Monday, May 30, 2011

KENAPA ISLAM TERLAMPAU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI?

Apabila seseorang memeluk Islam maka kelaurga asal akan kehilangan hak untuk mendapatkan harta pusaka. Sungguhpun amalan tersebut cukup meninda ahli keluarga bukan Islam ditambah lagi perebutan jenazah saudara muslim oleh Jabatan Agama Islam. Kenapa Jabatan Agama Islam tidak memberikan peluang langsung kepada ahli keluarganya untuk sempurnakan jenazah tersebut?


Isu ini pernah hangat beberapa kali di Malaysia, isu ini sering timbul ke atas jenazah saudara muslim yang tidak memaklumkan pengislaman kepada keluarga demi keselamatan. Kebiasaan apabila saudara muslim tersebut meninggal maka Jabatan Agama Islam akan menjemput manyat di Hospital untuk diuruskan secara Islam. keluarga bukan Islam tidak membenarkan jenazah tersebut diuruskan secara Islam kerana mereka menganggap jenazah adalah beragama asal dan tidak memeluk Islam.


Perebutan jenazah tersebut akan menyebabkan jenazah terbengkalai sehingga Jabatan Agama islam terpaksa membawa dokumen pengislaman saudara muslim tersebut. Jabatan agama perlu menangani isu ini dengan baik sehingga akan memuaskan kedua belah pihak. Jabatan agama perlu menerangkan secara berhikmah kepada keluarga yang ditinggalkan kerana melibatkan banyak perkara seperti perkahwinan, harta pusaka dan sebagainya.


Dalam menangani isu perebutan jenazah antara Muslim dengan Non Muslim perlu difahami beberapa perkara :


Pertama, Jenazah seorang Muslim hendaklah diuruskan secara Islam yang meliputi pemandian, kafan, solat dan penguburan


Kedua, Hak Muslim terhadap Muslim semasa hidup dan selepas kematiannya. Rasulullah saw bersabda :


"Bagi Muslim ke atas Muslim yang lain empat perkara iaitu mendoakannya dengan lafaz "Yarhamukallah" (Allah merahmati kamu) ketika bersin, memenuhi jemputannya, menghadiri jenazahnya apabila dia mati dan menziarahinya semasa sakit. (Ibnu Majah, 2:1434).


Hadis di atas menerangkan tentang hak seorang muslim yang perlu ditunaikan semasa masih. Orang sakit mempunyai hak untuk diziarahi oleh muslim yang lain, rasulullah bersabda :


"Apabila seseorang yang sakit di kalangan kamu menginginkan sesuatu, maka tunaikanlah" (Ibnu Majah, 2;1439).


Manakala orang yang nazak perlu ditunaikan haknya seperti sabda Rasulullah :


"Talqinkan orang yang hampir mati dengan jalimah Tauhid." (Ibnu Majah, 2;1444)


Jika muslim telah menunaikan hak saudara muslim semasa hidup maka tidak akan berlaku perebutan mayat oleh keluarga bukan Islam. Amalan-amalan tersebut telah menunjukkan kepada keluarga bukan Islam bahawa jenazah adalah seorang muslim.

Ketiga, Iman seseorang adalah tersembunyi maksudnya antara dia dengan Allah semata-mata. Kita wajib serahkan kepada Allah semata-mata, jika secara zahir jenazah tersebut beragama Islam semasa hidup maka tuntutlah jenazah untuk diuruskan secara Islam. Rasulullah saw bersabda :


"Segerakan menguruskan jenazah. Jika jenazah tersebut seorang yang soleh, kebaikan yang kamu berikan kepadanya. Jika jenazah tersebut sebaliknya, kejahatan yang kamu lepaskan daripada leher-leher kamu." (Ibn Majah, 2;1477).


Sekiranya perebutan jenazah akan mendatangkan mudarat yang lebih besar dan kehilangan peluang dakwah kepada ahli keluarga yang ditinggalkan maka Muslim tidak perlu menuntut mayat tersebut mencukupi sekadar shalat jenazah secara ghaib seperti dilakukan oleh Rasulullah terhadap Raja Habsyah bernama Al-Najasyi. Apabila berita kewafatan raja tersebut Rasulullah bersabda :


"Sesungguhnya saudara kamu al-Najasyi sudah meninggal dunia, maka shalatlah ke atasnya." (Muslim, kitab al-Janaiz, 953).


Rasulullah tidak menuntut mayat Raja al-Najasyi sungguhpun beliau wafat pada Tahun ke sembilan Hijriah dimana masa tersebut umat Islam berada pada kemunjak kejayaan di bawah pimpinan Rasulullah. Keimanan al-Najasyi sudah memadai, walau bagaimanapun jenazah diuruskan keimanan beliau tetap diterima oleh Allah. Rasulullah tidak menuntut mayat beliau kerana peluang dakwah sangat besar, jika Rasulullah menuntut mayat raja tersebut kemungkinan besar rakyatnya akan menolak Islam awal2 lagi.


Oleh itu dalam mengambil setiap keputusan harus dipertimbangkan kesan daripada amalan tersebut terhadap keluarga yang ditinggalkan. Disebabkan tolak angsur Muslim mungkin akan memberikan hidayah kepada keluarga atau bukan islam yang menyaksikan peristiwa tersebut.


Yang paling utama adalah keimanan seseorang yang diaplikasikan dalam tindakan melalui syahadah bukan pengurusan jenazah. Syahadah atau keimanan merupakan perkara yang termasuk dalam tauhid manakala pengurusan jenazah adalah perkara fikah. Sayangnya amalan di Malaysia lebih menekankan kepada perkara fikah berbanding tauhid.

No comments:

Post a Comment