Tuesday, September 7, 2010

CLASS 7. CARA SHALAT

Fardhu (Rukun) Shalat: iaitu perkara yang wajib dilakukan supaya shalat tersebut sah dan diterima oleh Allah.

1. Niat

Niat ertinya bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu, niat hanya dalam hati dan tidak ada hubung kait dnegan lisan atau lafaz. Rasulullah tidak pernah mengajar lafaz niat untuk shalat atau amalan lain, hanya pandangan ulama tetapi sekiranya amalan tersebut memudahkan tidak ada masalah sekiranya lafaz niat akan menyusahkan dalam pengamalan maka tidak perlu lafazkan hanya niat dalam hati mencukupi.

Mata menghadap tempat sujud, berdiri tegak & niat.

Firman Allah swt:

"Dan mereka tidak diperintahkan, kecuali untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan mengikhlaskan agama bagi Allah sahaja!" (Al-Baiyinah :5)

Sabda Rasulullah saw:

"Sesungguhnya segala perbuatan bergantung kepada niat, dan setiap manusia akan mendapat sekedar apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul, dan barang siapa yang berhijrah kerana keduniaan yang hendah dicari, atau disebabkan wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya adalah keraja tujuan-tujuan yang hendak dicapainya." (Sahih Bukhari).

2. Takbiratu'l Ihram

Sabda Rasulullah saw:

"Bahawa Nabi saw. bersabda: Kunci shalat adalah bersuci, pembukaannya membaca takbir dan penutupnya ialah memberi salam." (Syafi'i, Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmudzi).

Mengangkat kedua-dua belah tangan.

Tapak tangan menghadap qiblah, rapatkan sikit jari & sebut "Allahu akbar"

Takbiratu'l Ihram hanya dengan lafaz "Allahu Akbar" berdasarkan Sabda Rasulullah saw:

"Bahawa Nabi saw. apabila berdiri mahu melaksanakan shalat, ia tegak lurus dan mengangkatkan kedua belah tangannya lalu mengucapkan "Allahu Akbar." (Ibnu Majah).

3. Berdiri

Hukumnya wajib bagi yang sihat dan mampu berdiri, sekiranya uzur maka boleh digantikan dengan duduk ataupun baring. Firman Allah swt:

"Peliharalah shalat itu, begitu pun shalat ashar, dan berdirilah di hadapan Allah dengan khusyuk dan merendahkan diri (Al-Baqarah 2:238). 


Daripada Imran Ibnu Hushain, Sabda Nabi saw:

"Saya kena sakit bawasir, maka saya tanyakan kepada Nabi saw. mengenai shalat. Maka katanya: "Shalatlah dengan berdiri, jika tidak kuasa, maka duduk, dan jika tidak kuasa juga, maka berbaring!" (Sahih Bukhari).

Daripada Abu Musa, Nabi bersabda:

"Apabila seseorang hamba sakit atau dalam perjalanan (musafir), maka Allah akan mencatat pahala amalannya sebesar apa yang dikerjakannya semasa sihat dan bermastautin." (Sahih Bukhari)

4. Membaca Al-Fatihah

 Al-Fatihah wajib dibaca pada setiap rakaat, hadith Nabi saw:

Tidak ada shalat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah (dilaporkan oleh jamaah).

Tangan diletak atas pusat

Daripada Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:

"Siapa yang mengerjakan shalat tanpa membaca Al-Fatihah, maka shalat itu tidak sempurna ." (Ahmad, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim).

5. Ruku'

Firman Allah swt:

"Hai orang-orang yang beriman! Ruku' dan sujudlah kamu ....!" (Al-Hajj :77).

Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut.

Kaki dan belakang lurus.

Daripada Abu Ma'ud, Nabi saw bersabda:

"Tidak sempurna shalat, apabila seseorang tidak meluruskan belakangnya semasa ruku' dan sujud (Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Thabarni, dan Baihaqi)

6. I'tidal (Bangkit daripada ruku')

Daripada Abu Humaid, Rasulullah saw bersabda:

"Dan jika ia mengangkatkan kepalanya, maka ia pun berdiri lurus sehingga setiap ruas punggung itu ke tempat semula." (Sahih Bukahri dan Muslim).

Kedua-dua tangan diangkat dan sebut "Sami' Allahu liman hamidah"

Kedua-dua tangan diluruskan & sebut "Rob bana lakal hamd"

Daripada Aisyah, Nabi saw bersabda:

"Maka apabila ia mengangkatkan kepala daripada ruku', ia tidak sujud sebelum berdiri lurus lebih dahulu." (Sahih Muslim).

7. Sujud

Sujud ada dua kali yang diselangi oleh duduk antara dua sujud dengan tuma'ninah. (ketenangan sekejap selepas kedudukan stabil). 






Anggota sujud adalah muka, kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua telapak kaki. Ini sesuai hadith yang dilaporkan oleh 'Abbas bin Abdul Muthalib, Nabi saw bersabda:


"Apabila seorang hamba itu sujud, sujudlah pula bersamanya tujuh macam anggota, iaitu: mukanya, kedua telapak tangan, kedua lutut serta kedua telapak kakinya." (dilaporkan oleh Jamaah)

Daripada Abu Humeid, Nabi saw bersabda:


"Bahawa Nabi saw. apabila sujud dirapatkannya hidung dan keningnya ke lantai (Abu Daud dan Turmidzi). 


Mengikut sebahagian ahli hadith sujud dengan kening tanpa hidung sudah memadai. 


8. Tasyahud Akhir







Sabda Nabi saw.:

"Maka jika engkau telah bangkit daripada sujud yang akhir, lalu duduk selama waktu tasyahud, selesailah shalatnya. "
Berkata Qudamah: "Telah dilaporkan daripada Ibnu 'Abbas bahawa ia berkata: "Sebelum difardhukannya tasyahud, biasanya kami membaca " Assalamu'alallahi qabla'ilbadihi, assalamu'ala Jibrila, assalamu'ala Mikaila"
Maka bersabda Nabi saw.: Jangan katakan: "Assalamualaikum 'ala'l Lahi", tapi hendaklah ucapkan: "Attahiyatul lillah!"

9. Memberi Salam
Daripada Ali, Nabi saw bersabda:

"Kunci shalat adalah bersuci ialah bersuci, pembukaannya membaca takbir, dan penutupnya ialah memberi salam." (Ahmad, Syafi'i, Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmudzi).




Daripada 'Amir bin Sa'ad, Nabi saw.:

"Saya lihat Nabi saw. memberi salam ke sebelah kanan dan kiri, sehingga kelihatan putih pipinya." (Ahmad, Muslim, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Daripada Wa'il bin Hajar, Nabi saw. bersabda:

"Saya shalat bersama Rasulullah saw. maka ia memberi salam ke sebelah kanan dengan mengucapkan: "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh", dan ke sebelah kiri dengan mengucapkan pula "Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh". (Abu Daud).

No comments:

Post a Comment