Saturday, January 21, 2012

BOLEHKAH ORANG YANG BERGELUMANG DOSA MEMELUK ISLAM?

Apabila seorang non muslim menjumpai anda dan mengatakan ingin memeluk Islam tetapi dia melakukan kejahatan dengan melanggar perintah Allah seperti minum arak, berzina dan lain-lainnya. Maka apa yang sepatutnya kita lakukan?

Mengislamkan orang tersebut terlebih dahulu sungguhpun dia mengatakan tidak dapat meninggal amalan tersebut kerana Allah akan memberikan petunjuk dan mengukuhkan hatinya untuk meninggalkan amalan-amalan tersebut. Firman Allah dalam ayat di bawah ini:


Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan amat jauh dari kebenaran" (Al-Kahfi 18:13-14)

Kita tidak perlu mempertikaikan keikhlasan mereka untuk memeluk Islam sungguhpun mereka tidak dapat meninggal larangan Allah pada permulaan selepas memeluk Islam. pemahaman mereka kepada islam akan meningkatkan kepercayaan mereka kepada islam sehingga Allah akan memberikan petunjuk dan mengukuhkan hati mereka kepada islam sehingga mereka akan meninggalkan amalan tersebut secara perlahan-lahan seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah.

Selepas mereka memahamai islam dan allah memberikan petunjuk kepadanya dan mengukuhkan hati mereka kepada Allah maka apabila diharamkan arak oelh Allah maka mereka membuang arak-arak tersebut dengan menghancurkan tempayan tempat penyimpanan arak tersebut.