Tuesday, August 24, 2010

CLASS 3. RUKUN ISLAM

1. Syahadah

iaitu pengakuan hanya ada satu Tuhan iaitu Allah SWT dan Muhammad adalah utusannya. Syahadah adalah pembeza antara muslim dengan penganut agama lainnya. Sesiapa yang membuat pengakuan tersebut tanpa paksaan maka dipanggil sebagai muslim. Islam tidak boleh memaksakan seseorang untuk memeluk Islam. Firman Allah:


Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kuat dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui (Al-Baqarah 2;256).

Kenapa perlu mengucap Syahadah?
Sebab syahadah adalah kontrak antara hamba dengan Allah, ini bermakna sesiapa yang bersyahadah maka wajib taat kepada perintah Allah baik yang disuruh atau dilarang.

Kenapa setiap kali shalat perlu mengucap syahadah?
Untuk memperbaiki kontrak kita kepada Allah, maka syahadah tersebut akan membimbing kita untuk menjadi muslim yang lebih baik. Setiap kali habis shalat maka perasaan kita akan semakin tenang akan berusaha menunaikan tanggung jawab sebaik mungkin

Sekiranya seseorang sangat mencintai Yesus tetapi beriman kepada Allah dan Muhammad, boleh ke mengucap syhadah dengan menambahkan Isa dibelakangnya (Lailah haillallah Muhammadar rasulullah, Isa rasulullah)? Boleh mengikut Hadith Sahih.

2. Shalat
Adakah perbezaan shalat dengan sembahyang?
Shalat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Shalat mempunyai arah kiblat, masa, bahasa, bacaan dan pergerakan yang telah ditetapkan manakala sembahyang berasal daripada bahasa sanskrit bermakna semai atau sembah.

Apa beza shalat dengan doa? Shalat adalah mempunyai bacaan yang tetap, diawali dengan wudhuk, mempunyai masa dan mempunyai gerakan yang tetapa serta menghadap kiblat. Shalat adalah hubungan langsung antara ciptaan dengan pencipta. Manakala doa adalah tidak mempunyai ketetapan tertentu seperti bacaan, masa dan arah semasa berdoa. Bahkan doa juga dapat dilakukan ketika kita dalam keadaan darurat dan kecemasan sambil berdiri, berlari dan berbaring.

Shalat merupakan tiang agama, ini sesuai dengan sabda Rasulullah:

"Pokok urusan ialah islam, sedang tiangnya ialah shalat, dan puncaknya berjuang di jalan Allah"

Shalat adalah ibadat pertama yang mula pertama diwajibkan oleh Allahsecara langsung, dengan berdialog dengan Rasulnya pada malam Mi'raj seperti dilaporkan dalam hadith di bawah:

"Shalat itu difardhukan atas nabi s.a.w pada malam ia diisra'-kan sebanyak lima puluh kali, kemiudian dikurangi sehingga lima kali, lalu ia dipanggil: "Hai Muhammad! ketetapanKu tidak dapat diubah lagi, dan dengan shalat lima waktu ini, kau tetap mendapat ganjaran lima-puluh kali." (Ahmad, Nasa'i dan Turmudzi)

Shalat adalah amalan yang mula-mula dihisab pada hari kiamat seperti dilaporkan dalam hadith di bawah ini:

"Amalan yang mula-mula dihisab daripada seorang hamba pada hari kiamat adalah shalat. Sekiranya ia baik,maka baiklah semua amalannya, sebaliknya jika buruk,maka buruklah pula semua amalannya" (Thabrani)

Kenapa perlu shalat? Ramai yang tidak shalat berjaya juga
Shalat adalah komunikasi secara langsung antara manusia dengan Allah sebagai pencipta, adalah sangat bertuah apabila kita dapat berhubung secara langsung dengan Allah. Umpamakan anda dijemput untuk berjumpa dengan Sultan Agong, sungguhpun agong tidak memberikan apa-apa kepada anda tetapi anda adalah termasuk orang yang bertuah dapat bertemu dengan beliau. Apatah lagi Allah yang mencipta anda dan memberikan nikmat kehidupan kepada anda, adakah anda tidak merasa bertuah dapat berhubung dengan-Nya?

Shalat juga dapat mencegah daripada berbuat kejahatan, ini dilaporkan dalam ayat di bawah ini:

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Qur'an dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya salat lebih besar keutamaannya daripada ibadah-ibadah yang lain. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut 29;45)

Siapa sahaja yang diwajibkan shalat?
1. Beragama Islam dan berakal baligh (Lelaki bermimipi melakukan hubungan sex sehingga keluar mani dan perempuan mengeluarkan haid). Ini dilaporkan dalam Hadith di bawah ini:

"Bahawa Nabi saw bersabda: "Diangkatkan kalam daripada tiga kumpulan iaitu orang tidur sampai ia bangun, anak-anak sampai ia bermimpi dan orang gila sampai ia sedarkan diri" (Sahih Bukhari dan Muslim).

Bagaimana dengan orang sakit? Adakah perlu shalat juga?
Shalat tetap perlu dilakukan walaupun dalam keadaan bagaimana pun selagi sedar, orang sakit boleh shal;at sambil dudku, baring, dan isyarat mengikut kemampuan yang anda boleh buat. Shalat untuk berhubung dengan Allah dalam keadaan sihat ataupun sakit.

Kenapa perlu berwudhuk sebelum shalat?
Wudhuk adalah membasuh anggota wajib sebelum shalat secara lahir tetapi menghapuskan segala dosa secara batin sebelum menghadap Allah sebagai pencipta. Bayangkan setiap hari anda akan membasuh dosa-dosa kita setiap hari sebanyak lima kali, adakah masih ada dosa yang tersisa dalam diri anda? Tentu tidak.

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai siku, dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu sampai kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali daripada toilet atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperolehi air, maka bertayamumlah dengan tanah yang bersih; sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak akan menyusahkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikamt-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur (Al-Maidah 5;6).



Kenapa shalat mesti dalam bahasa? Kenapa tidak dalam pelbagai bahasa seperti agama-agama lain? Bukankah bahasa ibunda senang faham sehingga lebih kusyuk?

- Perintah Allah
- Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab Quraisy
- Bahasa Arab mempunyai makna yang kaya seperti iqra bermakna bacalah, ulangi dan juga fahamkan.

Bilangan Shalat wajib:

"Bahawa lima shalat yang diwajibkan Allah atas hamba-hamba-Nya. Maka siapa yang menetapinya dan tidak menyia-nyiakan suatu pun di antaranya disebabkan menganggap ringan. Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. Dan siapa yang tidak melakukannya, maka tidak ada janji apa-apa dari Allah, jika dikehendaki-Nya akan disiksa-Nya, dan jika dikehendaki-Nya akan diampuni-Nya. (Ahmad, Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Waktu-waktu Shalat Wajib

"Bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Waktu zuhur ialah apabila matahari telah tergelincir sampai bayang-bayang seseorang sama panjang dengan badannya iaitu sebelum datang waktu ashar; Dan waktu ashar ialah sampai matahri belum lagi kuning cahayanya waktu shalat magrib selama syafak atau awan merah belum lagi hilang; waktu shalat isya sampai tengah malam kedua, sedangkan waktu shalat shubuh mulai terbit fajar sampai terbit matahari. Jika matahari telah terbit, maka hentikanlah shalat, kerana ia terbit di antara kedua tanduk syaitan (Sahih Muslim)

1. Shalat zuhur
Berdasarkan Hadith di atas maka waktu zuhur bermula tergelincir matahari daripada tengah-tengah langit sampai bayangan sesuatu sama panjang dengan selain bayangan semasa tergelincir. Ini bersesuaian dengan Hadith di bawah:

"Suatu masa kami berada bersama Nabi saw. dalam satu perjalanan. Maka muazdin mahu azan untuk shalat zuhur, lalu Rasulullah berkata: "tunggu dulu!" Kemudian semasa mahu diazan semula, Nabi mengatakan lagi: Tunggu dulu!" Demikianlah sampai dua atau tiga kali, sehingga tampaklah oleh kami bayang-bayang burung gagak selepas matahari tergelincir. Kemudian Nabi bersabda: "Sesungguhnya panas yang cukup kuat itu adalah lambaian neraka jahannam. Maka apabila hari terlampau panas, undurkanlah melakukan shalat (Sahih Bukhari dan Muslim).

2. Shalat Ashar
Waktu shalat ashar bermula apabila bayang-bayang sesuatu sama panjang dengan asalnya sehingga tergelincir matahari. Ini sesuai dengan hadith di bawah ini:

"Bahawa nabi saw. bersabda: "Barangsiapa telah melakukan satu raka'at ashar sebelum matahari terbenam, kemudian melanjutkannya sisa shalatnya setelah ia terbenam, mak bermakna waktu asharnya belum lagi habis (Baihaqi)

3. Waktu Magrib
Waktu magrib bermula apabila matahari telah terbenam dan tersembunyi di sebalik tirai sehingga hilang awan merah. Ini sesuai dengan Hadith di bawah:

"Bahawa Nabi saw. telah bersabda: "Waktu shalat magrib; ialah apabila matahri terbenam dan syafak belum lagi hilang" (Muslim).

4. Waktu Isya
Waktu isya bermula apabila hilangnya syafak merah sehingga seperdua malam. Ini sesuai dengan Hadith Nabi saw.

"Telah bersabda Rasulullah saw: Kalau tidaklah akan memberatkan umatku, tentu akan kusuruh mereka melambatkan Isya sampai sepertiga atau seperdua malam (Ahmad, Ibnu Majah dan Turmudzi).

5. Waktu Subuh
Waktu shalat subuh bermula daripada terbit fajar sadik sampai terbit matahari.

No comments:

Post a Comment