Thursday, September 5, 2013

BUKU 25 SOAL JAWAB MARTABAT WANITA DALAM ISLAM

Sinopsis buku Islam merupakan agama yang sering disalahfahami, salah tanggapan tersebut timbul kerana mereka tidak dapat maklumat yang tepat tentang islam. Antara perkara yang menjadi tumpuan aktivis hak asasi dan orang-orang yang anti terhadap Islam adalah wanita. Bukan Islam menganggap islam menindas wanita padahal dengan memberikan kelebihan kepada lelaki dalam perkara-perkara tertentu. 

Antara isu yang sering ditimbulkan adalah perbezaan antara lelaki dan wanita dalam islam. Islam memberikan kelebihan kepada lelaki dengan membenarkan lelaki berkahwin empat, lelaki menerima dua bahagian dalam pembahagian harta warisan, saksi seorang lelaki sama dengan saksi dua orang wanita. Selain itu, Islam juga menindas wanita dengan mewajibkan wanita menutupi dirinya, wanita tidak boleh memandu kereta, wanita tidak boleh menjadi artis dan lain sebagainya. 

Buku ini akan menjawab persolan-persoalan tersebut dengan menggunakan hujah daripada al-Quran, Hadis dan pandangan ulama serta saintifik. Penggunaan ayat yang mudah dan ringkas akan memudahkan pembaca memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Selain itu, analogi yang diberikan oleh penulis akan memudahkan lagi pembaca untuk memahami kandungan buku ini. Kelainan daripada buku ini adalah ditulis oleh lelaki dan wanita, sekiranya penulis hanya lelaki sahaja mungkin pembaca akan merasa bahawa itu hanya pandangan lelaki. 

Maka dengan ditulis oleh lelaki dan wanita maka pembaca lebih mudah untuk menerima mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis mengharapkan supaya buku ini dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan tentang wanita dalam Islam.

No comments:

Post a Comment