Wednesday, December 15, 2010

KELAS 10. MUKJIZAT AL-QUR'AN

AL-QUR’AN ADALAH FIRMAN ALLAH
Al-Qur’an adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibrail untuk dijadikan sebagai panduan manusia dalam mentadbir dunia ini. Islam yang menggunakan Al-Qur’an sebagai sumber rujukan hukum utama sangat mementingkan tentang ketulenan Al-Qur’an. Ramai yang menuduh bahawa Al-Qur’an bukan berasal daripada Allah, Al-Qur’an sendiri telah membuktikan bahawa Al-Qur’an berasal daripada Allah seperti tersebut dalam ayat di bayah ini:
Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan Al-Qur'an kepadamu dengan lengkap? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka mengetahui bahwa Al-Qur'an diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. Telah sempurnalah Al-Qur'an, sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah ayat-ayat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Al-An'am 6;114-115)

Ayat di atas menunjukkan pengakuan daripada Allah bahawa Al-Qur'an adalah wahyu Allah yang diturunkan melalui Malaikat Jibrail. Cuba rujuk mana-mana kitab agama lain yang terdapat pengakuan daripada Allah bahawa kitab tersebut diturunkan oleh Allah? Bagi Muslim kesahihan Al-Qur’an sangat penting kerana kepercayaan kepada Al-Qur’an merupakan salah satu rukun iman dalam Islam. Muslim dapat membuktikan bahawa Al-Qur’an yang ada sekarang sama dengan Al-Qur’an yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad 1400 tahun lepas. Tidak ada tokok tambah kandungan dalam Al-Qur'an seperti kitab-kitab lain sungguhpun zaman berubah kerana Allah selari dengan perkembangan sain moden. Bahkan dalam menterjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa lain pun cukup berhati-hati supaya tidak membawa perubahan makna daripada yang assl sekiranya terdapat kekeliruan maka rujuk kepada Al-Qur'an sebagai rujukan utama.

Kebanyakan orang percaya kepada agama secara butatuli (blind faith), mereka tidak membuat kajian terhadap agama dan hanya ikut apa yang diajarkan oleh tokoh agama mereka tanpa mengkaji sama ada kata-kata itu daripada kitab atau pandangan peribadi tokoh tersebut. adakah umat islam harus terima dan beriman kepada setiap kata-kata ustaz tanpa mengkaji? Muslim tidak boleh percaya sesuatu perkara tanpa bukti yang sahih sebab Islam adalah agama fakta yang perlu dibuktikan secara saintifik bukan iman membuta tuli.

1. PEMBUKTIAN AL-QUR'AN MASIH TULEN
1. Sejarah
Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad pada 612-635 CE, dalam bahasa Arab, dalam masa 23 tahun melalui Malaikat Jibrael. Ayat yang diturunkan kadang kala ayat pendek dan kadang kala satu surah panjang, setiap kali Nabi Muhammad terima wahyu daripada Allah maka akan segera disampaikan kepada para pengikutnya 100% sama seperti yang diterima daripada Allah melalui Jibrail.

Kemudian Sahabat Nabi Muhammad akan mencatat dan menghafal setiap wahyu tersebut, antara sahabat Rasulullah yang mencatat wahyu adalah Zaid ibn Tsabit, Ubay ibn Kalb, Mu’adh ibn Jabal dan Abu Zaid. Wahyu tersebut ditulis pada kulit kayu, kulit haiwan dan tulang haiwan, setiap kali mereka tulis akan terus disemak oleh Rasulullah supaya tidak terjadi kesilapan dan sekiranya berlaku kesilapan dalam catatan, beliau akan terus memperbaikinya pada masa itu juga, sehingga tidak ada peluang untuk berlaku kesilapan terhadap wahyu yang ditulis dan disimpan. Jadi dengan cara ini dapat dipastikan bahawa ayat yang ditulis adalah sama dengan ayat yang diturunkan kepada beliau, dengan cara ini tidak ada peluang untuk berlaku kesilapan seperti ayat tertinggal atau terlebih tulis.

Selain mencatat, sahabat Rasulullah juga menghafal wahyu tersebut, dan mereka mengulanginya setiap kali solat 5 waktu. Setiap rakaat dibaca surah Al-Fatihah, 2 rakaat yang pertama dibaca surah-surah pendek secara rawak, solat Mahgrib, Isyak dan Subuh imam akan membacakan ayat Al-Qur'an dengan suara nyaring, sekiranya berlaku kesilapan maka jemaah akan terus menegurnya, dengan cara ini sesiapa yg salah hafal samada imam atau makmum boleh ditegur dengan segera, secara umum semua jamaah shalat tahu bacaan yang betul sungguhpun bukan hafaz Al-Qur'an.

Selain itu, setiap bulan puasa (Ramadan) setiap tahun disunatkan melaksanakan shalat Terawih secara berjamaah di surau atau masjdi. Surau atau Masjid akan melantik penghafal Al-Qur’an sebagai imam shalat tarawih dan setiap malam akan dibaca satu juzuk sehingga menghabiskan 30 juzuk Al-Qur'an (Al-Qur'an penuh) selama bulan Ramadhan. Amalan ini telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang. Selepas shalat tarawih digalakkan untuk membaca Al-Qur'an secara bersama-sama, sekiranya terdapat kesilapan dalam membacanya maka akan terus ditegur dan dibetulkan.

Sampai sekarang berjuta muslim menghafal Al-Qur'an secara penuh (30 juzuk), bahkan terdapat budak-budak umur 5 tahun atau 7 tahun yang sudah menghafal keselurahan Al-Qur'an seperti di Iran dan Pakistan serta negara Islam lainnya, bahkan juga negara Malaysia. Setiap bulan Ramadhan, Rasulullah akan membaca semula Al-Qur'an yang telah diwahyukan di hadapan malaikat Jibrael dan Malaikat Jibrail akan menyimaknya supaya tidak terdapat ayat yang tercecer. Sahabat Rasulullah juga akan membaca di hadapan Rasulullah supaya disemak sendiri oleh beliau.

Selepas Rasulullah wafat, terjadi peperangan dan ramai penghafal Al-Qur'an yang syahid dalam medan perang. Oleh itu usman bin Affan telah menyarankan Abu Bakar supaya mengumpulkan dan membukukan Al-Qur'an tersebut. Pada mulanya Abu Bakar menolak cadangan tersebut kerena amalan tersebut tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah pada zaman beliau masih hidup. Akhirnya Abu Bakar menerima cadangan tersebut kerana semakin hari semakin ramai penghafal Al-Qur'an yang syahid sehingga dikuatirkan Al-Qur'an akan hilang begitu sahaja. Maka Abu bakar telah mengumpulkan semua penghafal dan manuskrip Al-Qur'an.
Kemudian dikumpulkan di bawah seliaan Zaid bin Tasbit dan disemak semula oleh penghafal Al-Qur'an serta disesuaikan dengan manuskrip yang terdapat pada batu, kayu, kulit dan tulang haiwan. Al-Qur'an yang telah dibukukan disimpan di rumah Hafsah selepas Abu Bakar meninggal. Proses pengumpulan Al-Qur'an diteruskan oleh Khalifah Uthman bin Affan dan beliau telah menghasilkan teks rasmi pada tahun 30 Hijriah. Manuskrip asal dimusnahkan dan hanya disimpan 5 buah mushaf yang dibukukan masa itu sahaja, mushaf tersebut disimpan oleh:
1. Osman Ibn Affan,
2. Habsah (Isteri Nabi Muhammad)
3. Zaid Ibn Tsabit,
4. Abdullah Ibn Zubayer
5. Sa'ad Ibn As 'As.

Samapi sekrang manuskrip Al-Qur'an yang asal masih disimpan di:
1. Museum of Tashkent, Uzbekista
2. Topkapi Museum, Istanbul, Turkey
3. Library of Congress, Washington
4. Chester Beatty Museum, Dubli
5. London Museum, England
6. Institute of Munich – 42,000 Manuscripts

2. Pengarang
Pengarang Al-Qur’an adalah Allah, Al-Qur'an telah mencabar orang yang menuduh Al-Qur'an bukan daripada Allah. Sekiranya Al-Qur'an bukan daripada Allah maka akan terdapat banyak percanggahan di dalamnay seperti kitab-kitab yang lain. Firman Allah:

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an? Kalau kiranya Al-Qur'an itu bukan daripada sisi Allah, tentulah mereka akan mendapatkan percanggahan yang banyak di dalamnya (An-Nisa' 4;82).

Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan bahawa Al-Qur’an diturunkan oleh Allah:

Kitab ini diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Jaatsiyah 45;2)

Sesungguhnya Al-Qur'an adalah kitab suci yang mulia; Ia kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuzd); tidak akan ada yang menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang suci; Ia diturunkan oleh Tuhan semesta Alam (Al-Waqi'ah 56; 77-80).

Sesungguhnya Al-Qur'an benar-benar diturunkan oleh Tuhan Semesta alam, dibawa turun oleh Roh kebenaran (Jibril) ke dalam hati Muhammad agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas (Asy-Syu'araa' 26;192-195).

2. PROSES PENYINGKIRAN PENULIS YANG TIDAK LAYAK
1. Nabi Muhammad
a. Nabi Muhammad tidak dapat menulis Al-Qur'an sebab beliau adalah ummi (tidak dapat membaca dan menulis). Ini dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

Dan kamu tidak pernah membaca sesuatu Kitab pun sebelum Al-Qur'an dan kamu tidak pernah menulis suatu kitab dengan tangan kananmu; andai kata kamu pernah membaca dan menulisnya, benar-benar ragulah orang yang mengingkarimu (Al-'Ankabut 29;48).

b. Nabi Muhammad diberikan gelaran Al-Ameen maksudnya orang yang dipercaya oleh orang Arab Quraish, beliau tidak pernah berdusta sehingga orang Arab Qurais yang tidak mahu menerima ajaran Islam sekalipun tetap mempercayai beliau. Ini terbukti semasa berlaku peperangan, orang-orang Yahudi dan Nasrani di Mekah akan menyimpan barang mereka kepada beliau, selepas peperangan mereka akan menuntutnya semula dan Nabi Muhammad mengembalikan semua barang tersebut tanpa sedikitpun cacat cela.

c. Secara fitrah penulis biografi tokoh adalah orang lain sehingga mudah untuk menegurnya, penulis tidak akan menegur diri sendiri sednagkan Al-Qur'an banyak kali menegur Rasulullah ini membuktikan beliau bukan penulis Al-Qur'an.

Teguran tentang Rasulullah tidak menyandarkan sesuatu apabila berkata. Firman Allah:

Jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi (Al-Kahfi 18;23).

Teguran tentang keinginan Rasulullah untuk berkahwin dengan isteri anak angkat beliau Zaid. Firman Allah:
Dan ingatlah, ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu juga telah memberi nikmat kepadanya: "Tahanlah terus istrimu dan bertakwalah kepada Allah", sedangkan kamu menyembunyikan dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedangkan Allah-lah yang lebih patut kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah menceraikan isterinya, Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk mengahwini bekas isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu telah menceraikannya (Al-Ahzab 33;37).

Teguran kepada Rasulullah apabila rasulullah bermasam muka semasa didatangi oleh seorang miskin yang mahu belajar Islam. Bahkan Rasulullah telah melayan tetamu-tetamu pembesar tanpa menghiraukan tetamu miskin tersebut sehingga Allah menegur beliau secara langsung. Firman Allah:
Muhammad bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya ('Abasa 80;1-2).

2. Adakah Al-Qur'an ditiru daripada Al-Kitab?
a. Gaya bahasa Al-Qur'an dengan Al-Ktab tidak menunjukkan kesamaan, ini membuktikan bahawa Al-Qur’an tidak ditiru dari Al-Kitab sebab kalau ditiru mesti gaya bahasanya sama.

b. Al-Kitab bahagian Perjanjian lama dalam bahasa Arab baru dituliskan pada tahun 900 CE, manakala perjanjian baru dalam bahasa Arab dituliskan pada tahun 1616 CE. Sedangkan Al-Qur'an telah wujud dulu mana mungkin Al-Qur'an ditiru daripada Al-Kitab yang ditulis dalam bahasa Arab selepas kewujudan Al-Qur'an.

c. Tidak ada satupun ayat dalam Al-Qur'an yang mempunyai kandungan yang sama dengan ayat dalam Al-Kitab berbahasa Arab, kalau ditiru mesti akan mempunyai kandungan ayat yang sama.

d. Kesilapan yang terdapat dalam Perjanjian Lama dan perjanjian Baru tidak terdapat dalam Al-Qur'an. Sangat tidak logik kalau pelajar yang pandai meniru daripada pelajar yang bodoh, maknanya dalam perjanjian Lama dan Baru terdapat banyak ayat yang bercanggah dan terdapat kesilapan, mungkinkan Al-Qur’an ditiru daripada ayat-ayat yang bercanggah dan terdapat kesilapan tersebut? kalau ia kenapa dalam Al-Qur'an tidak terdapat percanggahan seperti dalam Al-Kitab.

e. Terdapat persamaan mesej menunjukkan sumber asal yang sama iaitu daripada Allah. Ini tidak bermakna Al-Qur'an ditiru daripada Al-Kitab kerana tidak mungkin hasil tiruan lebih baik daripada asal, pasti hasil tiruan mempunyai kesamaan dengan yang ditiru.

f. Terdapat percanggahan fakta tentang nabi-nabi yang disebut dalam Al-Qur'an dengan Al-Kitab. Sebagai contoh dalam Al-Qur'an disebutkan bahawa selepas Adam berbuat dosa, beliau bertaubat dan Allah mengampunkan dosa Adam sedangkan dalam Al-Kitab disebutkan bahawa dosa Adam tidak pernah dihapuskan, kerana Adam melakukan dosa maka dosa tersebut telah diwariskan kepada keturunannya.

3. Adakah Al-Qur’an ditulis oleh Syaitan?
Penulis sesuatu manuskrip tidak akan mengkritik atau menunjukkan kelemahan serta mengutuk diri sendiri. Al-Qur’an banyak menerangkan tentang kelemahan dan mengutuk syaitan, ini menunjukkan Al-Qur’an bukan ditulis oleh syaitan. Kalau Al-Qur'an ditulis oleh syaitan mungkinkah syaitan akan memberitahu kepada manusia akan keburukannya? Rujuk ayat di bawah ini:

Sesungguhnya setan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh mu, kerana setan-setan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Al-Fathir 35;6).

Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku. Dan setan itu tidak mau menolong manusia (Al-Furqan 25;29).

Sekiranya Al-Qur’an ditulis oleh syaitan, maka sangat tidak masuk akal syaitan akan mengajarkan manusia supaya membaca doa ini: “Aku berlindung daripada syaitan yang direjam” seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:

Apabila kamu membaca Al-Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari setan yang direjam (An-Nahl 16;98).

Dan di antara haiwan ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu,(Al-An'am 6;142).

Al-Qur’an sendiri membuat pengakuan bukan diturunkan oleh Syaitan. Sila rujuk ayat di bawah:

Al-Qur'an bukanlah diturunkan oleh syaitan; dan tidak lah patut syaitan menurunkan Al-Qur'an, dan merekapun tidak ada kuasa menurunkannya; Sesungguhnya syaitan dijauhkan daripada mendengar ayat-ayat Al-Qur'an (Asy-Su'araa' 26;210-212).

Sekali lagi Al-Qur'an menafikan ditulis oleh syaitan, bahkan untuk mendengar ayat-ayat Al-Qur'an pun syaitan tidak ada kuasa apatah lagi menuliskannya. Di ayat yang lain Al-Qur'an juga mengajarkan manusia untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan.

Dan jika kami ditimpa dugaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui (Al-'Araaf 7;200).

Syaitan adalah musuh manusia.
Penulis tidak akan mengisytiharkan dirinya musuh kepada pembacanya. Al-Qur’an menerangkan bahawa syaitan adalah musuh manusia. Sila rujuk ayat di bawah:

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu (Al-Baqarah 2;168).

Al-Qur'an juga menghalang manusia daripada menyembah syaitan atau menjadi pengikutnya. Rujuk ayat di bawah :

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai keturunan Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu (Yasin 36;60).

Syaitan memang bijak dalam menipu manusia oleh sebab itu Allah awal-awal lagi telah menerangkan tentang kelemahan syaitan sehingga syaitan tidak dapat menipu orang-orang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Al-Qur'an menceritakan tentang kejahatan syaitan.
Sekiranya Al-Qur’an ditulis oleh syaitan tidak mungkin syaitan akan membuka aib sendiri. Sila rujuk ayat di bawah:

... Sesiapa yang mengambil syaitan menjadi kawannya, maka syaitan adalah seburuk-bruknya kawan (An-Nisa 4;38).

Ayat yang lain juga menceritakan tentang kejahatan syaitan, rujuk ayat di bawah:
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan sebelum kamu. Mereka hendak berhakim kepada taghut padahal mereka telah diperintahkan untuk ingkar kepada taghut. Dan syaitan akan menyesatkan mereka dengan kesesatan yang nyata (An-Nisa 4;60).
Bersambung....

No comments:

Post a Comment