Friday, February 21, 2014

PASCA SYAHADAH


Syahadah merupakan perjanjian antara seorang hamba dengan Allah, maka semua dosa yang dilakukan sebelumnya telah dihapuskan oleh Allah. Allah berfirman dalam ayat ini yang bermaksud

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-syuura: 25).

Sebelum menerima islam bermakna orang tersebut telah menzalimi diri sendiri dengan melakukan pelbagai kejahatan. Apabila mengucap syahadah maka orang tersebut telahpun mengakui kesilapan tersebut maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lepas. Maka bermulalah kehidupan baru dimana setiap amalan kebajikan dan keburukan akan mengisi kehidupan baru. Perkara ini diterangkan dalam hadis berikut

Setiap anak yang dilahirkan umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (Dilaporkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Masa selepas itu perlu diisi dengan belajar dan mengamalkan islam secara perlahan-lahan. Apabila kita rujuk pada zaman turunnya al-Quran, 13 tahun pertama ayat alquran turun berkaitan kepercayaan kepada Allah dan belum ada lagi kewajipan untuk mengamalkan solat dan hukum-hukum yang lain. Ini menunjukkan Islam lebih mengutamakan hambanya untuk mengenali Allah dan mempercayainya berbanding amalan lainnya.