Saturday, May 28, 2011

KENAPA ORANG MASUK ISLAM TERLAMPAU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI?

Ahli keluarga bukan islam merasa agama Islam adalah agama yang mementingkan diri sendiri kerana ibu bapa bukan Islam tidak dapat menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh anak-anaknya selepas masuk islam. Sungguhpun telah memeluk Islam hubungan antara anak dengan ibubapa perlu dijaga seperti sebelumnya bahkan lebih baik sebelum memeluk islam. Anak-anak wajib berbakti kepada ibubapanya sungguhpun bukan islam sekiranya ibu bapa tidak menyuruh anak-anaknya menyembah selain Allah. Firman Allah :

Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan berbuat baik kepada Allah kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya berumur lanjut di bawah penjagaanmu, maka sekali-kali janganlah engaku mengatakan "ah" dan memarahinya, dan ucapkanlah perkataan baik-baik kepada keduanya (Al-Isra 17:23)



Mengikut ayat di atas anak-anak wajib berbakti kepada ibubapa tidak kira bangsa agama asalkan ibubapa tidak menyuruh mensyirikkan Allah. Firman Allah :


"Dan jika keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentangnya, maka janganlah engkau taat keduanya, dan layanlah keduanya dnegan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku....(Luqman 31:15)



Layanan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut mencakup semua perkara termasuk juga saraan kepada ibubapa. Anak-anak yang memeluk islam (saudara muslim) harus melayan ibubapanya lebih baik dengan sebelumnya supaya mereka nampak keindahan Islam. Jika Saudara muslim sebelum memeluk Islam mengunjungi ibubapa di kampung dua bulan sekali maka selepas islam perlu lebih kerap iaitu sebulan sekali. Begitu juga urusan saraan ibubapa, jika saudara muslim sebelum memeluk Islam menyara ibubapa dengan kiriman wang sebanyak RM640 perbulan maka selepas masuk Islam boleh ditingkatkan menjadi Rm500 perbulan paling kurang tdiak berkurang dari saraan asal.

Jika saudara muslim mempunyai kerjaya yang baik dan gaji yang lumayan, ibubapa bukan islam tidak mempunyai hak untuk mendapatkan harta pusaka jika saudara muslim meninggal. Maka saudara muslim perlu membuat persediaan awal dengan memberikan hibah (hadiah) kepada ibu bapa semasa saudara muslim masih hidup.

Friday, May 6, 2011

TUHAN UNTUK SEMUA

Alhamdulillah buku bertajuk TUHAN UNTUK SEMUA kary penulis yang pertama berjaya diterbitkan oleh PTS pada pesta buku Antara Bangsa PWTC. Alhamdulillah respon yang cukup baik daripada pembaca tentang kandungan buku ini, penjelasan yang mudah difahami dan menggunakan hujah yang sahih daripada Al-Qur'an dan Hadis serta saintifik.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan muslim yang bergiat aktif dalam usaha menyebarkan islam dan juga bukan Islam yang sedang mengkaji Islam. Buku ini juga sangat baik dihadiahkan kepada saudara-saudara kita yang belum menerima Islam.

Buku tersebut dapat ditempah melalui penulis Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602 ataupun melalui email cikmu06@yahoo.com serta menghantar mesej ke inbox facebook faisal_achenes@yahoo.com. Harga buku RM12 untuk semananjung termasuk kos penghantaran dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju.

Wednesday, March 2, 2011

HUKUM-HUKUM DALAM ISLAM

Mengikut ijmak ulama hukum islam terdiri daripada lima iaitu:
  1. Fardhu (wajib)
  2. Sunat
  3. Mubah
  4. Harus
  5. Haram
Ketentuan hukum tersebut berubah mengikut masa dan zaman kecuali hukum yang bersifat wajib.
Fardhu atau Wajib
Fardhu adalah sesuatu yang dituntut oleh syarak atau Islam melalui ayat al-Qur'an ataupun Hadis sunah yang mutawatir untuk melakukannya. Fardhu dibahagikan kepada dua iaitu:
  1. Fardhu Ain, perkara yang harus dilakukan oleh setiap muslim yang mukallaf. contohnya: shalat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menuntut ilmu dan mengeluarkan zakat
  2. Fardhu Kifayah, perkara yang wajib dikerjakan oleh setiap muslim yang mukallaf dan jika sudah dikerjakan oleh sebahagian muslim yang lain maka tidak diwajibkan untuk mengerjakannya. Contoh shalat jenazah dan penguburannya.
Sunat
Sunat adalah perkara yang lebih baik dikerjakan oleh muslim yang mukallaf. Jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat dosa. Contohnya shalat sunat tarawih
Haram
Haram adalah perkara yang wajib ditinggalkan oleh setiap muslim. Jika perkara haram tersebut ditinggalkan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah dan apabila dilakukan akan mendapat dosa. Contohnya mencuri, berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya.
Makhruh
Makhruh adalah perkara yang dituntut oleh syarak untuk ditinggalkan sungguhpun jika dilakukan tidak berdosa.
Mubah
Mubah adalah perkara yang diberikan pilihan oleh syarak untuk melakukannya atau meninggalkannya. Contoh adalah makan dan minum.
Kewujudan hukum daalm Islam bukan untuk menyekat kebebasan berfikir dan beramal tetapi untuk memudahkan muslim dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai khalifah Allah.

Islam menggalakkan muslim untuk meninggalkan perkara syubhat supaya tidak terjerumus kepada perkara yang diharamkan Rasulullah saw bersabda:

Yang halal jelas dan yang harampun sudah jelas. Di antara keduanya terdapat beberapa perkara samar-samar, tidak ramai orang mengetahuinya, adakah ia halal ataupun ia haram? Barang siapa meninggalkan yang syubhat kerana mahu membersihkan agama dan kehormatan, maka ia selamat. Barang siapa mengamalkan sesuatu perkara samar-samar, maka hampir terjatuh ke dalam yang haram. Seperti orang mengembala haiwan ternak di kawasan larangan, ia mungkin akan terjerumus ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja terdapat tempar larangan dan tempat larangan Allah adalah semua perkara yang diharamkan (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Islam tentang halal dan haram tidak memandang bulu maksudnya apabila melanggar perintah tersebut wajib menerima hukuman adakah pelakunya muslim ataupun non muslim. Hukum Islam tidak memandang kedudukan seseorang dalam masyarakat, sebagai contoh mencuri adalah amalan haram maka hukum akan tetap dilaksanakan. Rasulullah sawa bersabda:

"Demi Allah! Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya. (Sahih Bukhari)

Wednesday, February 23, 2011

Jalan hidayah Catherine Heseltine

ADAKAH aku ingin menjadi seorang Muslim? Lebih-lebih lagi, pada usiaku 16 tahun. Tidak sama sekali dan terima kasih sahajalah. Manakan aku sanggup meninggalkan nikmat dunia yang dikecapi selepas ini. "Agamaku adalah minum-minum, berparti sepanjang malam, malah aku selesa dengan teman-temanku yang ada." Itu pengakuan Catherine Heseltine sambil menggeleng-geleng kepala kepada soalan yang dianggap tidak masuk akal itu.



Dibesarkan di Chelsea, utara London, Catherine, 32, tidak pernah mengamalkan mana-mana agama pun di rumahnya. Apatah lagi kehidupannya lebih kepada lingkungan kelas menengah terpelajar menyebabkan agama dalam keluarganya adalah dianggap sesuatu yang kuno atau ketinggalan zaman serta tidak relevan.
Hingga pada suatu hari, guru tadika itu bertemu seorang pemuda bernama Syed. Pemuda itu, akui Catherine, berbeza dengan kebanyakan lelaki yang dikenalinya.


"Dia mencabar segala prasangka saya terhadap agama. Orangnya masih muda, seorang Muslim, seorang yang sangat percaya kepada Tuhan dan yang paling saya tidak berkenan, dia juga seorang yang normal atau dia sama seperti pemuda-pemuda seusianya. "Yang membezakan Syed dengan pemuda-pemuda Inggeris lain ialah dia tidak langsung minum minuman keras," katanya. Bagi Catherine, perbincangan dengan Syed banyak membuatnya sering seperti ditampar. Menurut Syed, seorang yang berpegang dengan fahaman agnotisme juga menyedari bahawa tanpa pegangan agama itu juga sebenarnya satu pegangan atau keyakinan.
Agnotisme adalah orang yang berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yang berupa kebendaan sahaja yang boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yang abstrak tidak mungkin.


Setahun kemudian, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Dalam diam-diam, Catherine jatuh hati kepada Syed dan Islam. Yang peliknya, dia sendiri tidak tahu yang mana datang dahulu sama ada kepada Islam ataupun Syed. Yang jelas, dia semakin tekun membaca buku-buku berkaitan Islam. Apa yang paling menarik perhatian Catherine daripada semua bahan bacaan itu?


"Al-Quran. Kitab ini sangat menarik dari sisi intelektual, sisi emosional dan spiritual. Saya menyukai penjelasannya tentang kewujudan alam semesta yang dikesan sejak 1,500 tahun yang lalu. "Malah, Islam telah memberikan hak-hak kepada wanita yang tidak dimiliki di dunia Barat. Saya makin yakin bahawa al-Quran itu adalah betul-betul sebuah wahyu," kata hatinya. Namun, untuk menyatakan keislaman diri, dia masih belum sanggup.
Baginya, pengislaman diri bukan sekadar melakukan syahadah atau demi mendapatkan apa yang diinginkan.
Dalam konteks Catherine, apa yang berpusing di mindanya ialah untuk mendapatkan Syed sebagai suaminya.
"Agama ini benar-benar cool. Tapi selama tiga tahun saya menyimpan minat dalam Islam untuk diri sendiri," ujarnya.
Tidak lama kemudian, timbul keberanian untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika berada di tahun pertama kuliah.
Pada tahun yang sama juga, atas alasan tidak mahu membina hubungan cinta yang panjang, mereka bersetuju menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan pernikahan agar bergelar suami isteri di segi syariat Islam.
"Reaksi awal ibu, dia mempersoalkan tidakkah kami sekadar hidup bersama tanpa perlu bernikah? Ini salah satu tanda hatinya agak berat merestui perhubungan itu," kata Catherine.
Bagi ibunya, rumah tangga Muslim adalah rumah tangga yang banyak menindas kaum isteri.
Pada awal pengislaman, Catherine tidak terus memakai tudung, cuma pada acara-acara keagamaan sahaja. Namun dalam rutin kehidupan seharian, dia lebih selesa mengenakan bandana atau sekadar bertopi untuk menutupi rambutnya.
Alasannya, dia sengaja tampil demikian untuk menarik perhatian, waima ketika berada di rumah, sedang menikmati hidangan, membeli-belah, ataupun sewaktu berada di luar rumah. Kalau orang bertanya, maka akan mudah baginya untuk bercerita tentang Islam.
Beliau mahu orang ramai dapat mengadaptasikan ajaran Islam secara berperingkat-peringkat.
"Saya juga mahu mereka menghakimi diri saya pertamanya dari sudut kecerdasan dan karakter, bukan pada agama saya. Inilah yang saya maksudkan sebagai syiar," katanya.
Ramai yang beranggapan pengislaman Catherine hanya untuk menggembirakan keluarga suami tetapi bukan atas kerelaan, keikhlasan dan kepercayaan diri sendiri.
Tidak terkecuali juga kalangan teman-temannya termasuk ada yang terkejut bahawa Islam mengharamkan arak, menyalahgunakan dadah dan tidak menggauli lelaki secara bebas.
Hal ini mengambil masa terutamanya kepada kawan-kawan lelaki di universiti seperti tidak boleh bercium atau mengucapkan salam dengan menyentuh pipi dan banyak lagi.
"Saya terpaksa memberitahu mereka, minta maaf ini bukan cara orang Islam.
"Lama-kelamaan, saya sebenarnya beralih menjadi seorang yang lebih Islamik daripada suami. Hal ini menyebabkan hubungan kami semakin renggang.
"Pada akhirnya, hati saya kuat mengatakan tanggungjawab suami dalam rumah tangga semakin berat dipikul olehnya dan krisis ini berlanjutan sehingga kami semakin menjauh dan kian terasing. Jodoh kami cuma bertahan selama tujuh tahun.
"Selepas berstatus janda, saya pindah ke rumah keluarga. Ramai yang pelik apabila mereka lihat saya masih lagi bertudung. Sejak itu, dalam situasi ditinggalkan sendirian, menjadikan keyakinan dan keimanan saya semakin kuat. Saya mula mencari kekuatan diri sebagai seorang Muslim dan mula berdikari," katanya.
Catherine akui, Islam banyak memberikannya petunjuk dan hala tuju dalam hidup ini. Dia mula melibatkan diri dengan Muslim Public Affairs Committee. Beliau mengetuai kempen-kempen anti-Islamophobia, diskriminasi terhadap wanita di masjid, kemiskinan dan situasi serta perjuangan rakyat Palestin.
"Apabila segelintir pihak memanggil kami kumpulan pelampau, saya rasa itu sesuatu yang tidak masuk akal. Hakikatnya, terdapat terlalu banyak masalah dalam komuniti Muslim, tetapi apabila orang ramai rasa dikepung, ia menjadikan jalan perubahan itu semakin berliku dan sukar.

"Saya masih sebahagian masyarakat kulit putih di Britain tetapi saya beragama Islam. Sebenarnya, ia mengambil masa juga untuk saya menyesuaikan dua identiti itu agar serasi berganding," katanya

Saturday, February 12, 2011

Tuhan akan Membuatmu Berlutut, Jeffrey




Ketika masih kanak-kanak, semasa berjalan-jalan di pantai, Dr. Jeffrey Lang pernah bertanya pada ayahnya tentang keberadaan syurga. Pertanyaan kanak-kanak yang ingin mengetahui yang cukup tinggi dan menjadi pertanda bahwa suatu hari, Lang bakal menjadi seseorang yang melihat sesuatu dengan logik dan rasional. Tanda-tanda itu terbukti, semasa Lang telah dewasa dan menjadi seorang profesor matematika, bidang studi yang tidak memberi tempat bagi apapun, kecuali logika.



Lang menyelesaikan sekolah menengahnya di sekolah Katolik khusus laki-laki, Notre Dame Boys High. Sejak sekolah menengah, Lang sudah meolak kepercayaan adanya "Yang Maha Kuasa". Paderi, ibu bapa dan kawan-kawan satu kelas gagal meyakinkan Lang tentang kewujudan Tuhan. Akhirnya, pada umur 18 tahun, Lang menjadi seorang atheis dan sehingga 10 tahun sampai Lang menyelesaikan studi doktoralnya.



Di antara masa-masa itu, Lang pernah mendapat mimpi pelik. Ia melihat sebuah bilik kecil tanpa perabot. Dinding berwarna keabu-abuan. Lantainya ditutupi karpet yang ketara warga merah dan putih. Pada bahagian atas terdapat tingkap bersaiz kecil, melalui celah2 tingkap cahaya masuk dan menerangi ruangan. "Terdapat barisan orang di dalamnya, dan saya berada di baris yang ketiga. Semuanya laki-laki, tidak ada perempuan. Kami semua duduk dengan posisi tumit kaki ke arah belakang, menghadap ke arah jendela itu. Agak pelik, saya tidak mengenal sesiapa," cerita Lang mengenai mimpinya.



Lang berfikir mungkin ia berada di negara lain. Ia dan orang-orang di dalam bilik tersebut membungkuk bersama-sama dengan muka menghadap ke lantai. "Keadaan sangat tenang, tidak sedikitpun terdengar suara bisiang. Tiba-tiba kami sudah duduk lagi di atas tumit. Semasa saya melihat ke depan, ada seseorang di depan yang memimpin kami, dia ada di tengah, tepat di bawah tingkap. Dia berdiri seorang diri, saya hanya dapat melihat sedikit punggungnya. Orang tersebut memakai baju putih panjang dan kepalanya dibalut dengan syal warna putih bermotif merah. Pada masa itulah saya terbangun dari mimpi itu ..." Mimpi tersebut berlaku berulang-ulang selama 10 tahun menjadi seorang atheis.



Sebagai seorang yang mengedepankan logik, Lang tidak merasa terganggu dengan mimpi tersebut sungguhpun ia merasakan ketenangan setiap kali terbangun selepas mimpi tersebut. Lang tidak faham apa yang dirasakannya, dia tidak faham adakah masuk akal mimpi tersebut, maka Lang tidak menghiraukan mimpi tersebut sungguhpun sudah bermimpi berulang kali.



Pada suatu hari, semasa memberikan kuliah pertama di University of San Francisco, Lang bertemu dengan seorang mahasiswa muslim dalam kelasnya. Lang berkawan dengan mahasiswa dan keluarga mahasiswa tersebut. Semasa sembang dengan keluarga itu, mereka tidak pernah membincangkan tentang agama. Kemudian seorang ahli keluarga tersebut memberikan terjemahan Al-Quran. Sungguhpun Lang tidak berniat mengkaji pasal agama, ia mula membaca Al-Quran dengan perasaan buruk sangka.



Al-Quran telah membuat Lang merasa berada dalam sebuah pertempuran yang menarik. Lang berusaha membantah dan menyoal setiap kandungan Al-Quran yang dibaca, ia segera menemukan jawapan selepas meneruskan membaca muka surat setersunya, sehingga hatinya menerima kandungan Al-Quran. "Al-Qur'an selangkah lebih ke hadapan berbanding yang saya fikirkan, memadam penghalang yang saya bina sejak bertahun-tahun dan memberikan jawapan kepada soalan-soalan saya," ujar Lang.



Masa tersebut awal tahun '80-an dan jumlah muslim di University of San Francisco sangat sedikit. Di kampus tersebut, Lang melihat beberapa mahasiswa Muslim melaksanakan salat di sebuah bilik kecil, lantai bawah tanah sebuah bangunan gereja. Selepas berlaku "perang" pemiran, Lang memberanikan diri mendatangi surau kecil itu. Dan beberapa jam kemudian, Lang keluar daripada bilik tersebut sebagai seorang muslim selepas mengucap syahadat.



Selepas syahadat sudah masuk waktu salat Zuhur dan Lang salat berjemaah. Ia pun berdiri dalam shaf, bersama mahasiswa lainnya dan yang menjadi imam hari itu bernama Ghassan. Begitulah perjalanan Dr. Jeffrey Lang menuju cahaya Islam. Asalnya seorang yang tidak percaya adanya Tuhan, menjadi orang yang memiliki kepercayaan kepada Tuhan. Lang masih ingat, ayahnya berkata "Tuhan akan membuatmu berlutut, Jeffrey", semasa Lang berusia 18 tahun dan menolak kewujudan Tuhan. Perkataan ayahnya menjadi kenyataan. Sekarang Lang berlutut dan bersujud dalam dekapan Islam. Lang merasa Tuhan menyayanginya dengan menuntunnya ke agama Islam. "Saya merasa bahwa Tuhan selalu dekat, memberikan arah pada kehidupan saya," tukas Lang.

Monday, January 31, 2011

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari
raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di
sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi
, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di
rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
. Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja?
Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk
Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan
tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang
Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar!
Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ses
eorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Monday, January 24, 2011

KENAPA LELAKI NON MUSLIM KAHWIN WANITA MUSLIM HARUS MEMELUK ISLAM?

Bukankah sepatutnya wanita harus mengikuti agama lelaki? Jika wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam, sepatutnya wanita Islam harus meninggalkan agamanya dan memeluk agama bakal suami. Bukankah wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki? Bukankan wanita harus mengikuti agama bakal suami? Ataupun kekalkan agama masing-masing seperti perkahwinan campur antara agama selain islam seeprti perkahwinan wanita beragama hindu dengan lelaki beragama Budhism, mereka mengekalkan agama masing-masing dan tetap ahrmoni? Kenapa Islam memaksa lelaki yang berkahwin dengan wanita Islam untuk memeluk Islam?


1. Islam menghalalkan perkahwinan.
Islam menghraman zina dan menghalalkan perkahwinan. Firman Allah :


"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada Adam, dan menciptakan Hawa daripada dirinya. Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai (An-Nisaa' 4:1)


Allah menciptakan setiap ciptaan-Nya berpasang-pasangan supaya mereka mencari pasangannya supaya mendapatkan ketenangan dalam hidup. Firman Allah :


"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang...(Ar-Rum 30;21)


2. Islam melarang muslim berkahwin dengan bukan Islam


Umat Islam harus mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam pelbagai perkara termasuk juga perkahwinan. Jika lelaki bukan Islam ingin berkahwin dengan wanita Islam maka wajib mengikut undang-undang Islam. Islam melarang muslim melarang dengan orang musyrik. Firman Allah :


"Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun dia menarik minatmu. Dan janganlah kamu nikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sebelum mereka beriman. Sungguh hamba sahaya lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hatimu. (Al-Baqarah 2:221)


Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa lelaki dan perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan perempuan dan lelaki musyrik. Musyrik yang dimaksukan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah dengan ciptaan-Nya. Allah menolak amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa memperesekutukan ciptaan dengan Allah, maka sungguh ia telah tersesat jauh. (An-Nisa 4;116)


3. Lelaki islam harus berkahwin dengan perempuan ahli Kitab


Islam memberikan kelonggaran kepada lelaki muslim untuk berkahwin dengan perempuan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani/kristian). Manakala wanita muslim dilarang berkahwin dengan lelaki ahli kitab. Firman Allah :


"....Dan dihalalkan bagi kamu menikahi wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang beriman dan wanita yang emnjaga kehormatan di antara wanita yang diberikan kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar mas kawin untuk menikahinya , bukan untuk berzina dan perempuan simpanan.... (Al-Maidah 5:5)


Ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi-Nya seperti Zabur, Taurat dan Injil. Ahli kitab yang dibenarkan dinikahi oleh lelaki muslim adalah :




  1. Hendaklah perempuan tersebut beriman kepada Allah dan hari akhirat



  2. Hendaklah perempuan tersebut suci maksudnya bukan penzina dan melakukan zina dengan lelaki lain



  3. Bukan daripada kalangan orang yang memerangi umat Islam seperti zionis



  4. Tidak mendatangkan kemudaratan dan tidak mengundang fitnah



  5. Perempuan Ahli kitab tersebut tinggal di negara Islam sehingga suami lebih berpengaruh berbanding isteri sehingga kemungkinan isteri menerima lebih besar berbanding suami meninggalkan islam (Yusuf Qardhawi, Musarah)

Adapun hikmah dibenarkan perkahwinan dengan perempuan ahli kitab adalah:



  1. Ahli kitab beriman kepada kitab yang diturunkan oleh Allah maka terdapat banyak persamaan antara ahli kitab dengan muslim



  2. Suami yang beragama Islam beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada ahli Kitab manakala ahli kitab tidak beriman kepada agam Islam maka perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan islam



  3. Seorang isteri yang hidup bersama seorang muslim yang mengamalkan Islam akan melihat keindahan Islam sehingga minat menjadi muslim



  4. Anak-anak yang dilahirkan akan mengamalkan agama Islam kerana pengaruh suami lebih kuat berbanding isteri.

Antara sahabat Rasulullah yang berkahwin dengan ahli kitab adalah



  1. Osman bin Affan berkahwin dengan Nailah binti AlFarisah beragama kristian dan akhirnya memeluk Islam



  2. Huzaifah Ibn Al-Yaman berkahwin dengan seorang perempuan Yahudi dari Madian, Iraq



  3. Jabir Ibnu Abdullah yang berkahwin dengan wanita yahudi semasa pembukaan Kufah (Wahbab Al-Zuhaily, Al-Fiqh al-islami wa Adillatuh, 7/153)

Sungguhpun perkahwinan campur antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab dibenarkan oleh syarak tetapi amalan ini kurang sesuai diamalkan pada zaman sekarang kerana beberapa perkara :



  1. Umat Islam pada zaman sekarang adalah umat yang lemah sehingga objektif utama dakwah untuk memujuk wanita ahli kitab tidak tercapai



  2. Pada zaman awal Islam, budaya masyarakat pada masa tersebut lelaki menguasai wanita, suami dapat mengamalkan tanggung jawab dengan baik sedangkan pada zaman sekarang perempuan ramai yang berkerjaya sehingga segelintir suami dikuasai oleh isteri.



  3. Ibu mempunyai peranan yang besar dalam mendidik anak sehingga kebanyakan anak-anak tersebut mengamalkan agama ibu berbanding ayahnya.

Kerajaan Malaysia telah menfatwakan bahawa pernikahan antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab yang tidak mengamalkan kandungan kitabnya dengan betul adalah tidak sah (e-fatwa.gov.my/keputusan_view)



4. Islam melarang wanita muslim berkahwin dengan lelaki ahli kitab.

Islam tidak mahu orang-orang islam dikuasi oleh orang bukan islam, kebiasaan wanita lebih lemah berbanding lelaki. Jika wanita Islam dibenarkan berkahwin dengan lelaki bukan Islam maka bukan Islam akan menguasai wanita tersebut. Sedangkan Islam tidak membenarkan muslim dikuasai oleh bukan Islam. Firman Allah :

"Dan Allah tidak sekali-kali memberikan ruang kepada orang-orang kafir untuk menghancurkan umat Islam (An-Nisa 141).