Agama lain juga melakukan sembahyang tetapi tidak perlu mengisytiharkan kepada orang lain dengan kuat sehingga semua penduduk tahu bahawa muslim akan sembahyang. Agama lain ada juga yang melakukan sekadar sahaja dengan membunyikan lonceng sedangkan Islam azan menggunakan corong mikrofon sehingga mengganggu penduduk terutama masa awal pagi.
Azan adalah pemberitahuan tentang masuknya waktu shalat dan seruan untuk menunaikan shalat melalui lafaz-lafaz tertentu.
Azan adalah pemberitahuan tentang masuknya waktu shalat dan seruan untuk menunaikan shalat melalui lafaz-lafaz tertentu.
Asal mula wujudnya azan :
Dahulu orang-orang Islam berkumpul dan menunggu waktu shalat serta tidak ada orang yang menyerukannya. Pada suatu hari mereka berbincang perkara tersebut, ada yang mencadangkan membunyikan lonceng seperti orang-orang nasrani, ada juga yang mencadangkan menggunakan tanduk seperti serunai orang yahudi. Kemudian umar berkata : Kenaap tidak meminta seseorang untuk menyerukan shalat? Maka Rasulullah bersabda : "Hai Bilal, Bangkitlah! Kemudian diserukan azan olehnya." (Ahmad dan Bukhari)
Pada zaman tersebut azan hanya diseru menggunakan mulut jadi tidak menyebabkan suara yang sangat keras. Apabila islam tersebar di Malaysia dan negara-negara Nusantara lainnya, azan menggunakan pengeras suara. Tujuan penggunaan pengeras suara supaya semua muslim dapat mendengarkan azan kerana rumah yang agak jauh. Akibat kebiasaan tersebut azan tetap diseru menggunakan pengeras suara sungguhpun di kawasan bandar untuk mengingatkan umat islam masuknya waktu shalat.
Yang menjadi isu di malaysia adalah bukan azan semata-mata tetapi bacaan ayat-ayat al-Quran sebelum masuk waktu azan dan doa beramai-ramai selepas shalat. Kebiasaan masjid menggunakan pengeras suara unbtuk bacaan al-Quran dan doa-doa tersebut sehingga menganggu kenyamanan masyarakat di sekitarnya. Seruan azan yang mengambil masa hanya beberapa minit sahaja tidak akan mengganggu masyarakat di sekitarnya.
Masalah sering timbul apabila orang-orang yang dilantik untuk menyeru azan umur 50-an ke atas, keadaan ini akan menyebabkan suara yang kurang sedap didengar oleh muslim itu sendiri apatah lagi orang bukan Islam. Selain itu juga masalah sistem pengeras suara yang kurang bagus menyebabkan suara yang terdengar tidak sedap. Buktinya ada orang bukan islam yang melancong ke negara Arab sangat menyukai seruan Azan tetapi apabila beliau balek ke Malaysia tidak suka mendengar suara azan di Malaysia. Oleh itu Surau atau Masjid perlu memperbaiki sistem pengeras suara dan orang yang menyeru azan, seelok-eloknya suraa atau masjid melantik seorang muazin yang mempunyai suara yang merdu.
Masyarakat bukan Islam keliru antara azan dengan bacaan al-Quran dan bacaan doa selepas shalat, sebetulnya untuk kawasan majoriti muslim tidak digalakkan untuk membuka suara pengeras semasa memainkan bacaan al-Quran dan doa selepas shalat sebab dapat mengganggu kenyamanan orang-orang bukan Islam. Islam adalah agama yang mengambil kira kebaikan kepada semua manusia termasuk juga bukan islam.
No comments:
Post a Comment