MEMOHON TAJAAN BUKU UNTUK TUJUAN DAKWAH .
Dengan
segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Al
Qalam adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti dakwah kepada bukan
Muslim dan muallaf. Kami telah beroperasi hampir sepuluh tahun dengan
menjalankan aktiviti wakaf buku, kelas pengajaran percuma kepada muallaf dan
ziarah muallaf secara berkala. Al Qalam juga membantu muallaf memahami Islam
melalui kumpulan facebook tertutup yang telahpun mencecah hampir 3000 ahli.
(Rujuk FB group SOAL JAWAB ISU MUALLAF).
Al
Qalam ingin memohon kepada pihak tuan untuk menaja buku bertajuk “Islam Untuk
Semua” yang telah ditulis dalam Bahasa Cina. Al Qalam telah mendapat maklum
balas positif daripada para pembaca buku tersebut yang terdiri dari kalangan
muallaf dan bukan Muslim. Sehingga ke hari ini, buku tersebut telah banyak
menyampaikan mesej dakwah kepada bukan Muslim dan muallaf. Namun begitu, kami
mempunyai kekangan kewangan untuk mengagihkan buku tersebut kepada golongan
sasaran.
Untuk
makluman pihak tuan, kami berhasrat mengedarkan buku tersebut melalui Pertubuhan
Skuad Mubaligh Negeri Sembilan, Hidayah Centre Pusat, Hidayah Centre Kuching, Hidayah
Centre Bintulu, Masjid Negeri Kuching, Masjid Cina Tasik Ipoh, Masjid Cina
Melaka, Masjid Cina Titi Papan Penang, Komplek Saadah Negeri Sembilan, Masjid
Putra, Masjid Negara, Masjid Kristal dan Masjid Jamek serta Islamic Information
Centre Kuching.
Terdapat
lebih 6 juta penduduk di Malaysia terdiri daripada kaum cina dan sebahagian
besar dari mereka tidak mendapat pendedahan tentang kemurnian Islam. Kandungan
buku “Islam untuk Semua” sangat mudah difahami dan amat bersesuaian dijadikan
sebagai bahan bacaan bukan Muslim. Usaha ini juga diharap dapat menyelesaikan
salah faham bukan Muslim terhadap Islam termasuk menjelaskan isu al-Quran
percuma yang telah menjadi polemik di kalangan bukan Muslim di Malaysia. Selain
itu, pengunjung Masjid Putra, Masjid Negara, Masjid Jamek dan juga Masjid Cina
di Ipoh, Melaka serta Penang terdiri daripada majoriti pelancong dari Cina. Setiap
tahun, jumlah pelancong juga semakin bertambah dan secara tidak langsung
membuka peluang dakwah yang lebih luas.
Kami
mensasarkan sebanyak 1000 naskah buku dengan harga senaskah RM10 dapat
diagihkan kepada pelbagai pertubuhan dakwah tersebut. Pihak kami sedang
berusaha mencari penaja yang sudi berwakaf mengikut kemampuan masing-masing.
Setiap sumbangan yang dihulurkan pasti mendapat
ganjaran yang besar di sisi Allah. Menjadi penyebab hidayah kepada seseorang
adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya (maksud hadis). Sumbangan
untuk wakaf buku dalam bentuk wang tunai atau cek boleh dimasukkan ke akaun
CIMB Islamik 8602219438 atas nama AL QALAM ENTERPERISE. Pihak tuan boleh menghubungi Faisal
Abdurrahman di talian 019-3568602 atau Asmah Alias di talian 013-2275245 untuk
maklumat lanjut.
Bersama-sama
ini dilampirkan kertas kerja untuk perhatian dan semakan pihak tuan. Kerjasama
dan pertimbangan pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima
kasih. Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan.
The other part of the research is the impact of the sun light in the morning. http://0sdgfn13ly.dip.jp http://ijbzp0ivyf.dip.jp http://cwnpnd0nql.dip.jp http://pg84t7mndt.dip.jp http://4lk8eow8jn.dip.jp http://vbsp10k3ys.dip.jp http://e44ufdz00r.dip.jp
ReplyDelete