Monday, January 28, 2013

APAKAH INDONESIA MENGIKTIRAF PERKAHWINAN BEZA AGAMA?


Masyarakat Indonesia merupakan masyarakat yang majemuk, sehingga akan wujud perbezaan budaya dan agama. Oleh itu, kerajaan memberi perhatian kepada hubungan antara umat beragama yang berbeza terutama melibatkan Perkahwinan antara Muslim dengan non-Muslim. Kehidupan dalam masyarakat Majmuk akan membuka peluang untuk berinteraksi dengan bukan muslim. Akan wujud hubungan percintaan antara lelaki muslim dengan perempuan bukan muslim atau sebaliknya. Kebiasaan hubungan tersebut akan dinoktahkan melalui ikatan perkahwinan. 

I. Perkahwinan Muslim dengan Bukan Muslim mengikut Hukum Islam 

1. Islam melarang berkahwin dengan lelaki bukan Muslim Setiap umat beragama wajib mengamalkan undang-undang yang ditetapkan dalam agama tersebut. Muslim juga wajib mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam kehidupan hariannya. Perkahwinan merupakan perkara penting dalam Islam untuk melahirkan generasi yang lebih berjaya. Islam hanya membenarkan Muslim berkahwin dengan Muslim sahaja, oleh itu bukan Muslim yang ingin berkahwin dengan Muslim perlu mengikuti undang-undang Islam. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, 

“Janganlah kamu menikahi perempuan musyrik sehingga mereka beriman. Sungguh, hamba perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun kamu minat kepadanya. Dan janganlah kamu menikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sehingga mereka beriman. Sungguh hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hati kamu...”(al-Baqarah : 221)

Ayat di atas menyatakan bahawa lelaki dan perempuan Muslim tidak boleh berkahwin dengan bukan Muslim. Musyrik yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah SWT dengan ciptaan-Nya. Allah SWT tidak menerima amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Allah SWT tidak mengampuni dosa syirik (menyekutukan Allah SWT dengan ciptaan-Nya) dan Dia mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa menyekutukan Allah SWT dengan ciptaan-Nya sungguh ia telah tersesat jauh. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-Nya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (an-Nisa’ :116) 2.

Lelaki Muslim harus berkahwin dengan perempuan ahli Kitab Islam memberikan kelonggaran kepada lelaki Muslim berkahwin dengan perempuan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani/Kristian). Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, 

 “...Dan dihalalkan bagi kamu menikahi perempuan yang menjaga kehormatan di antara perempuan yang beriman dan perempuan yang diberikan kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar mas kahwin untuk menikahinya, bukan untuk berzina dan perempuan simpanan...” (al-Maidah : 5)

Ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi-nabi-Nya seperti Kitab Zabur, Taurat dan Injil. II. Perkahwinan antara agama menurut undang-undang Indonesia. Perkawinan di Indonesia diatur melalui Undang-undang No 1 Tahun 1974 tentang Perkawinan. Berdasarkan Undang-Undang tersebut perkahwinan dianggap sah apabila perkahwinan dilakukan mengikut hukum agama dan kepercayaan masing-masing. Perkara tersebut dicatat mengikut undang-undangan yang berlaku. Pandangan pakar islam Indonesia berkaitan Perkawinan beza Agama 

a. Prof. Dr. Muhammad Daud Ali 
Beliau merupakan Profesor Fakulti Undang-undang Universiti Indonesia menjelaskan dalam buku beliau yang bertajuk “Perkawinan Antar Pemeluk Agama Yang Berbeda“.Perkawinan antara masyarakat yang berbeza agama adalah bercanggah dengan hukum agama dan Undang-undang Perkawinan yang berlaku di Indonesia. Oleh itu, perkahwinan tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan dan tidak dilindungi oleh kerajaan kerana melakukan perbuatan yang bercangah dengan Pancasila hukum agama Islam yang berlaku di Indonesia. 

b. Prof. HM Rasjidi
beliau merupakan bekas menteri agama Kerajaan Indonesia dalam tulisannya di Harian Abadi edisi 20 Agustus 1973, Undang-Undang Perkawinan pasal 10 ayat 2 menyebutkan “Perbezaan suku, bangsa, negara asal, tempat asal, agama, kepercayaan dan keturunan tidak merupakan penghalang perkawinan.Undang-Undang tersebut ingin mengambil Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pasal 16 yang menyatakan: “Lelaki dan wanita yang sudah dewasa tidak mempunyai had karena suku, kebangsaan dan agama, mempunyai hak yang sama dalam urusan perkawinan dan perceraian.” Berkenaan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pasal 16 tersebut, 

c. Prof Dr. Hamka, 
beliau menyatakan “Orang-orang Islam yang meninggalkan hukum Islam dan bergantung kepada “Hak-hak Asasi Manusia” yang disahkan dalam Muktamar San Francisco oleh orang-orang yang membuat “Hak-hak Asasi” sendiri kerana tidak ada jaminan dalam agama yang dianut dianggap kafir, fasiq, dan zalim. Perkahwinan antara agama masih diamalkan di Indonesia pada masa ini sungguhpun dilarang oleh agama dan undang-undanga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan pengiktirafan oleh kerajaan antara lain, 

1. Berkahwin mengikut agama isteri dan suami iaitu berkahwin mengikut agama lelaki dan perempuan. 

2. Salah seorang akan memeluk agama pasangannya untuk membenarkan perkahwinan sahaja kemudian selepas berkahwin akan kembali kepada agama asal. 

3. Berkahwin di luar negara.

d. Bekas Menteri Agama Quraish Shihab, 
beliau mengatakan supaya perkahwinan tersebut perlu dilakukan mengikut agama masing-masing. Perkahwinan antara suami dan istri perlu berlandaskan persamaan agama dan keyakinan hidup. Namun pada kes perkahwinan antara agama harus ada jaminan daripada agama yang dianut oleh suami dan istri supaya tetap menghormati agama pasangannya. “Tidak boleh ada tindakan yang menghalang menjalankan ibadah sesuai agamanya 

e. Farida Prihatini, 
beliau merupakan pensyarah undang-undang Islam di Universiti Indonesia menyatakan bahwa Majelis Ulama Indonesia melarang perkawinan antara agama yang berbeza termasuk juga penganut bukan Islam tidak boleh berkawin dengan penganut agama yang berbeza. Hanya penganut agama yang tidak taat kepada ajaran agamanya mencari peluang untuk berkahwin dengan pasangan yang berbeza agama. Perkawinan tersebut tidak sah maka perkwinan tersebut tidak diiktiraf maka tidak ada waris dan anaknya mengikut hubungan dengan ibunya. 

Mengikut Farida kerajaan tidak tegas terhadap kes ini sungguhpun Undang-Undang tidak membenarkan perkahwinan antara pasangan yang berbeza agama tetapi Jabatan Pendaftaran Sivil mengiktiraf perkahwinan pasangan yang berbeza agama yang dilakukan di luar negera. Padahal Jabatan Pendaftaran Sivil adalah jabatan kerajaan sepatutnya Jabatan Pendaftaran Sivil hanya menerima pendaftaran yang sesuai dengan hukum Indonesia. “Jika perkahwinan tersebut tidak diiktiraf oleh Kerajaan maka perkahwinan tersebut tidak boleh didafaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Sivil. 

Kesimpulan

Perkahwinan antara pasangan yang berbeza agama tidak diiktiraf oleh kerajaan Indonesia sehingga isteri tidak mempunyai hak atas harta warisan yang ditinggalkan oleh suaminya.

18 comments:

  1. ya, saya setuju ngan Quran...tapi disini...tuhan mencipta manusia saling mengetahui sesama sendiri apa kita boleh buat...dh orang indonesia sana ada sefahaman sebegini...oklah..mean ada kelonggaran diri mereka..utk pilih agama sendiri....ada masih
    tidak kenal islam lagi slow2...akan masuk islam lah...dont worry...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan bagi akal dan fikiran dan didalam quran sudah ada hukum hakam nya bagi yg beragama islam sudah tentu tahu hukumnya,islam di indon seperti di permainkan

      Delete
    2. Mmg jodoh ditangan tuhan tapi manusia bolh memilih ibarat tahi dan makanan adakah kmu mahu memilih tahi

      Delete
  2. Org islam perlu patuh kpd ajaran quran. Quran itu qalam Allah. Org yg beriman tidak akan melanggar larangan agamanya. Hanya syahadah yang membawa manusia itu ke jannah.

    ReplyDelete
  3. fyi, di negara saya indonesia aada kelonggaran UUD means boleh kawin campur. tapi masalahnya ada beberapa yg tidak terima kawin campur karena ribet. tapi sebenrya boleh kawin campur buktinya grandpa dan grandma saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka lahir lah keturunan anak gampang@anak haram,bertaubat lah

      Delete
    2. Sudah dijelaskan masih tetap buat itulah Indonesia

      Delete
  4. Mana bisar Islam dan berbeda agama bernikah...

    ReplyDelete
  5. Islam liberal di indon pkai hukum sendiri

    ReplyDelete
  6. Klau lahir anak itu di kira anak haram@ank luar nikah,sukarno sndri ibu nya hindu bali dan ayahnya jawa islam

    ReplyDelete
  7. Indon kaya budaya miskin agama itu nama nya indogsialan

    ReplyDelete
  8. Isu aqidah Islam tidak boleh ditoleransi, perlu dipertahan. Jika tidak, masyarakat akan rosak kerana institusi keluarga itu sudah goyah. Semoga kita yang sedar kesilapan ini bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan sebelum pintu taubat tertutup. Di dalam Al-Quran, telah dinyatakan:

    Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah islam….” (al-‘imran :19)

    “Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima daripadanya…” (al-‘imran : 85)

    Semoga Allah SWT menurunkan rahmatNya kpada kita. Amiin...

    ReplyDelete
  9. Indonesia telah mengundang suatu dosa yg amat besar kepada keturunan umat Islam....sbb balabsering melandabnegara Indonesia

    ReplyDelete
  10. Negara yg majoriti islam takut sama kafir minoriti🤔🤔

    ReplyDelete
  11. Negara kita pun majmuk juga tapi takda pun islam nk kahwin beza agama

    ReplyDelete
  12. Itulah apabila islam tak dijadikan agama rasmi negara nk laksanakan hukum syariah pun payah

    ReplyDelete
  13. Bagaimana musuh Islam menyerang Agama Islam dengan melahirkan ramai anak gampang

    ReplyDelete