Saudara muslim yang telah memaklumkan pengislaman kepada keluarga tidak mempunyai masalah untuk mengamalkan Islam. Saudara muslim yang merahsiakan pengislaman daripada keluarga dan tinggal jauh daripada keluarga juga tidak mempunyai masalah mengamalkan islam kecuali semasa balik ke rumah ibubapa. Manakala muslim yang merahsiakan pengislaman daripada keluarga dan tinggal bersama ibubapa mempunyai masalah untuk mengamalkan Islam seperti shalat, tudung bagi perempuan dan juga pemakanan.a. Shalat
Saudara muslim boleh melaksanakan shalat secara rahsia dalam bilik, jika takut diketahui oleh keluarga dan diketahui pengislaman sehingga menimbulkan masalah yang besar maka memadai shalat secara isyarat sahaja buat seketika. Jika keluarga memelihara anjing dalam rumah maka saudara muslim boleh menggunakan selipar semasa mengambil wudhuk dan melakukan shalat dalam bilik. Saudara muslim yang tinggal bersama ibu bapa dan bekerja di luar dapat melakukan shalat di luar rumah semasa pergi bekerja. Shalat tersebut dapat dilakukan seperti berikut :
1. Shalat subuh dilakukan semasa pergi bekerja dengan singgah di surau yang berdekatan
2. Shalat zuhur dilakukan semasa rehat tengahari
3. Shalat ashar dilakukan selepas tamat waktu bekerja
4. Shalat magrib dapat dilakukan dalam perjalanan balek ke rumah
5. Shalat isya dapat dilakukan dalam bilik sebelum tidur
Saudara muslim boleh menggabungkan shalat zuhur dengan ashar (jamak), magrib dan isya untuk sementara waktu sekiranya agak susah melakukan mengikut waktu.
b. Tudung
Saudara muslim perempuan yang merahsiakan 
pengislaman daripada keluarga bukan islam boleh tidak memakai tudung semasa pulang ke rumah ibubapa. Keadaan ini hanya dibenarkan untuk sementara sahaja sehingga keadaan saudara muslim tersebut sedia untuk memaklumkan pengislaman kepada keluarga. Muslim apabila menasihatkan saudara muslim perlu mengambil kira keselamatan diri dan akidah saudara muslim. mencegah masalah yang lebih besar seperti keselamatan lebih utama daripada amalan sungguhpun amalan tersebut adalah amalan wajib.
Assalamualaikum, Qistina here. I really feel impressed the blog you written above. Its really describing what am i doing now, and it helps a lot.
ReplyDeleteThanks for the advise.
Walaikumsalam.
Waalaikumsalam. Minta maaf saya lambat balas komen anda sebab saya jarang buka blog sekarang ini. Perlukan bantu boleh hubungi saya di talian 019-6915279
Deletesubhanallah.. trima ksh atas perkongsian bt sy yg dlm keadaan tsebut.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Minta maaf saya lambat balas komen anda sebab saya jarang buka blog sekarang ini. Perlukan bantu boleh hubungi saya di talian 019-6915279
Delete