Friday, June 3, 2011

PERSEDIAAN SEBELUM MEMELUK ISLAM

Apabila seseorang minat Islam dan telah membuat keputusan memeluk Islam maka perlu mempersiapkan beberapa perkara :

1. Persiapan Mental
Peringkat pertama, Sebelum memeluk Islam saudara muslim perlu mempersiapkan mental dalam menghadapi cabaran daripada keluarga dan kawan-kawan bukan Islam dan juga muslim sejak lahir. Sebelum memaklumkan pengislaman kepada keluarga maka saudara muslim perlu memberikan isyarat secara perlahan-lahan kepada keluarga bahawa telah memeluk Islam baik melalui perbuatan atau perkataan. Saudara muslim boleh menerangkan tentang Islam secara perlahan-lahan apabila terdapat isu Islam ditayangkan di televisi atau surat kabar. Saudara muslim perlu membetulkan tanggapan negatif keluarga bukan Islam terhadap Islam secara perlahan-lahan tanpa memihak kepada Islam hanya memberikan penerangan secara lojik akal.

Peringkat Kedua, Media massa yang menyampaikan perkara negatif tentang islam telah mempengaruhi minda mereka sehingga sebahagian mereka sangat anti kepada Islam. Apabila peringkat pertama telah selesai maka saudara muslim perlu melalui peringkat kedua iaitu menunjukkan perubahan akhlak yang lebih baik berbanding sebelumnya. Tunjukkan akhlak positif yang belum pernah diamalkan sebelumnya seperti lebih kerap melawat ibu bapa di kampung dan memberikan saguhati kepada mereka serta layan mereka dengan baik.

Peringkat ketiga, Saudara muslim berpura-pura tanya kepada ibu bapa apakah respon mereka jika anak-anaknya memeluk Islam? Jika mereka memberikan respon yang negatif maka ambil masa yang agak lama untuk memaklumkan pengislaman kepada ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan respon positif maka tunggu masa yang sesuai untuk memaklumkan pengislaman kepada mereka.

Peringkat terakhir, Saudara muslim sudah bersedia apabila keluarga tidak dapat menerima pengislaman baik secara emosi mahupun fizikal. Kebiasaan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain tidak dapat menerima berita pengislaman tersebut dengan tenang. Saudara muslim harus memberikan masa kepada mereka untuk dapat menerima pengislaman tersebut. Jangan paksa mereka menerima pengislaman tersebut dalam masa yang singkat. Saudara muslim sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menerima dirinya sebagai seorang muslim maka keluarga memerlukan masa yang lebih lama berbanding saudara muslim menerima diri sendiri sebagai muslim.


Kebiasaan saudara muslim mengabaikan perkara ini, mereka mengharapkan keluarga dapat menerima pengislaman dirinya serta merta sedangkan diri sendiri juga memerlukan masa yang agak lama untuk menerima dirinya sebagai seorang muslim. Sekiranya saudara muslim memerlukan masa setahun untuk menerima dirinya sebagai seorang muslim dan mengamalkan islam maka ibu bapa memerlukan masa yang lebih lama mungkin dua tahun ataupun empat tahun.


Persiapan mental saudara muslim sebelum memeluk Islam juga dapat dilakukan dengan bertukar pandangan dengan saudara muslim yang telah memeluk Islam. Lebih baik lagi sekiranya saudara muslim dapat menjumpai saudara muslim dan tinggal bersama mereka supaya dapat melihat secara nyata kehidupan seorang saudara muslim. Mereka akan faham cabaran seorang saudara muslim dalam menghadapi keluarga, kawan bukan Islam dan juga masyarakat Islam. Perkara ini sangat membantu seseorang yang akan memeluk Islam dalam pembinaan mental dalam menghadapi cabaran selepas memeluk Islam kelak.



2. Persiapan pengetahuan tentang Islam
Belajar Asas Islam

Sebelum mengucap syahadah seeloknya menghadiri kelas-kelas asas agama Islam yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan. Kelas asas tersebut sangat berguna kepada mereka apabila bergelar saudara muslim kelak supaya saudara muslim tidak terjadi kejutan budaya daripada budaya lama kepada budaya atau agama Islam.

Persiapan syahadah

Sebelum mengucap syahadah secara rasmi seeloknya mereka belajar lafaz syahadah dengan muslim yang dapat mengajarkannya. Perkara ini akan memudahkan proses syahadah secara rasmi, kerana syahadah dalam bahasa Arab yang asing bagi bukan Islam. Mereka perlu menghafal lafaz tersebut sampai lancar dan mengulangi di hadapan kawannya supaya tidak gemetar semasa mengucap syahadah.


Pada masa yang sama, sekiranya mereka ingin menukar nama ke dalam bahasa Arab maka persiapkan nama tersebut awal-awal supaya tidak terkejut apabila imam menanyakan nama Arab atau nama islamnya. Sungguhpun penukaran nama merupakan pilihan kepada saudara muslim tetapi kadang kala imam atau ustaz akan menanyakan perkara tersebut. Elok juga menjumpai saudara muslim yang pengalaman dalam urusan syahadah untuk memudahkan membuat persiapan rapi sebelum syahadah.

3. Persiapan kewangan

Sebelum memaklumkan pengislaman kepada ibubapa maka saudara muslim harus memastikan keadaan kewangan yang stabil sehingga apabila ibubapa menghentikan peruntukan kepada mereka maka tidak kebuluran. Oleh itu saudara muslim yang memeluk Islam semasa masih belajar seeloknya menyembunyikan pengislaman sehingga bekerja tetap dan mempunyai kewangan yang stabil.

8 comments:

  1. Maaf..nk tanya saya nk masuk Islam dgn anak perempuan saya masih umur 9 thn,suami saya warga negara sy org Indonesia kawin sini..boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Saya Ada isteri Dan anak, kalau Saya masuk Islam.Perlukah Saya ceraikan isteri yg beragama hindu.

    ReplyDelete
  3. Sy berniat lama nk msauk islam.. Tp sy xtaw bagaimana caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke pejabat Agama Islam yang berhampiran... Inshaallah Masaalah dapatbahgia diselesaikan

      Delete
  4. maaf saya seorang kristian dari kecil dan berniat untuk masuk islam , semua iniadlah atas kehendak saya sendiri dimana sya telah menonton beberapa video yang menyatakan kitab injil juga ada menyebut akan kedtangan seorang roh kebenaran, oleh itu banyak perkara yang telah saya lakukan untuk mencari kebenaran melalui kitab injil perjanjian lama dan baru . di sini saya sedikit faham bahawa inilah hidup yang kekaliaitu mengenal dia satu2 nya Allah yang benar dan mengenal yesus kristus yang telah engkau utus yohanes 17:3 , selain itu cara yesus beribadah sama seperti seorang muslim , Matius 4:17 dan banyak lagi semua kebenaran mengenai Kedatangan roh kebenaran iaitu Nabi Muhammad juga ada disebutkan dalam kitab injil gospel yohanes 16:7 dan banyak lagi , Soalan saya disini Bagaimanakah saya boleh menjadi seorang muslim tanpa menyakitkan hati ibubapa dan orang yang saya sayang , adkah dengan Niat melafaz kan dua kalimah syahadah secara sendiri sah sy seorang muslim atau perlu saksi drpd seorang muslim , bantu Lah saya ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dgn jabatan agama islam dlm daerah cik.. sy pun muallaf juga drpd christian

      Delete
  5. sekiranya saya memeluk islam. adakah anak saya juga wajib memeluk islam walaupun dtentang kluarga?

    ReplyDelete
  6. I want to know if a person want to convert into Islam in Malaysia,is it compulsory to renounce our mother tongue ( language of our birth ) if not why Muslim converts in Malaysia are shunned when they speak their mother tongue

    ReplyDelete