1. Sesi suai kenal
2. Asingkan pelajar baru dan lama
Pastikan tidak dicampur antara pelajar yang baru mengikuti kelas dengan yang sudah lama sebab akan menimbulkan kekeliruan bagi pelajar baru dan perasaan bosan bagi pelajar lama. Ini sering berlaku sehingga pelajar baru terpinga-pinga tidak faham apa yang pengajar sampaikan sebab kelas pertama terus yang membatalkan shalat sedangkan shalatpun tak tahu. Ini akan memantutkan semangat muallaf untuk belajar, jadi pastikan pelajar yang baru datang diasingkan dengan pelajar-pelajar lama supaya tercipta keselesaan bagi mereka.
3. Sikap terbuka menerima soalan
Sikap terbuka menerima soalan dan berbincang akan memberi keselesaan kepada muallaf. Jarang suasana kelas seperti ini wujud, proses mengajar hanya berlangsung sehala di mana pengajar memberikan pelajaran tanpa komunikasi dua hala dengan pelajar. Ini akan menciptakan perasaan tidak selesa serta tidak puas hati bagi pelajar. Proses belajar-mengajar dua hala akan menciptakan suasana selesa dan mesra antara pelajar dan pengajar. Ini akan membuat pelajar terbuka dan besterus terang kepada pengajar sehingga pelajar tidak segan untuk berkongsi masalah dengan pengajar bukan setakat proses belajar dan mengajar sahaja. Ini sangat membantu dalam membimbing muallaf sekiranya terciptanya rasa saling percaya antara pelajar dengan pengajar.

4. Menggunakan Bahasa yang Mudah difahami
Dalam mengajar muallaf sebaiknya menggunakan bahasa ibunda mereka ataupun mengunakan bahasa Melayu yang mudah difahami. Sekiranya menggunakan bahasa melayu dan terdapat istilah Arab maka perlu diterangkan dalam bahasa melayu dengan jelas supaya tidak timbul kekeliruan. Kurangkan penggunaan bahasa arab sebab muallaf tidak biasa dengan istilah bahasa arab, gunakan bahasa yang paling mudah untuk difahami.

5. Mengajar mengikut tahap pemahaman pelajar bukan pengajar
Silibus yang diajarkan harus disesuaikan dengan tahap pengetahuan pelajar bukan pengajar. Pemberian materi yang tidak sesuai akan menyebabkan muallaf tidak faham ataupun bosan. Oleh itu sebelum kelas bermula perlunya sesi suai kenal antara muallaf dengan pengajar untuk memudahkan pengajar menyediakan materi yang sesuai. Mustahil kelas akan berjaya kalau tidak ada komunikasi dua hala antara muallaf dengan pengajar. Mungkin kelas dapat diteruskan tetapi matlamat yang diharapkan tidak tercapai seperti ditargetkannya.

6. Berikan hukum mengikut iman yang bertanya.
Sekiranya muallaf bertanya kepada pengajar berkaitan suatu isu maka berikan hukum mengikut iman muallaf bukan mengikut iman pengajar. Maknanya berilah hukum yang paling mudah untuk memberi semangat kepada muallaf untuk mengamalkannya. Ini sesuai dengan sabda Sabda Rasulullah: Sahabat bertanya kepada Rasulullah. Wahai Rasululah apa yang patut aku buat supaya aku masuk syurga? Rasulullah menjawab jaga ibumu. Kemudian sahabat lain datang dan bertanya: Apa yang patut aku buat supaya aku dapat masuk syurga? Nabi menjawab pergi berjihad (Hadith).

7. Fokuskan Tauhid berbanding Fikah
Mengajar muallaf harus banyak fokuskan kepada Tauhid berbanding Fikah. Tauhid akan menguatkan akidah dan iman muallaf sehingga akan memudahkan muallaf dalam mengamalkan Islam. Hukum fikah akan menyebabkan islam nampak susah sehingga menyebabkan muallaf tidak semangat mengamalkan Islam. Sekiranya akidah dan iman sudah kuat maka tidak menjadi masalah untuk mengamalkan perintah tersebut.
8. Sebutan atau Tajwid
Dalam melatih muallaf baik bacaan shalat atau doa-doa lain jangan terlampau fokuskan kepada tajwid atau sebutan bacaan sebab akan menyusahkan mereka. Fokuskan kepada bacaan sahaja bukan sebutannya sebab bukan mudah mereka membaca dengan tajwidnya betul daripada pelbagai latar belakang keluarga. Cuba bayangkan anda tidak biasa menggunakan bahasa mandarin tiba-tiba disuruh baca bahasa mandari dengan intonasi yang betul. Adakah perkara ini mudah bagi anda atau susah? Tentu suah, begitu juga muallaf tidak terbiasa dengan bahasa Arab tidak mungkin mereka boleh membaca dengan betul dalam masa yang cukup singkat.

9. Ciptakan sekitaran yang menyenangkan
Persekitaran yang menyenangkan akan membuat muallaf selesa dalam pembelajaran sehingga muallaf akan semangat untuk mengikuti kelas. Pastikan tempat bebas daripada kebisingan dan bahu yang tidak nyaman, tidak ada orang yang bebas keluar masuk sebab akan mengganggu kelancaran proses belajar dan mengajar.
Thank's Infonya Bray .. !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id
boleh minta tolong jawabkan survey on muallaf x? https://goo.gl/forms/fqlzD1dPWpB3GkBI2 ... tqsm...
ReplyDelete