1. Yakin masuknya waktu shalat, keyakinan tersbut dapat diperolehi daripada pembertitahuan orang-orang yang dapat dipercaya, seruan azan, atau usaha sendiri berdasarkan ilmu yang ada tentang waktu shalat.
2. Suci daripada Hadats kecil dan besar, Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah muka dan tanganmu sampai ke situ, dan sapulah kepalamu lalu basuh kakimu sampai kedua mata kaki! Dan jika kamu dalam keadaan junub, maka hendaklah kamu bersuci!" (Al-Maidah 6).
Junub bermaksud iaitu dalam keadaan selepas melakukan hubungan suami isteri ataupun keluar mani disebabkan oleh perkara-perkara lain, maka wajib mandi. Mandi wajib iaitu niat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar daripada badan dan mengalirkan iar ke semua permukaan tubuh.
Daripada Umar: Bahawa Nabi saw. bersabda: "Allah tidak menerima shalat tanpa bersuci, dan tidak menerima sedekah daripada harta rampasan yang belum dibahagikan." (Jamaah kecuali Bukhari).
3. Suci Badan, pakaian dan tempat daripada najis yang nampak sekiranya memungkinkan
a. Suci badan.
Anas melaporkan bahawa Rasulullah bersabda: "Bersucilah kamu daripada kencing, kerana pada umunya azab kubur disebabkan oleh kerena itu! (Daruquthni)
Daripada Ali melaporkan " Saya adalah seorang lelaki yang banyak madzi, maka saya suruhlah seseorang menanyakan kepada Nabi saw. kerana segan kepada putrinya, maka ditanyakanlah, maka Rasulullah berkata: "Berwudhuklah dan basuhlah alat sulitmu!" (Sahih Bukhari).
b. Suci Pakaian
" Dan pakaianmu hendaklah kau bersihkan!" (Al-Maidah 4).
Dilaporkan daripada Jabir Bin Samrah: "Saya mendengar seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw: "Bolehkah saya shalat dengan memakai pakaian yang saya pakai semasa bersama isteriku?" Nabi berkata: "Boleh, kecuali apabila kelihatan olehmu sesuatu, maka hendaklah cuci!" (Ahmad dan Ibnu Majah)
c. Suci tempat
Dilaporkan daripada Abu Hurairah:
"Seorang badui bangkit berdiri lalu kencing dimasjid maka orang-orangpun sama berdiri untuk memegangnya. Maka nabi saw. pun bersabda: "Biarkanlah ia dan alirkanlah pada kencingnya itu satu besen air!" "Kerana tuan-tuan diutus ialah untuk memudahkan dan bukan untuk menyusahkan!" (Jamaah kecuali Muslim)
4. Menutup Aurat
Firman Allah:
"Hai anak-cucu Adam! Ambillah hiasanmu setiap hendak sujud!" (Al-A'raf 31).
Sabda Rasulullah:
"Ya Rasulullah, bolehkah aku shalat memakai kemeja?" Jawabnya: "Boleh, dan berilah butang, walau dengan sekalipun!" (Sahih Bukhari).
Aurat Lelaki
Aurat lelaki dalam shalat adalah antara pusat dan lutut. Sabda Rasulullah
"Rasulullah lalu pada ma'mar yang kedua pahanya sedang terbuka, maka sabdanya: "Hai Ma'mar tutuplah kedua pahamu kerana paha itu aurat!" (Hakim, Ahmad dan Bukhari).
Sabda Rasulullah:
"Rasulullah saw. lalu ketika itu saya sedang memakai kain dan paha saya terbuka, maka sabdanya: "Tutuplah pahamu, kerana paha itu aurat!" (Malik, Ahmad, Abu Daud dan Turmudzi).
Aurat Wanita
Aurat wanita seluruh tubuh kecuali muka dan kedua telapak tangan. Firman Allah:
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali bahagian yang zahir!" (An-Nur ;31)
Sabda Rasulullah:
Daripada Aisyah, bahawa Nabi saw. bersabda: Allah tidak menerima shalat wanita yang etlah baligh, kecuali dengan memakai tudung (Jemaah)
Sabda Rasulullah saw:
"Bahawa ia bertanya kepada Nabi saw.: "Bolehkah wanita shalat dengan memakai baju kurung dan tudung, tanpa kain?" Nabi menjawab: "Boleh, asalkan baju itu labuh, sehingga menutupi punggung kedua tumitnya." (Abu Daud)
5. Mengahadap Kiblat
Firman Allah:
"Maka palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana pun kamu berada hadapkanlah mukamu ke arahnya!" (Al-Baqarah 2;144).
Sabda rasulullah:
"Kami shalat bersama Nabi saw. selama 16 atau 17 bulan menghadap ke Baitul Maqdis, kemudian dialihkan kepada Ka'bah (Sahih Muslim).
No comments:
Post a Comment