Monday, May 30, 2011

KENAPA ISLAM TERLAMPAU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI?

Apabila seseorang memeluk Islam maka kelaurga asal akan kehilangan hak untuk mendapatkan harta pusaka. Sungguhpun amalan tersebut cukup meninda ahli keluarga bukan Islam ditambah lagi perebutan jenazah saudara muslim oleh Jabatan Agama Islam. Kenapa Jabatan Agama Islam tidak memberikan peluang langsung kepada ahli keluarganya untuk sempurnakan jenazah tersebut?


Isu ini pernah hangat beberapa kali di Malaysia, isu ini sering timbul ke atas jenazah saudara muslim yang tidak memaklumkan pengislaman kepada keluarga demi keselamatan. Kebiasaan apabila saudara muslim tersebut meninggal maka Jabatan Agama Islam akan menjemput manyat di Hospital untuk diuruskan secara Islam. keluarga bukan Islam tidak membenarkan jenazah tersebut diuruskan secara Islam kerana mereka menganggap jenazah adalah beragama asal dan tidak memeluk Islam.


Perebutan jenazah tersebut akan menyebabkan jenazah terbengkalai sehingga Jabatan Agama islam terpaksa membawa dokumen pengislaman saudara muslim tersebut. Jabatan agama perlu menangani isu ini dengan baik sehingga akan memuaskan kedua belah pihak. Jabatan agama perlu menerangkan secara berhikmah kepada keluarga yang ditinggalkan kerana melibatkan banyak perkara seperti perkahwinan, harta pusaka dan sebagainya.


Dalam menangani isu perebutan jenazah antara Muslim dengan Non Muslim perlu difahami beberapa perkara :


Pertama, Jenazah seorang Muslim hendaklah diuruskan secara Islam yang meliputi pemandian, kafan, solat dan penguburan


Kedua, Hak Muslim terhadap Muslim semasa hidup dan selepas kematiannya. Rasulullah saw bersabda :


"Bagi Muslim ke atas Muslim yang lain empat perkara iaitu mendoakannya dengan lafaz "Yarhamukallah" (Allah merahmati kamu) ketika bersin, memenuhi jemputannya, menghadiri jenazahnya apabila dia mati dan menziarahinya semasa sakit. (Ibnu Majah, 2:1434).


Hadis di atas menerangkan tentang hak seorang muslim yang perlu ditunaikan semasa masih. Orang sakit mempunyai hak untuk diziarahi oleh muslim yang lain, rasulullah bersabda :


"Apabila seseorang yang sakit di kalangan kamu menginginkan sesuatu, maka tunaikanlah" (Ibnu Majah, 2;1439).


Manakala orang yang nazak perlu ditunaikan haknya seperti sabda Rasulullah :


"Talqinkan orang yang hampir mati dengan jalimah Tauhid." (Ibnu Majah, 2;1444)


Jika muslim telah menunaikan hak saudara muslim semasa hidup maka tidak akan berlaku perebutan mayat oleh keluarga bukan Islam. Amalan-amalan tersebut telah menunjukkan kepada keluarga bukan Islam bahawa jenazah adalah seorang muslim.

Ketiga, Iman seseorang adalah tersembunyi maksudnya antara dia dengan Allah semata-mata. Kita wajib serahkan kepada Allah semata-mata, jika secara zahir jenazah tersebut beragama Islam semasa hidup maka tuntutlah jenazah untuk diuruskan secara Islam. Rasulullah saw bersabda :


"Segerakan menguruskan jenazah. Jika jenazah tersebut seorang yang soleh, kebaikan yang kamu berikan kepadanya. Jika jenazah tersebut sebaliknya, kejahatan yang kamu lepaskan daripada leher-leher kamu." (Ibn Majah, 2;1477).


Sekiranya perebutan jenazah akan mendatangkan mudarat yang lebih besar dan kehilangan peluang dakwah kepada ahli keluarga yang ditinggalkan maka Muslim tidak perlu menuntut mayat tersebut mencukupi sekadar shalat jenazah secara ghaib seperti dilakukan oleh Rasulullah terhadap Raja Habsyah bernama Al-Najasyi. Apabila berita kewafatan raja tersebut Rasulullah bersabda :


"Sesungguhnya saudara kamu al-Najasyi sudah meninggal dunia, maka shalatlah ke atasnya." (Muslim, kitab al-Janaiz, 953).


Rasulullah tidak menuntut mayat Raja al-Najasyi sungguhpun beliau wafat pada Tahun ke sembilan Hijriah dimana masa tersebut umat Islam berada pada kemunjak kejayaan di bawah pimpinan Rasulullah. Keimanan al-Najasyi sudah memadai, walau bagaimanapun jenazah diuruskan keimanan beliau tetap diterima oleh Allah. Rasulullah tidak menuntut mayat beliau kerana peluang dakwah sangat besar, jika Rasulullah menuntut mayat raja tersebut kemungkinan besar rakyatnya akan menolak Islam awal2 lagi.


Oleh itu dalam mengambil setiap keputusan harus dipertimbangkan kesan daripada amalan tersebut terhadap keluarga yang ditinggalkan. Disebabkan tolak angsur Muslim mungkin akan memberikan hidayah kepada keluarga atau bukan islam yang menyaksikan peristiwa tersebut.


Yang paling utama adalah keimanan seseorang yang diaplikasikan dalam tindakan melalui syahadah bukan pengurusan jenazah. Syahadah atau keimanan merupakan perkara yang termasuk dalam tauhid manakala pengurusan jenazah adalah perkara fikah. Sayangnya amalan di Malaysia lebih menekankan kepada perkara fikah berbanding tauhid.

Saturday, May 28, 2011

KENAPA ISLAM PERLU MENGGUNAKAN PENGERAS SUARA KETIKA AZAN?

Agama lain juga melakukan sembahyang tetapi tidak perlu mengisytiharkan kepada orang lain dengan kuat sehingga semua penduduk tahu bahawa muslim akan sembahyang. Agama lain ada juga yang melakukan sekadar sahaja dengan membunyikan lonceng sedangkan Islam azan menggunakan corong mikrofon sehingga mengganggu penduduk terutama masa awal pagi.

Azan adalah pemberitahuan tentang masuknya waktu shalat dan seruan untuk menunaikan shalat melalui lafaz-lafaz tertentu.


Asal mula wujudnya azan :


Dahulu orang-orang Islam berkumpul dan menunggu waktu shalat serta tidak ada orang yang menyerukannya. Pada suatu hari mereka berbincang perkara tersebut, ada yang mencadangkan membunyikan lonceng seperti orang-orang nasrani, ada juga yang mencadangkan menggunakan tanduk seperti serunai orang yahudi. Kemudian umar berkata : Kenaap tidak meminta seseorang untuk menyerukan shalat? Maka Rasulullah bersabda : "Hai Bilal, Bangkitlah! Kemudian diserukan azan olehnya." (Ahmad dan Bukhari)


Pada zaman tersebut azan hanya diseru menggunakan mulut jadi tidak menyebabkan suara yang sangat keras. Apabila islam tersebar di Malaysia dan negara-negara Nusantara lainnya, azan menggunakan pengeras suara. Tujuan penggunaan pengeras suara supaya semua muslim dapat mendengarkan azan kerana rumah yang agak jauh. Akibat kebiasaan tersebut azan tetap diseru menggunakan pengeras suara sungguhpun di kawasan bandar untuk mengingatkan umat islam masuknya waktu shalat.


Yang menjadi isu di malaysia adalah bukan azan semata-mata tetapi bacaan ayat-ayat al-Quran sebelum masuk waktu azan dan doa beramai-ramai selepas shalat. Kebiasaan masjid menggunakan pengeras suara unbtuk bacaan al-Quran dan doa-doa tersebut sehingga menganggu kenyamanan masyarakat di sekitarnya. Seruan azan yang mengambil masa hanya beberapa minit sahaja tidak akan mengganggu masyarakat di sekitarnya.


Masalah sering timbul apabila orang-orang yang dilantik untuk menyeru azan umur 50-an ke atas, keadaan ini akan menyebabkan suara yang kurang sedap didengar oleh muslim itu sendiri apatah lagi orang bukan Islam. Selain itu juga masalah sistem pengeras suara yang kurang bagus menyebabkan suara yang terdengar tidak sedap. Buktinya ada orang bukan islam yang melancong ke negara Arab sangat menyukai seruan Azan tetapi apabila beliau balek ke Malaysia tidak suka mendengar suara azan di Malaysia. Oleh itu Surau atau Masjid perlu memperbaiki sistem pengeras suara dan orang yang menyeru azan, seelok-eloknya suraa atau masjid melantik seorang muazin yang mempunyai suara yang merdu.


Masyarakat bukan Islam keliru antara azan dengan bacaan al-Quran dan bacaan doa selepas shalat, sebetulnya untuk kawasan majoriti muslim tidak digalakkan untuk membuka suara pengeras semasa memainkan bacaan al-Quran dan doa selepas shalat sebab dapat mengganggu kenyamanan orang-orang bukan Islam. Islam adalah agama yang mengambil kira kebaikan kepada semua manusia termasuk juga bukan islam.

KENAPA ORANG MASUK ISLAM TERLAMPAU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI?

Ahli keluarga bukan islam merasa agama Islam adalah agama yang mementingkan diri sendiri kerana ibu bapa bukan Islam tidak dapat menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh anak-anaknya selepas masuk islam. Sungguhpun telah memeluk Islam hubungan antara anak dengan ibubapa perlu dijaga seperti sebelumnya bahkan lebih baik sebelum memeluk islam. Anak-anak wajib berbakti kepada ibubapanya sungguhpun bukan islam sekiranya ibu bapa tidak menyuruh anak-anaknya menyembah selain Allah. Firman Allah :

Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan berbuat baik kepada Allah kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya berumur lanjut di bawah penjagaanmu, maka sekali-kali janganlah engaku mengatakan "ah" dan memarahinya, dan ucapkanlah perkataan baik-baik kepada keduanya (Al-Isra 17:23)



Mengikut ayat di atas anak-anak wajib berbakti kepada ibubapa tidak kira bangsa agama asalkan ibubapa tidak menyuruh mensyirikkan Allah. Firman Allah :


"Dan jika keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentangnya, maka janganlah engkau taat keduanya, dan layanlah keduanya dnegan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku....(Luqman 31:15)



Layanan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut mencakup semua perkara termasuk juga saraan kepada ibubapa. Anak-anak yang memeluk islam (saudara muslim) harus melayan ibubapanya lebih baik dengan sebelumnya supaya mereka nampak keindahan Islam. Jika Saudara muslim sebelum memeluk Islam mengunjungi ibubapa di kampung dua bulan sekali maka selepas islam perlu lebih kerap iaitu sebulan sekali. Begitu juga urusan saraan ibubapa, jika saudara muslim sebelum memeluk Islam menyara ibubapa dengan kiriman wang sebanyak RM640 perbulan maka selepas masuk Islam boleh ditingkatkan menjadi Rm500 perbulan paling kurang tdiak berkurang dari saraan asal.

Jika saudara muslim mempunyai kerjaya yang baik dan gaji yang lumayan, ibubapa bukan islam tidak mempunyai hak untuk mendapatkan harta pusaka jika saudara muslim meninggal. Maka saudara muslim perlu membuat persediaan awal dengan memberikan hibah (hadiah) kepada ibu bapa semasa saudara muslim masih hidup.

Friday, May 6, 2011

TUHAN UNTUK SEMUA

Alhamdulillah buku bertajuk TUHAN UNTUK SEMUA kary penulis yang pertama berjaya diterbitkan oleh PTS pada pesta buku Antara Bangsa PWTC. Alhamdulillah respon yang cukup baik daripada pembaca tentang kandungan buku ini, penjelasan yang mudah difahami dan menggunakan hujah yang sahih daripada Al-Qur'an dan Hadis serta saintifik.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan muslim yang bergiat aktif dalam usaha menyebarkan islam dan juga bukan Islam yang sedang mengkaji Islam. Buku ini juga sangat baik dihadiahkan kepada saudara-saudara kita yang belum menerima Islam.

Buku tersebut dapat ditempah melalui penulis Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602 ataupun melalui email cikmu06@yahoo.com serta menghantar mesej ke inbox facebook faisal_achenes@yahoo.com. Harga buku RM12 untuk semananjung termasuk kos penghantaran dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju.