Muallaf berasal daripada bahasa Arab iaitu Allafa bermakna berjinak-jinak atau minat. Jadi, muallaf adalah orang yang mula berjinak-jinak atau mendekati Islam. Adakah mereka yang sudah masuk Islam ataupun belum? Sekiranya mereka telah belajar dan mengamalkan Islam maka tidak layak lagi dipanggil sebagai muallaf tetapi lebih sesuai dipanggil sebagai Mukallaf.
Sayangnya di Malaysia sungguhpun mereka telah belajar dan mengamalkan Islam bahkan telah mengajar muslim lain masih tetap digelar sebagai muallaf contohnya Muhammad Ridhuan Tee Abdullah, Muhammad Ravi Abdullah, Muhammad Fitri Abdullah, Muhammad Nicholas Sylvester Shah Kirit Bin Kalulal Govindji dan Lim Jooi Soon. Mereka telah mengamalkan fardhu ain dan menjadi pengajar dan penceramah yang hebat dan ilmunya setanding dengan muslim yang dilahirkan dalam keluarga Muslim tetapi tetap digelar Muallaf.
Di Malaysia kita sering menggelar muallaf sebagai Saudara Baru dan Saudara Kita, gelar ini seolah-olah akan membuka ruang untuk membeza-bezakan muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam dengan yang masuk Islam. Sebahagian muallaf tidak menyukai gelaran tersebut dan menimbulkan jurang di antara saudara baru dengan muslim yang lahir dalam keluarga muslim. Mereka lebih suka digelar sebagai saudara muslim dan sekarang gelaran ini lebih popular berbanding muallaf atau saudara baru.
2. Punca Masuk Islam
Ada banyak punca seseorang memeluk Islam, antaranya:
a) Perkahwinan, ada sebahagian orang masuk Islam kerana perkahwinan campur dengan perempuan atau lelaki muslim. Sebahagian muslim menilai rendah terhadap muallaf yang masuk Islam kerana perkahwinan dengan pasangan Muslim. Sepatutnya orang yang masuk Islam kerana perkahwinan bukan suatu aib kerana hidayah Allah pelbagai cara, yang penting memanfaatkan peluang tersebut untuk membimbing dan mendidik mereka untuk menjadi muslim yang baik. Sebahagian muallaf pada asalnya memeluk Islam disebabkan perkahwinan, selepas belajar dan dibimbing dengan cara yang sesuai dapat menjadi muslim yang baik. Bahkan lebih baik berbanding muslim yang dilahirkan dalam keluarga Muslim. Sebahagian mereka menjadi pendakwah, penceramah serta pengajar muallaf bahkan muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam.
b) Pergaulan, pergaulan antara muslim dengan bukan muslim telah membuka ruang untuk saling kenal dan memahami budaya dan agama masing-masing. Ini adalah peluang terbaik bagi muslim untuk menyampaikan Islam kepada bukan muslim. Hubungan persahabatan yang baik telah memecahkan tembok penghalang di antara perbazaan warna kulit dan juga agama. Seringkali pelajar bukan Islam yang belajar di sekolah kebangsaan akan membuka ruang untuk memahami dan memeluk Islam. Berdasarkan pemerhatian ramai pelajar bukan Islam yang belajar di sekolah kebangsaan atau bercampur dengan muslim akhirnya akan memilih Islam sebagai panduan hidupnya.
c) Kebajikan, Sebahagian orang masuk Islam disebabkan oleh kebajikan yang diberikan oleh keluarga muslim. Kebajikan adalah cara yang baik untuk memikat orang bukan Islam supaya kenal dan faham Islam. Dalam Islam sangat digalakkan untuk membantu orang lain, sayang kebanyakan muslim hanya membantu bangsa sendiri. Sebagai contoh apabila muslim memberi bantuan kepada pesakit di hospital maka diutamakan pesakit muslim terlebih dahulu dengan mengabaikan bukan muslim. Mungkin disebabkan bantuan akan membantu mereka untuk memahami dan menerima Islam. Selain itu, kebajikan yang diberikan keluarga muslim dengan mengambil pelajar bukan Islam menjadi keluarga angkat telah membuka ruang dakwah yang cukup luas.
d) Kajian, ramai yang masuk Islam disebabkan oleh kajian adalah pelajar universiti atau pekerja profesional. Selepas mengkaji mereka dapati agama Islam adalah agama yang lojik dan mudah serta sesuai dengan perkembangan teknologi. Orang yang masuk Islam kerana kajian akan memudahkan pengajar dalam membimbing sebab mereka telah memahami dan mengamalkan asas Islam seperti sembahyang dan puasa.
e) Terharu mendengar suara Azan dan Solat,
Sebahagian masuk Islam kerana minat kepada suara azan yang menyejukkan hati. Ada juga kerana kekhusyukan gerakan solat telah menarik minat bukan Islam untuk mengkaji dan mendalami Islam. Kadangkala ada juga yang bermimpi ataupun mendengar suara azan di tengah malam sedangkan orang lain tidak mendengarnya. Mereka mengambil semua ini sebagai petunjuk atau hidayah daripada Allah untuk menerima Islam

f) Mendapatkan Status Bumiputera
Sebahagian orang masuk Islam dan berkahwin dengan bumiputera untuk mendapatkan status bumiputera. Sama juga seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak, mereka berkahwin dan masuk agama bumiputera (kristian) semata-mata untuk mendapatkan status bumiputera. Ini tidak salah dari segi Islam tetapi yang menjadi masalah selepas mereka masuk Islam tidak ada yang membimbing mereka sehingga selepas mereka dapatkan apa yang dihajatkan maka tidak mengamalkan Islam bahkan mengetepikan Islam. Mereka beranggapan status bumi putera akan memberi keuntungan kepada diri dan anak-anaknya kelak.

g) Perniagaan
Ada juga yang masuk Islam untuk mendapatkan projek kerajaan sebab status Islam akan memudahkan mendapat kelulusan projek kerajaan. Sekiranya selepas pengislaman tidak ada yang membimbing secara berterusan maka mereka akan semakin jauh daripada Islam. Gunakan peluang tersebut untuk membimbing mereka supaya menjadi muslim yang baik.

h) Memudahkan perceraian
Terdapat agama yang terlampau susah untuk menuntut cerai sungguhpun tidak ada lagi kesefahaman maka undang-undang di Malaysia sekiranya pasangan Islam mempunyai agama yang berbeza selepas tiga bulan maka perkahwinan terbatalkan. Oleh itu, pengislaman digunakan sebagai alasan untuk memisahkan daripada pasangan masing-masing.

i) Dakwah
Sangat sedikit masuk islam kerana dakwah daripada muslim. Hanya sebahagian kecil masuk Islam kerana dakwah daripada muslim, ini membuktikan tidak ramai muslim yang melakukan dakwah kepada bukan Islam di Malaysia. Hampir tidak dijumpai mereka masuk islam kerana galakan daripada muslim sungguhpun mereka berkahwin dengan muslim bertahun-tahun dan tinggal serta makan bersama.

j). Keharmonian kelaurga islam
Keharmonian yang ditunjukkan dalam kelaurga islam banyak menimbulkan minat bukan islam mengetahui apa yang menyebabkan mereka harmoni. Sungguhpun kelaurga Islam tidak mempunyai kekayaan yang melimpah tetapi mereka tetap harmoni. Jarang berlaku pertengkaran dalam keluarga muslim kalau adapun hanya sedikit keriuhan sahaja. Manakala keluarga bukan islam sungguhpun mempunyai kekayaan yang berlimpah tetap tidak harmoni dan sentiasa beralku pertengkaran di antara suami dan isteri k). Kebersihan
Apapun punca masuk Islam maka pergunakan peluang sebaik mungkin untuk membimbing mereka menjadi muslim yang baik. Jangan hanya pandai melihat dan menghukum sahaja, setiap muslim wajib membimbing muallaf sehingga menjadi muslim yang baik.
No comments:
Post a Comment