Monday, January 28, 2013

APAKAH INDONESIA MENGIKTIRAF PERKAHWINAN BEZA AGAMA?


Masyarakat Indonesia merupakan masyarakat yang majemuk, sehingga akan wujud perbezaan budaya dan agama. Oleh itu, kerajaan memberi perhatian kepada hubungan antara umat beragama yang berbeza terutama melibatkan Perkahwinan antara Muslim dengan non-Muslim. Kehidupan dalam masyarakat Majmuk akan membuka peluang untuk berinteraksi dengan bukan muslim. Akan wujud hubungan percintaan antara lelaki muslim dengan perempuan bukan muslim atau sebaliknya. Kebiasaan hubungan tersebut akan dinoktahkan melalui ikatan perkahwinan. 

I. Perkahwinan Muslim dengan Bukan Muslim mengikut Hukum Islam 

1. Islam melarang berkahwin dengan lelaki bukan Muslim Setiap umat beragama wajib mengamalkan undang-undang yang ditetapkan dalam agama tersebut. Muslim juga wajib mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam kehidupan hariannya. Perkahwinan merupakan perkara penting dalam Islam untuk melahirkan generasi yang lebih berjaya. Islam hanya membenarkan Muslim berkahwin dengan Muslim sahaja, oleh itu bukan Muslim yang ingin berkahwin dengan Muslim perlu mengikuti undang-undang Islam. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, 

“Janganlah kamu menikahi perempuan musyrik sehingga mereka beriman. Sungguh, hamba perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun kamu minat kepadanya. Dan janganlah kamu menikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sehingga mereka beriman. Sungguh hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hati kamu...”(al-Baqarah : 221)

Ayat di atas menyatakan bahawa lelaki dan perempuan Muslim tidak boleh berkahwin dengan bukan Muslim. Musyrik yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah SWT dengan ciptaan-Nya. Allah SWT tidak menerima amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Allah SWT tidak mengampuni dosa syirik (menyekutukan Allah SWT dengan ciptaan-Nya) dan Dia mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa menyekutukan Allah SWT dengan ciptaan-Nya sungguh ia telah tersesat jauh. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-Nya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (an-Nisa’ :116) 2.

Lelaki Muslim harus berkahwin dengan perempuan ahli Kitab Islam memberikan kelonggaran kepada lelaki Muslim berkahwin dengan perempuan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani/Kristian). Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, 

 “...Dan dihalalkan bagi kamu menikahi perempuan yang menjaga kehormatan di antara perempuan yang beriman dan perempuan yang diberikan kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar mas kahwin untuk menikahinya, bukan untuk berzina dan perempuan simpanan...” (al-Maidah : 5)

Ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi-nabi-Nya seperti Kitab Zabur, Taurat dan Injil. II. Perkahwinan antara agama menurut undang-undang Indonesia. Perkawinan di Indonesia diatur melalui Undang-undang No 1 Tahun 1974 tentang Perkawinan. Berdasarkan Undang-Undang tersebut perkahwinan dianggap sah apabila perkahwinan dilakukan mengikut hukum agama dan kepercayaan masing-masing. Perkara tersebut dicatat mengikut undang-undangan yang berlaku. Pandangan pakar islam Indonesia berkaitan Perkawinan beza Agama 

a. Prof. Dr. Muhammad Daud Ali 
Beliau merupakan Profesor Fakulti Undang-undang Universiti Indonesia menjelaskan dalam buku beliau yang bertajuk “Perkawinan Antar Pemeluk Agama Yang Berbeda“.Perkawinan antara masyarakat yang berbeza agama adalah bercanggah dengan hukum agama dan Undang-undang Perkawinan yang berlaku di Indonesia. Oleh itu, perkahwinan tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan dan tidak dilindungi oleh kerajaan kerana melakukan perbuatan yang bercangah dengan Pancasila hukum agama Islam yang berlaku di Indonesia. 

b. Prof. HM Rasjidi
beliau merupakan bekas menteri agama Kerajaan Indonesia dalam tulisannya di Harian Abadi edisi 20 Agustus 1973, Undang-Undang Perkawinan pasal 10 ayat 2 menyebutkan “Perbezaan suku, bangsa, negara asal, tempat asal, agama, kepercayaan dan keturunan tidak merupakan penghalang perkawinan.Undang-Undang tersebut ingin mengambil Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pasal 16 yang menyatakan: “Lelaki dan wanita yang sudah dewasa tidak mempunyai had karena suku, kebangsaan dan agama, mempunyai hak yang sama dalam urusan perkawinan dan perceraian.” Berkenaan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pasal 16 tersebut, 

c. Prof Dr. Hamka, 
beliau menyatakan “Orang-orang Islam yang meninggalkan hukum Islam dan bergantung kepada “Hak-hak Asasi Manusia” yang disahkan dalam Muktamar San Francisco oleh orang-orang yang membuat “Hak-hak Asasi” sendiri kerana tidak ada jaminan dalam agama yang dianut dianggap kafir, fasiq, dan zalim. Perkahwinan antara agama masih diamalkan di Indonesia pada masa ini sungguhpun dilarang oleh agama dan undang-undanga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan pengiktirafan oleh kerajaan antara lain, 

1. Berkahwin mengikut agama isteri dan suami iaitu berkahwin mengikut agama lelaki dan perempuan. 

2. Salah seorang akan memeluk agama pasangannya untuk membenarkan perkahwinan sahaja kemudian selepas berkahwin akan kembali kepada agama asal. 

3. Berkahwin di luar negara.

d. Bekas Menteri Agama Quraish Shihab, 
beliau mengatakan supaya perkahwinan tersebut perlu dilakukan mengikut agama masing-masing. Perkahwinan antara suami dan istri perlu berlandaskan persamaan agama dan keyakinan hidup. Namun pada kes perkahwinan antara agama harus ada jaminan daripada agama yang dianut oleh suami dan istri supaya tetap menghormati agama pasangannya. “Tidak boleh ada tindakan yang menghalang menjalankan ibadah sesuai agamanya 

e. Farida Prihatini, 
beliau merupakan pensyarah undang-undang Islam di Universiti Indonesia menyatakan bahwa Majelis Ulama Indonesia melarang perkawinan antara agama yang berbeza termasuk juga penganut bukan Islam tidak boleh berkawin dengan penganut agama yang berbeza. Hanya penganut agama yang tidak taat kepada ajaran agamanya mencari peluang untuk berkahwin dengan pasangan yang berbeza agama. Perkawinan tersebut tidak sah maka perkwinan tersebut tidak diiktiraf maka tidak ada waris dan anaknya mengikut hubungan dengan ibunya. 

Mengikut Farida kerajaan tidak tegas terhadap kes ini sungguhpun Undang-Undang tidak membenarkan perkahwinan antara pasangan yang berbeza agama tetapi Jabatan Pendaftaran Sivil mengiktiraf perkahwinan pasangan yang berbeza agama yang dilakukan di luar negera. Padahal Jabatan Pendaftaran Sivil adalah jabatan kerajaan sepatutnya Jabatan Pendaftaran Sivil hanya menerima pendaftaran yang sesuai dengan hukum Indonesia. “Jika perkahwinan tersebut tidak diiktiraf oleh Kerajaan maka perkahwinan tersebut tidak boleh didafaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Sivil. 

Kesimpulan

Perkahwinan antara pasangan yang berbeza agama tidak diiktiraf oleh kerajaan Indonesia sehingga isteri tidak mempunyai hak atas harta warisan yang ditinggalkan oleh suaminya.