Friday, June 10, 2011

BOLEHKAH MEMELUK ISLAM BAGI UMUR DI BAWAH 18 TAHUN?

Bagi seseorang yang minat kepada Islam dan berumur 18 tahun ke bawah menghadapi cabaran undang-undang yang cukup kuat. Ahli keluarganya boleh menuntut orang yang melakukan pengislaman di mahkamah untuk kembali kepada agama asal kerana perkara tersebut termaktub dalam undang-undang (Perlembagaan Persekutuan) tukar agama di Malaysia. Perkara 12 (3) menyebutkan :

“Tidak sesiapapun boleh menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa atau mengambil dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama lain selain agama asal ibu bapanya.”

Perkara 12 (4) menyebutkan dengan jelas tentang larangan perpindahan agama bagi yang berumur 18 tahun ke bawah:

“Bagi maksud fasal (3) agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.”

Implikasi kedua perkara tersebut adalah sangat buruk bagi saudara muslim yang memeluk Islam semasa berumur 18 tahun ke bawah kerana tidak ada pertubuhan kerajaan atau individu yang berani menjaga kebajikan mereka kerana ahli keluarga boleh menuntut mereka di mahkamah kerana melanggar perlembagaan Persekutuan perkara di atas. Ibu bapa atau penjaga mempunyai hak memaksa saudara muslim tersebut untuk kembali kepada agama asal tanpa ada perlindungan undang-undang terhadap mereka untuk mengekalkan agama mereka.

Oleh itu muslim boleh mengislamkan mereka tanpa perlu mendaftarkan pengislaman buat seketika sehingga umur mencapai 18 tahun. Oleh itu saudara muslim tersebut harus merahsiakan pengislaman daripada keluarga, mereka boleh mengamalkan islam secara senyap-senyap jika tidak menimbulkan kecurigaan keluarga.

2 comments:

  1. sy ada adik yg masih d bwh umur 18 tahun yg nk peluk islam.. insyaAllah sy akan cuba islamkan adik tapi soalan sy, blh x adik mengucap kalimah syahadah pd sy dan seorng adik sy yg juga tlah pluk islam sje? perlu brapa org saksi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebetulnya kalau dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya, beliau telahpun muslim saksi keislaamn beliau adalah orang yang mengetahui bahawa beliau beriman ekpada Allah dan rasul termasuk anda dan adik anda yang lain. Sebagai rakyat Malaysia yang baik kita perlu mengikuti undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan, apabila beliau telah umur mencapai umur 18 tahun bawalah beliau ke jabatan agama atau Pertubuhan Islam terdekat untuk pendafataran keislaman beliau. Kalau perlukan maklumat lengkap boleh hubungi saya di talian 019-6915279

      Delete