Thursday, June 12, 2014

BUKU PANDUAN BAGI YANG INGIN BERKAHWIN DENGAN MUALLAF

Assalamualaikum
Jumpa lagi dalam posting bulan Jun 2014

Buku ini memberi panduan kepada muslim untuk beriteraksi dengan non muslim. Buku ini boleh digunakan sebagai panduan untuk berinteraksi dengan ibubapa mertua dan saudara mara daripada pasnagan anda yang bukan islam. 

Ramai melayu yang ingin berkahwin dengan muallaf bertanya kepada saya, buku apa yang boleh dibaca sebagai persediaan sebelum berkahwin dengan muallaf. Saya ucapkan tahniah kepada mereka sebab ambil berata perkara ini. Sebetulnya persediaan ini sangat penting bagi sesiapa yang berhajat berkahwin dengan muallaf sebab kahwin dengan muallaf adalah satu pengorbanan keraan banyak perkara perlu diambil kira antaranya perbezaan budaya, hubungan dengan ibubapa mertua yang bukan islam antara yang akan jadi isu selepas berkahwin. Saya mencadangkan kepada mereka membaca buku-buku ini.


Buku ini membantu anda untuk membetulkan salah tanggapan keluarga mereka terhadap Islam sebab kebanyakan bukan islam mempunyai salah tanggapan tentang Islam. Insha Allah buku ini akan membantu anda untuk memahami keluarga mereka yang bukan muslim. 



Buku ini untuk melengkapkan buku Tuhan Untuk Semua, buku ini akan membantu anda untuk membetulkan salah tanggapan keluarga mereka terhadap Islam sebab kebanyakan bukan islam mempunyai salah tanggapan tentang Islam. Insha Allah buku ini akan membantu anda untuk memahami keluarga mereka yang bukan muslim. 



Buku ini menjelaskan tentang perkara fikah bagi muallaf, terdapat sedikit kelonggaran bagi muallaf bila dibandingkan dnegan muslim yang dilahirkan dalam keluarga islam. Banyak isu-isu menarik yang dibincangkan dalam buku ini.


Buku-buku ini juga membantu anda dalam kehidupan harian anda selepas berkahwin nanti, banyak isu yang mungkin dapat diselesaikan dengan merujuk buku-buku ini. Selaian buku-buku ini, ada lagi buku di luar sana yang dapat membantu anda. 

Sebahagian buku ini boleh dapatkan daripada saya dan yang lainnya boleh cari di kedai buku MPH atau Popular. Hubungi saya di talian 091 3568602 untuk maklumat lanjut.

Sunday, May 11, 2014

ADAKAH BERKHATAN MERUPAKAN KEUTAMAAN SELEPAS MEMELUK ISLAM?

Banyak mesej yang saya terima bertanya tentang adakah perlu berkhatan dahulu sebelum memeluk Islam? Mesej ini datang dari muslim yang ada kawan ingin memeluk islam ataupun orang yang ingin memeluk islam, mereka keliru mata satu yang perlu diutamakan? Ramai kawan muslim yang bagitahu kepada lelaki yang ingin memeluk islam supaya berkhatan dahulu sebelum memeluk islam. 

Mari kita rujuk dahulu hukum tentang bersunat

Lelaki Muslim mengamalkan khatan, perkara ini dilaporkan dalam hadis berikut ini yang bermaksud,

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud “Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi yang berkhatan sendiri pada usia lapan puluh tahun.”
(Dilaporkan daripada Sahih Bukhari dan sahih Muslim)

Yesus juga berkhatan kerana khatan merupakan amalan bangsa Yahudi yang diamalkan sejak Abraham sedangkan Yesus merupakan keturunan Yahudi. Perkara ini dilaporkan dalam ayat di bawah:

Setiap lelaki mesti disunat; sunat menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-KU dengan engkau kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat tidak dianggap umat-KU kerana ia tidak berpegang pada perjanjian 
(Kejadian bab 17, ayat 13 hingga 14).

Merujuk ayat di atas khatan merupakan suatu kewajipan bagi pengikut Yesus tetapi hukum tersebut telah dihapuskan oleh Paulus of Tarsus seperti diterangkan dalam ayat berikut, 

Sebaliknya orang Yahudi sejati adalah orang yang berjiwa Yahudi dan hati mereka bersunat. Semua itu dilakukan oleh roh Allah bukan oleh apa yang tertulis di dalam Taurat 
(Romans bab 2, ayat 29).

Mengikut ayat di atas Paul telah menghapuskan kewajipan berkhatan kepada lelaki, maka kebanyakan penganut agama kristian hari ini telah meninggalkan amalan bersunat. Sedangkan lelaki muslim masih mengekalkan amalan bersunat berdasarkan hadis di bawah ini,

Daripada ‘Utsaim bin Kulaib, daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa dia pernah datang kepada Rasulullah lalu mengatakan, “Sungguh, saya sudah memeluk Islam.” Nabi berkata, “Buanglah bulu rambut (kekufuran dan berkhatanlah.” 
(Direkodkan oleh Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Imam Ahmad)

Hadis di atas menjelaskan bahawa selepas seseorang memeluk islam perlu berkhatan atau bersunat. Sungguhpun demikian sunat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja asalkan muallaf tersebut sudah bersedia melakukannya kerana sebelum bersunat perlu mengambil kira beberapa perkara antara lain, 
  1. Bagi muallaf yang baru memeluk Islam dan masih merahsiakan pengislaman boleh bersunat selepas mengisytiharkan pengislaman kepada keluarga supaya keluarga tidak mengesyaki anaknya telah memeluk islam. Bagi mereka yang tidak dapat bersunat dengan segera maka pastikan kebersihan alat sulit sentiasa dijaga.
  2. Perlu memberikan penjelasan yang jelas tentang bahagian kulit yang dibuang iaitu kulit bahagian hujung zakar yang dipanggil juga kulub. Kulit tersebut dibuang supaya mudah menjaga kebersihan dan jangkitan kuman. Gambar yang ditunjukkan di bawah ini bukan cara sunat yang diajarkan oleh islam sebab islam tidak memotong semua bahagian kulit, hanya kulit sehingga bahagian tengkuk zakar yang dibuang.
  3. Khatan dapat dilakukan menggunakan beberapa kaedah iaitu potong menggunakan kaedah biasa, laser dan Klamp. Laser dan Klam merupakan teknologi terbaru yang dapat memudahkan penyembuhan dan pergerakan selepas bersunat. Bagi lelaki yang susah mendapatkan cuti dalam tempoh masa yang lama boleh memilih kaedah Klamp kerana lebih selesa bergerak kerana zakar dilindungi oleh Klamp tersebut.
  4. Selepas melakukan khatan memerlukan penjagaan yang rapi supaya tidak terjadi jangkitan kuman. Pastikan bahagian bekas jahitan bersih dan tidak lembab supaya penyembuhan berlansung dengan cepat. 
  5. Ambil makanan yang tinggi kandungan protein, bila perlu minum pati ikan haruan atau gamat untuk mempercepat peyembuhan. Proses penyembuhan bagi lelaki dewasa lebih lama berbanding dengan kanak-kanak, oleh itu perlu ada kawan atau saudara mara yang menjaga makan minum selepas bersunat.
Sungguhpun demikian, kita boleh menjelaskan tentang kelebihan berkhatan kepada saudara baru tersebut. Sungguhpun demikian, sunat bukan perkara utama yang dilakukan sebelum atau selepas memeluk Islam. Mantapkan akidah muallaf supaya bersedia menghadapi cabaran yang akan dihadapi selepas bersunat. Antara kelebihan berkhatan adalah, 
  1. Sunat dapat memudahkan dalam menjaga kebersihan zakar, zakar merupakan bahagian yang paling sensitif dan mudah dijangkiti kuman.Hujung zaakr yang ditutupi oleh kulub sangat mudah dijangkiti kuman, dengan membuang kulub tersebut maka kebersihan lebih mudah dijaga. 
  2. Kulit zakar yang tidak disunat akan mudah koyak apabila zakar menegang sehingga sangat sakit. Sunat dapat mengurangkan risiko koyakan kulit zakar semasa menegang. 
  3. Mengikut kajian yang dilakukan di Afrika, lelaki yang disunat 30% lebih selamat daripada dijangkiti virus HIV berbanding lelaki yang tidak disunat. 
  4. Oleh itu, semakin ramai lelaki bukan Islam yang mengamalkan sunat terutama di negara-negara maju kerana kebersihan dan kesihatan zakar. 

Friday, February 21, 2014

PASCA SYAHADAH


Syahadah merupakan perjanjian antara seorang hamba dengan Allah, maka semua dosa yang dilakukan sebelumnya telah dihapuskan oleh Allah. Allah berfirman dalam ayat ini yang bermaksud

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-syuura: 25).

Sebelum menerima islam bermakna orang tersebut telah menzalimi diri sendiri dengan melakukan pelbagai kejahatan. Apabila mengucap syahadah maka orang tersebut telahpun mengakui kesilapan tersebut maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lepas. Maka bermulalah kehidupan baru dimana setiap amalan kebajikan dan keburukan akan mengisi kehidupan baru. Perkara ini diterangkan dalam hadis berikut

Setiap anak yang dilahirkan umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (Dilaporkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Masa selepas itu perlu diisi dengan belajar dan mengamalkan islam secara perlahan-lahan. Apabila kita rujuk pada zaman turunnya al-Quran, 13 tahun pertama ayat alquran turun berkaitan kepercayaan kepada Allah dan belum ada lagi kewajipan untuk mengamalkan solat dan hukum-hukum yang lain. Ini menunjukkan Islam lebih mengutamakan hambanya untuk mengenali Allah dan mempercayainya berbanding amalan lainnya.

Friday, September 27, 2013

DAKWAH MAMPAN

Sebuah buku panduan untuk memaksimalkan sumber daya yang ada untuk memudahkan melakukan dakwah. Buku tersebut boleh dimuat turun percuma daripada link di bawah ini: https://docs.google.com/file/d/0B4dlMaOfCfO1UEgxLU1VTUU5OVU/edit?usp=sharing

Thursday, September 5, 2013

BUKU 25 SOAL JAWAB MARTABAT WANITA DALAM ISLAM

Sinopsis buku Islam merupakan agama yang sering disalahfahami, salah tanggapan tersebut timbul kerana mereka tidak dapat maklumat yang tepat tentang islam. Antara perkara yang menjadi tumpuan aktivis hak asasi dan orang-orang yang anti terhadap Islam adalah wanita. Bukan Islam menganggap islam menindas wanita padahal dengan memberikan kelebihan kepada lelaki dalam perkara-perkara tertentu. 

Antara isu yang sering ditimbulkan adalah perbezaan antara lelaki dan wanita dalam islam. Islam memberikan kelebihan kepada lelaki dengan membenarkan lelaki berkahwin empat, lelaki menerima dua bahagian dalam pembahagian harta warisan, saksi seorang lelaki sama dengan saksi dua orang wanita. Selain itu, Islam juga menindas wanita dengan mewajibkan wanita menutupi dirinya, wanita tidak boleh memandu kereta, wanita tidak boleh menjadi artis dan lain sebagainya. 

Buku ini akan menjawab persolan-persoalan tersebut dengan menggunakan hujah daripada al-Quran, Hadis dan pandangan ulama serta saintifik. Penggunaan ayat yang mudah dan ringkas akan memudahkan pembaca memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Selain itu, analogi yang diberikan oleh penulis akan memudahkan lagi pembaca untuk memahami kandungan buku ini. Kelainan daripada buku ini adalah ditulis oleh lelaki dan wanita, sekiranya penulis hanya lelaki sahaja mungkin pembaca akan merasa bahawa itu hanya pandangan lelaki. 

Maka dengan ditulis oleh lelaki dan wanita maka pembaca lebih mudah untuk menerima mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis mengharapkan supaya buku ini dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan tentang wanita dalam Islam.

Tuesday, July 2, 2013

ADAKAH KETAM NIPAH BOLEH DIMAKAN?

Ramai yang mengatakan ketam nipah haram dimakan kerana ketam nipah hidup dua alam iaitu darat dan laut. Penulis belum menjumpai dalil khas yang mengatakan haiwan dua alam haram dimakan. Sungguhpun demikian terdapat sebahagian Cendikian muslim yang mengharamkan makan haiwan dua alam berdasarkan hadis berikut: Dari Abdur rahman Ibn Utsman menerangkan, “Di hadapan Rasulullah terdapat seorang tabib memperagakan ubat-ubatan dan dia menyebutkan tentang katak yang dimasukkan ke dalam ubat tersebut. Rasulullah melarang muslim membunuh katak tersebut.” (dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’ie).

Hadis tersebut melarang sahabat untuk membunuh katak tersebut dan tidak melarang secara khas untuk memakan katak tersebut. Sungguhpun demikian sebahagian Cendikiawan muslim menyatakan bahawa katak haram dimakan dan mengqiaskan hukum tersebut kepada haiwan yang hidup seperti katak. Sungguhpun demikian, pada asalnya setiap ciptaan Allah boleh dimakan melainkan terdapat dalil yang jelas atau tegas yang mengharamkannya. Perkara ini sesuai dengan sabda Rasulullah dalam hadis di bawah ini yang bermaksud, Daripada Abi Darda’, Rasulullah bersabda; “Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, ia adalah halal. Apa yang Allah haramkan, ia adalah haram. Apa yang didiamkan, ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah membaca surah Maryam ayat ke 64 yang bermakna; “Dan Tuhanmu tidak pelupa.” (Dilaporkan oleh al-Hakim dan disahihkannya, kemudian dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Jika muslim yang mengatakan ketam nipah haram dimakan kerana haiwan tersebut hidup dua alam dan ditujukan kepada katak, maka Ketam nipah tidak termasuk dalam kategori haiwan yang hidup dua alam kerana yang dimaksudkan haiwan yang hidup dua alam adalah haiwan yang dapat hidup ddi darat dan dalam air seperti katak. Kitar hidup katak dibahagi kepada dua iaitu marudu yang hidup di dalam air dan katak yang hidup di darat. Sedangkan ketam nipah tidak termasuk ke dalam kumpulan haiwan yang hidup dua alam kerana ketam nipah hanya dapat hidup di dalam air sahaja, ketam nipah bukan reptilia dan amfibia tetapi ketam adalah rustasia seperti udang dan kerang. Keseluruhan kitaran hidupnya di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui paru-paru yang menggunakan oksigen yang terdapat dalam air. Ketam nipah dapat bertahan hidup di darat kerana ketam nipah mempunyai insang yang mempunyai satu ruang yang dapat menyimpan air sehingga dapat bertahan hidup buat seketika. Apabila air tersebut maka ketam tersebut akan mati.