Sambungan...
Secara umum orang beranggapan bahawa agama dianuti dan diamalkan secara membuta tuli (Blind faith) dan agama dianggap bercanggah dengan sains moden kerana agama diterima secara membuta tuli tanpa perlu bukti sedangkan sains moden berdasarkan pada kajian dan bukti. Sehingga agama dan sains bercanggah, sesiapa yang mengikuti sains moden akan mencapai kejayaan sedangkan sesiapa yang mengikuti dan mengamalkan agama akan mundur.
Merujuk tamadun, kedatangan Islam telah mengangkat maruah bangsa Arab dan membawa kejayaan kepada Bangsa Arab di Mekah dan Medinah yang sebelumnya dianggap sebagai bangsa yang tidak bertamadun. Selepas meenerima Islam bangsa Arab telah mencapai kejayaan sehingga berjaya memimpin 2/3 dunia pada masa tersebut. Manakala negara sekular/orientalist yang mengutamakan sains semata-mata dan meninggalkan agama telah berjaya mencapai kejayaan teknologi tetapi telah menyebabkan maruah manusia berada pada tahap yang paling rendah sehingga perempuan hanya dijadikan simbul seks semata-mata. Gejala sosial berlaku secara melampau di merata tempat, kejayaan teknologi yang dicapai tidak dapat menghalang jenayah yang melampau.
Negara-negara tersebut kelihatan maju secara fizikal tetapi sistem kekeluargaan telah runtuh, gejala sosial berleluasa dan jenayah cukup tinggi. Amerika Syarikat adalah negara maju, tetapi purata kes rogol yang direkodkan cukup tinggi iaitu 30 saat adalah satu kes, berapa ramai ibu tunggal yang terpaksa bekerja syif siang dan malam semata-mata untuk menyara anak-anak mereka yang tidak mempunyai ayah? Kejayaan teknologi telah menyebabkan pihak lemah ditindas oleh pihak yang berkuasa.
Sains Moden membuktikan bahawa Allah wujud
Analogi
Sebuah balon kalau ditiup akan mengembang dan kalau dikeluarkan angin akan mengecut semula sehingga ke tahap yang paling kecil. Maka sama juga dengan alam kalau kembali ke asal hanya wujud satu titik kecil sahaja. Maka adakah titik kecil tersebut terbentuk dengan sendirinya?Titik tersebut bukan jadi dengan sendirinya tetapi ada yang menciptakan. Ini menunjukkan kejadian alam bukan secara kebetulan sebab alam adalah kejadian yang rumit sehingga perlu dicipta bukan tercipta sendirinya. Kalau dicipta maka ada pencipta, siapakah pencipta? Jawapan adalah Allah.
ISLAM DAN SAINS MODEN
Islam sangat menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan, kejayaan yang dimaksudkan dalam Islam bukan hanya kejayaan dalam material semata-mata tetapi juga kejayaan pribadi dengan akhlak mulia. Bukti Islam menggalakkan kejayaan umatnya adalah setiap hari ada lima kali panggilan untuk mencapai kejayaan. Setiap kali shalat lima waktu akan dimulakan dengan bacaan “Hayyalalfalah iaitu mari menuju kejayaan”, kejayaan akan tercapai melalui pengusaan ilmu baik ilmu agama mahupun ilmu sains.
Merujuk tamadun, Islam telah melahirkan pakar-pakar sains hebat yang telah menyumbang kepada perkembangan sains moden, sedangkan pada masa itu Eropah dan Barat berada dalam fasa kegelapan kerana ketergantungan kepada agama oleh itu mereka meninggalkan agama untuk mencapai kejeyaan. Pada masa tersebut agama di Barat dan Eropah melarang pengikutnya untuk belajar sains kerana takut mereka tinggalkan agama sebab percanggahan dengan sains.
Merujuk tamadun, Islam telah melahirkan pakar-pakar sains hebat yang telah menyumbang kepada perkembangan sains moden, sedangkan pada masa itu Eropah dan Barat berada dalam fasa kegelapan kerana ketergantungan kepada agama oleh itu mereka meninggalkan agama untuk mencapai kejeyaan. Pada masa tersebut agama di Barat dan Eropah melarang pengikutnya untuk belajar sains kerana takut mereka tinggalkan agama sebab percanggahan dengan sains.
Adakah Islam dan sains moden serasi?
Islam telah menyumbang terhadap perkembangan sains moden hari ini. Ini dibuktikan dengan lahirnya pakar Sains yang beragama Islam yang telah menyumbang terhadap perkembangan sains moden seperti Al-Khawarizmi/Algorism [750-850], Avicenna [981-1037], Geber (738-813], Ibn Khaldun [1332], Averosa [1128-1198] dan Albucasisi [936-1013]. Berlandaskan teori-teori yang mereka temukan kemudian dikembangkan sehingga tercapai sains moden hari ini, tanpa mereka mungkin sains hari ini tidak sampai ke tahap kemuncak seperti hari ini.
Sumbangan Islam terhadap sain moden
1. Astronomi dan Geologi
a. Big Bang
Teori big bang menerangkan tentang kejadian bumi yang bermula dengan letupan dasyat yang menghasilakn demu tebal sehingga akhirnya terbentuk bumi. Teori tersebut baru ditemukan pada abad ke 20 sedangkan Islam telah menerangkan dalam Al-Qur'an tentang kejadian alam ini sejak 1400 tahun yang lepas. Firman Allah:
Ayat di atas menerangkan bahawa terjadi suatu letupan kuat sebelum terbentuk dunia seperti dilaporkan dalam Teori Big Bang. Pada zaman tersebut belum ada teknologi secanggih teknologi moden seperti sekarang tetapi Islam telah menerangkannya. Ini membuktikan Al-Qur’an bukan tulisan Muhammad tetapi firman daripada Allah.
b. Permulaan alam dipenuhi asap tebal
Selepas berlaku letupan kuat maka alam dipenuhi oleh asap tebal, tindak balas yang berlaku akhirnya membentuk alam. Firman Allah:
Selepas berlaku letupan kuat maka alam dipenuhi oleh asap tebal, tindak balas yang berlaku akhirnya membentuk alam. Firman Allah:
Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".(Al-Fushsilat 41;11).
Ayat di atas menerangkan permulaan kejadian bumi adalah melalui gumpalan asap tebal dan ini bersesuai dengan teori kejadian bumi mengikut sain moden. Sebelum alam wujud terdapat asap tebal yang memenuhi ruang angkasa lepas. Kemudian asap tersebut berubah menjadi alam semesta.
c. Alam semesta berkembang pesat
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya (Az-Zhariyaat 51;47).
Ayat meluaskannya bermaksud adalah bumi ini sentiasa berkembang pesat mengikut perputaran masa. Mengikut ramalan sains bahawa suatu masa apabila alam semesta telah mencapai had maksimum maka akan meletup. Ini bersesuaian dengan ayat di bawah ini:
Hari kiamat, apakah hari kiamat itu? tahukah kamu apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, dan gunung-gunung seperti bulu-bulu yang dihamburkan (Al-Qari'ah 101;1-5)
Pada hari tersebut akan berlaku letupan semula sehingga bumi gunung ganang dan bumi beserta kandungan akan dimuntahkan dan bertebaran. Kehancuran pada hari tersebut terlampau dasyat sehingga ibu yang sedang menyusukan anaknya akan melepaskan anaknya tanpa disedari untuk menyelamatkan diri masing-masing.
d. Bentuk bumi
Sebelum sains moden berkembang, pakar sains mengatakan bahawa bumi berbentu datar sehingga pelaut masa tersebut tidak berani pergi jauh takut sampai ke penghujung bumi dan jatuh ke dalam curam. Sains moden telah menemukan bahawa bumi adalah berbentuk bulat oval. Firman Allah:
Dia menjadikan malam melingkari siang dan mejadikan siang melingakrari malam (Az-Zumar 39;5).
Dia menjadikan malam melingkari siang dan mejadikan siang melingakrari malam (Az-Zumar 39;5).
Ayat ini menunjukkan bumi berbentuk bulat, bulat yang dimaksudkan di sini bukan bulat sempurna tetapi bulat seperti telur burung unta. Telur unta mempunyai bentuk tidak sama seperti telur-telur lain, telur burung lain antara pangkal dan hujungnya mempunyai saiz yang berbeza tetapi telur burung unta mempunyai saiz pangkal dan hujung yang sama dan di tengah besar, ini bersesuaian dengan penemuan sains moden yang mengatakan bahawa bumi berbentuk bulat oval.
Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya (An-Naziyaat 79;30)
e. Gunung ganang sebagai pasak
Gunung ganang merupakan pasak yang akan menstabilkan bumi ini, oleh sebab itu apabila hutan yang terdapat di dalam gunung ganang dirosak maka alam semesta tidak akan stabil sehingga berlaku gempa bumi dan bencana alam lainnya. Firman Allah:
Oleh itu lestarikan hutan dan jangan rosakkan gunung ganang untuk anak cucu kita sebagai penerus kehidupan di dunia ini.
f. Orbit Matahari dan Bulan
f. Orbit Matahari dan Bulan
sebelum penemuan sains moden, manusia beranggapan bahawa bumi mengelingin matahari. penemuan sains moden telah membuktina bahawa bulan dan matahari beredar pada orbit masing-masing. Firman Allah:
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya (Yaasin 36;40)
g. Matahari berputar pada paksinya
Matahari akan beredar pada paksinya, firman Allah:
Matahari akan beredar pada paksinya, firman Allah:
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya (Al-Anbiyaa 21;33)
2. Fizik (Atom)
Tidak tersembunyi daripada-Nya seberat zarrah pun yang ada di langit dan bumi serta tidak ada pula yang lebih kecil dan lebih besar daripada itu, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata (Lohmahfuz)",(As-Saba' 34;3)
Atom dalam bahasa Al-Qur'an disebut sebagai zarrah, maka tidak ada sesuatupun yang terdapat di bumi atau langit yang etrlepas daripada pantauan Allah.
3. Botani dan Perubatan
3. Botani dan Perubatan
Sains moden menerangkan bahawa terciptanya makhluk baru dengan adanya percampuran sel jantan (sperma) dan sel betina (ovum). Ini menunjukkan dengan adanya pasangan maka akan lahirlah organisma baru, ini sesuai dengan penjelasan dalam Al-Qur’an tentang pasangan:
Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang (Ar-Ra'd 13;3)
Allah menjadikan semua organisma berpasang-pasangan, oleh itu tidak akan wujud mikroorganisma baru tanpa adanya persenyawaan sel jantan dan sel betina.
Allah menjadikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Allah menciptakan pelbagai herba yang mengandungi kasiat ubat, begitupun Allah menciptakan haiwan-haiwan untuk dijadikan sumber penyembuh bagi manusia. Madu lebah mempunyai kasiat yang baik untuk kesihatan manusia, madu mengandungi gula ringkas yang tinggi sehingga mudah diserap oleh tubuh manusia. Madu telah banyak diolah menjadi produk kesihatan dan juga perisa bagi makanan dan minuman. Sila rujuk ayat di bawah tentang keistimewaan manu:
Allah menjadikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Allah menciptakan pelbagai herba yang mengandungi kasiat ubat, begitupun Allah menciptakan haiwan-haiwan untuk dijadikan sumber penyembuh bagi manusia. Madu lebah mempunyai kasiat yang baik untuk kesihatan manusia, madu mengandungi gula ringkas yang tinggi sehingga mudah diserap oleh tubuh manusia. Madu telah banyak diolah menjadi produk kesihatan dan juga perisa bagi makanan dan minuman. Sila rujuk ayat di bawah tentang keistimewaan manu:
Daripada perut lebah keluar madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia (An-Nahl 16;69)
Sains moden telah membuktikan bahawa madu mempunyai khasiat yang cukup baik untuk kesihatan sekiranya diambil secara berterusan dalam kadar yang sesuai.
4. Embriologi
4. Embriologi
Sains moden telah menemukan tahap-tahap perkembangan bayi secara terperinci. Seorang profesor dari Thailand telah membuat kajian tentang tahap perkembangan bayi dalam kandungan selama 17 tahun. Pada suatu hari seorang pelajar beliau telah menunjukkan fasa-fasa perkembangan bayi di dalam kandungan ibu dalam ayat Al-Qur’an. Beliau telah mendapati apa yang diterangkan dalam Al-Qur'an selari dengan hasil kajain beliau sehingga akhirnya beliau masuk Islam kerana kebenaran Al-Qur'an. Tidak mungkin Rasulullah dapat mengetahui tahap-tahap perkembangan bayi dalam kandungan ibu pada 1400 tahun yang lepas dengan ketiadaan teknologi canggi. Firman Allah:
Kemudian Kami jadikan air mani yang disimpan dalam rahim. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik (Al-Mukminun 23;13-14).
Di ayat yang lain, Allah juga menjelaskan tentang penciptaan manusia.
Ketahuilah sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi (Al-Hajj 22;5).
Ilmu embrio moden mengiktiraf penjelasan Al-Qur’an tentang kejadian manusia paling detail, sungguhpun sains masa itu belum dapat memahaminya.
Ilmu embrio moden mengiktiraf penjelasan Al-Qur’an tentang kejadian manusia paling detail, sungguhpun sains masa itu belum dapat memahaminya.
Jantina Bayi
Pada zaman dahulu apabila sebuah keluarga menginginkan anak lelaki tetapi lahir anak perempuan maka yang disalahkan adalah ibunya. Penemuan sain moden membuktikan jantina bayi dipengaruhi oleh kromosom yang dibawa oleh sperma daripada bapa. Ovarium yang dihasilkan oleh ibu hanya membawa kromosom xx dan bapa membawa kromosom xx atau xy. Sekiranya sperma yang dipancarkan oleh bapa membawa kromosom xy maka bayi yang dilahirkan adalah lelaki dan sekiranya kromosom yang dipancarkan oleh bapa adalah xx maka bayi yang dilahirkan adalah perempuan. Jadi yang mempengaruhi jantina bayi bukan salah ibu yang mengandung tetapi salah bapa yang memancarkan maksudnya sel telur daripada ibu tidak mempengaruhi jantina bayi tetapi air mani yang dipancarkan oleh bapa yang akan menentukan jantina bayi. Islam telah membela perempuan yang selama ini disalahkan apabila mendapatkan anak perempuan. Dalam Islam tidak ada beza anak lelaki ataupun perempuan selagi mereka taat kepada Allah kerana Islam tidak membeza-bezakan jantina.
Bahwasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan, dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita (An-Najm 53;44-45).
No comments:
Post a Comment