bersama keluarga yang bukan muslim kerana mereka makan babi. Ikutkan tidak ada masalah untuk makan bersama kelurga selagi tidak makan makanan yang diharamkan seperti babi dan daging haiwan lain yang disembelih selain nama Allah. Sedangkan ikan dan sayur boleh dimakan asalkan tidak dimasak bercampur dengan makanan haram. Cuba bayangkan perasaan ibu muallaf apabila besar dan tukar agama tidak mahu makan lagi masakannya sungguhpun tidak ada unsur haram.

c. Bagaimana mahu shalat sedangkan keluarga tak tahu pengislamannya? 

Bagi muallaf yang merahsiakan keislamannya maka boleh melakukan shalat secara sembunyi atau rahsia. Sekiranya peluang tersebut cukup kecil maka shalat boleh dilakukan sambil duduk atau tidur hanya mencukupi dengan isyarat sahaja. Ini dianggap darurat maka Allah faham dalam keadaan bagaimanapun kita mengabdi kepadanya yang penting keikhlasannya. Sungguhpun demikian ini hanya dibolehkan dalam jangka masa tertentu sahaja bukan selama-lamanya.

d. Bolehkah tidak tutup aurat bagi perempuan muallaf yang mahu merahsiakan pengislaman daripada keluarga?  

Bagi perempuan yang mahu merahsiakan keislaman daripada keluarga maka dibolehkan untuk tidak memakai tudung dalam keadaan darurat sahaja bukan selama-lamanya sehingga keadaan muallaf betul-betul sedia untuk memaklumkan kepada keluarga. Satu kes seorang perempuan yang baru masuk Islam hanya beberapa hari terus memakai tudung labuh, kemudian kawan-kawannya berjumpa dengannya dan melaporkan kepada ibubapanya.

Maka ibubapanya marah dan menghantar muallaf tersebut ke Hongkong dan dikahwinkan dengan saudara mara di sana tak tahu berita selepas itu. Dalam keadaan tersebut, maka digallakkan menutup aurat semasa berada di universiti atau tempat kerja sedangkan dibenarkan menutup aurat semasa balek ke rumah ibu bapa buat sementara waktu.

e. Bagaimana dengan keluarga yang memelihara anjing? Adakah boleh tinggal bersama?  

Ada juga yang mengatakan tidak boleh tinggal di rumah yang memelihara anjing sebab cahaya Iman tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing. Padahal cahaya Islam tetap akan masuk sekiranya muallaf tersebut belajar dan mengamalkan Islam, cahaya iman dan Islam tidak akan masuk sendirinya ke dalam diri seseorang sekiranya tidak dicari dengan bersungguh-sungguh.

Islam tidak pernah melarang mememlihara anjing tetapi tidak digalakkan memelihara di dalam rumah kerana beberapa perkara:
i) Anjing adalah ahiwan yang bising sehingga mengganngu jiran
ii) Anjing adalah haiwan buas sungguhpun dibela bertahun-tahun tetapi banyak kes anak atau majikannya digigit oleh anjing peliharaannya sendiri
iii) Anjing adalah haiwan pengotor kerana lidahnya sentiasa dijulurkan keluar sehingga air liur akan menitis di merata tempat.

f. Bagaimana mengislamkan bagi yang belum sampai umur?

Bagi bukan Islam yang berumur di bawah 18 tahun dan mahu memeluk Islam maka lakukan pengislaman dulu tetapi pendaftaran di jabatan agama di lakukan selepas berumur 18 tahun atau ke atas. Sebaiknya pengislaman dirahsiakan daripada keluarga dan kawan-kawan untuk menghalang daripada peristiwa buruk berlaku. Islam tidak pernah mensyaratkan had umur seseorang untuk menukar agama tetapi kerajaan Malaysia telah membuat undang-undang seperti itu maka mematuhi undang-undang akan memudahkan urusan. 

g. Apa hukum jika suami atau isteri sahaja yang masuk Islam? 

Mengikut undang-undang di Malaysia sekiranya salah seorang pasangan menukar agama maka selepas tiga bulan perkahwinan terbatalkan. Sedangkan mengikut pandangan ulama yang muktabar ada dua pandangan iaitu sekiranya suami atau isteri dapat memujuk pasangan masing-masing untuk masuk Islam maka perkahwinan dikekalkan manakala sekiranya peluang untuk memujuk pasangannya ke dalam Islam kecil maka perkahwinan dibubarkan.

6. Soalan berkenaan syariat dan adat

a. Bolehkah bercakap dalam bahasa asal seperti Mandarin, Tamil dan Iban? 
 
Sebetulnya tidak ada larangan untuk bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing. Islam tidak melarang bercakap kecuali bahasa yang digunakan tidak sopan dan mengandungi makna-makna yang tidak baik seperti mengandungi unsur lucah dan lainnya. Bahkan digalakkan untuk bercakap dalam bahasa ibunda untuk menunjukkan Islam adalah agama universal tidak mengenal bangsa dan bahasa.

b. Bolehkah makan menggunakan chopstik? 
 
Chopstik adalah alat yang digunakan oleh masyarakat cina untuk makan, selagi tidak dibuat daripada unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam seperti emas dan perak serta tulang babi maka tidak ada larangan untuk menggunakannya. Bahkan di negara Cina mempunyai komuniti Muslim mencapai 100 juta lebih, muslim di sana  tetap menggunakan chopstik semasa makan sebab ini hanya  budaya semata-mata. 

c. Adakah masuk Islam harus menggunakan baju melayu dan songkok? 
 
Baju melayu dan songkok adalah budaya orang melayu, bukan suatu kewajipan untuk memakainya. Pakaian dalam Islam yang penting menutup aurat apapun coraknya yang penting tidak terbuat daripada bahan yang haram dipakai seperti sutera haram dipakai untuk lelaki.
d. Kenapa masa majlis kahwin hanya menggunakan satu budaya sahaja?
 
Ini adalah kesepakatan kedua belah pihak, sebaiknya apabila berkahwin menggunakan baju pengantin kedua-dua budaya untuk menunjukkan bahawa masuk Islam bukan masuk Melayu. Sekiranya baju pengantin yang dipakai masa majelis perkahwinan hanya baju pengantin melayu semata-mata ini mengiyakan anggapan bahawa masuk Islam adalah masuk melayu sedangkan realitinya tidak, sebab Melayu adalah bangsa sedangkan Islam adalah agama.