Saturday, January 21, 2012

BOLEHKAH ORANG YANG BERGELUMANG DOSA MEMELUK ISLAM?

Apabila seorang non muslim menjumpai anda dan mengatakan ingin memeluk Islam tetapi dia melakukan kejahatan dengan melanggar perintah Allah seperti minum arak, berzina dan lain-lainnya. Maka apa yang sepatutnya kita lakukan?

Mengislamkan orang tersebut terlebih dahulu sungguhpun dia mengatakan tidak dapat meninggal amalan tersebut kerana Allah akan memberikan petunjuk dan mengukuhkan hatinya untuk meninggalkan amalan-amalan tersebut. Firman Allah dalam ayat di bawah ini:


Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan amat jauh dari kebenaran" (Al-Kahfi 18:13-14)

Kita tidak perlu mempertikaikan keikhlasan mereka untuk memeluk Islam sungguhpun mereka tidak dapat meninggal larangan Allah pada permulaan selepas memeluk Islam. pemahaman mereka kepada islam akan meningkatkan kepercayaan mereka kepada islam sehingga Allah akan memberikan petunjuk dan mengukuhkan hati mereka kepada islam sehingga mereka akan meninggalkan amalan tersebut secara perlahan-lahan seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah.

Selepas mereka memahamai islam dan allah memberikan petunjuk kepadanya dan mengukuhkan hati mereka kepada Allah maka apabila diharamkan arak oelh Allah maka mereka membuang arak-arak tersebut dengan menghancurkan tempayan tempat penyimpanan arak tersebut.

Thursday, September 22, 2011

Tuhan untuk semua

Alhamdulillah atas sambutan yang baik, buku TUHAN UNTUK SEMUA telah dicetak ulang sebanyak 2000 naskah, sesiapa yang berhata mendapatkan buku tersebut bolehlah mendapatkan di Bookstore Popular atau MPH atau membuat tempahan melalui Faisal Abdurraham di Talian 019-3568602 atau Facebook dengan nama Faisal Abdurrhaman serta email cikmu06@yahoo.com

Thursday, July 21, 2011

KENAPA ISLAM MEMBENARKAN SUAMI MEMUKUL ISTERI?

Islam menzalimi isteri dengan membenarkan suami memukul isteri seperti tercantum dalam ayat di bawah :

Suami (lelaki) itu pelindung bagi isteri (perempuan), kerana Allah telah melebihkan lelaki atas perempuan dan lelaki telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang taat kepada Allah dan menjaga diri ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka. Perempuan yang kamu syak berlaku nusyuz (melanggar perintah Allah), maka berikan nasihat kepada mereka, asingkan mereka dari tempat tidur, jika perlu pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati mu janganlah kamu mencari alasan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, Maha Besar (Nisaa' ayat 34)

Merujuk kepada ayat di atas apabila isteri melanggar perintah Allah maka beberapa tindakan perlu diambil iaitu



  1. Menasihatkan isteri untuk meningalkan amalan tersebut dan bertaubat


  2. Sekiranya tidak berkesan maka asingkan tempat tidur, tindakan ini biasanya akan memberikan kesan yang kuat kepada isteri


  3. Sekiranya tindakan keduapun tidak memberikan kesan maka tindakan terakhir perlu diambil iaitu memukul isteri. Rasulullah bersabda :

Takutlah kamu tentang wanita, Sungguh kamu mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah. Maka campurilah mereka sebagaimana ianya halal bagi kamu sebagai kalimah Allah. Mereka sepatutnya tidak membenarkan sesiapa yang kamu tidak suka berada di atas katil kamu, jika mereka melakukan perkara tersebut maka pukullah mereka tanpa mencederakan mereka. Hak mereka ke atas kamu adalah menyediakan rezeki dan pakaian yang baik untuk mereka (dilaporkan oleh Muslim)


Hadis di atas menyatakan bahawa pukul isteri hanya sekadar memberikan peringatan bukan menyakitinya. Syarat yang Rasulullha tetapkan adalah tidak mencederakan isteri. Adapun hikmah memukul isteri secara lembut adalah :


Ibu bapa sangat sayangkan anak-anaknya, apabila anak-anak melanggar perintah Allah maka kita akan ingatkan mereka kalau masih diualangi kita akan pukul mereka dengan menjentiknya bukannya pukul sampai berdarah. Apabila kita pukul isteri dengan kasih sayang bukan amarah maka isteri akan berfikir bahawa suami menyayanginya



  • Merujuk kepada kekuatan lelaki boleh je tampar sampai berdarah tetapi lelaki dapat mengawal nafsu amarah dengan memukulnya secara lembut akan memberikan keinsafan kepada isteri


  • Sekiranya suami memukul isteri sampai mencederakan maka isteri boleh menuntut kepada hakim untuk mengadili suaminya kerana melanggar perintah Allah

Friday, June 17, 2011

BAGAMAINA MENGAMALKAN ISLAM BAGI MUALLAF YANG MERAHSIAKAN PENGISLAMAN?

Saudara muslim yang telah memaklumkan pengislaman kepada keluarga tidak mempunyai masalah untuk mengamalkan Islam. Saudara muslim yang merahsiakan pengislaman daripada keluarga dan tinggal jauh daripada keluarga juga tidak mempunyai masalah mengamalkan islam kecuali semasa balik ke rumah ibubapa. Manakala muslim yang merahsiakan pengislaman daripada keluarga dan tinggal bersama ibubapa mempunyai masalah untuk mengamalkan Islam seperti shalat, tudung bagi perempuan dan juga pemakanan.

a. Shalat

Saudara muslim boleh melaksanakan shalat secara rahsia dalam bilik, jika takut diketahui oleh keluarga dan diketahui pengislaman sehingga menimbulkan masalah yang besar maka memadai shalat secara isyarat sahaja buat seketika. Jika keluarga memelihara anjing dalam rumah maka saudara muslim boleh menggunakan selipar semasa mengambil wudhuk dan melakukan shalat dalam bilik. Saudara muslim yang tinggal bersama ibu bapa dan bekerja di luar dapat melakukan shalat di luar rumah semasa pergi bekerja. Shalat tersebut dapat dilakukan seperti berikut :

1. Shalat subuh dilakukan semasa pergi bekerja dengan singgah di surau yang berdekatan

2. Shalat zuhur dilakukan semasa rehat tengahari

3. Shalat ashar dilakukan selepas tamat waktu bekerja

4. Shalat magrib dapat dilakukan dalam perjalanan balek ke rumah

5. Shalat isya dapat dilakukan dalam bilik sebelum tidur

Saudara muslim boleh menggabungkan shalat zuhur dengan ashar (jamak), magrib dan isya untuk sementara waktu sekiranya agak susah melakukan mengikut waktu.

b. Tudung

Saudara muslim perempuan yang merahsiakan pengislaman daripada keluarga bukan islam boleh tidak memakai tudung semasa pulang ke rumah ibubapa. Keadaan ini hanya dibenarkan untuk sementara sahaja sehingga keadaan saudara muslim tersebut sedia untuk memaklumkan pengislaman kepada keluarga. Muslim apabila menasihatkan saudara muslim perlu mengambil kira keselamatan diri dan akidah saudara muslim. mencegah masalah yang lebih besar seperti keselamatan lebih utama daripada amalan sungguhpun amalan tersebut adalah amalan wajib.

Contoh, seorang saudara muslim perempuan berbangsa Cina sedang belajar di universiti tempatan, beliau berkawan dengan muslimah bertudung labuh. Perempuan Cina tersebut memeluk Islam, selepas sahaja beliau memeluk Islam muslim tersebut mengahadiahkan kepada beliau tudung labuh dan menyuruh beliau untuk memakainya. Keesokan harinya beliau memakai tudung tersebut dan terserempak dengan kawan-kawan berbangsa cina. Mereka sangat terkejut melihat keadaan saudara muslim tersebut sehingga mereka memaklmkan keadaan tersebut kepada ibubapa beliau. Akhirnya ibubapa beliau sangat marah dan menghantar beliau ke Hongkong dan mengahwinkan beliau dengan lelaki bukan Islam di sana.

Peristiwa di atas boleh dijadikan sebagai iktibar bahawa bukan semua kewajipan perlu diamalkan serta merta tetapi perlu melihat masa dan keadaan. Muslimah-muslimah tersebut mempunyai niat yang sangat baik tetapi keadaan yang tidak sesuai telah mendatangkan masalah yang lebih besar. Muslim jangan memaksa saudara muslim untuk memakai tudung kerana keadaan darurat untuk merahsiakan pengislaman dan menyelamatkan akidahnya. Kadang kala saudara muslim perempuan yang telah memaklumkan pengislaman kepada keluarga juga terpaksa menanggalkan tudung semasa balik ke rumah. Ibubapa mahu merahsiakan pengislaman anak-anaknya daripada saudara mara ataupun penduduk kampung sehingga tidak membenarkan mereka memakai tudung semasa berada di rumah.

KENAPA MUSLIM TIDAK MENGAMALKAN VEGETARIAN?


Ramai bukan Islam terutama beragama Budha dan Hindu mengamalkan vegetarian menganggap Islam adalah agama yang kejam kerana tidak mengamalkan vegetarian. Mereka menganggap vegetarian lebih baik daripada makan haiwan baik kesihatan ataupun penjagaan alam semesta. Mengikut kajian penyumbang utama pencemaran udara dan alam semesta adalah pertenakan. Oleh itu, amalan vegetarian memberikan banyak kelebihan berbanding makan haiwan.

Islam adalah agama universal yang sesuai diamalkan di merata dunia baik di kutub utara ataupun selatanb. Islam tidak mewajibkan seseorang untuk menjadi vegetarian tetapi Islam tidak pernah menghalang sesiapa yang mahu mengamalkan vegetarian. Sekiranya seorang vegetarian memeluk Islam boleh mengekalkan menjadi vegetarian asalkan jangan mengharamkan makan haiwan sebab Allah telah menghalalkannya.

Adapun kelebihan mengamalkan pemakanan haiwan dan tumbuhan adalah :


1. Sayuran tidak dapat menghasilkan semua zat pemakanan yang diperlukan tubuh yang dihasilkan oleh haiwan misalnya terdapat asid amino yang hanya dihasilkan oleh haiwan.


2. Sekiranya mengamalkan vegetarian maka macamna dengan orang yang tinggal di kawasan kutub utara yang tidak tumbuh sayuran, Apa pilihan yang terbaik? Islam memberikan penyelesaian untuk makan haiwan


3. mengikut penemuan sains moden, tumbuhan juga mempunyai nyawa jadi apabila kita mengamalkan vegetarian maknya lebih banyak nyawa yang dikorbakan untuk seorang manakala seekor haiwan boleh mencukupi beberapa orang.

Thursday, June 16, 2011

ADAKAH MASUK ISLAM AKAN MENDAPATKAN HABUAN?


Sebahagian non muslim menuduh bahawa Islam memberikan habuan seperti wang tunai dan kenaikan jawwatan kepada non Islam yang memeluk Islam. Tuduhan ini tidak tepat kerana Islam tidak pernah memberikan habuan kepada mereka untuk memeluk Islam. Islam hanya memberikan sedikit saguhati kepada orang-orang yang berminat kepada Islam yang disebut muallaf. Saguhati tersebut ditetapkan dalam ketentuan zakat yang dipereuntukkan satu bahagian untuk muallaf. Firman Allah :



Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, miskin, amil zakat, muallaf (orang yang sedang dilembutkan hatinya), merdekan hamba sahaya, melunaskan hutang, untuk jalan Allah dan untuk orang dalam perjalanan, sebagai kewajipan dari Allah. Allah maha mengetahui, Maha bijaksana (At-Taubah ayat 60)



Ayat di atas menunjukkan bahawa orang-orang yang berminat kepada Islam diberikan saguhati berupa zakat. Sungguhpun demikian buakn bermakna Islam memberikan habuan kepada non muslim untuk memeluk Islam, kerana Islam tidak boleh dipaksa sungguhpun secara halus. Keinginan memeluk Islam mesti lahir daripada keikhlasan daripada diri sendiri. mungkin terdapat segelintir masyarakat Islam yang memberikan habuan kenaikan pangkat dan habuan duit supaya memeluk Islam tapi ini bukan jaran Islam tapi ajaran manusia yang tidak mengamalkan Islam dengan betu.

MACAMNA MEMBERITAHU KELUARGA TENTANG PENGISLAMAN?


Selepas sahaja mengucap syahadah maka timbul perasaan yang cukup lega seolah-olah semua beban hilang. Sungguhpun demikian keadaan tersebut bersifat sementara, selepas itu akan timbul perasaan takut untuk memaklumkan pengislaman kepada keluarga. Jangan paksa mereka untuk memberitahu keluarga serta merta jika mereka belum bersedia kerana mereka lebih tahu penerimaan keluarga berbanding kita.


Sungguhpun tujuan kita untuk memudahkan mereka menjaga pemakanan dan amalan tetapi tentangan keluarga akan menyusahkan mereka dalam mengamalkan Islam. Kebanyakan keluarga bukan Islam menganggap bahawa masuk Islam adalah masuk Melayu sehingga mereka takut kehilangan anak kerana masuk Islam akan jadi Melayu.

Sebahagian Muslim melarang Saudara Muslim balik ke rumah ibubap
a kerana ibubapa makan makanan haram dan mengamalkan syirik. Oleh itu, keluarga bukan Islam merasa kehilangan anak-anak mereka jika masuk Islam, mereka tidak ada masalah anak memeluk Islam asalkan tidak menjadi melayu. Saudara Muslim perlukan persediaan mental untuk berhadapan dengan keluarga sekiranya keluarga tidak dapat menerima pengislaman dan menentangnya. Sebahagian Saudara Muslim terus memberitahu keluarga tentang pengislaman dan sebahagian lagi mengambil masa berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun untuk memaklumkannya. Berikan masa kepada Saudara Muslim untuk memaklumkan pengislaman kepada keluarga.


Saudara Muslim perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi keluarga apabila keluarga bukan Islam mengetahui tentang pengislaman. Saudara Muslim mengharapkan keluarga bukan Islam dapat menerima pengislaman serta merta apabila dimaklumkan kepada keluarga. Saudara Muslim harus sedar bahawa sebelum mereka memeluk Islam memerlukan masa yang agak lama untuk membuat keputusan untuk memeluk Islam. Selepas memeluk Islam pula Saudara Muslim masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka adalah muslim sehingga perlukan masa yang agak lama untuk menerima diri mereka sebagai seorang muslim.


Sekiranya Saudara Muslim sendiri perlukan masa yang lama untuk dapat menerima kenyataan bahawa dirinya telah menjadi seorang muslim maka Saudara Muslim harus memberikan masa yang lebih lama kepada keluarga untuk dapat menerima pengislaman mereka. Jangan berharap keluarga bukan Islam dapat menerima pengislaman serta merta. Saudara Muslim dapat melakukan beberapa perkara yang dapat menyejukkan hati ibubapa dan dapat menerima pengislaman secara perlahan-lahan :

1. Memaklumkan pengislaman secara perlahan-lahan secara tidak langsung seperti membetulkan salah tanggapan mereka tentang Islam tanpa bias ataupun membela Islam.



2. Tunjukkan perubahan positif selepas memeluk Islam seperti


a. Salam dengan menjabat dan mencium tangan ibubapa setiap kali balik ke rumah.


b. Ikut semua ucapan ibubapa dan jangan menyampuk sebelum mereka habis bercakap


c. Hargai mereka dengan memaklumkan kepada ibubapa setiap kali keluar rumah dan meminti kebenaran daripadanya


d. Menyiapkan makanan kepada ibubapa


e. Hubungi mereka dengan kerap dan minta nasihat daripada mereka sebagai pengiktirafan kita terhadap ibubapa


f. Hantar hadiah kepada mereka setiap menjelang hari-hari besar Islam seperti bulan Ramadhan dan hari raya


g. Raikan hari-hari besar bersama ibubapa seperti sambutan tahun Baru Cina dan Pesta keamatan serta sambutan hari besar lainnya selagi tidak bercanggah dengan syarak




3. Saudara Muslim perlu mengekalkan identiti diri supaya keluarga tidak menganggap mereka telah menukar bangsa juga.


4. Buktikan bahawa Islam tidak pernah memutuskan hubungan darah di antara anak dan ibubapa serta adik beradik.


5. Mengambil berat tentang keluarga bukan Islam sungguhpun berbeza agama akan memudahkan mereka menerima pengislaman tersebut.


6. Banyak bertolak angsur berkaitan hukum-hukum fikah dalam berinteraksi dengan mereka buat seketika sehingga sampai masa yang sesuai untuk menerangkan secara perlahan-lahan.