Tuesday, September 11, 2012

HARGA ISTIMEWA KOLEKSI HASIL KARYA FAISAL ABDURRAHMAN



BUKU TUHAN UNTUK SEMUA
"Kenapa hanya Allah sahaja yang dianggap Tuhan? Bukankah itu tidak adil? Kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka? Jika Allah itu berkuasa, kenapa tidak jadikan semua manusia baik-baik? Adakah benar al-Quran datang daripada Allah? Bukankah ia dilihat sebagai sebuah buku yang boleh ditulis oleh sesiapa?"
Buku ini mengupas persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada 
Islam dan menjawab persoalan ini menurut neraca Islam, sains dan logik akal.

Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam. Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya timbulkan kalangan Non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk Non Muslim dan Awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit.

Tuhan untuk Semua muncul berasaskan huraian sumber al-Quran dan hadis bagi membuktikan kebenaran yang terselindung di sebalik tohmahan kepada Islam.

ISLAM UNTUK SEMUA
Kenapa peru memeluk Islam sedangkan agama lain juga mengajarkan kebaikan? Bukankah ini maknanya Islam tidak mengiktiraf agama lain? Sehingga orang-orang yang tidak masuk Islam digelar sebagai kafir, sedangkan mereka juga mempunyai agama. Ramai yang mengatakan tidak ada paksaan untuk memeluk Islam tetapi kenapa apabila bukan Muslim berkahwin dengan Muslim perlu memeluk Islam? Bukankah ini satu pemaksaan? 
Seringkali kita mendengar bahawa agama Islam adalah agama yang mudah. Namun persoalannya, mengapa ia mempunyai banyak pantang larang yang menyusahkan manusia? 

Islam telah mengatur hubungan Muslim dengan bukan Muslim tetapi kenapa masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak dapat hidup harmoni? Bahkan kebanyakan masyarakat Muslim tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bukan Muslim, terlampau mementingkan diri sendiri. Ada banyak lagi soalan-soalan yang sentiasa bermain diminda bukan Muslim bahkan Muslim sendiri. Buku ini akan menjawab soalan-soalan tersebut dengan menggunakan dalil al-Quran, hadis dan lojik akal dengan menggunakan bahasa yang mudah sehingga mudah difahami oleh pembaca. 

PASCA SYAHADAH
Buku ini dihasilkan bagi membuka ruang kepada Saudara Muslim (Revert) memperlajari islam dengan kaedah yang mudah difahami. Istimewa buat tatapan saudara Muslim dan Muslim yang ingin belajar islam semula selepas sekian lama hayut dalam kegerlapan dunia. Perkasakan diri anda dengan meningkatkan keilmuan tentang islam untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Pemerkasaan pengetahuan tentang Islam bagi Saudara Muslim adalah sangat penting sebagai tunggak keimanan buat mereka apabila berhadapan dengan keluarga dan kawan-kawan muslim atau kawan bukan muslim.
Sesungguhnya, Ilmu adalah cahaya, jahil adalah merbahaya. Semoga perjalanan mencapai takwa bermula dengan kelahiran buku ini. InsyaAllah.

Harga Semenanjung, Buku Tuhan Untuk Semua RM11, Islam Untuk Semua RM18 dan Pasca Syahadah RM22 jumlahnya  RM51, selepas mendpaat potongan 10% menjadi RM45.90 ditambah pos laju RM10 jadi keseluruhan yang perlu dibayar RM55.90. Harga Sabah dan Sarawak Buku Tuhan Untuk Semua RM13, Islam Untuk Semua RM21 dan Pasca Syahadah RM25 jumlahnya  RM59, selepas mendapat potongan harga sebanyak 10% menjadi RM 53.10 ditambah pos laju RM15 maka keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM68.10. Tempahan dapat dibuat melalui fb atau email cikmu06@yahoo.com serta sms ke talian 019 356 8602

Sunday, September 2, 2012

BUKU PASCA SYAHADAH SUDAH BERADA DI PASARAN

Buku ini dihasilkan bagi membuka ruang kepada Saudara Muslim (Revert) memperlajari islam dengan kaedah yang mudah difahami. Istimewa buat tatapan saudara Muslim dan Muslim yang ingin belajar islam semula selepas sekian lama hayut dalam kegerlapan dunia. Perkasakan diri anda dengan meningkatkan keilmuan tentang islam untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Pemerkasaan pengetahuan tentang Islam bagi Saud saudara Muslim adalah sangat penting sebagai tunggak keimanan buat mereka apabila berhadapan dengan keluarga dan kawan-kawan muslim atau kawan bukan muslim. Sesungguhnya, Ilmu adalah cahaya, jahil adalah merbahaya. Semoga perjalanan mencapai takwa bermula dengan kelahiran buku ini. InsyaAllah.
Kandungan

BAB I MEMAHAMI MUALLAF
A. MAKNA MUALLAF
B. PERSEDIAAN SEBELUM MEMELUK ISLAM
C. TINDAKAN MUSLIM TERHADAP SAUDARA MUSLIM
BAB II KEINDAHAN ISLAM
A. MAKNA ISLAM
B. ISLAM AGAMA YANG MUDAH
C. KENAPA ISLAM KELIHATAN SUSAH?
BAB III MENGUCAP SYAHADAH
A. MAKNA SYAHADAH
B. KEPERLUAN SYAHADAH
C. KESAN SYAHADAH TERHADAP KEIMANAN
BAB IV BERIMAN KEPADA ALLAH
A. RUKUN IMAN
B. SIFAT-SIFAT ALLAH
C. PANDANGAN KITAB-KITAB TENTANG ALLAH
BAB V SYIRIK
A. MAKNA SYIRIK
B. BAHAYA SYIRIK
C. ISLAM MENCEGAH SYIRIK
D. KESAN AMALAN SYIRIK
BAB VI BERIMAN KEPADA MALAIKAT
A. CIRI-CIRI MALAIKAT
B. TUGAS-TUGAS MALAIKAT
BAB VII BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
A. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN KITAB ALLAH
B. SETIAP NABI DILENGKAPI DENGAN KITAB SUCI
1. ZABUR
2. TAURAT
3. INJIL
4. AL-QURAN
BAB VIII KETULENAN AL-QURAN
A. PEMELIHARAAN KETULENAN AL-QURAN
1. SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
2. PENGUMPULAN MANUSKRIP DAN PEMBUKUAN AL-QURAN
3. AL-QUR’AN DIULANGKAJI OLEH RASULULLAH DAN SAHABAT
4. AL-QURAN DIULANG DALAM SOLAT WAJIB
5. AL-QURAN DIULANG DALAM TADARUS AL-QUR’AN
6. AL-QURAN DIHAFAL OLEH MUSLIM DI SELURUH DUNIA
B. PENYINGKIRAN PENULIS YANG TIDAK LAYAK
1. MUHAMMAD
2. SYAITAN
3. AL-KITAB
BAB IX BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL
A. DEFINASI NABI DAN RASUL
B. BERIMAN KEPADA RASUL
C. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN RASUL
D. NABI YANG TERPILIH (ULUL AZMI)
E. NABI MUHAMMAD SEBAGAI NABI TERAKHIR
BAB X SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD
A. MASA KANAK-KANAK
B. MASA BELIA
C. PERISTIWA AGUNG DALAM KEHIDUPAN RASULLAH
1D. MUKJIZAT NABI MUHAMMAD
BAB XI BERIMAN KEPADA AKHIRAT
A. PEMBAHAGIAN ALAM KEHIDUPAN
1. ALAM ROH
2. ALAM RAHIM
3. ALAM DUNIA
4. ALAM BARZAH
5. ALAM AKHIRAT
B. HARI KIAMAT
1. TANDA-TANDA KIAMAT BESAR
2. TANDA-TANDA KIAMAT KECIL
BAB XII BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADHAR
A. KEWAJIPAN BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADHAR
B. HUBUNGAN ANTARA QADHA DAN QADHAR DENGAN USAHA
Borang tempahan seperti di bawah :