Ramai yang menuduh kalau orang masuk Islam di Asia Tenggara dianggap masuk Melayu begitupun di negara Barat ataupun Eropah apabila masuk Islam dianggap sebagai masuk Arab. Anggapan masuk Islam masuk melayu adalah salah kerana bangsa lain selain Melayu banyak juga yang beragama Islam bahkan lebih awal terima Islam berbanding Melayu. Mengikut ahli sejarah Islam diramalkan sampai ke Nusantara pertama kali ke Pasai, Aceh dibawa oleh pedagang dari Arab, ada juga yang mengatakan dari Cina atupun India. Sampai sekarang masih terdapat perbezaan pendapat tentang kedatangan Islam ke Nusantara.
Mengikut catatan sejarah, Islam lebih dulu sampai ke Cina berbanding ke Nusantara, sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah, Nabi Muhammad telah mengutus Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uththan dan abu Qais bin al-Harist untuk menyebarkan Islam ke China. Mengikut catatan sejarah Dinasti Tang pada tahun 618 M Islam telah sampai ke Cina pada awal abad ke tujuh. Hasil usaha dakwah tersebut berjaya melahirkan 136 juta muslim di Cina, 7 kali ganda lebih ramai daripada Rakyat Malaysia. Islam majoriti tersebar di Xinjiang, Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan yang etrdiri daripada suku etnik Hui, Uyghur, Kazak, Tatar, Salar Dongxiang, Tajik, Uzbek dan Bao'an serta suku Han. Suku-suku etnik ini tinggal di kawsan barat laut Cina dan mempunyai hubungan pertalian darah dengan orang Arab, Turki, Afganistan, Uzbeskistan, Tibet, Mongolia dan Indo Eropah.
Mengikut catatan Dinasti Tang, hubungan diplomatik telah terjalin antara pemerintahan Cina dengan Pemerintahan Khalifah Islam iaitu Usman bin Affan. Catatan sejarah tersebut juga menyebutkan bahawa ramai peniaga dari Madinah, Annam, dan Kemboja sampai ke Cina yang dibuktikan dengan tiga orang yang sampai dari Madinah melakukan shalat di dalam Masjid. Mereka tidak minum arak, tidak makan babi dan menyembelih haiwan sebelum dimakan. Mereka menetap di Canton dengan ciri-ciri khas mereka adalah berniaga dan taat kepada pemimpin.
Kemudian mereka hidup di bawah pemerintahan Dinasti Song dan mendirikan masjid di Guang Zhou (Selatan Cina). Masjid yang tertua dan masih digunakan di Cina adalah masjid Nujie yang dibina pada tahun 996 Masehi. Muslim di sana menjadi orang-orang penting semasa pemerintahan Kublai Khan pada 1924 dan menubuhkan pemenrintahan Dinasti Ming pada tahun 1368M. Salah seorang utusan Dinasti Ming yang cukup terkenal adalah Laksamana Cheng Ho atau Zheng He dan nama islam yang terkenal adalah Ma Sanbao.
Umat Islam mendapat layanan baik daripada pemerintah Cina khasnya Dinasti Yuan dan Ming. Umat Islam mendapatkan kemakmuran dan kedudukan sosial yang tinggi semasa pemerintahan Mongol mentadbir Cina. Ramai umat Islam yang dilantik menjadi pentadbir dan pegawai kerajaan. Hubungan baik antara umat Islam dengan pemerintah Mongol dibuktikan oleh catatan sejarah oleh Marco Polo semasa berada di negara Cina antara tahun 1275-1292 di mana kawasan yang didiami umat Islam seperti Yunnan mengalami perkembangan yang cukup pesat. Selepas kejatuhan pemerintahan Mongol digantikan oleh Dinasti Ming, Dinasti Ming merupakan zaman emas dan kegemilangan umat Islam di Cina. Dinasti Ming juga menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Maharaja Hung-wu menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam India iaitu raja Syah Rukh Bahadur.
Seorang pengembara Arab, Syed Ali Akbar melawat Beijing pada akhir abad ke 15 melaporkan terdapat 30 ribu keluarga muslim menetap di China. Mereka bebas bergerak dan disenangi oleh raja sehingga tidak dipungut cukai. Muslim hidup damai bersama masyarakat cina yang lain dan juga dihormati oleh pemerintah dan rakyat biasa. Bahkan pemerintah Ming membiayai pembinaan 100 masjid di Cina pada masa tersebut. Agama Islam boleh disebarkan dengan bebas sedangkan perkembangan agama lain disekat. Keadaan ini mula berubah apabila Cina diambil alih oleh Dinasti Ching, muslim yang mendapat layanan istimewa dari Dinasti Ming ditindas oleh Dinasti Ching dengan peraturan yang tidak adil.
Sungguhpun demikian terdapat beberapa maharaja Dinasti Ching yang berlembut dengan muslim seperti Yun chen yang mengeluarkan deklarasi diraja pada tahun 1731 iaitu muslim di'iktiraf sebagai rakyat Cina dan agama islam tidak boleh diganggu gugat serta pakaian, bahasa arab dan tempat ibadat muslim dianggap sebagai adat resam yang perlu dihormati. Kemudian pada tahun 1763 semasa pemerintahan Kien Lung dianugerahkan tanah kepada dua orang Islam untuk membina rumah dan masjdi kerana membantu Dinasti Ching menumpaskan pemberontakan di Kasygar dan pemberontakan di Timur Laut.
Layanan baik yang diberikan kepada umat Islam menyebabkan perasaan cemburu pihak lain sehingga mereka telah menfitnah bahawa muslim membantu pemberontakan sehingga pemerintahan Dinasti Ching menindas muslim kembali. Penindasan tersebut telah menyebabkan umat Islam menentang kerajaan dan melarikan diri ke asia tenggara seperti ke Tanah Melayu, Patani, Kemboja dan Pulau Jawa. Kedatangan mereka bukan semata-mata untuk memulakan hidup baru tetapi juga menyampaikan Islam kepada penduduk tempatan. Sebetulnya apabila bangsa China masuk Islam bukan berarti masuk agama baru tetapi kembali kepada agama nenek moyang mereka yang telah membawa islam ke Nusantara. Wahai bangsa China di Malaysia dan Nusantara marilah bersama-sama dalam Islam untuk memajukan negara Malaysia. Amiiin.

No comments:
Post a Comment