Thursday, June 9, 2011

SALAHKAN ORANG MASUK ISLAM KERANA BERKAHWIN DENGAN MUSLIM?

Sebahagian saudara muslim memeluk Islam kerana percintaan dengan muslim sehingga memeluk Islam untuk memudahkan mereka berkahwin. Pergaulan antara bukan Islam dengan muslim di alam persekolahan dan pekerjaan telah melahirkan perasaan cinta dan kasih sayang di antara mereka. Undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkahwinan antara lelaki atau perempuan muslim dengan lelaki atau perempuan bukan Islam. Oleh itu, bukan Islam wajib memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan muslim baik secara terpaksa ataupun secara sukarela.

Sebelum memeluk Islam digalakkan untuk mempelajari Islam dengan manghadiri kelas-kelas yang disediakan oleh Pertubuhan bukan Kerajaan untuk orang-orang mahu belajar Islam. Pasangan daripada kalangan muslim yang memahami Islam dengan baik akan menyokong bakal pasangan untuk belajar Islam sebelum memeluk Islam sehingga mereka faham Islam. Kebiasaannya mereka tidak merasa dipaksa untuk memeluk Islam selepas memahami Islam dengan baik.

Sebahagian daripada mereka merasa dipaksa memeluk Islam kerana perkahwinan tersebut terlebih lagi apabila pasangan Islam tidak mengajak mereka mempelajari Islam sebelum berkahwin. Oleh itu, ramai saudara muslim yang memeluk Islam kerana berkahwin tidak belajar dan mengamalkan Islam. Saudara Muslim kumpulan ini sangat berpotensi untuk kembali kepada agama asal apabila mempunyai masalah selepas berkahwin dan berlaku perceraian.

Sebahagian muslim memandang rendah Saudara Muslim yang memeluk Islam kerana berkahwinan. Sepatutnya muslim mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan kerana memeluk Islam melalui perkahwinan tersebut. Muslim harus memanfaatkan keIslaman tersebut dengan membimbing mereka supaya menjadi muslim yang baik. Orang yang memeluk Islam kerana perkahwinan jika dibimbing dengan baik akan menjadi muslim yang baik. RTerdapat pendakwah bebas di Malaysia daripada mereka yang memeluk Islam kerana perkahwinan.

Pada zaman Rasulullah Islam juga disebarkan melalui perkahwinan dengan kalangan bukan Islam. Bahkan pendakwah-pendakwah yang menyebarkan Islam ke nusantara juga menggunakan perkahwinan untuk memudahkan menyampaikan Islam kepada rakyat tempatan. Yang menjadi isu bukan masuk Islam kerana perkahwinan tetapi setakat mana penggunaan peluang tersbut untuk membimbing mereka untuk mengenali dan mengamalkan Islam.

19 comments:

  1. senjata terbaik mengislamkan org kafir ialah melalui perkahwinan. 95% adalah melalui cara ini dan 4% menjadi islam kerana hak keistimewaan.

    ReplyDelete
  2. dalam erti kata lain,sorang mualaf masuk islam bukan kerana islam itu indah tetapi kerana terpaksa..dan ini juga jawapan kenapa islam meningkat lebih tinggi di seluruh dunia dalam peningkatan memeluk agama..disebabkan tuhan agama selain islam tidak memaksa umatnya untuk memeluk agama mereka...dalam erti kata lain,tuhan agama lain bertolak ansur dengan umatnya,tidak memaksa.

    ReplyDelete
  3. Kalau ikutkan lebih ramai non-muslim yg kahwin dengan muslim xnak convert tapi apakan daya undang malaysia, kat turki, UK, US dan negara eropah x mewajibkan untuk memeluk agama islam jika salah seorang pasangan beragama islam..

    ReplyDelete
  4. salam tuan puan.. sy ingin meminta pendapat tuan puan. bagi masalah sy sekarang pasangan sy hendak memeluk islam kerana salah satunya hendak berkahwin.. apa yg patut sy lakukan kerana family pasangan sy mmg semua bukan islam.sy berfikir untuk pergi ke pejabat agama yg terdekat untuk mengislamkan dye.. soalan sy adekah sy ke pejabat agame prosedur yg ditetapkan akan menggangu tempoh yg sy rancangkan?? berapa lama mase yg diperlukan untuk selesaikan pengislaman beliau.. sy terbace satu blog pejabat agama menahan nikah sebelum habis kelas2 fardu ain yg ditetapkan.. harap tuan puan bole menolong sebab sy dh buntu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tanya perkim. sebelum ni saya pergi masjid negeri shah alam ada pejabat perkim, jumpa ustaz abdul ghani. InsyaAllah beliau boleh bantu.
      PERKIM BAHAGIAN NEGERI SELANGOR
      D/A MASJID SULTAN ABDUL AZIZ SHAH
      PERSIARAN MASJID 40000 SHAH ALAM
      SELANGOR DARUL EHSAN
      Tel: 03-55121450 Fax : 03-55121420
      email: perkimselangor2009@yahoo.com

      Delete
  5. Salam tuan/puan..sy nak kongsi masalah sy,sy dah masuk islam sbb nak kahwin dgn pasangan sy(pasangan sy agama islam)sebelum sy masuk islam,dia janji akan kahwin dgn sy bila sy dah masuk islam,tapi bila sy dah masuk islam,dia dah hilangkan diri,dia langsung lost contact dgn sy...jadi sy nak pindah agama ke agama asal(kristian),,sy mnta pendapat dari smua,mcm mna sy nk balik lg ke agama sy...sbb selama sy masuk agama islam,sy tak ada dapat pelanjaran apa2 pasal agama islam nie,dan sy tak dapat kad apa2 sperti yg di mksukan bila masuk islam...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya, zakat selangor ada menyediakan kelas percuma untuk muallaf. boleh rujuk laman web, atau mungkin boleh contact mana2 perkim. hari tu, ustaz di perkim ada maklumkan banyak kad2 akuan masuk islam yang tidak dituntut/ambil.
      semoga Allah sentiasa membantu saudari/saudara.

      Delete
  6. Hi....kawan Saya Ada masalah....dia bukan Islam ....sekarang dia sedang pregant...lelaki dia seorang islam...masing masing ingin berkawin...boleh Saya tahu Cara nak settlekan ini dengan Cara baik....

    ReplyDelete
  7. boleh saya tanya.. bakal suami saya hendak masuk islam.. boleh saya minta pendapat bagaimana untuk menguruskn pengislaman beliau?

    ReplyDelete
  8. Saya ingin memaluk agama islam sbb ingin dgn pasangan saya.tpi bila saya btanya ingin minta tunjuk ajar kpada bakal isteri saya di kata tidak dpt membantu kerana di masih cetik agama islam...ingin tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... Anda terasa nak belajar... Susah nak dapat seorg yg ikhlas masuk islam.. Nak tau pasal agama.. Semoga ALLAH, bantu sahabat... Aamiin

      Delete
  9. Saya seorang muallaf, dah dekat 3bulan, tapi isteri saya lagi Di agama asal.kami ada 3 anak. Sekarang I nak khawin seorang perempuan hindu Muslim,. Bagai mana I nak khawin, setakat keluarga I tak tahu I dah memeluk agama Islam.

    ReplyDelete
  10. Macam sya kenal die cara die degan agama die india sekali sya lihat..bila dh kawin jnji die nk megajar sya hilang entah ke mne..last sya d cerai kn..sampai sekarang sya tk th nk buat apa..masuk islam d abaikn sedih..klo kerajaan bg peluang sya nk tukar ic sya nme asl kristin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih dahulu maaf atas kekurangan diri saya....bagi pendapat saya walaupon awak diceraikan tanpa diajar oleh suami tentang agam islam....saya nak awak lihat kehadapan dan move on itu adalah ujian yang allah beri ....rugi kalau awak keluar balik dr agama islam ...jangan lihat pada satu sudut sebaliknyer kita cari peluang yang ade...dalam ig ,facebook yang boleh membantu kita...jangan pernah rasa diri kita diabaikan...ramai ustaz dan ustazah boleh bantu.....semoga allah merahmatimu...

      Delete
  11. Sahabat pena saya wanita umur 34 Filipina Kristian ingin memeluk Islam. Saya hendak mengahwini dia d P Pinang Malaysia. Kini dia d Filipina tak boleh ke Malaysia krana MCO Covid19. Saya dah ajar dia tentang cara hidup islam spt cara menyuci diri benda halal haram dan dia sudi bertudung. Dia miskin tidak bekerja. BOLEHKAH MENGISLAMKAN KAN DIA SECARA JARAK JAUH ? Saya nak kirim dia duit utk flight tak boleh sebab MCO kerajaan Malaysia Pos Malaysia dan bank tak benarkan walaupun guna WesternUnion. Maka harini 11/4/2020 saya telah poskan tunai Rm50 saja sebagai cubaan.

    ReplyDelete
  12. Ya betul islam tidak memaksa org bukan islam utk memeluk islam ttpi apa bezanya mewajibkan org bukan islam utk memeluk islam apabila ingin berkahwin. Kerana bagi sy, itu sma sahaja memaksa secara beragenda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tidak memaksa dan bukan ade agenda..sebaliknyer kita dekat kan pasangan kita dengan ajaran islam ajar dia kenal kan dia basic...kalau pasangan kita lari kita kene move on...rasulullah mengajar apabila seorang yang bukan beragama islam mengucap lailahaillahaillallah kita hendaklah sambutnyer dengan baik walaupon dalam keadaan dia mengucap itu terpaksa...kita tidak boleh menghukum dia....(kisah usyamah)hakikatnya diri kita yang islam juga ramai yang tidak mengerti sepenuhnya tentang islam...hakikatnyer ramai yang ragu jadi sebab ape kita perlu mengatakan kahwin itu dengan pasangan yang bukan islam itu adelah memaksa secara agenda ...sebaliknyer kita semua perlu mendalami lebih dekat lagi tentang islam dan memahami apa maksud islam yang sebenar.maaf diatas kekurangan

      Delete
  13. sedih bila baca pasangan yang dah berkahwin kena cerai lepastu tak di ajar pulak agama islam, sebelum kahwin cakap nak ajar tapi bila dah masuk kena tinggal pulak Allahu , semoga Allah meringankan beban kamu semua

    ReplyDelete
  14. only me a kpop fans who really wanna married my bias.. but i was muslin

    ReplyDelete