Tuesday, July 2, 2013

ADAKAH KETAM NIPAH BOLEH DIMAKAN?

Ramai yang mengatakan ketam nipah haram dimakan kerana ketam nipah hidup dua alam iaitu darat dan laut. Penulis belum menjumpai dalil khas yang mengatakan haiwan dua alam haram dimakan. Sungguhpun demikian terdapat sebahagian Cendikian muslim yang mengharamkan makan haiwan dua alam berdasarkan hadis berikut: Dari Abdur rahman Ibn Utsman menerangkan, “Di hadapan Rasulullah terdapat seorang tabib memperagakan ubat-ubatan dan dia menyebutkan tentang katak yang dimasukkan ke dalam ubat tersebut. Rasulullah melarang muslim membunuh katak tersebut.” (dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’ie).

Hadis tersebut melarang sahabat untuk membunuh katak tersebut dan tidak melarang secara khas untuk memakan katak tersebut. Sungguhpun demikian sebahagian Cendikiawan muslim menyatakan bahawa katak haram dimakan dan mengqiaskan hukum tersebut kepada haiwan yang hidup seperti katak. Sungguhpun demikian, pada asalnya setiap ciptaan Allah boleh dimakan melainkan terdapat dalil yang jelas atau tegas yang mengharamkannya. Perkara ini sesuai dengan sabda Rasulullah dalam hadis di bawah ini yang bermaksud, Daripada Abi Darda’, Rasulullah bersabda; “Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, ia adalah halal. Apa yang Allah haramkan, ia adalah haram. Apa yang didiamkan, ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah membaca surah Maryam ayat ke 64 yang bermakna; “Dan Tuhanmu tidak pelupa.” (Dilaporkan oleh al-Hakim dan disahihkannya, kemudian dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Jika muslim yang mengatakan ketam nipah haram dimakan kerana haiwan tersebut hidup dua alam dan ditujukan kepada katak, maka Ketam nipah tidak termasuk dalam kategori haiwan yang hidup dua alam kerana yang dimaksudkan haiwan yang hidup dua alam adalah haiwan yang dapat hidup ddi darat dan dalam air seperti katak. Kitar hidup katak dibahagi kepada dua iaitu marudu yang hidup di dalam air dan katak yang hidup di darat. Sedangkan ketam nipah tidak termasuk ke dalam kumpulan haiwan yang hidup dua alam kerana ketam nipah hanya dapat hidup di dalam air sahaja, ketam nipah bukan reptilia dan amfibia tetapi ketam adalah rustasia seperti udang dan kerang. Keseluruhan kitaran hidupnya di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui paru-paru yang menggunakan oksigen yang terdapat dalam air. Ketam nipah dapat bertahan hidup di darat kerana ketam nipah mempunyai insang yang mempunyai satu ruang yang dapat menyimpan air sehingga dapat bertahan hidup buat seketika. Apabila air tersebut maka ketam tersebut akan mati.

1 comment: