Monday, July 23, 2012

ADAKAH MUSLIM GARANTI MASUK SYURGA?

Jawapannya Ya!
Rasulullah melaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud

Barang siapa mengatakan: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, islam agamaku dan Muhammad Rasulku" wajib baginya masuk syurga (Abu Daud)

Hadis di atas merupakan garanti yang diberikan oleh Rasulullah kepada sesiapa yang beriman kepada Allah akan masuk syurga selagi mereka mati dalam keimanan. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini:

Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati".

Sungguhpun demikian, syurga yang akan diperolehi oleh seseorang bergantung kepada amalan yang dilakukan. Jika lebih banyak amalan kebaikan daripada amalan keburukan maka akan mendapatkan syurga dengan peringkat yang lebih berbanding dengan yang banyak amalan kejahatan. Jika banyak amalan kejahatan yang dilakukan maka is akan disiksa terlebih dahulu di dalam neraka seeprti diterangkan dalam ayat di bawah ini:

Syarat untuk masuk syurga
Pertama Mendirikan solat
Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)
“Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)

Kedua Puasa di bulan ramadhan
Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga Menjaga Maruah
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)

Keempat taat kepada suami
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim
Allah memberikan ganjaran yang berganda

Sungguhpun demikian, Allah akan menggandakan ganjaran kepada orang-orang beriman supaya meningkatkan amalan kebaikan. Rasulullah bersabda:
Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :: “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda.

Daripada Abu Abdullah Jabir melaporkan Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan solat, berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya! (Sahih Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”(Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Menghubungkan silatur rahmi
Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan[771], dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.

22. Dan orang-orang yang sabar Karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),
23. (yaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya.... (ar-Ra'du 21-23)

3 comments:

  1. Bismillah hir rahma nir rahim....

    Bagus apa yang diungkap tu..akan tetapi...apakan sampaikan...ramai tidak akan percaya...

    Ramai orang akan tanya...contoh:Saya punya ugama Kristian saya buat baik,jaga kebajikan orang dan macam-macam saya buat.Saya takde per gi syurga...go to heaven...mengapa orang muslim hanya masuk ke syurga kita takde pergi syurga ke...kita mati semua semua pergi neraka....
    kamu orang pergi syurga...saya tgk ramai orang muslim buat benda takda baik...seperti rogol anak orang,minum arak,bunuh orang,pukul mak bapa, dan macam macam pergi syurga adakah saya buta kah.... bagaimana anda mahu jawab...takkan kita nak jawab...kita akan neraka sementara kita di nereka dan dosa kita hapus akan ke syurga semula... dia orang jawab...saya tgk ramai orang tak taat pada suami dan selalu minum masa puasa...banyak benda berlaku..kenapa ni boleh berlaku atas orang muslim...tiada beza mcm kita kan...saya tau semua agama nak orang jadi baik..bukan mau jadi jahat...saya tgk ramai orang muslim tak mau balik kampung raya, hantar ibu bapa ke rumah orang tua, biar mak bapa keseorangan...asyik marah mak bapa... dan mcm dikeluarkan oleh orang bukan muslim..bagaimana kita sebagai muslim harus cakap....

    oh...ada segelintir manusia yg islam ramai yang x ikut peraturan islam(practice islam)...tu lar dh hilang petunjuk dari allah taala kita nak cakap secara ringkas...ramai orang bukan muslim akan gelak kat kita...

    kita cuba kata...Kita dalam islam tuhan akan tunjuk kita asbab-asbab Qadar dan Qadha allah kepada terang2 didepan kita...dan kita akan dpt petunjuk dan jalan dari Allah...apa hikmah susah kita dapat...serta jalan kita akan menjadi orang yang berorganisasi..teratur...(organize) lebih terap atas menyelesaikan masalah kita. Saya tau kita nak cuba menggesa orang masuk islam mcm apa dilakukan oleh nabi kita...dan sahabat-sahabat...ramai yang masuk...ramai yang murtad....atas izin allah...nak beri sesiapa masuk islam.. jikalau kita keras...utk memberitau isi2 dlm Quran...orang tidak akan memahami...cuba membuat satu cerita yg mengagumkan orang memahami...lebih erat kepada islam... hanya kita cuba menyatakan islam garanti masuk syurga..orang tak akan percaya..cuma orang yang mencari islam percaya spt saya....dh masuk muslim banyak tahun xkawin langsung.......akan faham..isi hati orang bukan muslim...kita perlukan tunjuk akhlak kita...serta cuba menjadi sgt friendly kepada semua tu cukup...manis di hati orang baru lah kita cerita sedikit demi sedikit dgn orang...

    ada yang atheist pun susah nak faham dgn konsep " tuhan adalah satu.." garenti masuk syurga...orang ni ingat awak gila...

    part 2 cerita hari lain..hahahhah To continued.

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum,

    Nama saya Mustaqim Tay, selamat berkenalan.
    Berkenaan post ini, Muslim pasti masuk syurga sebenarnya tidak ada lansung dalam Al Quran, yang dimaksudkan dalam Al-Quran dan Hadith adalah muslim yang mukmin. Setiap muslim belum tentu mukmin, tapi setiap yang mukmin pasti muslim.

    Mukmin itu diukur dari segi iman, manakala muslim itu ucap dua kalimah syahadah sudah dikira muslim. Allah dan Rasul tidak pernah menjanjikan syurga kepada mereka yang Muslim melainkan mereka yang syahid. Cuma mukmin sahaja yang selamat di dunia dan akhirat.

    Dua kalimah syahadah itu merangkumi satu ikatan perjanjian yakni sumpah taat setia kepada Allah dan Rasul yang harus dilaksanakan dalam kehidupan. Ia merangkumi tiga perkara penting dalam Islam yakni Iman,Islam dan Ikhsan. Huraian panjang lebar sila baca buku "Iman dan Persoalan" boleh didownload disini: https://www.box.com/shared/k1gtlcl7b8

    Sekadar kongsian kepada saudara; Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Contoh: Orang Islam yang meninggalkan solat dgn sengaja adalah termasuk orang kafir, walaupun dia mengucap 2 kalimah syahadah. Ini disebabkan tauhid muslim itu serupa dgn yahudi dan nasrani iaitu mengakui Allah sebagai tuhan mencipta langit dan bumi tetapi tidak mahu menyembah Allah. Iblis juga percaya pada Allah dan percaya Allah menghidupkan dan mematikan tetapi Iblis ingkar pada Allah. Mereka itu kekal di dalam neraka dan tak akan masuk syurga. Ramai muslim fikir orang islam yang x solat masuk neraka lama-lama akan masuk syurga juga- ITU ANGGAPAN YG SALAH!!

    ReplyDelete