Sunday, May 11, 2014

ADAKAH BERKHATAN MERUPAKAN KEUTAMAAN SELEPAS MEMELUK ISLAM?

Banyak mesej yang saya terima bertanya tentang adakah perlu berkhatan dahulu sebelum memeluk Islam? Mesej ini datang dari muslim yang ada kawan ingin memeluk islam ataupun orang yang ingin memeluk islam, mereka keliru mata satu yang perlu diutamakan? Ramai kawan muslim yang bagitahu kepada lelaki yang ingin memeluk islam supaya berkhatan dahulu sebelum memeluk islam. 

Mari kita rujuk dahulu hukum tentang bersunat

Lelaki Muslim mengamalkan khatan, perkara ini dilaporkan dalam hadis berikut ini yang bermaksud,

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud “Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi yang berkhatan sendiri pada usia lapan puluh tahun.”
(Dilaporkan daripada Sahih Bukhari dan sahih Muslim)

Yesus juga berkhatan kerana khatan merupakan amalan bangsa Yahudi yang diamalkan sejak Abraham sedangkan Yesus merupakan keturunan Yahudi. Perkara ini dilaporkan dalam ayat di bawah:

Setiap lelaki mesti disunat; sunat menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-KU dengan engkau kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat tidak dianggap umat-KU kerana ia tidak berpegang pada perjanjian 
(Kejadian bab 17, ayat 13 hingga 14).

Merujuk ayat di atas khatan merupakan suatu kewajipan bagi pengikut Yesus tetapi hukum tersebut telah dihapuskan oleh Paulus of Tarsus seperti diterangkan dalam ayat berikut, 

Sebaliknya orang Yahudi sejati adalah orang yang berjiwa Yahudi dan hati mereka bersunat. Semua itu dilakukan oleh roh Allah bukan oleh apa yang tertulis di dalam Taurat 
(Romans bab 2, ayat 29).

Mengikut ayat di atas Paul telah menghapuskan kewajipan berkhatan kepada lelaki, maka kebanyakan penganut agama kristian hari ini telah meninggalkan amalan bersunat. Sedangkan lelaki muslim masih mengekalkan amalan bersunat berdasarkan hadis di bawah ini,

Daripada ‘Utsaim bin Kulaib, daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa dia pernah datang kepada Rasulullah lalu mengatakan, “Sungguh, saya sudah memeluk Islam.” Nabi berkata, “Buanglah bulu rambut (kekufuran dan berkhatanlah.” 
(Direkodkan oleh Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Imam Ahmad)

Hadis di atas menjelaskan bahawa selepas seseorang memeluk islam perlu berkhatan atau bersunat. Sungguhpun demikian sunat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja asalkan muallaf tersebut sudah bersedia melakukannya kerana sebelum bersunat perlu mengambil kira beberapa perkara antara lain, 
  1. Bagi muallaf yang baru memeluk Islam dan masih merahsiakan pengislaman boleh bersunat selepas mengisytiharkan pengislaman kepada keluarga supaya keluarga tidak mengesyaki anaknya telah memeluk islam. Bagi mereka yang tidak dapat bersunat dengan segera maka pastikan kebersihan alat sulit sentiasa dijaga.
  2. Perlu memberikan penjelasan yang jelas tentang bahagian kulit yang dibuang iaitu kulit bahagian hujung zakar yang dipanggil juga kulub. Kulit tersebut dibuang supaya mudah menjaga kebersihan dan jangkitan kuman. Gambar yang ditunjukkan di bawah ini bukan cara sunat yang diajarkan oleh islam sebab islam tidak memotong semua bahagian kulit, hanya kulit sehingga bahagian tengkuk zakar yang dibuang.
  3. Khatan dapat dilakukan menggunakan beberapa kaedah iaitu potong menggunakan kaedah biasa, laser dan Klamp. Laser dan Klam merupakan teknologi terbaru yang dapat memudahkan penyembuhan dan pergerakan selepas bersunat. Bagi lelaki yang susah mendapatkan cuti dalam tempoh masa yang lama boleh memilih kaedah Klamp kerana lebih selesa bergerak kerana zakar dilindungi oleh Klamp tersebut.
  4. Selepas melakukan khatan memerlukan penjagaan yang rapi supaya tidak terjadi jangkitan kuman. Pastikan bahagian bekas jahitan bersih dan tidak lembab supaya penyembuhan berlansung dengan cepat. 
  5. Ambil makanan yang tinggi kandungan protein, bila perlu minum pati ikan haruan atau gamat untuk mempercepat peyembuhan. Proses penyembuhan bagi lelaki dewasa lebih lama berbanding dengan kanak-kanak, oleh itu perlu ada kawan atau saudara mara yang menjaga makan minum selepas bersunat.
Sungguhpun demikian, kita boleh menjelaskan tentang kelebihan berkhatan kepada saudara baru tersebut. Sungguhpun demikian, sunat bukan perkara utama yang dilakukan sebelum atau selepas memeluk Islam. Mantapkan akidah muallaf supaya bersedia menghadapi cabaran yang akan dihadapi selepas bersunat. Antara kelebihan berkhatan adalah, 
  1. Sunat dapat memudahkan dalam menjaga kebersihan zakar, zakar merupakan bahagian yang paling sensitif dan mudah dijangkiti kuman.Hujung zaakr yang ditutupi oleh kulub sangat mudah dijangkiti kuman, dengan membuang kulub tersebut maka kebersihan lebih mudah dijaga. 
  2. Kulit zakar yang tidak disunat akan mudah koyak apabila zakar menegang sehingga sangat sakit. Sunat dapat mengurangkan risiko koyakan kulit zakar semasa menegang. 
  3. Mengikut kajian yang dilakukan di Afrika, lelaki yang disunat 30% lebih selamat daripada dijangkiti virus HIV berbanding lelaki yang tidak disunat. 
  4. Oleh itu, semakin ramai lelaki bukan Islam yang mengamalkan sunat terutama di negara-negara maju kerana kebersihan dan kesihatan zakar.