Wednesday, June 17, 2015


Bagi sesiapa yang tinggal di kawasan Bandar Baru Bangi dan ingin memperbaiki bacaan Al-Quran bolehlah daftar segera di AKADEMI ALQURAN DAN BAHASA AL QALAM. 

Pengenalan
AKADEMI ALQURAN DAN BAHASA AL QALAM mengajar Qira’ati dan Alquran disertai Tajwid secara praktikal dengan melatih pelajar supaya lebih aktif dan minat dalam membaca Alquran.

Matlamat
AKADEMI ALQURAN DAN BAHASA AL QALAM ingin melahirkan Muslim yang mahir membaca Al-quran secara bertajwid. 

Sasaran
AKADEMI ALQURAN DAN BAHASA AL QALAM menyasarkan lelaki dan perempuan kepada Dewasa dan kanak-kanak sampai belia.

Tenaga Pengajar.

Ustaz Armiya Bin Muhammad Ali lulusan Sekolah Arab dan Tahfiz Al Manar Kelantan dan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Ustaz Amirul Fadli lulusan Sekolah Arab dan Tahfiz Al Manar Kelantan dan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Kaedah Mengajar
Pelajar dibahagi ke dalam setiap kumpulan maksimum lapan pelajar sahaja.

Masa Belajar
120 minit.

Jadual Belajar
Isnin, Rabu dan Jumat atau Selasa, Kamis dan Sabtu

Masa 
08.00-10.00 pagi dan 12.00-01.00 dan 03.00- 05.00-06.00 Petang  

Yuran
RM150.  

Maklumat lanjut boleh hubungi Faisal Abdurrahman di talian 019 356 8602 atau Ustaz Armiya

Tuesday, May 5, 2015

MEMOHON TAJAAN BUKU UNTUK TUJUAN DAKWAH .

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Al Qalam adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti dakwah kepada bukan Muslim dan muallaf. Kami telah beroperasi hampir sepuluh tahun dengan menjalankan aktiviti wakaf buku, kelas pengajaran percuma kepada muallaf dan ziarah muallaf secara berkala. Al Qalam juga membantu muallaf memahami Islam melalui kumpulan facebook tertutup yang telahpun mencecah hampir 3000 ahli. (Rujuk FB group SOAL JAWAB ISU MUALLAF).

Al Qalam ingin memohon kepada pihak tuan untuk menaja buku bertajuk “Islam Untuk Semua” yang telah ditulis dalam Bahasa Cina. Al Qalam telah mendapat maklum balas positif daripada para pembaca buku tersebut yang terdiri dari kalangan muallaf dan bukan Muslim. Sehingga ke hari ini, buku tersebut telah banyak menyampaikan mesej dakwah kepada bukan Muslim dan muallaf. Namun begitu, kami mempunyai kekangan kewangan untuk mengagihkan buku tersebut kepada golongan sasaran.

Untuk makluman pihak tuan, kami berhasrat mengedarkan buku tersebut melalui Pertubuhan Skuad Mubaligh Negeri Sembilan, Hidayah Centre Pusat, Hidayah Centre Kuching, Hidayah Centre Bintulu, Masjid Negeri Kuching, Masjid Cina Tasik Ipoh, Masjid Cina Melaka, Masjid Cina Titi Papan Penang, Komplek Saadah Negeri Sembilan, Masjid Putra, Masjid Negara, Masjid Kristal dan Masjid Jamek serta Islamic Information Centre Kuching. 

Terdapat lebih 6 juta penduduk di Malaysia terdiri daripada kaum cina dan sebahagian besar dari mereka tidak mendapat pendedahan tentang kemurnian Islam. Kandungan buku “Islam untuk Semua” sangat mudah difahami dan amat bersesuaian dijadikan sebagai bahan bacaan bukan Muslim. Usaha ini juga diharap dapat menyelesaikan salah faham bukan Muslim terhadap Islam termasuk menjelaskan isu al-Quran percuma yang telah menjadi polemik di kalangan bukan Muslim di Malaysia. Selain itu, pengunjung Masjid Putra, Masjid Negara, Masjid Jamek dan juga Masjid Cina di Ipoh, Melaka serta Penang terdiri daripada majoriti pelancong dari Cina. Setiap tahun, jumlah pelancong juga semakin bertambah dan secara tidak langsung membuka peluang dakwah yang lebih luas.

Kami mensasarkan sebanyak 1000 naskah buku dengan harga senaskah RM10 dapat diagihkan kepada pelbagai pertubuhan dakwah tersebut. Pihak kami sedang berusaha mencari penaja yang sudi berwakaf mengikut kemampuan masing-masing.

Setiap sumbangan yang dihulurkan pasti mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Menjadi penyebab hidayah kepada seseorang adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya (maksud hadis). Sumbangan untuk wakaf buku dalam bentuk wang tunai atau cek boleh dimasukkan ke akaun CIMB Islamik 8602219438 atas nama AL QALAM ENTERPERISE. Pihak tuan boleh menghubungi Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602 atau Asmah Alias di talian 013-2275245 untuk maklumat lanjut.


Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja untuk perhatian dan semakan pihak tuan. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan.

Friday, January 23, 2015

ISLAM UNTUK SEMUA BAHASA CINA


Buku ini untuk melengkapkan buku Tuhan Untuk Semua yang diterbitkan oleh PTS Islamika. Buku ini akan membantu anda untuk membetulkan salah tanggapan orang-orang Islam terhadap Islam. InshaAllah buku ini akan membantu anda untuk memahami apa yang keluarga anda fikirkan tentang Islam.

Sinopsis
Kenapa perlu memeluk Islam sedangkan agama lain juga mengajarkan kebaikan? Bukankah ini bermakna Islam tidak mengiktiraf agama lain? Sehingga orang-orang yang tidak masuk Islam digelar sebagai kafir, sedangkan mereka juga mempunyai agama. Ramai yang mengatakan tidak ada paksaan untuk memeluk Islam tetapi kenapa bukan muslim yang ingin berkahwin dengan muslim perlu memeluk Islam? Bukankah ini satu paksaan?

Seringkali kita mendengar bahawa agama Islam adalah agama yang mudah. Namun persoalannya, mengapa ia mempunyai banyak pantang larang yang menyusahkan manusia? 

Islam telah mengatur hubungan Muslim dengan bukan Muslim tetapi kenapa masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak dapat hidup harmoni? Bahkan kebanyakan masyarakat Muslim tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bukan Muslim, terlampau mementingkan diri sendiri. 

Ada banyak lagi soalan-soalan yang sentiasa bermain diminda bukan Muslim bahkan Muslim sendiri. Buku ini akan menjawab soalan-soalan tersebut dengan menggunakan dalil al-Quran, hadis dan lojik akal dengan menggunakan bahasa yang mudah sehingga mudah difahami oleh pembaca.


Buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Bagi sesiapa yang berminat membaca buku ini atau hadiahkan buku ini kepada keluarga atau kawan-kawan bolehlah tempah dengan saya di talian 019 356 8602. Harga RM16 termasuk poslaju. 


Thursday, June 12, 2014

BUKU PANDUAN BAGI YANG INGIN BERKAHWIN DENGAN MUALLAF

Assalamualaikum
Jumpa lagi dalam posting bulan Jun 2014

Buku ini memberi panduan kepada muslim untuk beriteraksi dengan non muslim. Buku ini boleh digunakan sebagai panduan untuk berinteraksi dengan ibubapa mertua dan saudara mara daripada pasnagan anda yang bukan islam. 

Ramai melayu yang ingin berkahwin dengan muallaf bertanya kepada saya, buku apa yang boleh dibaca sebagai persediaan sebelum berkahwin dengan muallaf. Saya ucapkan tahniah kepada mereka sebab ambil berata perkara ini. Sebetulnya persediaan ini sangat penting bagi sesiapa yang berhajat berkahwin dengan muallaf sebab kahwin dengan muallaf adalah satu pengorbanan keraan banyak perkara perlu diambil kira antaranya perbezaan budaya, hubungan dengan ibubapa mertua yang bukan islam antara yang akan jadi isu selepas berkahwin. Saya mencadangkan kepada mereka membaca buku-buku ini.


Buku ini membantu anda untuk membetulkan salah tanggapan keluarga mereka terhadap Islam sebab kebanyakan bukan islam mempunyai salah tanggapan tentang Islam. Insha Allah buku ini akan membantu anda untuk memahami keluarga mereka yang bukan muslim. 



Buku ini untuk melengkapkan buku Tuhan Untuk Semua, buku ini akan membantu anda untuk membetulkan salah tanggapan keluarga mereka terhadap Islam sebab kebanyakan bukan islam mempunyai salah tanggapan tentang Islam. Insha Allah buku ini akan membantu anda untuk memahami keluarga mereka yang bukan muslim. 



Buku ini menjelaskan tentang perkara fikah bagi muallaf, terdapat sedikit kelonggaran bagi muallaf bila dibandingkan dnegan muslim yang dilahirkan dalam keluarga islam. Banyak isu-isu menarik yang dibincangkan dalam buku ini.


Buku-buku ini juga membantu anda dalam kehidupan harian anda selepas berkahwin nanti, banyak isu yang mungkin dapat diselesaikan dengan merujuk buku-buku ini. Selaian buku-buku ini, ada lagi buku di luar sana yang dapat membantu anda. 

Sebahagian buku ini boleh dapatkan daripada saya dan yang lainnya boleh cari di kedai buku MPH atau Popular. Hubungi saya di talian 091 3568602 untuk maklumat lanjut.

Sunday, May 11, 2014

ADAKAH BERKHATAN MERUPAKAN KEUTAMAAN SELEPAS MEMELUK ISLAM?

Banyak mesej yang saya terima bertanya tentang adakah perlu berkhatan dahulu sebelum memeluk Islam? Mesej ini datang dari muslim yang ada kawan ingin memeluk islam ataupun orang yang ingin memeluk islam, mereka keliru mata satu yang perlu diutamakan? Ramai kawan muslim yang bagitahu kepada lelaki yang ingin memeluk islam supaya berkhatan dahulu sebelum memeluk islam. 

Mari kita rujuk dahulu hukum tentang bersunat

Lelaki Muslim mengamalkan khatan, perkara ini dilaporkan dalam hadis berikut ini yang bermaksud,

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud “Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi yang berkhatan sendiri pada usia lapan puluh tahun.”
(Dilaporkan daripada Sahih Bukhari dan sahih Muslim)

Yesus juga berkhatan kerana khatan merupakan amalan bangsa Yahudi yang diamalkan sejak Abraham sedangkan Yesus merupakan keturunan Yahudi. Perkara ini dilaporkan dalam ayat di bawah:

Setiap lelaki mesti disunat; sunat menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-KU dengan engkau kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat tidak dianggap umat-KU kerana ia tidak berpegang pada perjanjian 
(Kejadian bab 17, ayat 13 hingga 14).

Merujuk ayat di atas khatan merupakan suatu kewajipan bagi pengikut Yesus tetapi hukum tersebut telah dihapuskan oleh Paulus of Tarsus seperti diterangkan dalam ayat berikut, 

Sebaliknya orang Yahudi sejati adalah orang yang berjiwa Yahudi dan hati mereka bersunat. Semua itu dilakukan oleh roh Allah bukan oleh apa yang tertulis di dalam Taurat 
(Romans bab 2, ayat 29).

Mengikut ayat di atas Paul telah menghapuskan kewajipan berkhatan kepada lelaki, maka kebanyakan penganut agama kristian hari ini telah meninggalkan amalan bersunat. Sedangkan lelaki muslim masih mengekalkan amalan bersunat berdasarkan hadis di bawah ini,

Daripada ‘Utsaim bin Kulaib, daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa dia pernah datang kepada Rasulullah lalu mengatakan, “Sungguh, saya sudah memeluk Islam.” Nabi berkata, “Buanglah bulu rambut (kekufuran dan berkhatanlah.” 
(Direkodkan oleh Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Imam Ahmad)

Hadis di atas menjelaskan bahawa selepas seseorang memeluk islam perlu berkhatan atau bersunat. Sungguhpun demikian sunat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja asalkan muallaf tersebut sudah bersedia melakukannya kerana sebelum bersunat perlu mengambil kira beberapa perkara antara lain, 
  1. Bagi muallaf yang baru memeluk Islam dan masih merahsiakan pengislaman boleh bersunat selepas mengisytiharkan pengislaman kepada keluarga supaya keluarga tidak mengesyaki anaknya telah memeluk islam. Bagi mereka yang tidak dapat bersunat dengan segera maka pastikan kebersihan alat sulit sentiasa dijaga.
  2. Perlu memberikan penjelasan yang jelas tentang bahagian kulit yang dibuang iaitu kulit bahagian hujung zakar yang dipanggil juga kulub. Kulit tersebut dibuang supaya mudah menjaga kebersihan dan jangkitan kuman. Gambar yang ditunjukkan di bawah ini bukan cara sunat yang diajarkan oleh islam sebab islam tidak memotong semua bahagian kulit, hanya kulit sehingga bahagian tengkuk zakar yang dibuang.
  3. Khatan dapat dilakukan menggunakan beberapa kaedah iaitu potong menggunakan kaedah biasa, laser dan Klamp. Laser dan Klam merupakan teknologi terbaru yang dapat memudahkan penyembuhan dan pergerakan selepas bersunat. Bagi lelaki yang susah mendapatkan cuti dalam tempoh masa yang lama boleh memilih kaedah Klamp kerana lebih selesa bergerak kerana zakar dilindungi oleh Klamp tersebut.
  4. Selepas melakukan khatan memerlukan penjagaan yang rapi supaya tidak terjadi jangkitan kuman. Pastikan bahagian bekas jahitan bersih dan tidak lembab supaya penyembuhan berlansung dengan cepat. 
  5. Ambil makanan yang tinggi kandungan protein, bila perlu minum pati ikan haruan atau gamat untuk mempercepat peyembuhan. Proses penyembuhan bagi lelaki dewasa lebih lama berbanding dengan kanak-kanak, oleh itu perlu ada kawan atau saudara mara yang menjaga makan minum selepas bersunat.
Sungguhpun demikian, kita boleh menjelaskan tentang kelebihan berkhatan kepada saudara baru tersebut. Sungguhpun demikian, sunat bukan perkara utama yang dilakukan sebelum atau selepas memeluk Islam. Mantapkan akidah muallaf supaya bersedia menghadapi cabaran yang akan dihadapi selepas bersunat. Antara kelebihan berkhatan adalah, 
  1. Sunat dapat memudahkan dalam menjaga kebersihan zakar, zakar merupakan bahagian yang paling sensitif dan mudah dijangkiti kuman.Hujung zaakr yang ditutupi oleh kulub sangat mudah dijangkiti kuman, dengan membuang kulub tersebut maka kebersihan lebih mudah dijaga. 
  2. Kulit zakar yang tidak disunat akan mudah koyak apabila zakar menegang sehingga sangat sakit. Sunat dapat mengurangkan risiko koyakan kulit zakar semasa menegang. 
  3. Mengikut kajian yang dilakukan di Afrika, lelaki yang disunat 30% lebih selamat daripada dijangkiti virus HIV berbanding lelaki yang tidak disunat. 
  4. Oleh itu, semakin ramai lelaki bukan Islam yang mengamalkan sunat terutama di negara-negara maju kerana kebersihan dan kesihatan zakar. 

Friday, February 21, 2014

PASCA SYAHADAH


Syahadah merupakan perjanjian antara seorang hamba dengan Allah, maka semua dosa yang dilakukan sebelumnya telah dihapuskan oleh Allah. Allah berfirman dalam ayat ini yang bermaksud

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-syuura: 25).

Sebelum menerima islam bermakna orang tersebut telah menzalimi diri sendiri dengan melakukan pelbagai kejahatan. Apabila mengucap syahadah maka orang tersebut telahpun mengakui kesilapan tersebut maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lepas. Maka bermulalah kehidupan baru dimana setiap amalan kebajikan dan keburukan akan mengisi kehidupan baru. Perkara ini diterangkan dalam hadis berikut

Setiap anak yang dilahirkan umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (Dilaporkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Masa selepas itu perlu diisi dengan belajar dan mengamalkan islam secara perlahan-lahan. Apabila kita rujuk pada zaman turunnya al-Quran, 13 tahun pertama ayat alquran turun berkaitan kepercayaan kepada Allah dan belum ada lagi kewajipan untuk mengamalkan solat dan hukum-hukum yang lain. Ini menunjukkan Islam lebih mengutamakan hambanya untuk mengenali Allah dan mempercayainya berbanding amalan lainnya.

Friday, September 27, 2013

DAKWAH MAMPAN

Sebuah buku panduan untuk memaksimalkan sumber daya yang ada untuk memudahkan melakukan dakwah. Buku tersebut boleh dimuat turun percuma daripada link di bawah ini: https://docs.google.com/file/d/0B4dlMaOfCfO1UEgxLU1VTUU5OVU/edit?usp=sharing

Thursday, September 5, 2013

BUKU 25 SOAL JAWAB MARTABAT WANITA DALAM ISLAM

Sinopsis buku Islam merupakan agama yang sering disalahfahami, salah tanggapan tersebut timbul kerana mereka tidak dapat maklumat yang tepat tentang islam. Antara perkara yang menjadi tumpuan aktivis hak asasi dan orang-orang yang anti terhadap Islam adalah wanita. Bukan Islam menganggap islam menindas wanita padahal dengan memberikan kelebihan kepada lelaki dalam perkara-perkara tertentu. 

Antara isu yang sering ditimbulkan adalah perbezaan antara lelaki dan wanita dalam islam. Islam memberikan kelebihan kepada lelaki dengan membenarkan lelaki berkahwin empat, lelaki menerima dua bahagian dalam pembahagian harta warisan, saksi seorang lelaki sama dengan saksi dua orang wanita. Selain itu, Islam juga menindas wanita dengan mewajibkan wanita menutupi dirinya, wanita tidak boleh memandu kereta, wanita tidak boleh menjadi artis dan lain sebagainya. 

Buku ini akan menjawab persolan-persoalan tersebut dengan menggunakan hujah daripada al-Quran, Hadis dan pandangan ulama serta saintifik. Penggunaan ayat yang mudah dan ringkas akan memudahkan pembaca memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Selain itu, analogi yang diberikan oleh penulis akan memudahkan lagi pembaca untuk memahami kandungan buku ini. Kelainan daripada buku ini adalah ditulis oleh lelaki dan wanita, sekiranya penulis hanya lelaki sahaja mungkin pembaca akan merasa bahawa itu hanya pandangan lelaki. 

Maka dengan ditulis oleh lelaki dan wanita maka pembaca lebih mudah untuk menerima mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis mengharapkan supaya buku ini dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan tentang wanita dalam Islam.

Tuesday, July 2, 2013

ADAKAH KETAM NIPAH BOLEH DIMAKAN?

Ramai yang mengatakan ketam nipah haram dimakan kerana ketam nipah hidup dua alam iaitu darat dan laut. Penulis belum menjumpai dalil khas yang mengatakan haiwan dua alam haram dimakan. Sungguhpun demikian terdapat sebahagian Cendikian muslim yang mengharamkan makan haiwan dua alam berdasarkan hadis berikut: Dari Abdur rahman Ibn Utsman menerangkan, “Di hadapan Rasulullah terdapat seorang tabib memperagakan ubat-ubatan dan dia menyebutkan tentang katak yang dimasukkan ke dalam ubat tersebut. Rasulullah melarang muslim membunuh katak tersebut.” (dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’ie).

Hadis tersebut melarang sahabat untuk membunuh katak tersebut dan tidak melarang secara khas untuk memakan katak tersebut. Sungguhpun demikian sebahagian Cendikiawan muslim menyatakan bahawa katak haram dimakan dan mengqiaskan hukum tersebut kepada haiwan yang hidup seperti katak. Sungguhpun demikian, pada asalnya setiap ciptaan Allah boleh dimakan melainkan terdapat dalil yang jelas atau tegas yang mengharamkannya. Perkara ini sesuai dengan sabda Rasulullah dalam hadis di bawah ini yang bermaksud, Daripada Abi Darda’, Rasulullah bersabda; “Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, ia adalah halal. Apa yang Allah haramkan, ia adalah haram. Apa yang didiamkan, ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah membaca surah Maryam ayat ke 64 yang bermakna; “Dan Tuhanmu tidak pelupa.” (Dilaporkan oleh al-Hakim dan disahihkannya, kemudian dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Jika muslim yang mengatakan ketam nipah haram dimakan kerana haiwan tersebut hidup dua alam dan ditujukan kepada katak, maka Ketam nipah tidak termasuk dalam kategori haiwan yang hidup dua alam kerana yang dimaksudkan haiwan yang hidup dua alam adalah haiwan yang dapat hidup ddi darat dan dalam air seperti katak. Kitar hidup katak dibahagi kepada dua iaitu marudu yang hidup di dalam air dan katak yang hidup di darat. Sedangkan ketam nipah tidak termasuk ke dalam kumpulan haiwan yang hidup dua alam kerana ketam nipah hanya dapat hidup di dalam air sahaja, ketam nipah bukan reptilia dan amfibia tetapi ketam adalah rustasia seperti udang dan kerang. Keseluruhan kitaran hidupnya di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui paru-paru yang menggunakan oksigen yang terdapat dalam air. Ketam nipah dapat bertahan hidup di darat kerana ketam nipah mempunyai insang yang mempunyai satu ruang yang dapat menyimpan air sehingga dapat bertahan hidup buat seketika. Apabila air tersebut maka ketam tersebut akan mati.

Monday, January 28, 2013

APAKAH INDONESIA MENGIKTIRAF PERKAHWINAN BEZA AGAMA?


Masyarakat Indonesia merupakan masyarakat yang majemuk, sehingga akan wujud perbezaan budaya dan agama. Oleh itu, kerajaan memberi perhatian kepada hubungan antara umat beragama yang berbeza terutama melibatkan Perkahwinan antara Muslim dengan non-Muslim. Kehidupan dalam masyarakat Majmuk akan membuka peluang untuk berinteraksi dengan bukan muslim. Akan wujud hubungan percintaan antara lelaki muslim dengan perempuan bukan muslim atau sebaliknya. Kebiasaan hubungan tersebut akan dinoktahkan melalui ikatan perkahwinan. 

I. Perkahwinan Muslim dengan Bukan Muslim mengikut Hukum Islam 

1. Islam melarang berkahwin dengan lelaki bukan Muslim Setiap umat beragama wajib mengamalkan undang-undang yang ditetapkan dalam agama tersebut. Muslim juga wajib mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam kehidupan hariannya. Perkahwinan merupakan perkara penting dalam Islam untuk melahirkan generasi yang lebih berjaya. Islam hanya membenarkan Muslim berkahwin dengan Muslim sahaja, oleh itu bukan Muslim yang ingin berkahwin dengan Muslim perlu mengikuti undang-undang Islam. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, 

“Janganlah kamu menikahi perempuan musyrik sehingga mereka beriman. Sungguh, hamba perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun kamu minat kepadanya. Dan janganlah kamu menikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sehingga mereka beriman. Sungguh hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hati kamu...”(al-Baqarah : 221)

Ayat di atas menyatakan bahawa lelaki dan perempuan Muslim tidak boleh berkahwin dengan bukan Muslim. Musyrik yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah SWT dengan ciptaan-Nya. Allah SWT tidak menerima amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Allah SWT tidak mengampuni dosa syirik (menyekutukan Allah SWT dengan ciptaan-Nya) dan Dia mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa menyekutukan Allah SWT dengan ciptaan-Nya sungguh ia telah tersesat jauh. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-Nya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (an-Nisa’ :116) 2.

Lelaki Muslim harus berkahwin dengan perempuan ahli Kitab Islam memberikan kelonggaran kepada lelaki Muslim berkahwin dengan perempuan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani/Kristian). Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, 

 “...Dan dihalalkan bagi kamu menikahi perempuan yang menjaga kehormatan di antara perempuan yang beriman dan perempuan yang diberikan kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar mas kahwin untuk menikahinya, bukan untuk berzina dan perempuan simpanan...” (al-Maidah : 5)

Ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi-nabi-Nya seperti Kitab Zabur, Taurat dan Injil. II. Perkahwinan antara agama menurut undang-undang Indonesia. Perkawinan di Indonesia diatur melalui Undang-undang No 1 Tahun 1974 tentang Perkawinan. Berdasarkan Undang-Undang tersebut perkahwinan dianggap sah apabila perkahwinan dilakukan mengikut hukum agama dan kepercayaan masing-masing. Perkara tersebut dicatat mengikut undang-undangan yang berlaku. Pandangan pakar islam Indonesia berkaitan Perkawinan beza Agama 

a. Prof. Dr. Muhammad Daud Ali 
Beliau merupakan Profesor Fakulti Undang-undang Universiti Indonesia menjelaskan dalam buku beliau yang bertajuk “Perkawinan Antar Pemeluk Agama Yang Berbeda“.Perkawinan antara masyarakat yang berbeza agama adalah bercanggah dengan hukum agama dan Undang-undang Perkawinan yang berlaku di Indonesia. Oleh itu, perkahwinan tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan dan tidak dilindungi oleh kerajaan kerana melakukan perbuatan yang bercangah dengan Pancasila hukum agama Islam yang berlaku di Indonesia. 

b. Prof. HM Rasjidi
beliau merupakan bekas menteri agama Kerajaan Indonesia dalam tulisannya di Harian Abadi edisi 20 Agustus 1973, Undang-Undang Perkawinan pasal 10 ayat 2 menyebutkan “Perbezaan suku, bangsa, negara asal, tempat asal, agama, kepercayaan dan keturunan tidak merupakan penghalang perkawinan.Undang-Undang tersebut ingin mengambil Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pasal 16 yang menyatakan: “Lelaki dan wanita yang sudah dewasa tidak mempunyai had karena suku, kebangsaan dan agama, mempunyai hak yang sama dalam urusan perkawinan dan perceraian.” Berkenaan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pasal 16 tersebut, 

c. Prof Dr. Hamka, 
beliau menyatakan “Orang-orang Islam yang meninggalkan hukum Islam dan bergantung kepada “Hak-hak Asasi Manusia” yang disahkan dalam Muktamar San Francisco oleh orang-orang yang membuat “Hak-hak Asasi” sendiri kerana tidak ada jaminan dalam agama yang dianut dianggap kafir, fasiq, dan zalim. Perkahwinan antara agama masih diamalkan di Indonesia pada masa ini sungguhpun dilarang oleh agama dan undang-undanga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan pengiktirafan oleh kerajaan antara lain, 

1. Berkahwin mengikut agama isteri dan suami iaitu berkahwin mengikut agama lelaki dan perempuan. 

2. Salah seorang akan memeluk agama pasangannya untuk membenarkan perkahwinan sahaja kemudian selepas berkahwin akan kembali kepada agama asal. 

3. Berkahwin di luar negara.

d. Bekas Menteri Agama Quraish Shihab, 
beliau mengatakan supaya perkahwinan tersebut perlu dilakukan mengikut agama masing-masing. Perkahwinan antara suami dan istri perlu berlandaskan persamaan agama dan keyakinan hidup. Namun pada kes perkahwinan antara agama harus ada jaminan daripada agama yang dianut oleh suami dan istri supaya tetap menghormati agama pasangannya. “Tidak boleh ada tindakan yang menghalang menjalankan ibadah sesuai agamanya 

e. Farida Prihatini, 
beliau merupakan pensyarah undang-undang Islam di Universiti Indonesia menyatakan bahwa Majelis Ulama Indonesia melarang perkawinan antara agama yang berbeza termasuk juga penganut bukan Islam tidak boleh berkawin dengan penganut agama yang berbeza. Hanya penganut agama yang tidak taat kepada ajaran agamanya mencari peluang untuk berkahwin dengan pasangan yang berbeza agama. Perkawinan tersebut tidak sah maka perkwinan tersebut tidak diiktiraf maka tidak ada waris dan anaknya mengikut hubungan dengan ibunya. 

Mengikut Farida kerajaan tidak tegas terhadap kes ini sungguhpun Undang-Undang tidak membenarkan perkahwinan antara pasangan yang berbeza agama tetapi Jabatan Pendaftaran Sivil mengiktiraf perkahwinan pasangan yang berbeza agama yang dilakukan di luar negera. Padahal Jabatan Pendaftaran Sivil adalah jabatan kerajaan sepatutnya Jabatan Pendaftaran Sivil hanya menerima pendaftaran yang sesuai dengan hukum Indonesia. “Jika perkahwinan tersebut tidak diiktiraf oleh Kerajaan maka perkahwinan tersebut tidak boleh didafaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Sivil. 

Kesimpulan

Perkahwinan antara pasangan yang berbeza agama tidak diiktiraf oleh kerajaan Indonesia sehingga isteri tidak mempunyai hak atas harta warisan yang ditinggalkan oleh suaminya.

Tuesday, September 11, 2012

HARGA ISTIMEWA KOLEKSI HASIL KARYA FAISAL ABDURRAHMAN



BUKU TUHAN UNTUK SEMUA
"Kenapa hanya Allah sahaja yang dianggap Tuhan? Bukankah itu tidak adil? Kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka? Jika Allah itu berkuasa, kenapa tidak jadikan semua manusia baik-baik? Adakah benar al-Quran datang daripada Allah? Bukankah ia dilihat sebagai sebuah buku yang boleh ditulis oleh sesiapa?"
Buku ini mengupas persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada 
Islam dan menjawab persoalan ini menurut neraca Islam, sains dan logik akal.

Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam. Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya timbulkan kalangan Non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk Non Muslim dan Awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit.

Tuhan untuk Semua muncul berasaskan huraian sumber al-Quran dan hadis bagi membuktikan kebenaran yang terselindung di sebalik tohmahan kepada Islam.

ISLAM UNTUK SEMUA
Kenapa peru memeluk Islam sedangkan agama lain juga mengajarkan kebaikan? Bukankah ini maknanya Islam tidak mengiktiraf agama lain? Sehingga orang-orang yang tidak masuk Islam digelar sebagai kafir, sedangkan mereka juga mempunyai agama. Ramai yang mengatakan tidak ada paksaan untuk memeluk Islam tetapi kenapa apabila bukan Muslim berkahwin dengan Muslim perlu memeluk Islam? Bukankah ini satu pemaksaan? 
Seringkali kita mendengar bahawa agama Islam adalah agama yang mudah. Namun persoalannya, mengapa ia mempunyai banyak pantang larang yang menyusahkan manusia? 

Islam telah mengatur hubungan Muslim dengan bukan Muslim tetapi kenapa masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak dapat hidup harmoni? Bahkan kebanyakan masyarakat Muslim tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bukan Muslim, terlampau mementingkan diri sendiri. Ada banyak lagi soalan-soalan yang sentiasa bermain diminda bukan Muslim bahkan Muslim sendiri. Buku ini akan menjawab soalan-soalan tersebut dengan menggunakan dalil al-Quran, hadis dan lojik akal dengan menggunakan bahasa yang mudah sehingga mudah difahami oleh pembaca. 

PASCA SYAHADAH
Buku ini dihasilkan bagi membuka ruang kepada Saudara Muslim (Revert) memperlajari islam dengan kaedah yang mudah difahami. Istimewa buat tatapan saudara Muslim dan Muslim yang ingin belajar islam semula selepas sekian lama hayut dalam kegerlapan dunia. Perkasakan diri anda dengan meningkatkan keilmuan tentang islam untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Pemerkasaan pengetahuan tentang Islam bagi Saudara Muslim adalah sangat penting sebagai tunggak keimanan buat mereka apabila berhadapan dengan keluarga dan kawan-kawan muslim atau kawan bukan muslim.
Sesungguhnya, Ilmu adalah cahaya, jahil adalah merbahaya. Semoga perjalanan mencapai takwa bermula dengan kelahiran buku ini. InsyaAllah.

Harga Semenanjung, Buku Tuhan Untuk Semua RM11, Islam Untuk Semua RM18 dan Pasca Syahadah RM22 jumlahnya  RM51, selepas mendpaat potongan 10% menjadi RM45.90 ditambah pos laju RM10 jadi keseluruhan yang perlu dibayar RM55.90. Harga Sabah dan Sarawak Buku Tuhan Untuk Semua RM13, Islam Untuk Semua RM21 dan Pasca Syahadah RM25 jumlahnya  RM59, selepas mendapat potongan harga sebanyak 10% menjadi RM 53.10 ditambah pos laju RM15 maka keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM68.10. Tempahan dapat dibuat melalui fb atau email cikmu06@yahoo.com serta sms ke talian 019 356 8602

Sunday, September 2, 2012

BUKU PASCA SYAHADAH SUDAH BERADA DI PASARAN

Buku ini dihasilkan bagi membuka ruang kepada Saudara Muslim (Revert) memperlajari islam dengan kaedah yang mudah difahami. Istimewa buat tatapan saudara Muslim dan Muslim yang ingin belajar islam semula selepas sekian lama hayut dalam kegerlapan dunia. Perkasakan diri anda dengan meningkatkan keilmuan tentang islam untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Pemerkasaan pengetahuan tentang Islam bagi Saud saudara Muslim adalah sangat penting sebagai tunggak keimanan buat mereka apabila berhadapan dengan keluarga dan kawan-kawan muslim atau kawan bukan muslim. Sesungguhnya, Ilmu adalah cahaya, jahil adalah merbahaya. Semoga perjalanan mencapai takwa bermula dengan kelahiran buku ini. InsyaAllah.
Kandungan

BAB I MEMAHAMI MUALLAF
A. MAKNA MUALLAF
B. PERSEDIAAN SEBELUM MEMELUK ISLAM
C. TINDAKAN MUSLIM TERHADAP SAUDARA MUSLIM
BAB II KEINDAHAN ISLAM
A. MAKNA ISLAM
B. ISLAM AGAMA YANG MUDAH
C. KENAPA ISLAM KELIHATAN SUSAH?
BAB III MENGUCAP SYAHADAH
A. MAKNA SYAHADAH
B. KEPERLUAN SYAHADAH
C. KESAN SYAHADAH TERHADAP KEIMANAN
BAB IV BERIMAN KEPADA ALLAH
A. RUKUN IMAN
B. SIFAT-SIFAT ALLAH
C. PANDANGAN KITAB-KITAB TENTANG ALLAH
BAB V SYIRIK
A. MAKNA SYIRIK
B. BAHAYA SYIRIK
C. ISLAM MENCEGAH SYIRIK
D. KESAN AMALAN SYIRIK
BAB VI BERIMAN KEPADA MALAIKAT
A. CIRI-CIRI MALAIKAT
B. TUGAS-TUGAS MALAIKAT
BAB VII BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
A. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN KITAB ALLAH
B. SETIAP NABI DILENGKAPI DENGAN KITAB SUCI
1. ZABUR
2. TAURAT
3. INJIL
4. AL-QURAN
BAB VIII KETULENAN AL-QURAN
A. PEMELIHARAAN KETULENAN AL-QURAN
1. SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
2. PENGUMPULAN MANUSKRIP DAN PEMBUKUAN AL-QURAN
3. AL-QUR’AN DIULANGKAJI OLEH RASULULLAH DAN SAHABAT
4. AL-QURAN DIULANG DALAM SOLAT WAJIB
5. AL-QURAN DIULANG DALAM TADARUS AL-QUR’AN
6. AL-QURAN DIHAFAL OLEH MUSLIM DI SELURUH DUNIA
B. PENYINGKIRAN PENULIS YANG TIDAK LAYAK
1. MUHAMMAD
2. SYAITAN
3. AL-KITAB
BAB IX BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL
A. DEFINASI NABI DAN RASUL
B. BERIMAN KEPADA RASUL
C. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN RASUL
D. NABI YANG TERPILIH (ULUL AZMI)
E. NABI MUHAMMAD SEBAGAI NABI TERAKHIR
BAB X SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD
A. MASA KANAK-KANAK
B. MASA BELIA
C. PERISTIWA AGUNG DALAM KEHIDUPAN RASULLAH
1D. MUKJIZAT NABI MUHAMMAD
BAB XI BERIMAN KEPADA AKHIRAT
A. PEMBAHAGIAN ALAM KEHIDUPAN
1. ALAM ROH
2. ALAM RAHIM
3. ALAM DUNIA
4. ALAM BARZAH
5. ALAM AKHIRAT
B. HARI KIAMAT
1. TANDA-TANDA KIAMAT BESAR
2. TANDA-TANDA KIAMAT KECIL
BAB XII BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADHAR
A. KEWAJIPAN BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADHAR
B. HUBUNGAN ANTARA QADHA DAN QADHAR DENGAN USAHA
Borang tempahan seperti di bawah :

Monday, July 23, 2012

ADAKAH MUSLIM GARANTI MASUK SYURGA?

Jawapannya Ya!
Rasulullah melaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud

Barang siapa mengatakan: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, islam agamaku dan Muhammad Rasulku" wajib baginya masuk syurga (Abu Daud)

Hadis di atas merupakan garanti yang diberikan oleh Rasulullah kepada sesiapa yang beriman kepada Allah akan masuk syurga selagi mereka mati dalam keimanan. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini:

Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati".

Sungguhpun demikian, syurga yang akan diperolehi oleh seseorang bergantung kepada amalan yang dilakukan. Jika lebih banyak amalan kebaikan daripada amalan keburukan maka akan mendapatkan syurga dengan peringkat yang lebih berbanding dengan yang banyak amalan kejahatan. Jika banyak amalan kejahatan yang dilakukan maka is akan disiksa terlebih dahulu di dalam neraka seeprti diterangkan dalam ayat di bawah ini:

Syarat untuk masuk syurga
Pertama Mendirikan solat
Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)
“Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)

Kedua Puasa di bulan ramadhan
Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga Menjaga Maruah
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)

Keempat taat kepada suami
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim
Allah memberikan ganjaran yang berganda

Sungguhpun demikian, Allah akan menggandakan ganjaran kepada orang-orang beriman supaya meningkatkan amalan kebaikan. Rasulullah bersabda:
Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :: “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda.

Daripada Abu Abdullah Jabir melaporkan Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan solat, berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya! (Sahih Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”(Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Menghubungkan silatur rahmi
Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan[771], dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.

22. Dan orang-orang yang sabar Karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),
23. (yaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya.... (ar-Ra'du 21-23)

Kaedah Berinteraksi Dengan Non-Muslim | iluvislam.com discover the beauty of islam

Kaedah Berinteraksi Dengan Non-Muslim | iluvislam.com discover the beauty of islam

Thursday, April 26, 2012

PROJEK MEGA BUKU ISLAM UNTUK SEMUA

Pengenalan
Projek ini bertujuan untuk mengajak anda semua membeli sambil menderma buku ISLAM UNTUK SEMUA! Jika anda berminat dengan projek ini, anda boleh membeli buku ISLAM UNTUK SEMUA dan buku anda ini akan di dihadiahkan kepada;
·        Perpustakaan di IPTA & IPTS (3 salinan untuk setiap perpustakaan)
·        Non-Muslims
·        Saudara Muslim (yang baru melafazkan Syahadah)
Harga setiap naskah buku ISLAM UNTUK SEMUA adalah RM20 (termasuk kos penghantaran). Jumlah buku yang diperlukan buat masa sekarang adalah 300 naskah.
Sesiapa yang berminat dengan projek dakwah ini, boleh hubungi;
·        Faisal Abdurrahman (019 356 8602)
·        Ikhwan Ng (014 3055 326)
·        Nazifah (019 2364823)

Kenali buku ISLAM UNTUK SEMUA;
Penulis: Faisal Abdurrahman
Penerbit: MustRead Sdn Bhd
Tahun: 2012
Isi Kandungan:
BAB 1
MENGAPA PERLU MEMELUK AGAMA ISLAM? | MENGAPA BUKAN MUSLIM DIGELAR SEBAGAI KAFIR? |
KENAPA MUSLIM TIDAK BOLEH BERKAHWIN DENGAN LELAKI BUKAN MUSLIM?

BAB 2
KENAPA ISLAM KELIHATAN SUSAH? | KENAPA ISLAM MENGHARAMKAN ARAK? |  KENAPA ISLAM MENGHARAMKAN BABI?| KENAPA ISLAM MELARANG PEMELIHARAAN ANJING? | KENAPA ISLAM MELARANG HUBUNGAN HOMOSEKSUAL? | KENAPA ISLAM TIDAK MEMBENARKAN MURTAD?

BAB 3
KENAPA MUSLIM TIDAK MENJAWAB SALAM DARIPADA BUKAN MUSLIM? | BOLEHKAH BUKAN MUSLIM MASUK KE DALAM MASJID? | BOLEHKAH BUKAN MUSLIM MENYENTUH AL-QURAN? | KENAPA MUSLIM MEREBUT MAYAT SAUDARA MUSLIM DARIPADA KELUARGA ASAL?

BAB 4
 ADAKAH AGAMA ISLAM DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW? | ADAKAH ISLAM KETINGGALAN ZAMAN? | KENAPA MASUK ISLAM PERLU MENGAMALKAN BUDAYA MELAYU? | KENAPA MASUK ISLAM PERLU MENUKAR NAMA KEPADA NAMA ARAB? | KENAPA MASUK ISLAM PERLU MENUKAR NAMA BAPA KEPADA ABDULLAH?

BAB 5
KENAPA SEORANG SAKSI LELAKI SAMA DENGAN DUA ORANG SAKSI PEREMPUAN? | KENAPA DALAM PEMBAHAGIAN HARTA WARISAN, LELAKI DAPAT DUA KALI GANDA BERBANDING PEREMPUAN? | KENAPA PEREMPUAN TIDAK BOLEH MENJADI IMAM SOLAT BAGI LELAKI? | KENAPA ISLAM MEMBENARKAN POLIGAMI? | KENAPA MANGSA ROGOL PERLU MEMBAWA EMPAT ORANG SAKSI?

BAB 6
KENAPA ISLAM MENGAJARKAN PERANG SUCI? | KENAPA ISLAM MELAKUKAN PENGEBOMAN WORLD TRADE CENTER (WTC)? | KENAPA ISLAM MELAKUKAN BOM BERANI MATI?| KENAPA NEGARA ISLAM SUKA BERPERANG?

BAB 7
KITAB AGAMA HINDU |  KITAB AGAMA BUDDHA | AGAMA MAJUSI | AL-KITAB

Friday, April 6, 2012

Buku Islam untuk semua sudah publish pada 6 April 2012


Alhamdulillah buku Islam untuk semua sudah keluar pada 6 April 2012, sesiapa yang berminat boleh buat tempahan melalui email cikmu06@yahoo.com atau Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602. Harga Semenanjung RM20 dan Borneo RM25 termasuk kos penghantaran.
Kandungan buku adalah
BAB 1 A. MENGAPA PERLU MEMELUK AGAMA ISLAM? 2 B. MENGAPA BUKAN MUSLIM DIGELAR SEBAGAI KAFIR? 8 C. KENAPA MUSLIM TIDAK BOLEH BERKAHWIN DENGAN LELAKI BUKAN MUSLIM? 10 BAB 2... A. KENAPA ISLAM KELIHATAN SUSAH? 24 B. KENAPA ISLAM MENGHARAMKAN ARAK? 25 C. KENAPA ISLAM MENGHARAMKAN BABI? 29 D. KENAPA ISLAM MELARANG PEMELIHARAAN ANJING? 31 E. KENAPA ISLAM MELARANG HUBUNGAN HOMOSEKSUAL? 32 F. KENAPA ISLAM TIDAK MEMBENARKAN MURTAD? 38 BAB 3 A. KENAPA MUSLIM TIDAK MENJAWAB SALAM DARIPADA BUKAN MUSLIM? 49 B. BOLEHKAH BUKAN MUSLIM MASUK KE DALAM MASJID? 51 C. BOLEHKAH BUKAN MUSLIM MENYENTUH AL-QURAN? 53 D. KENAPA MUSLIM MEREBUT MAYAT SAUDARA MUSLIM DARIPADA KELUARGA ASAL? 55
ASAL? 55
BAB 4
A. ADAKAH AGAMA ISLAM DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW? 57
B. ADAKAH ISLAM KETINGGALAN ZAMAN? 63
C. KENAPA MASUK ISLAM PERLU MENGAMALKAN BUDAYA MELAYU? 65
D. KENAPA MASUK ISLAM PERLU MENUKAR NAMA KEPADA NAMA ARAB? 68
E. KENAPA MASUK ISLAM PERLU MENUKAR NAMA BAPA KEPADA ABDULLAH? 71
BAB 5
A. KENAPA SEORANG SAKSI LELAKI SAMA DENGAN DUA ORANG SAKSI PEREMPUAN? 75 B. KENAPA DALAM PEMBAHAGIAN HARTA WARISAN, LELAKI DAPAT DUA KALI GANDA BERBANDING PEREMPUAN? 77
C. KENAPA PEREMPUAN TIDAK BOLEH MENJADI IMAM SOLAT BAGI LELAKI? 79
D. KENAPA ISLAM MEMBENARKAN POLIGAMI? 80 E. KENAPA MANGSA ROGOL PERLU MEMBAWA EMPAT ORANG SAKSI? 85
BAB 6
A. KENAPA ISLAM MENGAJARKAN PERANG SUCI? 92
B. KENAPA ISLAM MELAKUKAN PENGEBOMAN WORLD TRADE CENTER (WTC)? 100
C. KENAPA ISLAM MELAKUKAN BOM BERANI MATI? 101 D. KENAPA NEGARA ISLAM SUKA BERPERANG? 103
BAB 7
A. KITAB AGAMA HINDU 106
B. KITAB AGAMA BUDDHA 113
C. AGAMA MAJUSI 116
D. AL-KITAB 116

Borang Tempahan seperti di bawah :

Saturday, January 21, 2012

BOLEHKAH ORANG YANG BERGELUMANG DOSA MEMELUK ISLAM?

Apabila seorang non muslim menjumpai anda dan mengatakan ingin memeluk Islam tetapi dia melakukan kejahatan dengan melanggar perintah Allah seperti minum arak, berzina dan lain-lainnya. Maka apa yang sepatutnya kita lakukan?

Mengislamkan orang tersebut terlebih dahulu sungguhpun dia mengatakan tidak dapat meninggal amalan tersebut kerana Allah akan memberikan petunjuk dan mengukuhkan hatinya untuk meninggalkan amalan-amalan tersebut. Firman Allah dalam ayat di bawah ini:


Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan amat jauh dari kebenaran" (Al-Kahfi 18:13-14)

Kita tidak perlu mempertikaikan keikhlasan mereka untuk memeluk Islam sungguhpun mereka tidak dapat meninggal larangan Allah pada permulaan selepas memeluk Islam. pemahaman mereka kepada islam akan meningkatkan kepercayaan mereka kepada islam sehingga Allah akan memberikan petunjuk dan mengukuhkan hati mereka kepada islam sehingga mereka akan meninggalkan amalan tersebut secara perlahan-lahan seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah.

Selepas mereka memahamai islam dan allah memberikan petunjuk kepadanya dan mengukuhkan hati mereka kepada Allah maka apabila diharamkan arak oelh Allah maka mereka membuang arak-arak tersebut dengan menghancurkan tempayan tempat penyimpanan arak tersebut.

Thursday, September 22, 2011

Tuhan untuk semua

Alhamdulillah atas sambutan yang baik, buku TUHAN UNTUK SEMUA telah dicetak ulang sebanyak 2000 naskah, sesiapa yang berhata mendapatkan buku tersebut bolehlah mendapatkan di Bookstore Popular atau MPH atau membuat tempahan melalui Faisal Abdurraham di Talian 019-3568602 atau Facebook dengan nama Faisal Abdurrhaman serta email cikmu06@yahoo.com
Borang tempahan seperti di bawah :