Friday, January 23, 2015

ISLAM UNTUK SEMUA BAHASA CINA


Buku ini untuk melengkapkan buku Tuhan Untuk Semua yang diterbitkan oleh PTS Islamika. Buku ini akan membantu anda untuk membetulkan salah tanggapan orang-orang Islam terhadap Islam. InshaAllah buku ini akan membantu anda untuk memahami apa yang keluarga anda fikirkan tentang Islam.

Sinopsis
Kenapa perlu memeluk Islam sedangkan agama lain juga mengajarkan kebaikan? Bukankah ini bermakna Islam tidak mengiktiraf agama lain? Sehingga orang-orang yang tidak masuk Islam digelar sebagai kafir, sedangkan mereka juga mempunyai agama. Ramai yang mengatakan tidak ada paksaan untuk memeluk Islam tetapi kenapa bukan muslim yang ingin berkahwin dengan muslim perlu memeluk Islam? Bukankah ini satu paksaan?

Seringkali kita mendengar bahawa agama Islam adalah agama yang mudah. Namun persoalannya, mengapa ia mempunyai banyak pantang larang yang menyusahkan manusia? 

Islam telah mengatur hubungan Muslim dengan bukan Muslim tetapi kenapa masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak dapat hidup harmoni? Bahkan kebanyakan masyarakat Muslim tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bukan Muslim, terlampau mementingkan diri sendiri. 

Ada banyak lagi soalan-soalan yang sentiasa bermain diminda bukan Muslim bahkan Muslim sendiri. Buku ini akan menjawab soalan-soalan tersebut dengan menggunakan dalil al-Quran, hadis dan lojik akal dengan menggunakan bahasa yang mudah sehingga mudah difahami oleh pembaca.


Buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Bagi sesiapa yang berminat membaca buku ini atau hadiahkan buku ini kepada keluarga atau kawan-kawan bolehlah tempah dengan saya di talian 019 356 8602. Harga RM16 termasuk poslaju.