Friday, June 17, 2011

KENAPA MUSLIM TIDAK MENGAMALKAN VEGETARIAN?


Ramai bukan Islam terutama beragama Budha dan Hindu mengamalkan vegetarian menganggap Islam adalah agama yang kejam kerana tidak mengamalkan vegetarian. Mereka menganggap vegetarian lebih baik daripada makan haiwan baik kesihatan ataupun penjagaan alam semesta. Mengikut kajian penyumbang utama pencemaran udara dan alam semesta adalah pertenakan. Oleh itu, amalan vegetarian memberikan banyak kelebihan berbanding makan haiwan.

Islam adalah agama universal yang sesuai diamalkan di merata dunia baik di kutub utara ataupun selatanb. Islam tidak mewajibkan seseorang untuk menjadi vegetarian tetapi Islam tidak pernah menghalang sesiapa yang mahu mengamalkan vegetarian. Sekiranya seorang vegetarian memeluk Islam boleh mengekalkan menjadi vegetarian asalkan jangan mengharamkan makan haiwan sebab Allah telah menghalalkannya.

Adapun kelebihan mengamalkan pemakanan haiwan dan tumbuhan adalah :


1. Sayuran tidak dapat menghasilkan semua zat pemakanan yang diperlukan tubuh yang dihasilkan oleh haiwan misalnya terdapat asid amino yang hanya dihasilkan oleh haiwan.


2. Sekiranya mengamalkan vegetarian maka macamna dengan orang yang tinggal di kawasan kutub utara yang tidak tumbuh sayuran, Apa pilihan yang terbaik? Islam memberikan penyelesaian untuk makan haiwan


3. mengikut penemuan sains moden, tumbuhan juga mempunyai nyawa jadi apabila kita mengamalkan vegetarian maknya lebih banyak nyawa yang dikorbakan untuk seorang manakala seekor haiwan boleh mencukupi beberapa orang.

4 comments:

  1. sekiranya memang tiada pilihan untuk makan bersama keluarga mencari restoran hidangan makanan cina.. maka Vegetarian masih salah satu pilihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau ada makanan cina muslim lebih bagus kalau takde maka Vegetarian adalah yang terbaik jangan paksa keluarga anda makan di ekdai yang mereka tidak biasa sehingga mereka tidak selesa sehingga mereka akan berfikir islam adalah agama yang susah

      Delete
  2. Rasulullah tidak makan dhab bukan bererti dhab itu haram. Begitu juga Rasulullah tidak makan bawang putih segar bukan bererti bawang putih haram. Begitu juga amalan vegetarian bukan bererti kita mengikut Hindu, Buddha atau orang kafir. Hati- hati dalam penulisan jika kurang fakta tentang pemakanan sihat.

    ReplyDelete
  3. Hindu buddha x semestinya vegetarian.

    ReplyDelete