Wednesday, June 17, 2015


Bagi sesiapa yang tinggal di kawasan Bandar Baru Bangi dan ingin memperbaiki bacaan Al-Quran bolehlah daftar segera di AKADEMI ALQURAN DAN BAHASA AL QALAM. 

Pengenalan
AKADEMI ALQURAN DAN BAHASA AL QALAM mengajar Qira’ati dan Alquran disertai Tajwid secara praktikal dengan melatih pelajar supaya lebih aktif dan minat dalam membaca Alquran.

Matlamat
AKADEMI ALQURAN DAN BAHASA AL QALAM ingin melahirkan Muslim yang mahir membaca Al-quran secara bertajwid. 

Sasaran
AKADEMI ALQURAN DAN BAHASA AL QALAM menyasarkan lelaki dan perempuan kepada Dewasa dan kanak-kanak sampai belia.

Tenaga Pengajar.

Ustaz Armiya Bin Muhammad Ali lulusan Sekolah Arab dan Tahfiz Al Manar Kelantan dan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Ustaz Amirul Fadli lulusan Sekolah Arab dan Tahfiz Al Manar Kelantan dan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Kaedah Mengajar
Pelajar dibahagi ke dalam setiap kumpulan maksimum lapan pelajar sahaja.

Masa Belajar
120 minit.

Jadual Belajar
Isnin, Rabu dan Jumat atau Selasa, Kamis dan Sabtu

Masa 
08.00-10.00 pagi dan 12.00-01.00 dan 03.00- 05.00-06.00 Petang  

Yuran
RM150.  

Maklumat lanjut boleh hubungi Faisal Abdurrahman di talian 019 356 8602 atau Ustaz Armiya

Tuesday, May 5, 2015

MEMOHON TAJAAN BUKU UNTUK TUJUAN DAKWAH .

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Al Qalam adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti dakwah kepada bukan Muslim dan muallaf. Kami telah beroperasi hampir sepuluh tahun dengan menjalankan aktiviti wakaf buku, kelas pengajaran percuma kepada muallaf dan ziarah muallaf secara berkala. Al Qalam juga membantu muallaf memahami Islam melalui kumpulan facebook tertutup yang telahpun mencecah hampir 3000 ahli. (Rujuk FB group SOAL JAWAB ISU MUALLAF).

Al Qalam ingin memohon kepada pihak tuan untuk menaja buku bertajuk “Islam Untuk Semua” yang telah ditulis dalam Bahasa Cina. Al Qalam telah mendapat maklum balas positif daripada para pembaca buku tersebut yang terdiri dari kalangan muallaf dan bukan Muslim. Sehingga ke hari ini, buku tersebut telah banyak menyampaikan mesej dakwah kepada bukan Muslim dan muallaf. Namun begitu, kami mempunyai kekangan kewangan untuk mengagihkan buku tersebut kepada golongan sasaran.

Untuk makluman pihak tuan, kami berhasrat mengedarkan buku tersebut melalui Pertubuhan Skuad Mubaligh Negeri Sembilan, Hidayah Centre Pusat, Hidayah Centre Kuching, Hidayah Centre Bintulu, Masjid Negeri Kuching, Masjid Cina Tasik Ipoh, Masjid Cina Melaka, Masjid Cina Titi Papan Penang, Komplek Saadah Negeri Sembilan, Masjid Putra, Masjid Negara, Masjid Kristal dan Masjid Jamek serta Islamic Information Centre Kuching. 

Terdapat lebih 6 juta penduduk di Malaysia terdiri daripada kaum cina dan sebahagian besar dari mereka tidak mendapat pendedahan tentang kemurnian Islam. Kandungan buku “Islam untuk Semua” sangat mudah difahami dan amat bersesuaian dijadikan sebagai bahan bacaan bukan Muslim. Usaha ini juga diharap dapat menyelesaikan salah faham bukan Muslim terhadap Islam termasuk menjelaskan isu al-Quran percuma yang telah menjadi polemik di kalangan bukan Muslim di Malaysia. Selain itu, pengunjung Masjid Putra, Masjid Negara, Masjid Jamek dan juga Masjid Cina di Ipoh, Melaka serta Penang terdiri daripada majoriti pelancong dari Cina. Setiap tahun, jumlah pelancong juga semakin bertambah dan secara tidak langsung membuka peluang dakwah yang lebih luas.

Kami mensasarkan sebanyak 1000 naskah buku dengan harga senaskah RM10 dapat diagihkan kepada pelbagai pertubuhan dakwah tersebut. Pihak kami sedang berusaha mencari penaja yang sudi berwakaf mengikut kemampuan masing-masing.

Setiap sumbangan yang dihulurkan pasti mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Menjadi penyebab hidayah kepada seseorang adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya (maksud hadis). Sumbangan untuk wakaf buku dalam bentuk wang tunai atau cek boleh dimasukkan ke akaun CIMB Islamik 8602219438 atas nama AL QALAM ENTERPERISE. Pihak tuan boleh menghubungi Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602 atau Asmah Alias di talian 013-2275245 untuk maklumat lanjut.


Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja untuk perhatian dan semakan pihak tuan. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan.

Friday, January 23, 2015

ISLAM UNTUK SEMUA BAHASA CINA


Buku ini untuk melengkapkan buku Tuhan Untuk Semua yang diterbitkan oleh PTS Islamika. Buku ini akan membantu anda untuk membetulkan salah tanggapan orang-orang Islam terhadap Islam. InshaAllah buku ini akan membantu anda untuk memahami apa yang keluarga anda fikirkan tentang Islam.

Sinopsis
Kenapa perlu memeluk Islam sedangkan agama lain juga mengajarkan kebaikan? Bukankah ini bermakna Islam tidak mengiktiraf agama lain? Sehingga orang-orang yang tidak masuk Islam digelar sebagai kafir, sedangkan mereka juga mempunyai agama. Ramai yang mengatakan tidak ada paksaan untuk memeluk Islam tetapi kenapa bukan muslim yang ingin berkahwin dengan muslim perlu memeluk Islam? Bukankah ini satu paksaan?

Seringkali kita mendengar bahawa agama Islam adalah agama yang mudah. Namun persoalannya, mengapa ia mempunyai banyak pantang larang yang menyusahkan manusia? 

Islam telah mengatur hubungan Muslim dengan bukan Muslim tetapi kenapa masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak dapat hidup harmoni? Bahkan kebanyakan masyarakat Muslim tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bukan Muslim, terlampau mementingkan diri sendiri. 

Ada banyak lagi soalan-soalan yang sentiasa bermain diminda bukan Muslim bahkan Muslim sendiri. Buku ini akan menjawab soalan-soalan tersebut dengan menggunakan dalil al-Quran, hadis dan lojik akal dengan menggunakan bahasa yang mudah sehingga mudah difahami oleh pembaca.


Buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Bagi sesiapa yang berminat membaca buku ini atau hadiahkan buku ini kepada keluarga atau kawan-kawan bolehlah tempah dengan saya di talian 019 356 8602. Harga RM16 termasuk poslaju.