SOALAN-SOALAN LAZIM BAGI MUALLAF
1. Keluarga tidak tahu pengislaman, bagaimana mahu memberitahu mereka?
Ini adalah soalan yang sentiasa bermain di fikiran muallaf. Mereka tahu respon keluarga sekiranya mengetahui pengislaman sehingga takut untuk memberi tahu keluarga pasal pengislaman. Janganlah kita memaksa muallaf untuk memberitahu keluarga tentang pengislaman, biarkan sampai mereka betul-betul berdikari dan bersedia untuk memberitahu keluarga. Hanya muallaf sendiri yang tahu masa yang sesuai untuk memberitahu keluarganya. Jangan paksa muallaf untuk tidak balek ke rumah keluarga yang belum Islam, muallaf tahu merahsiakan pengislaman daripada keluarga.
2. Bagaimana dengan orang yang masuk Islam kerana mahu kahwin?
Masuk Islam kerana berkahwin bukan suatu kesalahan sungguhpun ramai muslim yang menganggap rendah muallaf kerana masuk Islam sebab kahwin dengan perempuan muslim. Sepatutnya berikan ucapan tahniah kepada mereka sebab masuk Islam apapun alasan sebab membuat keputusan masuk Islam bukan perkara mudah. Yang penting gunakan peluang tersebut untuk membimbing muallaf tersebut menjadi muslim yang baik. Ramai juga muallaf yang masuk Islam sebab mahu kahwin akhirnya menjadi muslim yang baik dan berjaya. Bahkan menjadi pendakwah yang cukup aktif berbanding muslim yang lahir dalam keluarga Islam.
3. Adakah masuk islam itu masuk Melayu?
Ramai menganggap masuk Islam adalah masuk melayu, ini adalah salah tanggapan di kalangan bukan Islam kerana amalam di Malaysia, apabila seseorang masuk islam maka tukar nama kepada Arab atau Melayu. Ditambah lagi apabila masuk Islam lelaki suka memakai baju melayu dan kain pelikat seolah-olah mengesahkan bahawa masuk Islam adalah masuk melayu. Sungguhpun tidak dinafikan ada sebahagian masuk Islam sebab ingin mendapatkan status Melayu atau bumu putera untuk mendapatkan kemudahan seperti bumi putera. Sekarang anggapan ini semakin menipis seiring perkembangan teknologi dan usaha daripada muallaf sendiri untuk mengekalkan nama dan budaya hanya agama yang berbeza tetapi muallaf masih tetap orang yang sama.
4. Mana yang harus diutamakan budaya atau syariat?
Muallaf mengamalkan islam berdasarkan ilmu yang dipelajari manakala muslim yang dilahirkan dalam keluarga muslim kebanyakan mengamalkan Islam berdasarkan budaya sehingga muallaf keliru. Yang sedihnya apabila muallaf mengamalkan Islam berdasarkan Ilmu akan ditegur oleh muslim bahawa itu salah, sungguhpun perkara tersebut benar. Sedangkan perkara tersebut berbeza dengan budaya yang telah diamalkan turun temurun oleh muslim di Malaysia tanpa unsur mengkaji hanya ikut membuta tuli.
5. Beberapa persoalan fiqah (hukum)
a. Bolehkah tinggal bersama keluarga yang belum masuk Islam?
b. Bolehkah makan bersama dengan keluarga?
Ada juga yang mangajarkan kepada muallaf bahawa tidak boleh makan bersama keluarga yang bukan muslim kerana mereka makan babi. Ikutkan tidak ada masalah untuk makan bersama kelurga selagi tidak makan makanan yang diharamkan seperti babi dan daging haiwan lain yang disembelih selain nama Allah. Sedangkan ikan dan sayur boleh dimakan asalkan tidak dimasak bercampur dengan makanan haram. Cuba bayangkan perasaan ibu muallaf apabila besar dan tukar agama tidak mahu makan lagi masakannya sungguhpun tidak ada unsur haram.
c. Bagaimana mahu shalat sedangkan keluarga tak tahu pengislamannya?
Bagi muallaf yang merahsiakan keislamannya maka boleh melakukan shalat secara sembunyi atau rahsia. Sekiranya peluang tersebut cukup kecil maka shalat boleh dilakukan sambil duduk atau tidur hanya mencukupi dengan isyarat sahaja. Ini dianggap darurat maka Allah faham dalam keadaan bagaimanapun kita mengabdi kepadanya yang penting keikhlasannya. Sungguhpun demikian ini hanya dibolehkan dalam jangka masa tertentu sahaja bukan selama-lamanya.
d. Bolehkah tidak tutup aurat bagi perempuan muallaf yang mahu merahsiakan pengislaman daripada keluarga?
Bagi perempuan yang mahu merahsiakan keislaman daripada keluarga maka dibolehkan untuk tidak memakai tudung dalam keadaan darurat sahaja bukan selama-lamanya sehingga keadaan muallaf betul-betul sedia untuk memaklumkan kepada keluarga. Satu kes seorang perempuan yang baru masuk Islam hanya beberapa hari terus memakai tudung labuh, kemudian kawan-kawannya berjumpa dengannya dan melaporkan kepada ibubapanya.
Maka ibubapanya marah dan menghantar muallaf tersebut ke Hongkong dan dikahwinkan dengan saudara mara di sana tak tahu berita selepas itu. Dalam keadaan tersebut, maka digallakkan menutup aurat semasa berada di universiti atau tempat kerja sedangkan dibenarkan menutup aurat semasa balek ke rumah ibu bapa buat sementara waktu.
Bagi perempuan yang mahu merahsiakan keislaman daripada keluarga maka dibolehkan untuk tidak memakai tudung dalam keadaan darurat sahaja bukan selama-lamanya sehingga keadaan muallaf betul-betul sedia untuk memaklumkan kepada keluarga. Satu kes seorang perempuan yang baru masuk Islam hanya beberapa hari terus memakai tudung labuh, kemudian kawan-kawannya berjumpa dengannya dan melaporkan kepada ibubapanya.
Maka ibubapanya marah dan menghantar muallaf tersebut ke Hongkong dan dikahwinkan dengan saudara mara di sana tak tahu berita selepas itu. Dalam keadaan tersebut, maka digallakkan menutup aurat semasa berada di universiti atau tempat kerja sedangkan dibenarkan menutup aurat semasa balek ke rumah ibu bapa buat sementara waktu.
e. Bagaimana dengan keluarga yang memelihara anjing? Adakah boleh tinggal bersama?
Ada juga yang mengatakan tidak boleh tinggal di rumah yang memelihara anjing sebab cahaya Iman tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing. Padahal cahaya Islam tetap akan masuk sekiranya muallaf tersebut belajar dan mengamalkan Islam, cahaya iman dan Islam tidak akan masuk sendirinya ke dalam diri seseorang sekiranya tidak dicari dengan bersungguh-sungguh.
Islam tidak pernah melarang mememlihara anjing tetapi tidak digalakkan memelihara di dalam rumah kerana beberapa perkara:
i) Anjing adalah ahiwan yang bising sehingga mengganngu jiran
ii) Anjing adalah haiwan buas sungguhpun dibela bertahun-tahun tetapi banyak kes anak atau majikannya digigit oleh anjing peliharaannya sendiri
iii) Anjing adalah haiwan pengotor kerana lidahnya sentiasa dijulurkan keluar sehingga air liur akan menitis di merata tempat.
f. Bagaimana mengislamkan bagi yang belum sampai umur?
Bagi bukan Islam yang berumur di bawah 18 tahun dan mahu memeluk Islam maka lakukan pengislaman dulu tetapi pendaftaran di jabatan agama di lakukan selepas berumur 18 tahun atau ke atas. Sebaiknya pengislaman dirahsiakan daripada keluarga dan kawan-kawan untuk menghalang daripada peristiwa buruk berlaku. Islam tidak pernah mensyaratkan had umur seseorang untuk menukar agama tetapi kerajaan Malaysia telah membuat undang-undang seperti itu maka mematuhi undang-undang akan memudahkan urusan.
g. Apa hukum jika suami atau isteri sahaja yang masuk Islam?
Mengikut undang-undang di Malaysia sekiranya salah seorang pasangan menukar agama maka selepas tiga bulan perkahwinan terbatalkan. Sedangkan mengikut pandangan ulama yang muktabar ada dua pandangan iaitu sekiranya suami atau isteri dapat memujuk pasangan masing-masing untuk masuk Islam maka perkahwinan dikekalkan manakala sekiranya peluang untuk memujuk pasangannya ke dalam Islam kecil maka perkahwinan dibubarkan.
6. Soalan berkenaan syariat dan adat
a. Bolehkah bercakap dalam bahasa asal seperti Mandarin, Tamil dan Iban?
Sebetulnya tidak ada larangan untuk bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing. Islam tidak melarang bercakap kecuali bahasa yang digunakan tidak sopan dan mengandungi makna-makna yang tidak baik seperti mengandungi unsur lucah dan lainnya. Bahkan digalakkan untuk bercakap dalam bahasa ibunda untuk menunjukkan Islam adalah agama universal tidak mengenal bangsa dan bahasa.
b. Bolehkah makan menggunakan chopstik?
Chopstik adalah alat yang digunakan oleh masyarakat cina untuk makan, selagi tidak dibuat daripada unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam seperti emas dan perak serta tulang babi maka tidak ada larangan untuk menggunakannya. Bahkan di negara Cina mempunyai komuniti Muslim mencapai 100 juta lebih, muslim di sana tetap menggunakan chopstik semasa makan sebab ini hanya budaya semata-mata.
c. Adakah masuk Islam harus menggunakan baju melayu dan songkok?
Baju melayu dan songkok adalah budaya orang melayu, bukan suatu kewajipan untuk memakainya. Pakaian dalam Islam yang penting menutup aurat apapun coraknya yang penting tidak terbuat daripada bahan yang haram dipakai seperti sutera haram dipakai untuk lelaki.
d. Kenapa masa majlis kahwin hanya menggunakan satu budaya sahaja?
Ini adalah kesepakatan kedua belah pihak, sebaiknya apabila berkahwin menggunakan baju pengantin kedua-dua budaya untuk menunjukkan bahawa masuk Islam bukan masuk Melayu. Sekiranya baju pengantin yang dipakai masa majelis perkahwinan hanya baju pengantin melayu semata-mata ini mengiyakan anggapan bahawa masuk Islam adalah masuk melayu sedangkan realitinya tidak, sebab Melayu adalah bangsa sedangkan Islam adalah agama.
Bagimana jika kita berkahwin dengan seorang wanita mualaf,jika dia isteri seorang mualaf itu banyak melakukan pekara2 yg dilarang seprti tidak mematuhi segala larang daripda suami nya.adakah ia tetap melakukn dosa kerna perbuatan itu?
ReplyDeletebetul ke bila kta berkahwin ngn seseorang yg bru mw msuk muslim automTik anak nya dri bekas bininya yg bkn muslim kena msuk muslim?
ReplyDelete