Ramai yang mengatakan bekas yang digunakan untuk memasak babi adalah wajib disamak. Ini merujuk kepada pandangan ulama Nusantara yang bernama Muhd Arshad Al-Banjari:
Apabila mulut dan air liur anjing bernajis, padahal mulutnya adalah sebaik-baik bahagian daripada haiwan, maka bahagian badannya, tahinya dan kencingnya lebih najis.
Beliau mengatakan sekiranya air liur anjing adalah najis maka bahagian lain lebih najis sebab mulut adalah bahagian paling suci daripada bahagian lain. Merujuk penemuan saintifik bahawa mulut atau air liur adalah bahagian paling banyak mengandungi bakteria berbanding bahagian lain. Sehingga apabila seseorang menghidap penyakit influenza atau selesema maka dilarang untuk bersin ke arah orang lain kerana virus cepat menyebar melalui mulut atau air liur. Jadi kurang tepat kalau diumpamakan mulut lebih suci daripada bahagian tubuh babi dan anjing.
Dalam ayat yang lain beliau berkata bahawa:
Barang yang terkena najis berat (Najasah mughallazah) tidak suci kecuali dibasuh dengan enam kali air biasa dan sekali air tanah yang suci.
Dalam ayat di atas Al-Banjari telah mengumpamakan babi dengan anjing tetapi ini bercanggah dengan Hadith di bawah ini:
Hadith di atas menunjukkan tidak diwajibkan untuk menyamak bahagian yang disentuh oleh anjing bahkan kencing sekalipun tidak dibasuh oleh para sahabat apatah lagi disamak. Dalam Hadis yang lain Rasulullah menerangkan perkara ini:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya negeri kami ialah negeri ahli kitab, mereka makan daging babi dan minum arak, maka apa yang perlu kami buat dengan bekas dan periuk mereka? Rasulullah menjawab: "Jika kamu tidak ada bekas lain, maka hendaklah kamu bersihkan dengan air, kemudian kamu gunakan untuk makan dan minum kamu" (At-Tirmizi 1797 dan Ahmad 4;193).
Hadis di atas menunjukkan bahawa bekas yang digunakan untuk memasak daging babi tidak perlu disamak hanya memadai dengan membasuh menggunakan air biasa. Tetapi amalan yang lazim di Malaysia adalah samak setiap bekas yang disentuh atau memasak babi, bahkan lebih dasyat lagi apabila ada muslim di Malaysia yang menyamak rumah yang pernah diduduki oleh bukan muslim disebabkan orang bukan muslim tersebut makan babi atau makanan haram lainnya.
Bagi muslim yang sejak lahir dalam keluarga Islam saya galakkan untuk samak setiap bekas yang digunakan untuk masak babi atau disentuh anjing tetapi saya tidak galakkan amalan ini untuk ditekankan kepada orang yang baru masuk Islam kerana iterdapat perbezaan pandangan dalam isu ini. Pilih yang lebih sesuai dan mudah untuk muallaf. Padahal kalau kita merujuk kepada Al-Qur'an dan Hadith, daging babi hanya haram untuk dimakan dan tidak wajib untuk disamak bekas yang digunakan untuk memasak babi atau haiwan haram lainnya. Sila rujuk ayat di bawah tentang pengharaman babi :
Katakanlah: "Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menghendakinya dan tidak pula melampui, maka Allah maha pengampun lagi maha penyayang (Al-An'am 6;145).
Mangikut ayat di atas daging babi haram dimakan tetapi tidak mewajibkan samak bekas yang digunakan untuk memasaknya. Bahkan mengikut pandangan ulama bulu babi boleh digunakan sebagai benang. Sedangkan yang wajib disamak adalah apabila bekas dijilat oleh anjing, ini berdasarkan hadits yang dilaporkan oleh Abu Hurairah:
Daripada hadith di atas samak hanya berlaku apabila bekas dijilat oleh anjing sahaja sedangkan bekas yang digunakan untuk masak babi tidak diterangkan. Maka mengikut pandangan ulama bekas yang digunakan untuk memasak babi mencukupi sekadar membasuh menggunakan sabun biasa sahaja tanpa perlu samak. Sila rujuk ayat di bawah:
Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu, Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu waktu melepasnya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya" (Al-Maidah 5;4).
Mengikut ayat di atas haiwan yang digigit oleh anjing yang dipelihara dan dilatih boleh dimakan, ini menunjukkan bahawa ada keringanan dari segi hukum terhadap air liur anjing yang bersih dan dijaga kebersihannya. Kendatipun demikian kita mengambil hukum bahawa air liur anjing tetap perlu disamak tetapi bekas memasak daging babi tidak perlu disamak hanya perlu dibasuh tetapi hukum memakan daging babi tetap haram.
No comments:
Post a Comment