Monday, January 31, 2011

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari
raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di
sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi
, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di
rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
. Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja?
Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk
Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan
tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang
Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar!
Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ses
eorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Monday, January 24, 2011

KENAPA LELAKI NON MUSLIM KAHWIN WANITA MUSLIM HARUS MEMELUK ISLAM?

Bukankah sepatutnya wanita harus mengikuti agama lelaki? Jika wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam, sepatutnya wanita Islam harus meninggalkan agamanya dan memeluk agama bakal suami. Bukankah wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki? Bukankan wanita harus mengikuti agama bakal suami? Ataupun kekalkan agama masing-masing seperti perkahwinan campur antara agama selain islam seeprti perkahwinan wanita beragama hindu dengan lelaki beragama Budhism, mereka mengekalkan agama masing-masing dan tetap ahrmoni? Kenapa Islam memaksa lelaki yang berkahwin dengan wanita Islam untuk memeluk Islam?


1. Islam menghalalkan perkahwinan.
Islam menghraman zina dan menghalalkan perkahwinan. Firman Allah :


"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada Adam, dan menciptakan Hawa daripada dirinya. Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai (An-Nisaa' 4:1)


Allah menciptakan setiap ciptaan-Nya berpasang-pasangan supaya mereka mencari pasangannya supaya mendapatkan ketenangan dalam hidup. Firman Allah :


"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang...(Ar-Rum 30;21)


2. Islam melarang muslim berkahwin dengan bukan Islam


Umat Islam harus mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam pelbagai perkara termasuk juga perkahwinan. Jika lelaki bukan Islam ingin berkahwin dengan wanita Islam maka wajib mengikut undang-undang Islam. Islam melarang muslim melarang dengan orang musyrik. Firman Allah :


"Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun dia menarik minatmu. Dan janganlah kamu nikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sebelum mereka beriman. Sungguh hamba sahaya lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hatimu. (Al-Baqarah 2:221)


Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa lelaki dan perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan perempuan dan lelaki musyrik. Musyrik yang dimaksukan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah dengan ciptaan-Nya. Allah menolak amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa memperesekutukan ciptaan dengan Allah, maka sungguh ia telah tersesat jauh. (An-Nisa 4;116)


3. Lelaki islam harus berkahwin dengan perempuan ahli Kitab


Islam memberikan kelonggaran kepada lelaki muslim untuk berkahwin dengan perempuan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani/kristian). Manakala wanita muslim dilarang berkahwin dengan lelaki ahli kitab. Firman Allah :


"....Dan dihalalkan bagi kamu menikahi wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang beriman dan wanita yang emnjaga kehormatan di antara wanita yang diberikan kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar mas kawin untuk menikahinya , bukan untuk berzina dan perempuan simpanan.... (Al-Maidah 5:5)


Ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi-Nya seperti Zabur, Taurat dan Injil. Ahli kitab yang dibenarkan dinikahi oleh lelaki muslim adalah :




  1. Hendaklah perempuan tersebut beriman kepada Allah dan hari akhirat



  2. Hendaklah perempuan tersebut suci maksudnya bukan penzina dan melakukan zina dengan lelaki lain



  3. Bukan daripada kalangan orang yang memerangi umat Islam seperti zionis



  4. Tidak mendatangkan kemudaratan dan tidak mengundang fitnah



  5. Perempuan Ahli kitab tersebut tinggal di negara Islam sehingga suami lebih berpengaruh berbanding isteri sehingga kemungkinan isteri menerima lebih besar berbanding suami meninggalkan islam (Yusuf Qardhawi, Musarah)

Adapun hikmah dibenarkan perkahwinan dengan perempuan ahli kitab adalah:



  1. Ahli kitab beriman kepada kitab yang diturunkan oleh Allah maka terdapat banyak persamaan antara ahli kitab dengan muslim



  2. Suami yang beragama Islam beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada ahli Kitab manakala ahli kitab tidak beriman kepada agam Islam maka perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan islam



  3. Seorang isteri yang hidup bersama seorang muslim yang mengamalkan Islam akan melihat keindahan Islam sehingga minat menjadi muslim



  4. Anak-anak yang dilahirkan akan mengamalkan agama Islam kerana pengaruh suami lebih kuat berbanding isteri.

Antara sahabat Rasulullah yang berkahwin dengan ahli kitab adalah



  1. Osman bin Affan berkahwin dengan Nailah binti AlFarisah beragama kristian dan akhirnya memeluk Islam



  2. Huzaifah Ibn Al-Yaman berkahwin dengan seorang perempuan Yahudi dari Madian, Iraq



  3. Jabir Ibnu Abdullah yang berkahwin dengan wanita yahudi semasa pembukaan Kufah (Wahbab Al-Zuhaily, Al-Fiqh al-islami wa Adillatuh, 7/153)

Sungguhpun perkahwinan campur antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab dibenarkan oleh syarak tetapi amalan ini kurang sesuai diamalkan pada zaman sekarang kerana beberapa perkara :



  1. Umat Islam pada zaman sekarang adalah umat yang lemah sehingga objektif utama dakwah untuk memujuk wanita ahli kitab tidak tercapai



  2. Pada zaman awal Islam, budaya masyarakat pada masa tersebut lelaki menguasai wanita, suami dapat mengamalkan tanggung jawab dengan baik sedangkan pada zaman sekarang perempuan ramai yang berkerjaya sehingga segelintir suami dikuasai oleh isteri.



  3. Ibu mempunyai peranan yang besar dalam mendidik anak sehingga kebanyakan anak-anak tersebut mengamalkan agama ibu berbanding ayahnya.

Kerajaan Malaysia telah menfatwakan bahawa pernikahan antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab yang tidak mengamalkan kandungan kitabnya dengan betul adalah tidak sah (e-fatwa.gov.my/keputusan_view)



4. Islam melarang wanita muslim berkahwin dengan lelaki ahli kitab.

Islam tidak mahu orang-orang islam dikuasi oleh orang bukan islam, kebiasaan wanita lebih lemah berbanding lelaki. Jika wanita Islam dibenarkan berkahwin dengan lelaki bukan Islam maka bukan Islam akan menguasai wanita tersebut. Sedangkan Islam tidak membenarkan muslim dikuasai oleh bukan Islam. Firman Allah :

"Dan Allah tidak sekali-kali memberikan ruang kepada orang-orang kafir untuk menghancurkan umat Islam (An-Nisa 141).