Monday, January 24, 2011

KENAPA LELAKI NON MUSLIM KAHWIN WANITA MUSLIM HARUS MEMELUK ISLAM?

Bukankah sepatutnya wanita harus mengikuti agama lelaki? Jika wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam, sepatutnya wanita Islam harus meninggalkan agamanya dan memeluk agama bakal suami. Bukankah wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki? Bukankan wanita harus mengikuti agama bakal suami? Ataupun kekalkan agama masing-masing seperti perkahwinan campur antara agama selain islam seeprti perkahwinan wanita beragama hindu dengan lelaki beragama Budhism, mereka mengekalkan agama masing-masing dan tetap ahrmoni? Kenapa Islam memaksa lelaki yang berkahwin dengan wanita Islam untuk memeluk Islam?


1. Islam menghalalkan perkahwinan.
Islam menghraman zina dan menghalalkan perkahwinan. Firman Allah :


"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada Adam, dan menciptakan Hawa daripada dirinya. Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai (An-Nisaa' 4:1)


Allah menciptakan setiap ciptaan-Nya berpasang-pasangan supaya mereka mencari pasangannya supaya mendapatkan ketenangan dalam hidup. Firman Allah :


"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang...(Ar-Rum 30;21)


2. Islam melarang muslim berkahwin dengan bukan Islam


Umat Islam harus mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam pelbagai perkara termasuk juga perkahwinan. Jika lelaki bukan Islam ingin berkahwin dengan wanita Islam maka wajib mengikut undang-undang Islam. Islam melarang muslim melarang dengan orang musyrik. Firman Allah :


"Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun dia menarik minatmu. Dan janganlah kamu nikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sebelum mereka beriman. Sungguh hamba sahaya lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hatimu. (Al-Baqarah 2:221)


Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa lelaki dan perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan perempuan dan lelaki musyrik. Musyrik yang dimaksukan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah dengan ciptaan-Nya. Allah menolak amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa memperesekutukan ciptaan dengan Allah, maka sungguh ia telah tersesat jauh. (An-Nisa 4;116)


3. Lelaki islam harus berkahwin dengan perempuan ahli Kitab


Islam memberikan kelonggaran kepada lelaki muslim untuk berkahwin dengan perempuan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani/kristian). Manakala wanita muslim dilarang berkahwin dengan lelaki ahli kitab. Firman Allah :


"....Dan dihalalkan bagi kamu menikahi wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang beriman dan wanita yang emnjaga kehormatan di antara wanita yang diberikan kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar mas kawin untuk menikahinya , bukan untuk berzina dan perempuan simpanan.... (Al-Maidah 5:5)


Ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi-Nya seperti Zabur, Taurat dan Injil. Ahli kitab yang dibenarkan dinikahi oleh lelaki muslim adalah :




  1. Hendaklah perempuan tersebut beriman kepada Allah dan hari akhirat



  2. Hendaklah perempuan tersebut suci maksudnya bukan penzina dan melakukan zina dengan lelaki lain



  3. Bukan daripada kalangan orang yang memerangi umat Islam seperti zionis



  4. Tidak mendatangkan kemudaratan dan tidak mengundang fitnah



  5. Perempuan Ahli kitab tersebut tinggal di negara Islam sehingga suami lebih berpengaruh berbanding isteri sehingga kemungkinan isteri menerima lebih besar berbanding suami meninggalkan islam (Yusuf Qardhawi, Musarah)

Adapun hikmah dibenarkan perkahwinan dengan perempuan ahli kitab adalah:



  1. Ahli kitab beriman kepada kitab yang diturunkan oleh Allah maka terdapat banyak persamaan antara ahli kitab dengan muslim



  2. Suami yang beragama Islam beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada ahli Kitab manakala ahli kitab tidak beriman kepada agam Islam maka perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan islam



  3. Seorang isteri yang hidup bersama seorang muslim yang mengamalkan Islam akan melihat keindahan Islam sehingga minat menjadi muslim



  4. Anak-anak yang dilahirkan akan mengamalkan agama Islam kerana pengaruh suami lebih kuat berbanding isteri.

Antara sahabat Rasulullah yang berkahwin dengan ahli kitab adalah



  1. Osman bin Affan berkahwin dengan Nailah binti AlFarisah beragama kristian dan akhirnya memeluk Islam



  2. Huzaifah Ibn Al-Yaman berkahwin dengan seorang perempuan Yahudi dari Madian, Iraq



  3. Jabir Ibnu Abdullah yang berkahwin dengan wanita yahudi semasa pembukaan Kufah (Wahbab Al-Zuhaily, Al-Fiqh al-islami wa Adillatuh, 7/153)

Sungguhpun perkahwinan campur antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab dibenarkan oleh syarak tetapi amalan ini kurang sesuai diamalkan pada zaman sekarang kerana beberapa perkara :



  1. Umat Islam pada zaman sekarang adalah umat yang lemah sehingga objektif utama dakwah untuk memujuk wanita ahli kitab tidak tercapai



  2. Pada zaman awal Islam, budaya masyarakat pada masa tersebut lelaki menguasai wanita, suami dapat mengamalkan tanggung jawab dengan baik sedangkan pada zaman sekarang perempuan ramai yang berkerjaya sehingga segelintir suami dikuasai oleh isteri.



  3. Ibu mempunyai peranan yang besar dalam mendidik anak sehingga kebanyakan anak-anak tersebut mengamalkan agama ibu berbanding ayahnya.

Kerajaan Malaysia telah menfatwakan bahawa pernikahan antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab yang tidak mengamalkan kandungan kitabnya dengan betul adalah tidak sah (e-fatwa.gov.my/keputusan_view)



4. Islam melarang wanita muslim berkahwin dengan lelaki ahli kitab.

Islam tidak mahu orang-orang islam dikuasi oleh orang bukan islam, kebiasaan wanita lebih lemah berbanding lelaki. Jika wanita Islam dibenarkan berkahwin dengan lelaki bukan Islam maka bukan Islam akan menguasai wanita tersebut. Sedangkan Islam tidak membenarkan muslim dikuasai oleh bukan Islam. Firman Allah :

"Dan Allah tidak sekali-kali memberikan ruang kepada orang-orang kafir untuk menghancurkan umat Islam (An-Nisa 141).

No comments:

Post a Comment