Tuesday, December 14, 2010

KELAS TAMBAHAN 2: SHALAT BAGI ORANG YANG BEPERGIAN (MUSAFIR)

Musafir adalah orang yang bepergian dengan tujuan untuk kebaikan. Daripada Abu Hurairah Rasulullah bersabda: 

Tidak seorangpun keluar daripada rumah kecuali dipintunya ada dua panji, salah satu berada di tangan malaikat dan lainnya di tangan syaitan. Jika ia keluar untuk perkara yang diridahi oleh Allah, maka ia kan diiringkan oleh malaikat dengan panjinya, Ia akan dibawah naungan malaikat sehingga ia kembali ke rumahnya. Sebaliknya jika ia keluar untuk perkara yang dimurkai oleh Allah, maka ia akan dinaungi oleh syaitan bersama panjinya. Ia akan sentiasa dibawah panjinya, sampai ia kembali ke rumahnya (Ahmad dan Thabrani).
Bagi orang yang bermusafir diberi keringanan untuk menggabungkan shalat zuhur dan ashar, begitu juga magrib boleh digabungkan dengan shalat Isya disebut juga Shalat Jamak. Manakala shalat Shubuh tidak boleh dijamak kerana Rasulullah tidak pernah menjamak shalat Shubuh. Ini sesuai dengan Hadis  daripada Abu Thufail Amir Bin Wailah, bahawa Muaz bin Jabal menceritakan kepadanya:

"Bahawa mereka keluar bersama Rasulullah saw. pada masa perang Tabuk. Rasulullah saw. menjamak shalat Zuhur dan Ashar, dan antara shalat Maghrib dan Isyak."

Ibnu Abbas melaporkan bahawa Nabi saw shalat di Madinah tujuh dan lapan rakaat iaitu shalat Zuhur dan Ashar dilakukan pada waktu yang sama.

Selain menggabungkan shalat pada satu waktu, musafir juga dibenarkan untuk meringkaskan shalat daripada empat rakaat menajadi dua rakaat yang disebut sebagai Qashar. Hanya shalat Zuhur, Ashar dan Isya sahaja boleh diringkaskan. Terdapat perbezaan pandangan ulama tentang jarak yang dikatakan musafir dan boleh jamak shalat dan Qashar shalat, ada ulama yang mengatakan 96 batu tetapi ada juga ulama yang mengatakan apabila keluar daripada kawasan tempat tinggal sudah dikira musafir dan boleh jamak shalat.

Usamah Bin Zaid melaporkan pada suatu masa Rasulullah saw berangkat dari Arafah untuk melakukan satu perjalanan, semasa beliau sampai di suatu bukit, beliau turun dan kencing di situ. Kemudian beliau berwudhuk secara ringkas. Saya bertanya kepada beliau, "Apakah kita akan shalat ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab nanti di perhentian hadapan. Rasulullah menaiki kendaraan semula. Selepas sampai di Muzdalifah, beliau turun dan berwudhuk semula dengan sempurna. Kemuadian shabat Qamat untuk shalat Maghrib. Semua merehatkan untanya di tempat tersebut. Tidak lama selepas itu sahabat Qamat untuk shalat Isyak dan terus shalat Isyak. Nabi tidak shalat sunat antara Maghrib dan Isyak.

Daripada Hadis di atas Rasulullah tidak menetapkan satu jarak khas untuk boleh Jamak shalat dan Qashar Shalat. Selain jarak perjalanan, jumlah hari dikira bermusafirpun terdapat perbezaan pandangan ulama. sebahagian ulama mengatakan musafir hanya boleh menjamak dan Qashar shalat selama tiga hari sahaja tetapi ada juga ulama yang mengatakan selama belum kembali ke tempat menetap dianggap sebagai musafir. Rasulullah bersabda:

Ibnu Abbas berkata: "Nabi saw. pernah menetap selama sembilan belas hari dan beliau Mengqashar shalatnya".

Dalam Hadis yang lain Anas melaporkan: "Kami pergi bersama Rasulullah dari Madinah ke Mekah. Beliau shalat dua rakaat sehingga kami kembali ke Madinah. Kemudian orang bertanya kepada Anas, berapa hari engkau menetap di Mekkah? Jawabnya Kami tinggal di Mekkah sepuluh hari"

Daripada hadis di atas menunjukkan bahawa rasulullah mengqashar shalat selama tinggal di Mekah tanpa had masa sehingga beliau kembali ke Madinah. Bagi muallaf dibolehkan mengambil hukum apabila keluar daripada kampung dianggap musafir dan boleh mengjamak dan qashar shalat untuk memudahkan bagi muallaf. begitu juga bilangan hari untuk jamak dan qashar selama belum kembali ke kampung tempat menetap.

No comments:

Post a Comment